View: 6862|Reply: 55
|
Soal Jawab agama yg jarang kita dengar....
[Copy link]
|
|
baru aku tahu kalau tangan yg kena simen or tercedera tak perlu wuduk utk tangan tersebut. pompuan yg pakai sanggul sah mandi junub walaupun air tak kena rambut dlm sanggul. daging korban & akikah orang kafir boleh makan. isteri boleh keluar rumah kalau suaminya membahayakan dirinya & anak2. isteri boleh mewarnakan rambut kalau suami suka.
http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=12
Akikah Dan Kurban Di Makan Bukan Muslim
Soalan: Saya mempunyai jiran tetangga bukan muslim. Apabila saya mengadakan kurban atau akikah saya difahamkan saya tidak boleh memberi kepada mereka. Saya merasa serba salah, apakah memang merka tidak dibenarkan memakan daging kurban dan akikah?.
Jawapan: Pendapat yang tepat ialah selagi mana seseorang kafir itu tidak memerangi Islam maka boleh diberikan kepada mereka daging kurban atau akikah kerana tiada dalil yang melarang perkara ini. Bahkan kita digalakkan berbuat baik kepada mereka dengan harapan mereka tertarik kepada Islam. Firman Allah dalam Surah al-Mumtahanah: 8-9: (maksudnya) Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=9
Wuduk Anggota Cedera
19 October, 2007 (00:18) | Fatwa
Soalan: Anak saya mengalami kemalangan bahagian anggota wuduknya dibalut dalam tempoh 2 minggu. Bagaimanakah cara dia mengambil wuduk dalam keadaan demikian? Apakah dia perlu mengulangi solatnya?.
Jawapan: Dalam masalah ini, kebanyakan ulama menyatakan: Dia hanya perlu menyapu air pada balutan berkenaan. Dia tidak perlu menyampaikan air pada kulit di bawah balutan tersebut. Bab ini dipanggil al-Mash 慳la al-Jabirah wa al-慖sabah iaitu menyapu di atas balutan patah dan luka.
Namun begitu oleh kerana hadith-hadith dalam masalah ini kesemuanya tersangat daif, ini seperti yang dinyatakan oleh para ulama hadith seperti al-Baihaqi, dan tegaskan lagi oleh al-Albani dalam Tamam al-Minnah, maka berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam masalah ini.
Apa yang saya rumuskan daripada perbahasan para ulama fekah, ialah dua pendapat yang boleh diikuti;
Pertama: Hanya perlu sapu di atas balutan tersebut. Dia tidak diwajibkan berwuduk sebelum memakai balutan tersebut. Ketika berwuduk atau mandi wajib dia hanya perlu sapu air di atas balutan tersebut, tanpa perlu membasuhnya, atau melalukan air di bawahnya, atau menanggalkannya. Inilah pendapat terpilih daripada kebanyakan ulama fekah. (lihat: 慉bd al-Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar`ah, 1/140, cetakan: Muassasah al-Risalah, Beirut ).
Kedua: Disebabkan hadith-hadith dalam bab ini terlalu daif maka ada ulama fekah yang berpegang kepada tidak ada apa yang dikatakan sapu atas balutan patah atau luka. Sebaliknya anggota yang cedera, atau dibalut tersebut tidak perlu sebarang sapuan atau basuhan kerana telah gugur kewajipan syarak ke atas anggota tersebut. Ini pendapat yang dikemukakan oleh al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (wafat 456H). Kata beliau ketika memberikan alasan pandangannya : 揇alilnya firman Allah (maksudnya) 揂llah tidak bebankan kepada seseorang kecuali apa yang dia terdaya |
|
|
|
|
|
|
azueazue This user has been deleted
|
kalau yg sanggul tu betul ke.. setahu aku kena basahkan seluruh rambut.. ini yang aku belajar kat sekolah dulu & emak & nenek aku...
please confirm kann... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by azueazue at 6-11-2007 12:31 PM
kalau yg sanggul tu betul ke.. setahu aku kena basahkan seluruh rambut.. ini yang aku belajar kat sekolah dulu & emak & nenek aku...
please confirm kann...
betul tu.. malah seluruh anggota... ni yg aku belajar lah
sanggul ni tak haram ke?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan: Suami saya seorang kaki arak. Apabila dia mabuk, dia pulang ke rumah dia bertindak ganas. Saya dan anak-anak dipukul. Saya tidak mampu bersabar. Adapun pihak agama yang menyatakan saya mesti bersabar dan tidak boleh keluar daripada rumah. Saya tertekan, apa yang patut saya buat?.
secara logik lah.. biar betul tak leh keluar rumah... kalau dia dah ganas, tak kan nak biarkan dia bantai kita.. tu bukan sabar tapi bangang.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ni kurang pembacaan, nak tahu sangat la, apa pendapat Dr. MAZA yg silap tu sampai ada yg jadi anti sgt kat dia.. atau org yg anti ni sekadar tin kosong je.. |
|
|
|
|
|
|
|
so kenelah faham isi kandungan al-quran bkn setakat membacanya..
bila tk faham makna quran smpi bilapun kite akan jahil..
org kata itu, kite ikut..
org kata ini, kite ikut..
sedangkn perkara sebenar bknlh begitu..
1 lg ilmu fekah ni byk pendapat..
bila byk pendapt, byklah percanggahan..
ulama' itu kata ini, ulama' ni kata ini..
semua pendapat merujuk pada al-quran dan hadis..
selagi mereka berpegang pd quran dan sunnah rasulullah, i.allah tak salah jika kite mengikut..
P/s- klu nk warnakn rambut kene pastikan bahan pewarna dr sumber yg halal, jgn main hentam jer..
n pewarna kuku tu mcm cat jer, confirm ker rata air wuduk n mandi wajib, klu inai tu lain ler.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by chocolate_bun at 6-11-2007 12:57 PM
Soalan: Suami saya seorang kaki arak. Apabila dia mabuk, dia pulang ke rumah dia bertindak ganas. Saya dan anak-anak dipukul. Saya tidak mampu bersabar. Adapun pihak agama yang menyatakan saya me ...
ikut logiknya kena sabar walaupun suami tuang asid atas muka. baru cium bau syorga. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke daging korban x leh bg kat orang kafir? |
|
|
|
|
|
|
|
pasal daging korban setahu aku kalu daging tu diberi pada org kafir daging tu x dikira daging korban tp sedekah.
Begitu jugak dgn zakat...kalu diberi kpd non muslim ia bukan lagi zakat tp sedekah. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah mendapat email yg mengatakan
mewarnakan rambut itu boleh menyebabkkan
mandi wajib seseorang itu tidak sah.
walaupun bahan2 yg terkandung didlm pewarna rambut dipasaran disahkan halal dari JAKIM
tapi, pewarna tersebut membentuk satu lapisan yg menghalang laluan air terus ke rambut yg asli.
Dlm soal mandi junub/wajib juga dinyatakan, seseorang itu perlu mencangkung.
(saya sudah lupa atas sbb ape)
Mandi junub/wajib perlu sah utk memastikan amalan solat kita diterima Allah.
saya yg serba kekurangan
kalau salah harap beri tunjuk ajar. |
|
|
|
|
|
|
|
setahu saye,masa zaman skola menengah dlu,mmg ada cikgu suh mandi wajib dlm keadaan cangkung,sbb kte org pompuan ni,kat situ mcm berlipat2,bila kte cangkung,baru terbukak sume lapisan n air mandi leh lalu kat situ so dpt la menepati hukum meratakan air ke seluruh badan...
sbb klu ikut dari segi morfologi saintifik pon,kat situ klu kte berdiri or duduk,ia seolah2 melekat,tertutup rapat utk melindungi dari jangkitan bakteria n menatang2 lain...
so bila cangkung je baru benda tu terbukak...sbb tu kte kencing pon kena cangkung,baru la dpt basuh bersih dgn air...hee...
tp tang laki lak,saye x tau sama ada dorang mandi wajib tu kena cangkung ke x...hee~ |
|
|
|
|
|
|
|
Tuan mufti tu dah bagi rujukan Quran, rujukan hadis-hadis, dia dah bagi pendapat ulamak muktabar, mudah jelas dan terang.
Korang rujuk maklah, neneklah, ustazah masa sekolah dululah, pas tu dapat email kawan, lepas tu kata mufti tu wahabi dia salah tak boleh ikut.
Aku pun susah nak faham golongan tradisi ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 chocolate_bun's post
hehee... setuju.....
nampak islam cam tak telus kan....? walhal apa2 bentuk penzaliman haruslah lari drpdnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 6-11-2007 01:57 PM
ikut logiknya kena sabar walaupun suami tuang asid atas muka. baru cium bau syorga.
cium sorga pe... kot cium api..... sbb mmbiarkn diri dizalimi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kupia at 6-11-2007 05:49 PM
Tuan mufti tu dah bagi rujukan Quran, rujukan hadis-hadis, dia dah bagi pendapat ulamak muktabar, mudah jelas dan terang.
Korang rujuk maklah, neneklah, ustazah masa sekolah dululah, pas tu da ...
yup.... rujukan yg tepat.... dulu pun pakai rujukan juga,, tp main bantai je hadis dhaif n maudu'....
cm talkin, mandi safar, yasin mlm nisfu sya'ban... etc...
pembaharuan ke arah kebaikan dan kebenaran itu terima ajelah jika ia dr nas yg lbh tepat... krn ilmu makin dituntut makin jauh pencariannya, makin hadir imannya... |
|
|
|
|
|
|
|
memang betullah agaknya mufti ni membawa ajaran2 baru yg membawa kekeliruan kpd masyarakat. masyarakat nak dengar pendapat yg mrk biasa dengar saja sedangkan pelajar2 yg mengaji di Jordan, Mesir, Arab Saudi telah mendengar mcm2 pdpt dari byk ulama2 dlm disiplin ilmu mrk masing2. kesilapan dasar kerajaan krn menghantar pelajar kita belajar agama di luar. patut belajar saja di sekolah2 pondok di selatan Thai sana, barulah pemikiran mrk tak tercemar dgn pdpt dari mazhab selain Syafie. ini apa cerita ni kalau tangan yg kena simen or tercedera tak perlu wuduk utk tangan tersebut. pompuan yg pakai sanggul sah mandi junub walaupun air tak kena rambut dlm sanggul. daging korban & akikah orang kafir boleh makan. isteri boleh keluar rumah kalau suaminya membahayakan dirinya & anak2. isteri boleh mewarnakan rambut kalau suami suka. |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh Dr Asri
Adalah malang apabila golongan yang kononnya kuat berpegang dengan agama tidak bersifat ilmiah. Sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang tulen dan murni. Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh seseorang dengan sesuatu tuduhan palsu disebabkan tidak mahu atau berupaya menjawab persoalan yang dikemukakan.
Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai 憌ahabi |
|
|
|
|
|
|
|
Imam syafie pun kena cop wahabi.........pengamal agama tradisional tak dpt terima teguran terhadap kebiasaan setempat.
Oleh Dr Asri.
Antara kitab-kitab yang saya ajar ialah kitab fekah mazhab al-Imam al-Syafi抜. Saya baca kitab al-Fiqh al-Manhaji 慳la Mazhab al-Imam al-Syafi抜 kerana ia agak mudah untuk generasi muda. Namun apabila saya menyebut apa yang terkandung dalam kitab tersebut yang tidak sama dengan amalan masyarakat, maka dituduh wahabi. Sedangkan kitab itu adalah kitab dalam Mazhab al-Imam al-Syafi抜. Tokoh-tokoh penulisnya, adalah tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi抜 , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan 慉li al-Syarbaji.
Namun apabila saya baca antara apa yang disebut dalam kitab tersebut: 揇aripada bid抋h apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya |
|
|
|
|
|
|
| |
|