Ayuh kita sebagai seorang islam sama-sama memboikot barangan israel.walaupan tidak dapat
membantu berjuang di palestin, kita disini sekurang2nya dapat mengurangkan pendapatan israel nie..
Est閑 Lauder
Aramis, Clinique, DKNY, Prescriptives, Origins, MAC, La Mer, BobbiBrown, Tommy Hilfiger, Jane, Donna Karan, Aveda, Stila, Jo Malone,Bumble & Bumble, Kate Spade
The Limited Inc
Express stores, Lerner New York, Structure, New York & Company,Mast Industries, Intimate Brands, Victoria's Secret, Bath & BodyWorks, White Barn Candle Company, Henri Bendel
[/td][td]
L'Oreal
Giorgio Armani, Redken 5th Avenue, Lancome Paris, Vichy, Cacharel, LaRoche-Posay, Garnier, Biotherm, Helena Rubinstein, Maybelline, RalphLauren, Carson
orang palestine sendiri tak boikot produk israel. ramai orang palestine yg bekerja dgn majikan yahudi utk mencari sesuap nasi. malah kakitangan krjn palestine dpt dana dari Amerika utk membiayai gaji mrk. adakah mrk semua ini berdosa?
boikot lah mner yang boleh...
intel gantingan amd
nokia ganti ngan mmobile
nestle nescafe ganti ngan kopi red guara dcl
starbuck ganti ngan secret recipe
colgate ganti ngan ubat gigi mukmin
mcdonald ganti ngan otai burger,1901
levis ganti ngan lewis (siam mali)
Kepada sesiapa yang nak boikot barangan Israel dengan niat yang baik, teruskanlah niat dan usaha anda semoga ia membawa keberkatan kepada diri sendiri dan juga seluruh ummat amnya. Saya tak bangkang mereka yang nak boikot, dan tak seru juga, kecuali jelas barang itu barang terlarang....
Bagi saya, kesalahan, kedegilan, keganasan dan kejahatan Yahudi yang dibenci, bukannya kebaikan mereka untuk memajukan tamadun Ilmu
Mereka mempelopori teknologi utama (contoh seperti microchip dan perhubungan) di mana umat Islam masih jauh terkebelakang. Kalau ada syarikat lain pun, bukannya milik orang Islam juga - kalau ada sejauh mana dapat bersaing?
Namun, teknologi dan kecanggihan semua ini tiada nilai kalau tiada IMAN. Hakikatnya, dalam arus pemodenan kehidupan yang kita tempuh, secara tidak langsung kehidupan harian kita berubah ke era teknologi canggih.
Setahu saya, Sayidina Ali RA juga pernah mengambil upah bekerja dari orang Yahudi.
Selain itu, zaman sahabat, musuh2 Islam yang ditawan semasa perang dilayan dengan baik dan di kalangan mereka itu yang berilmu ditawarkan untuk mengajar orang2 Islam. Kalau diboikot, apa guna nak belajar tentang ilmu2 mereka itu sedangkan mereka itu musuh Islam?
so apa nasihat kita kpd orang islam yg ramai bekerja dgn syarikat Coca-Cola, Tesco, IBM, Intel, Johnson & Johnson, McDonald's, Motorola, Nestle, Nokia, Siemens, Starbucks dan sebagainya tu? apakah mrk berdosa? wang yg mrk dpt itu halalkah atau haram?
adakah ia tindakan yg efektif atau semangat yg kurang tepat.
ada yg menganggap memboikot adalah urusan remeh, ada pula yg menanggapnya penting amat.
bg yg menanggapnya penting, mereka akan berkata keapda yg menanggapnya remeh antaranya dgn kata2, jikalau perkara kecil2 begini tidak dipentingkan, macamana umat islam nak maju.
sebenarnya, setiap yg kita lakukan ada skalanya.
dlm hal memboikot, jikalau anda benar2 mahu memboikot, maka anda akan dapati diri anda hampir tidak ada ruang kerana banyak nya barang yahudi.
yg tidak disukai ialah ada yg memboikot tetapi setengah2 perkara sahaja, yakni yg mana kena dgn nafsu dia tidak pula dia boikot padahal taraf brg itu sama saja dgn brg lain yg dia boikot.
bg contoh komputer cukuplah. siapa sudi buang komputer dia kerana INTEL ada kaitan dgn yahudi. tidak ada pulak yg ingin membuang.
jadi marilah kita mencontohi rasul.
rasul sendiri pernah bermuamalah dgn yahudi menjual baju besinya padahal yahudi ketika itu terkenal dgn sikap mereka yg buruk pada nabi.
“Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).
adakah nabi tidak sensitif atau kita yg sensitif cara yg salah?
ini belum lg masuk bab sensitif tidak bertempat org melayu, sehingga kasut crocs boleh menjadi kalimah Allah, huruf t jadi salib, mcm2 lagi.
sy seperti mnm, tidak menyalahkan org yg ingin memboikot,
tetapi sentiasa menyatakan bahawa syarat amal diterima bukanlah hanya niat, tetapi mestilah niat dan cara.
bukan niat sahaja.
dan jangan terseleweng hanya kerana niat yg baik. bukan sedikit org terseleweng kerana niat yg baik.
Bagaimanakah kita mahu membebaskan bumi Palestin? Apakah cara yang perlu digunakan? Adakah kita selama ini telah melakukan sesuatu? Banyak persolan yang perlu dijawab. Lebih-lebih lagi umat Islam yang mengaku bersaudara dari sudut akidah.
Berdasarkan pemerhati saya pasca serangan LL4G di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini . Ramai umat Islam tanpa segan silu meninggalkan jejak di premis yang dicanangkan menyumbangkan dana kepada kelangsungan hayat yahudi Zionis seperti McD, Starbuck dll. Amat mendukacitakan disaat rakyat Palestin merintih pertolongan kita, ramai diantara kita bersuka ria menikmati perkhidmatan yang disediakan.
Ini bukan tuduhan membuta tuli dan mahu merosakkan ekonomi peniaga Islam (francais Muslim) tetapi berdasarkan kajian yang dibuat oleh badan-badan antarabangsa yang memantau aliran tunai yang mengalir kepada Yahudi Zionis. Perubahan yang dibuat memerlukan keazaman yang tinggi semua pihak. Sebelah pihak perlu berkorban jika mahu menunaikan hak sesama muslim. Saya tahu implikasi yang akan berlaku, tetapi apa pilihan kita? berubah @ rebah.
Ada orang hanya bersandar kepada doa semata-mata. Ramai yang menganjurkan supaya kita berdoa untuk kemenangan mereka tanpa melakukan tindakan susulan. Sepatutnya doa+usaha+tawakkal =kejayaan (insya'Allah). Saya tidak menafikan fadilat berdoa, dan Allah juga mampu memakbulkan doa kita. Malahan Allah juga mampu mengirimkan burung Ababil untuk memusnahkan Yahudi Zionis, tetapi cukupkah hanya dengan berdoa? Dan ada yang mengatakan jihad hawa nafsu lebih penting/utama/besar. Bukankah orang yang mahu berperang sudah berjaya menundukkan nafsunya daripada menetap didalam daerah yang penuh tipu daya?(harta/pangkat/anak isteri dll) Nabi dan para sahabat berjihad hawa nafsu selepas kembali dari medan perang, bukan menidakkan perang. Kalau hanya berdoa menjadi sandaran, bukankah doa Nabi lebih mustajab daripada doa kita? Tetapi kenapa Nabi turut berperang dan mendapat kecederaan? Itu menunjukkan peperangan juga satu jalan. (hingga ke hari ini) bukan hanya menjadi subjek sejarah untuk dikenang oleh umat Islam. Mengapa takut menyatakan perang adalah jawapan kepada kebiadapan Zionis? Kita bukan tidak mampu, tetapi kita dihinggapi penyakit 'cinta dunia takut mati' .Lihatlah kemewahan yang dilimpahkan kepada negara Arab/Islam, tetapi masih tidak dapat menggegarkan Zionis. Malahan menjadi talibarut mereka dengan menyediakan pengkalan tentera asing/kafir . Anjuran untuk membentuk kekuatan dalaman individu muslim itu satu kaedah dan tidak dapat dinafikan tetapi perang adalah jawapannya. Bila sudah menemui jawapannya. Terpulanglah kepada kita untuk berorganisasi/mempersiapkan diri @ lebih selesa dengan pengertian jihad yang kita pegang/yakini.
Jarum yahudi juga meresap dalam gerakan Islam. Contoh: sebuah gerakan kerohanian telah menggugurkan rukun jihad menentang penjajah di India suatu masa dahulu, atas alasan taat kepada pemerintah. Sedangkan British pada waktu itu adalah penjajah! Sebab itu mereka (gerakan tadi) dibiarkan bebas di mana-mana negara, kerana mereka bukan menjadi ancaman kepada Imperialis.mereka ‘asyik’ dengan ibadat tanpa mempedulikan nasib yang menimpa saudara seagama. Hinggakan seorang abid (ahli ibadah) yg berjuaraian airmata beribadat di dalam masjid ditegur kerana asyik beribadat tanpa mempedulikan masalah umat.
Saya tertarik dgn frasa’ yahudi tidak takut kepada umat Islam jika saf solat subuhnya tidak penuh’(kita terima bulat-bulat dakwaan mereka?). Jika penuh sekalipun tanpa diterapkan semangat jihad dan masalah umat, jadilah juga mereka seperti ahli ibadah tadi.
-Adakah penghantaran bantuan yang berupa makanan, ubat-ubatan, bahan binaan kepada rakyat Palestin menggegarkan Yahudi Zionis?
-Ya, bantuan itu meringankan penderitaan mereka tetapi kita mahu membebaskan tanah air mereka @ kita hanya menghantar/mengirimkan bekalan sara hidup kepada banduan di penjara? (mereka terpenjara/banduan di negara sendiri)
-Apa tekanan dunia Islam kepada Yahudi Zionis di peringkat antarabangsa? boikot? sekatan ekonomi? @ sekadar mesyuarat/sidang tergempar?
-Bagaimana kita mahu memahamkan mereka (Zionis) jika mereka sendiri yang mahu memusnahkan Palestin.
-Saya tidak menafikan bantuan yang diberikan selama ini, cuma persoalannya. Apakah sikap sebenar dan harapan kita pada Palestin? dan dimanakah kesungguhan kita melawan/mengekang Yahudi Zionis?
N/B: Saya yang menulis ini pun bukannya ilmu penuh di dada dan gagah perkasa. Cuma ingin memberi pandangan tentang cara penyelesaian tragedi ini. (saya rasa semua tahu jawapannya, cuma telah dipesongkan/memesongkan makna jihad/menyempitkan/meninggalkan sebahagiannya kerana mengejar jihad yang memberi habuan mengikut selera masing-masing dan bersikap lunak kepada orang kafir yang memerangi kita) Apabila semua sudah jelas. Barulah tindakan susulan akan menyusul kerana kita telah menemui jawapannya.
Wallahu'alam.