CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9086|Reply: 84

Kerana itu...saya tidak solat

[Copy link]
Post time 2-10-2007 09:22 PM | Show all posts |Read mode
Erm...saya belajar solat melalui buku dan vcd (tanpa guru)...sekarang ni (actually dah bertahun-tahun)...saya sentiasa rasa was-was dgn bacaan solat saya terutama Al-Fatihah...saya difahamkan was-was adalah mainan syaitan yg dilaknat...tetapi apakan daya...bila bacaan selama ni hanya dipelajari sendiri...saya tak dapat elakkan rasa was-was...

atas sebab ini...saya tidak solat...kerana tension...takut tidak diterima Tuhan..walaupun saya tahu jika tak solat lagi besar dosanya...

utk maklumat...

1) Ibubapa saya memang tak solat
2) Saya tidak fasih mengaji (terangkak-rangkak)
3) Lagi 2 bulan saya akan exam STPM...so terlalu tumpukan perhatian pada study...
4) Saya tak bergaul dgn jiran dan masyarakat kawasan perumahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2007 09:29 PM | Show all posts
minta tolong ustaz/ustazah kat sekolah la atau kawan2 yg terror bab agama.
aku kesian kat engkau...berusahalah dik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 09:35 PM | Show all posts
camne nak tolong kau,ek?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 09:36 PM | Show all posts

Reply #1 island_insane's post

adik, utk permulaan aku cadangkan supaya ko kerap solat berjemaah kt surau atau masjid.. solat ikut2 pun takpe sbb br nak belajar. insyaAllah, bila amalkan solat berjemaah, ikut imam selalu, dgr bacaan al-fatihah imam, ko boleh atasi kelemahan itu. mula sikit2 dan berterusan. aku doakan semoga usaha ko ni sentiasa dipermudahkan oleh Allah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 09:39 PM | Show all posts
ha aa pi masjid/surau berdekatan. boleh....x kan 24 jam nak study. Maghrib pi la surau
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 09:39 PM | Show all posts

Reply #1 island_insane's post

awak ni lelaki atau pompuan? kalu lelaki saya cadangkan ikut la jemaah tabligh. jemaah tabligh ni menerima mane2 pihak seadanya tanpa banyak soal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2007 09:43 PM | Show all posts
kesian kat ko,carilah guru agama dan selalu pi masjid ikut solat jemaah,

kalau selalu amal pasti ada kemajuan,usaha lah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 09:52 PM | Show all posts
itu lah punca nya .... parents tak jadi role model untuk anak ....camna anak nak ikut   ... tapi ko pelajaran ok juga ye cuma pengisian rohani takde ... tak balance .. kalau nak belajar kena ada guru ... ada tak kawan yang boleh membimbing??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2007 10:00 PM | Show all posts

Reply #1 island_insane's post

Assalamualaikum island,

Anda adalah salah seorg yg berani utk mengaku kelemahan diri. Syabas..
Utk itu sy bersetuju dgn cadangan dr forumer2 buat anda. Ketahuilah bahwa solat itu adalah umpama tiang agama. Dasarnya pula adalah akidah yg mantap terhadap Allah S.W.T melalui pengetahuan ilmu tauhid. Maka itu, apabila kita mengenal Allah S.W.T, solatlah kerana didlm solat itu terlalu banyak rahsia & kebaikannya. Solat juga melambangkan rasa syukur, memuji, mengadu, berdoa dll terhadap Allah S.W.T. Pelajarilah & solatlah dgn hati yg benar2 ikhlas kerana ia akan menghindar kita dr segala kemaksiatan & hasutan iblis syaitan. Ibadat yg akan mula dinilai oleh Allah S.W.T adalah solat, seterusnya barulah ibadat yg lain2nya. Jika tidak bersolat, ibadat yg lainnya x akan dinilai @ dipandang.
Segeralah kepada kebaikan kerana kita x akan tahu bilakan ruk akan meninggalkan jasad.
Sekian. Wassalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 10:07 PM | Show all posts
Originally posted by island_insane at 2-10-2007 09:22 PM
Erm...saya belajar solat melalui buku dan vcd (tanpa guru)...sekarangni (actually dah bertahun-tahun)...saya sentiasa rasa was-was dgnbacaan solat saya terutama Al-Fatihah...saya difahamkan was ...


sy rasa sy familiar ngan island_insane ni...dulu ada  tanya pasal mandi wajib kan...?

sy rasa island ni bertuah kerana dikurniakan keprihatinan dan kesedaran dlm beragama berbanding ahli keluarga island sendri...

janganlah disia2kan....percaya lah cakap sy, yg semua org yg inginmelalui jalan yg diredhai Tuhan pasti akan menempuh dugaan tertentu danisland diberi dugaan was2 pulak....

mmg was2 ni masalah besar jugak sebab ia memberatkan ibadat....tapi island beruntung sebab risau hal2 begini...

ada org di sana tak risau apa2 langsung lantak lah semayang ke tak ke...asalkan senang hati cukup....

ginilah, berkenaan was2 sy cadangkan satu cara....selain daripadamintak perlindungan Tuhan iaitu Audzu billahiminasyaitonirrojiim...

cubalah mengharap rahmat dari Allah utk terima ibadat kita yg kekurangan ni....
ingatlah Dia lebih tahu kesusahan kita....
pastu ingat, walaupun kita semayang dlm keadaan was2, itu jauh lebih baik daripada tak semayang langsung sebab was2....

jadi biarlah was2 camanapun semayang jugak dan biarkan...jgn tak semayang langsung...
biasakn diri hadapi benda nie...pada masa yg sama repair lah solat kita pelan2...
berbaik2lah dgn mana2 ustazah sebab mereka ni boleh menenangkan island...

kalau island selalu terbatal solat kerana was2, lepas ni didik diri jgn batalkan lagi dah walaupun was2...
sebab kalau tak start sekarang bila lagi...
kena ajar sket syaitan ni...dia mmg nak suruh batalkan solat je...sebab was2...
jadi walaupun rasa2 cam was2 je jgn batalkan....teruskan ...dan habiskan...
lama2 nanti kita akan dapat jugak rasa semayang ni jadi ringan macam angin...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 10:10 PM | Show all posts
Originally posted by island_insane at 2-10-2007 09:22 PM
Erm...saya belajar solat melalui buku dan vcd (tanpa guru)...sekarang ni (actually dah bertahun-tahun)...saya sentiasa rasa was-was dgn bacaan solat saya terutama Al-Fatihah...saya difahamkan was ...


syabas kerana mempunyai niat yg baik..
apa yg penting sekarang, awak kena cari seseorang yg boleh membantu awak agar yakin dalam menunaikan solat.. tanyalah kawan2 yg mahir sebagai contoh.. rugikan kalau awak dah belajar tapi tak dapat amalkan gara2 was2..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 10:20 PM | Show all posts
Asalamualaikum Wbt..

Sebenarnya apa yang adik rasa dalam diri tu dah betullah tu... kalau tak SOLAT berdosa besar...

Hidup manusia mesti kena SOLAT... tak boleh tidak ... kemestian itu adalah WAJIB ... kalau tak tau kena belajar... cara terbaik tu ke Masjid ikut solat berjamaah... jangan susah hati... kalau nak SOLAT, ALLAH ada bersama kamu... mesti mau SOLAT...  InsyaALLAH.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 10:28 PM | Show all posts
Originally posted by island_insane at 2-10-2007 09:22 PM
Erm...saya belajar solat melalui buku dan vcd (tanpa guru)...sekarang ni (actually dah bertahun-tahun)...saya sentiasa rasa was-was dgn bacaan solat saya terutama Al-Fatihah...saya difahamkan was ...


tak perlu tension. sementara nak cari guru agama utk mengajar sambil2 tu boleh beli buku belajar solat dari kedai2 buku. kat pasar malam pun ada jual (gerai yg jual vcd agama dll). beli buku belajar solat yg ada bantuan ejaan dlm bahasa melayu utk fatihah dll. hafal yg tu dulu. dah dpt guru nanti baru perbetulkan. solat tetap solat. di samping tu cari kawan2 muslim yg boleh dipercayai utk mintak tolong ajar solat. gerenti mrk sedia membantu.

dah ada kemahuan tu dah kira ok dah. sebab ramai muslim di luar sana yg pandai mengaji Quran tapi jarang bersolat sebab tak ada kesedaran. at least you dah ada kesedaran. itu dah cukup baik. InsyaAllah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 10:41 PM | Show all posts

Reply #1 island_insane's post

satu lagi nasihat aku.. sekiranya tidak fasih membaca al-quran, masih terangkak-rangkak, cuba amalkan membaca 10 ayat al-quran setiap hari. amalkan secara berterusan. insyaAllah, ko akan dpt rasa kemajuan dari segi bacaan ko.. bak kata org tua2, membaca al-quran ni umpama melayan buah hati. kita selalu amalkan membaca, makin mesra (makin fasih). tp jika tinggalkan, maka kita akan dapati lidah kita terasa kelu utk menyebut ayat al-quran.. cuba amalkan. setiap kelemahan boleh diatasi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 12:02 AM | Show all posts
bagus2 belaka nasihat-nasihat di sini....

sebagai tambahan...kuat azam untuk solat... abaikan was-was tu dan jangan fikirkan banyak pasal solat takut tak diterima, kerana keutamaan kewajipan adalah menunaikan solat. Pada masa yang sama ikhtiar baiki mutu solat. Jangan tunggu 'perfect' baru solat... kerana memang sukar untuk'perfect'kan solat sebab syaitan/nafsu sentiasa ganggu...

soal solat tak sempurna kerana was-was, banyakkan doa pada Allah. Doa bahasa sendiri dari hati seikhlas-ikhlasnya mohon Allah beri kekuatan untuk hilangkan/lawan ragu2 atau was2...

pada masa yang sama carilah guru( atau teman) yang sesuai untuk belajar solat. Kalau anda lelaki, elok gi Masjid tanya ahli jemaah yang mana sudi bantu...

bagi yang sedang belajar, kesalahan dan kepayahan dalam menyebut makhraj2 huruf itu akan dapat ganjaran dari Allah (maksud hadith), dan kesalahan itu akan dibetulkan oleh Malaikat (dengan syarat berusaha baiki kesalahan secara berterusan)

Semoga Allah membantu anda, dan kita semua...

Wallahu a'lam

[ Last edited by  mnm77 at 3-10-2007 12:13 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 01:15 AM | Show all posts

Reply #1 island_insane's post

setiap urusan dimulakan dengan niat...niat yang baik menjurus kearah kebaikan seelok-eloknya diteruskan. Carilah guru yang dapat membimbing saudara/saudari. Langkah saudara/saudara menggunakan buku/VCD untuk belajar solat adalah permulaan yang baik. Saudara/saudari juga boleh mendengar bacaan al-quran melalui pita rakaman/kaset melalui walkman sekiranya ada...Insya-Allah, sedikit sebanyak saudara/saudari boleh menghafal bacaan suci al-quran walaupun tanpa guru. Untuk lebih afdal, carilah guru agama atau rakan2 yang warak disekeliling anda untuk rujukan dan panduan saudara/ saudari.

Saudara/saudari jangan risau takut Allah tidak menerima solat saudara/saudari...Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Asalkan saudara/saudari ikhlas kerana-Nya...Allah akan menerima solat saudara/saudari...Dari masa ke semasa perbaikilah solat saudara selalu...Insya-Allah, saudara akan mendapat kelazatan dalam mengerjakannya...Belajarlah sementara saudara/saudari masih sihat dan tidak dibebani 5 perkara...Sekiranya saudara sudah berilmu, serulah kedua ibubapa saudara kearah itu...Jangan putus harapan..Insya-Allah, niat yang baik itu dimakbulkan Tuhan....

Wallahua'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2007 06:44 AM | Show all posts
salam,

fahami erti kata dalam solat itu biar kita makin khusyuk dan ikhlas. ya, sebutan itu penting, tapi menghayati maknanya adalah lebih penting.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 07:49 AM | Show all posts
Originally posted by island_insane at 2-10-2007 09:22 PM
Erm...saya belajar solat melalui buku dan vcd (tanpa guru)...sekarang ni (actually dah bertahun-tahun)...saya sentiasa rasa was-was dgn bacaan solat saya terutama Al-Fatihah...saya difahamkan was ...


Assalamualaikum island_insane,

OIc......miker akan mengambil peperiksaan STPM yek.

SEmasa memula masuk Tingkatan 6, adakah miker FAHAM mata pelajaran yg di ajari??
Surely tidak, kan!

Tetapi haper miker buat/lakukan??
Miker pergi ke sekolah dan belajar!
Kalau tak faham juga..........miker jumper guru yg berkenaan.
Kalau tak faham lagi, miker pergi ambik tuition.
Then utk memahami nya dgn lebey cepat............miker buat GROUP DISCUSSION.
Selepas itu.........miker buat revision sendirian or bersama kenkawan.

Adakah ini BENAR? Wahai island_insane.

So, KENAPA miker tidak berbuat sedemikian terhadap SOLAT??
Kalau tak tahu............pergi lah belajar.
Ada pelbagai kaedah/cara utk belajar bersolat.
Adakah miker akan tunggu sehingga cekap/sempurna/pandai membaca Al Fatihah.......baru nak bersolat??
Minta maaf.............its a very LAME EXCUSE bagi teman.

Di dalam lain perkataan............
Kalau tak pandai makan, jangan makan lah???
Kalau tak pandai kencing or berak, jangan kencing or berak lah??

Jangan memberi PELBAGAI BAGAI ALASAN utk tidak bersolat!! Wahai island_insane
Jangan salahkan kedua ibu bapa kamu di dalam hal ini.
Kamu sudah dewasa.
Sudah bley berfikir dan membuat keputusan. (hendak memilih jenis makanan dan juga pakaian dan melihat rancangan tv)
Nafsu dan juga iblis akan menguasai kamu.

Wake up..............island_insane

Wsalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 09:23 AM | Show all posts
Kesian pulak baca kisah adik ni... insyaalah kalau berniat baik kita akan dapat mengubah keadaan.. cari ustaz... kalau malu dengan ustaz cari kawan yang pandai sikit pun tak pe...

Saya ada masalah macam adik jugak masa dalam tingkatan lima macam tuh... mak pak tak pernah sembahyang... bila saya dah baligh... saya mula rasa resah sbb tak solat & tak ada org mengajar... mak/pak bukan malas solat... mereka amat jahil sbb tidak pernah di beri peluang belajar.. kami nih org kampung... tok nenek pun tak peduli pasal solat nih...

Utk mengakhiri resah.... saya cari soorang kakak yg pandai sikit & saya tengok dia ada solat... secara diam-diam saya approached dia cakap nak belaja solat dengan dia... pada hal kakak nih bukan la arif sangat dalam solat... tapi tak pa lah sebagai permulaan... itu pun saya minta dia rahsiakan dari mak bapak saya.. ayat2 and surah basic saya hafal sendiri... sikit2.. dah pandai solat sikit saya buat lah solat kat rumah tu pun... sembunyi dalam bilik... bukan takut mak pak marah... tapi saya hormat mereka... takut... dia org kata saya memandai-mandai..

Alahham dulillah lepas terbongkar rahsia... lama-lama mak pak saya nak belajar dari saya solat... sebagai anak .. taknak la jatuhkan air muka mereka untuk suruh pergi belajar dengan org lain... jadi saya pun ajar lah mereka... lagi sudah nak ajar sbb mak pak saya tak tau baca alquran langsung... saya kena ajar hafal mulut kemulut... entah betul ketak betul masa tuh saya pun tak pasti... akhirnya mak pak i pun solat... bila i dah belajar kat universiti... i dah ada confident nak ajak mak pak belajar lebih mendlam lagi dalam solat..denagn org yg arif

Sebagai anak saya rasa ini lah sumbangan saya terbesar utk mak pak saya.... Sekarang bapak pun dah meninggal dan mak kawin lagi dengan seorang yg beriman dan pandai dalam selok belok agama dan mak saya pun dah khatam alquran..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 10:07 AM | Show all posts
Jadikan Ramadhan ini masa untuk berubah!

Anda masih muda! Jangan cepat putus asa dengan rahmat Allah!  Sedangkan orang bukan Islam yang memeluk ugama Islam pun boleh belajar baca Al Fatihah, masakan kita tak boleh!

Memang solat kita banyak sungguh kelemahan. Jangan kata yang baru belajar, ustaz yang serban besar dan berjanggut tu pun entah-entah berapa banyak salah masa solat.  Sebab tu dianjurkan istighfar banyak2 lepas solat. Sebab tu ada orang yang nangis lepas solat. Mintak ampun akan kesalahan yang kita buat masa solat tu. Next time usaha untuk kurangkan. Mintak Allah bagi kekuatan untuk kurangkan salah dalam solat.

Jangan gunakan alasan solat tak sempurna untuk tidak mendirikan solat! Jangan! Jangan! Jangan tertipu dengan makhluk yang menipu Nabi Adam tu! Dia tipu Nabi Adam, dia tipu manusia, dia tipu kita. Kenali kelicikan tipuannya.

Saya doakan taufiq yang banyak dikurniakan Allah kepada anda dan saya juga. Juga kebijaksanaan utk menghindar diri dari tertipu oleh makhluk yang telah menipu berapa ramai manusia sebelum kita..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.107397 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list