CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4053|Reply: 30

Siapakah Yg Berhak Mentafsir Hukum Agama???

[Copy link]
Post time 19-11-2007 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Antara persoalan yg terus dihadapi oleh umat Islam sehingga kehari ini......

Adakah didalam Islam dibolehkan lembaga atau individu mempunyai kuasa mutlak dalam mentafsir sesuatu hukum agama????

Bolehkah pihak tersebut mendakwa penafsirannya itu sahaja yg hak(betul dgn yg dimaksudkan TUHAN sebagai sumber hukum tersebut)????

Mari kita selongkar bersama........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2007 02:54 PM | Show all posts
satu contoh.........

PAS ada pandangan mrk & UMNO pun ada pandangan mrk. maka terjadilah kafir mengkafir bila masing2 naik marah. dlm hal MEMALI contohnya, masing2 ada tafsiran sendiri. satu pihak kata syahid. satu pihak kata mati sia2. so siapa yg betul?????? Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan kes MEMALI itu bukan mati syahid tapi ulama2 dlm PAS membangkangnya. so siapa yg betul???????????????????
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 03:09 PM | Show all posts
Sesiapa sahaja berhak menafsirkan Quran. Kalau kita boleh bangga dengar orang kafir masuk Islam kerana menemukan sesuatu didalam Quran, kenapa kita menjauhi diri dari Quran kerana menyangkakan kita terlalu bodoh untuk memahami firman Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 03:10 PM | Show all posts
Sesiapa sahaja berhak menafsirkan Quran. Kalau kita boleh bangga dengar orang kafir masuk Islam kerana menemukan sesuatu didalam Quran, kenapa kita menjauhi diri dari Quran kerana menyangkakan kita terlalu bodoh untuk memahami firman Allah...
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 19-11-2007 03:11 PM | Show all posts
kalau mengikut Islam..yg berhak manfsir hukum agama dan menjatuhkan hukuman adalah pemerintah(mufti,kadi, dan hakim) yg dilantik oleh pemerintah/khalifah..sebab mereka adalah pemerintah..dan kita wajib mematuhi pemerintah..sebab ini dituntut dalam Quran..kita hanya boleh membelot/ingkar arahan pemerintah jikan pemerintah suruh kita lakukan maksiat...selain dari itu..kita wajib patuh pada pemerintah..tak kira la sama pendapat ngan kita atau tak..sebab apa sahaja hukum yg dibuat/digubal oleh pemerintah..pemerintahla yg akan menanggungnya baik buruk..dosa atau pahala..

[ Last edited by  ibnur at 21-11-2007 09:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 03:30 PM | Show all posts
ada yg sesukahati mentafsir perempuan tak wajib pakai tudung..:@

[ Last edited by  koben19 at 19-11-2007 03:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2007 03:39 PM | Show all posts
so nak ikut sapa ni?????  kalau semua orang boleh tafsir agama ikut selera masing2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2007 03:42 PM | Show all posts
Originally posted by dempol at 19-11-2007 03:11 PM
kalau mengikut Islam..yg berhak manfsir hukum agama dan menjatuhkan hukuman adalah pemerintah(mufti,kadi, dan hakim) yg dilantik oleh pemerintah/khalifah..sebab mereka adalah pemerintah..dan kita ...


Nabi Muhammad S.A.W ada berpesan......Ikhtilaf(berselisih pendapat) dikalangan ulama merupakan rahmat bagi umatnya.......

Dari pesanan ini tentunya kita dapat memahami bahawa adanya penerimaan dalam Islam terhadap unsur kepelbagaian atau keseragaman dalam mentafsir hukum agama atau pun memberi makna yg lebih luas kepada teks agama.

Memang benar perbalahan pendapat memungkinkan menjurus kearah akibat buruk, namun begitu,kecenderungan berlebihan memaksa sesuatu pihak itu(kerajaan, kadi dan sbgnya) secara wewenang hak mutlak daripada suatu suara yg lain, termasuk kecenderungan standardisation pandangan dan hukum agama, yg bermakna MENOLAK kepelbagaian dan keseragaman......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2007 03:45 PM | Show all posts
siapa yg layak mentafsir / mengeluarkan / mengistinbat Hukum Agama..

sudah tentu para ilmuan yg menguasai bidang-bidang ilmu berkaitan al-quran, hadis, sirah nabawi, bahasa dan sastera arab dan usul fiqh. kualiti ilmu mereka terbukti dan mencapai taraf mujtahid mutlak.

memang benar sesiapa sahaja boleh mentafsir al-quran, tp bukan mentafsir / mengeluarkan hukum agama..

pemerintah / khalifah yg tidak menguasai ilmu-ilmu ini, tidak boleh sama sekali mentafsir / mengeluarkan hukum agama..

pada masa kini, belum ada mujtahid mutlak. jadi umat Islam perlukan fatwa dari jumhur ulama seperti Majlis Fatwa Kebangsaan. fatwa ini yg perlu diutamakan, bukan fatwa persendirian dari seseorang mufti atau tuan guru atau ustaz.

ini yg masih mengelirukan umat Islam khususnya di negara ini. lebih utamakan fatwa persendirian berbanding fatwa jumhur ulama.

[ Last edited by  goldraja at 19-11-2007 03:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 03:46 PM | Show all posts

Reply #8 manakautau's post

juga perlu diingat, pesanan tersebut yg dikatakan dari Nabi SAW itu tidak dpt dipastikan kebenarannya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 03:51 PM | Show all posts

Reply #9 goldraja's post

byk juga fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan juga dipertikaikan, bila mana dikatakan orang2 kuat di dlmnya cenderung kpd UMNO.  ismail ibrahim apa ke namanya.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 04:07 PM | Show all posts

Reply #11 tobby's post

Majlis Fatwa Kebangsaan dipertikaikan,

fatwa persendirian dari Mufti-mufti Negeri dipertikaikan,

pendapat ulama-ulama dipertikaikan,

pandangan-pandangan ustaz-ustaz dari parti-parti tertentu dipertikaikan,

fatwa ulama luar negara dipertikaikan sebab kononnya berlainan mazhab,

fatwa ulama-ulama tertentu dipertikaikan sebab didakwa berfahaman wahabi, qadariah, jabariah dan muhammadiah,

apa yg umat Islam mahu sebenarnya? adakah mahukan hukum yg menepati cita rasa sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 04:09 PM | Show all posts

Reply #12 goldraja's post

ya lah.............aku pun pening. dlm byk2 puak satu jer masuk syurga. yg lain semua ke neraka. masalahnya masing2 mengaku puaknya sajer yg masuk syorga.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 04:12 PM | Show all posts

Reply #13 tobby's post

aku teringat pada sorang forumer yg mengatakan umat Islam perlukan 'pemikir al-quran'.. lagi haru biru bila ada golongan mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2007 12:27 AM | Show all posts
Maka pastilah orang yang berhak untuk mentafsir al-quran itu adalah orang yang paling hampir dengan Rasulullah saaw itu sendiri diketika wahyu-wahyu tersebut diturunkan kepada Baginda saaw. Dan pastilah juga segala ilmu-ilmu tersebut dipusakai, dipelihara dan diperturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya tanpa terputus agar umat masih berpegang teguh kepa kesucian agama melalui petunjuk dari imam2 yang dipeihara pula kesucian mereka.
"Dan tidaklah memegang al-quran tersebut melainkan orang-orang yang disucikan."
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2007 09:26 AM | Show all posts
cuba rujuk sikit kat thread nie. ade juga penjelasan serba sedikit pasal ni.

http://forum4.cari.com.my/viewth ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2007 01:01 PM | Show all posts

Reply #3 St.Yeepi's post

boleh tafsir perkara yang berkaitan dengan kehidupan dan penghidupan manusia dan isi kandungan alam untuk dimanfaatkan seperti sains dan teknologi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2007 02:45 PM | Show all posts
Arahan telah dikeluarkan tak berapa minggu lalu oleh JAKIM, tentang larangan sebarang fatwa atau pandangan agama dari dikeluarkan oleh sebarang individu atau pihak kepada umum, tidak kiralah samada dari aper medium sekalipun, sebelum dirujuk pada mereka.ALASAN yg utama ialah utk mengelakkan kekeliruan dikalangan pihak umum.

Dari satu sudut kita mungkin dapat memahami rasional dari perkembangan terbaru ini.......yaitu pihak authoratarian ingin menyusup kelapisan umum dalam suasana yg lebih structured dan bersepadu, dan bukannya cebisan pandangan yg bertaburan....

Dari sudut yg lain pula kita mungkin akan bertanya pada diri, jika prasarana dan jaringan telah sedia ada utk sama2 mengembleng tenaga, kepakaran serta keilmuaan ahli2 agama(tanpa bersikap prejudice,tapi terbuka), yg tidak hanya tertakluk dikalangan golongan authoratarian yg sedia ader, tentunya ahli ilmuan agama yg ramai diluar sana yg mungkin dari bendera politik yg berbeza dapat duduk bersama dan approach kita akan lebih bersepadu......demi kebaikan masyarakat umum jua.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2007 02:53 PM | Show all posts
aku akan utamakan fatwa jumhur ulama.. fatwa persendirian adalah sebagai rujukan kedua atau sebagai pengetahuan tambahan sahaja..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2007 06:56 PM | Show all posts

Reply #1 manakautau's post

salam

IMHO....

Adakah didalam Islam dibolehkan lembaga atau individu mempunyai kuasa mutlak dalam mentafsir sesuatu hukum agama????


Setiap individu berakal mempunyai kuasa mutlak dlm mentafsir sesuatu hukum Islam.  


Bolehkah pihak tersebut mendakwa penafsirannya itu sahaja yg hak(betul dgn yg dimaksudkan TUHAN sebagai sumber hukum tersebut)????


Pihak yg mempunyai autoriti dalam perundangan Islam adalah para ulama.

[ Last edited by  fleurzsa at 20-11-2007 06:58 PM ]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.098216 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list