CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7999|Reply: 15

Elvis Presley

[Copy link]
Post time 24-12-2007 10:14 AM | Show all posts |Read mode
Fail Jenayah: Elvis Presley minta pil tidur sebelum ditemui mati tersungkurSusunan Nasron Sira Rahim






RAMAI pihak yang tidak percaya sebaik media dan akhbar memaklumkan bahawa ikon dunia hiburan ketika itu iaitu Raja Rock & Roll, Elvis Aaron Presley ditemui mati di rumahnya di Memphis, Tennesee pada 16 Ogos 1977.

Lebih memilukan pihak terbabit terutama kalangan peminat fanatik penyanyi legenda itu apabila laporan pemeriksaan kematian mencatatkan bahawa Elvis meninggal dunia kerana serangan sakit jantung.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, beberapa pihak mula tampil mengemukakan pelbagai dakwaan yang mengejutkan.

Mereka mendakwa bahawa terdapat fakta berhubung kematian bintang Rock & Roll itu yang dipalsu dan dirahsiakan beberapa pihak berikutan ada dakwaan punca sebenar kematian Elvis akibat dadah berlebihan.

Adakah Elvis mati akibat keadaan semula jadi (serangan jantung), membunuh diri dengan mengambil dadah secara berlebihan atau bintang Rock & Roll itu dibunuh seseorang yang memasukkan dadah secara berlebihan di dalam jasadnya?

Semua persoalan itulah yang terus menjadi misteri sehingga kini walaupun sudah 30 tahun Elvis menemui maut dan meninggalkan muzik serta gaya pakaiannya saja sebagai warisan legenda sehingga kini.

Elvis ketika hidupnya dikenali sebagai antara pelopor muzik Rock & Roll yang menjadi kegilaan ramai pihak terutama remaja ketika itu. Penerimaan hangat lagu Rock & Roll ciptaannya menyebabkan beliau menjadi ikon penyanyi yang digilai ramai.

Hasil jualan album, lakonan, konsert serta pelbagai aktiviti tokoh legenda itu kemudian menambahkan kekayaan Elvis sehingga melimpah ruah. Selepas lama menikmati hidup dalam kemewahan dan kemasyhuran, lalu drama tragedi berkenaan mula terjadi:

Pada malam itu iaitu 15 Ogos 1977, Presley bersama tunangnya, Ginger Alden bertemu doktor gigi sekitar jam 11 malam. Tiga jam kemudian, mereka beredar dari klinik berkenaan dan ketika dalam perjalanan pulang, mereka singgah membeli video Star Wars untuk anak Elvis, Lisa.

Setibanya di rumah dan sekitar jam 4 pagi, Presley bermain 憆acquetball
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2007 10:31 AM | Show all posts
huh yeker...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 10:35 AM | Show all posts
Cara dia mati lebih kurang Marlyn Monroe yek..sebenarnya diorang ni walaupun mahsyur harta  banyak tapi  jiwa tak tenang.pasal tu la ambik dadah segala,nak tenteramkan jiwa tapi tak kena cara.Dua2 ada spekulasi pasal cara mati macam ada unsur jenayah.ada yang kata dia tak mati tapi patung lilin dia je ditanam...sebab dia nak rest sebab media terlalu tumpu kat dia tak larat jadi popular,so buat2 cite kata dah mati..tapi rasanya memang dah mati betul
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 12:08 AM | Show all posts
tadi baru aku tengok kat oprah die gi melawat umah elvis..lisa anak die tu bawak oprah jelajah umah die..
siap ade bilik rahsia lagik..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 04:06 AM | Show all posts
episod kat oprah tu dah lame kan? Lisa tu pun skang jadik artis gak kan? kematian die ni pun kontrobes mcm late princess diana

p/s: wikipedia.org adela.. wikipedia.com wujud ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2007 12:09 PM | Show all posts
Fail Jenayah (Siri 2): Peminat percaya Elvis masih hidup
Susunan Nasron Sira Rahim


PELBAGAI teori kontroversi melanda kematian bintang Rock & Roll terkemuka, Elvis Aaron Presley yang ditemui maut di rumahnya di Memphis, Tennesee pada 16 Ogos 1977.

Lebih mengejutkan ada pihak tertentu yang mendakwa Elvis sebenarnya tidak mati tetapi kematiannya hanyalah 'satu lakonan yang dibuat-buat' pihak berkuasa bagi membolehkan ikon itu disembunyikan daripada buruan sindiket jenayah.

Mengikut teori konspirasi itu, beberapa ketika sebelum kematiannya, Elvis dikatakan sedang membantu pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) bagi menumpaskan satu sindiket jenayah terancang dan tindakan itu menyebabkan nyawa tokoh itu dalam bahaya dan dia terpaksa 'disembunyikan' menerusi kematiannya itu.



Teori lain seperti dilaporkan akhbar British, The People pula menyatakan bahawa penyanyi itu memalsukan kematiannya untuk berhijrah ke luar negara bersama kekasihnya.

The People juga memetik kenyataan sepupu Presley, Billy Smith yang mengatakan penyanyi itu sudah bosan dengan cara hidupnya dan mahu memulakan penghidupan baru bersama kekasihnya, Maria yang kaya-raya.

Smith juga menyatakan, Presley membayar sejumlah wang yang besar kepada seorang lelaki bernama Scott bagi menjalani pembedahan plastik mengubah mukanya.

Teori kononnya Elvis masih hidup itu menyebabkan beberapa pihak termasuk peminat mendakwa mereka pernah melihat penyanyi itu di beberapa tempat. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada orang yang dilihat itu adalah Elvis atau peminat fanatik yang berpakaian dan berdandan menyerupai penyanyi itu saja.

Misteri berhubung kematian Elvis juga semakin membingungkan apabila ada beberapa fakta berhubung tragedi yang menimpa Raja Rock & Roll itu yang didakwa dipalsu dan disembunyikan pihak tertentu.

Antaranya laporan pemeriksaan kematian mencatatkan bahawa penyanyi itu meninggal dunia kerana 'degupan jantung luar biasa' tetapi ada pendedahan bahawa punca sebenar kematian tokoh legenda itu akibat dadah berlebihan.

Buku 'The Death of Elvis' mendakwa laporan bedah siasat tidak mengandungi bukti bahawa masalah jantung berkait dengan kematian Elvis sebaliknya, pada 1991, Ketua Patologi Hospital Peringatan Baptist di Memphis, Dr E Eric Muirhead, mengenal pasti punca kematian tokoh itu sebagai polypharmacy iaitu gangguan dadah yang boleh membawa maut.

Bukti punca kematian Elvis juga 'dimusnahkan' apabila kandungan dalam perut Elvis yang dipam keluar ketika berada ke hospital, dicurahkan ke dalam sinki.

Bilik air yang menjadi lokasi Elvis menemui maut pula dicuci pihak tertentu yang turut membuang semua pil, botol serta beberapa dokumen yang berada di dalam bilik itu. Bekas muntah Elvis juga dibersihkan daripada permaidani bilik air berkenaan.

Bedah siasat terhadap jasad Elvis bagaimanapun mendapati ada 14 kandungan pelbagai jenis dadah dalam badan penyanyi itu termasuk 10 jenis yang diambil berlebihan. Elvis diketahui alah kepada dadah berjenis codeine tetapi kandungan codeine turut ditemui dalam jasad penyanyi itu!

Penemuan itu mencetuskan pelbagai spekulasi sama ada Elvis cuba membunuh diri atau ada pihak tertentu yang membunuhnya menerusi pemberian dadah codeine termasuk dadah lain dalam kuantiti yang banyak.

Ibu tiri Elvis, Dee Presley yakin bahawa Elvis membunuh diri kerana sebelum lelaki itu mati, beliau disahkan mengidap barah dan doktor yang merawatnya memberitahu dia hanya boleh hidup beberapa tahun lagi.

"Itu adalah punca kematian sebenar. Dia terlalu runsing dan tidak mahu mati dalam kesakitan. Dadah berlebihan sengaja diambil bagi menamatkan semua mimpi ngeri itu," katanya.

Bagaimanapun, seorang lagi ahli keluarga Elvis, Donna Presley Early, percaya bahawa Raja Rock & Roll itu dibunuh pihak tertentu tetapi identiti pembunuhnya hanya diketahui Vernon iaitu bapa Elvis. Bagaimanapun, Vernon enggan mendedahkan siapakah pembunuh Elvis dan rahsia itu turut dibawa bersamanya sehingga dia meninggal dunia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2008 11:17 AM | Show all posts
Elvis, kalau tak mati overdose/bunuh (depends on who you're listening to, nampaknya mati heart attack le....makan dah tahap melantak....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 09:18 AM | Show all posts
Elvis Presly masih dikenang
Oleh Norhana Osman Haron dan Faizal Mahmood




Pusaranya sentiasa dipenuhi bunga, anak patung daripada peminat setia

SELAMAT Datang ke Dunia Elvis Presley. "Most Kings Have Castles, Elvis Had A Home".


Destinasi bajet selama tiga minggu ke Amerika Syarikat memberi kesempatan kepada kami suami isteri menjejaki Graceland, rumah agam putih dan estet peninggalan Raja Rock n Roll, Elvis Aaron Presley.

Graceland terletak di 3734, Elvis Presley Boulevard, Memphis, Tennesse. Berkeluasan 56,000 meter persegi, mendiang Elvis membelinya ketika berusia 22 tahun dengan harga AS$100,00 (kira-kiraRM350,00) pada 1957, tetapi hanya dibuka kepada orang ramai pada 1982.

Menurut kajian, Graceland adalah kediaman persendirian yang paling ramai dikunjungi selepas Rumah Putih di Washington DC.

Graceland juga tempat kelahiran lagenda muzik tersohor seperti Johnny Cash, Isaac Hayes, B B King, Jerry Lee Lewis, Otis Reading dan bintang sensasi pop terkini, Justin Timberlake.




Sebaik kami mendaftar masuk di hotel bersebelahan Graceland, kami terus membeli tiket lawatan berharga AS$32.

Pengunjung serta peminat Elvis sudah mula berbaris panjang biarpun waktu lawatan bermula seawal jam 9 pagi hingga 4 petang. Semua pakej lawatan bermula di Graceland Plaza yang mana kami dibawa menaiki bas mini serta dibekalkan alat bantuan audio.

Sebaik melintasi pintu pagar Wall of Love, hati berkobar-kobar ingin mengetahui dan menyelami suka-duka kehidupan lagenda yang masih dipuja dan diingati peminat setianya. Selepas diberi penerangan ringkas oleh pemandu pelancong, kami terus melangkah masuk disambut lagu "Welcome To My World".

Dimulakan dengan ruang tamu diikuti dengan ruang muzik, bilik tidur ibu bapa Elvis, ruang makan dan dapur yang terletak di tingkat bawah tanah.


Meditation Garden tempat Elvis disemadikan.


"Jungle Room" yang terkenal sebagai tempat Elvis merakamkan lagu bertemakan Hawaiian. Dari ruang ke ruang, kami sedikit sebanyak dapat menyelami kehidupan masa lampaunya yang diceritakannya sendiri dan anak perempuannya melalui alat bantuan audio.

Sebaik keluar melalui pintu belakang, ada sebuah bangunan putih yang menempatkan bilik kerja Elvis. Selain itu, bilik yang dipanggil "Trophy Room" yang mempamerkan album yang dihasilkan, poster filem lakonannya serta pakaian, kosmetik sehingga anak patung Elvis yang dihasilkan pada tahun 1950an.

Selain deretan anugerah multi-platinum, emas dan perak yang tidak terkira banyaknya , dipamerkan juga pakaian perkahwinan beliau dan isterinya, Priscillia serta cek yang ditulisnya untuk kebajikan.

Saat-saat yang buat kami terpegun ketika menyusuri deretan Hall of Gold ialah melihatkan betapa besar dan hebatnya bakat lagenda ini. Sehingga kini, lebih daripada satu bilion albumnya terjual di seluruh dunia.

Sepanjang kariernya, Elvis memenangi tiga anugerah Grammy (daripada 14 pencalonan) serta 33 filem box office. Kami sempat juga menjenguk ke kandang kuda yang masih digunakan sehingga kini.

Lawatan 2 jam itu di akhiri dengan "Meditation Garden" yang mana mendiang Elvis disemadikan bersebelahan ibu bapanya, Vernon dan Gladys serta neneknya. Biarpun sudah lebih 31 tahun perginya Elvis, peminatnya masih tidak mengunjungi pusaranya.

Pusaranya sentiasa dipenuhi bunga-bungaan dan anak patung. Juga kelihatan peminat setianya yang masih bersedih dan menitiskan air mata.

Biarpun kami bukanlah peminat setia mendiang tetapi sebaik meninggalkan kawasan kediamannya, dalam hati mengiyakan kehebatan Elvis Presley bukan saja sebagai seorang penghibur yang berkarisma dan berbakat besar malah sebagai seorang lagenda seni yang tiada gantinya.

Selain kediamannya, terdapat juga tempat lain yang harus di lawati seperti Elvis Automobile Museum yang menempatkan 33 kenderaan termasuk Pink Cadillac, motosikal Harley Davidson, go-kart, buggy dan banyak lagi.

Manakala ada 2 jet peribadi mendiang dan salah satunya diberi nama Lisa Marie sempena nama anak tunggal perempuannya. Didalamnya ada ruang tamu, bilik mesyuarat, ruang rehat dan bilik peribadi yang dilengkapi dengan tempat duduk baldu serta tali keledar yang bersalut emas dan sinki emas 24 karat.

Ia turut dikenali sebagai "Flying Graceland". Sementara Lockheed Jetstar digunakan untuk membawa pengurus serta pekerjanya untuk ke pertunjukan pentas.

Selain itu, Sincerely Elvis, menempatkan "Elvis Jumpsuits All Acsess" adalah koleksi terbesar pakaian ketika konsert meganya. "Private Presley Exhibit" pengalaman yang dilaluinya sebagai tentera pada tahun 1958.

Elvis 68 pula mempamerkan segala rakaman, gambar serta artifak sejarah mendiang sempena meraikan ulang tahun ke 40 "68 Comeback Special".

Info:


# Elvis dilahirkan kembar pada 8 Januari 1935 di Tupelo, Mississippi, tetapi abang kembarnya Jessie Garon meninggal dunia ketika dilahirkan. Beliau berpindah ke Memphis pada tahun 1948 dan menamatkan persekolahannya di sana.

# Berkahwin pada tahun 1 Mei 1967 di Aladdin Hotel, Las Vegas. Mempunyai seorang anak perempuan Lisa Marie Presley yang dilahirkan pada 1 Februari 1968.

# Selain Graceland, Memphis turut dikenali sebagai "Home of The Blues" and "Birth Place of Rock n Roll".

# Tempat lain yang menarik dikunjungi seperti Beale Street, Sun Studio - studio di mana Elvis merakamkan single pertama beliau, Memphis Rock n Roll Museum, National Civil Right Museum, The Birthplace of Elvis Presley, Heartbreak Hotel, Stax Museum of American Soul Music dan banyak lagi.

# Terdapat hotel dan motel sepanjang Elvis Presley Boulevard, Graceland Days Inn adalah pilihan terbaik kerana terletak bersebelahan Graceland.

# Untuk ke Memphis, anda boleh menaiki Malaysia Airlines ke New York / Los Angeles dan kemudian menaiki penerbangan domestik (American Airlines, United Airlines atau Delta Airline).

# Pengalaman kembara secara bajet boleh dilihat di usblogabout.blogspot.com, sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh di e-melkan ke [email protected]


*******************************************************************************

memang minat sangat dengan elvis ni - lagu2 dia semua best2 -
ramai kawan2 kat north america buat joke tentang : elvis just left the building ....
sebab ramai sangat fan dia yang tak boleh nak terima kematian dia -
masih ada yang harap dia hidup lagi... tu yang ramai buat impersonating elvis ni -
apa2 pun.. memang dia seorang entertainer yang tak boleh dilupakan.. - gifted -
walaupun dia ada berlakon juga - tapi lakonan dia tak best mana pun - lagu2
dia yang best sangat - suka lagu dia - can't help falling in love (corey hart nyanyi balik)
lagu tu theme cerita lilo and stitch rasanya -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2008 09:25 AM | Show all posts
Can't Help Falling In Love sebelum tu dinyanyikan balik UB40 untuk filem Sliver....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 01:31 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 01:33 PM | Show all posts
ni .. salinan sijil kematian (+ autopsi) elvis ..





elvis dalam kerandanye ..

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 04:23 PM | Show all posts
masa aku darjah 6 ada main kat tv2 film2 elvis sempena 20 tahun kematian beliau, tapi aku dgn kawan aku masa tu percaya dia masih hidup lagi
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 05:00 PM | Show all posts
avatar aku ada imej elvis presley..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 05:14 PM | Show all posts
Are You Lonesome Tonight ~

Are you lonesome tonight,

do you miss me tonight?

Are you sorry we drifted apart?

Does your memory stray to a brighter sunny day

When I kissed you and called you sweetheart?

Do the chairs in your parlor seem empty and bare?

Do you gaze at your doorstep and picture me there?

Is your heart filled with pain, shall I come back again?

Tell me dear, are you lonesome tonight?

I wonder if you're lonesome tonight

You know someone said that the world's a stage

And each must play a part.

Fate had me playing in love you as my sweet heart.

Act one was when we met, I loved you at first glance

You read your line so cleverly and never missed a cue

Then came act two, you seemed to change and you acted strange

And why I'll never know.

Honey, you lied when you said you loved me

And I had no cause to doubt you.

But I'd rather go on hearing your lies

Than go on living without you.

Now the stage is bare and I'm standing there

With emptiness all around

And if you won't come back to me

Then make them bring the curtain down.

Is your heart filled with pain, shall I come back again?

Tell me dear, are you lonesome tonight?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

- lagu ni best
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2008 05:26 PM | Show all posts
Elvis's quotes (some)

I was training to be an electrician. I suppose I got wired the wrong way round somewhere along the line.


I'd just like to be treated like a regular customer.


I'll never feel comfortable taking a strong drink,and I'll never feel easy smoking a cigarette. I just don't think thosethings are right for me.

I'll never make it, it will never happen, because they're never going to hear me 'cause they're screaming all the time.


I'll stay in Memphis.


I'm no hillbilly singer.


I'm not trying to be sexy. It's just my way of expressing myself when I move around.


I'm so nervous. I've always been nervous, ever since I was a kid.


I'm trying to keep a level head. You have to be careful out in the world. It's so easy to get turned.


I've tried to lead a straight, clean life, not set any kind of a bad example.


It's human nature to gripe, but I'm going ahead and doing the best I can.


Just because I managed to do a little something, I don't want anyone back home to think I got the big head.


Later on they send me to Hollywood. To make movies. It was all new to me. I was only 21 years old.


Man, I really like Vegas.


Man, that record came out and was real big inMemphis. They started playing it, and it got real big. Don't knowwhy-the lyrics had no meaning.


More than anything else, I want the folks back at home to think right of me.


My movements, ma'am, are all leg movements. I don't do nothing with my body.


People ask me where I got my singing style. I didn't copy my style from anybody.


Rhythm is something you either have or don't have, but when you have it, you have it all over.


Rock and roll music, if you like it, if you feel it, you can't help but move to it. That's what happens to me. I can't help it.'


Since the beginning, it was just the same. The only difference, the crowds are bigger now.


That's why I hate to get started in these jam sessions. I'm always the last one to leave.


The army teaches boys to think like men.


The closest I ever came to getting married was just before I started singing. In fact, my first record saved my neck.


The colored folks been singing it and playing it just like I'm doin' now, man, for more years than I know. I got it from them.


The image is one thing and the human being is another. It's very hard to live up to an image, put it that way.


The Lord can give, and the Lord can take away. I might be herding sheep next year.


The next thing I knew, I was out of the service andmaking movies again. My first picture was called, GI Blues. I thought Iwas still in the army.


There are too many people that depend on me. I'm too obligated. I'm in too far to get out.


They put me on television. And the whole thing broke loose. It was wild, I tell ya for sure.


Those movies sure got me into a rut.


Those people in New York are not gonna change me none.


Too much TV hurts movies.


Truth is like the sun. You can shut it out for a time, but it ain't goin' away.


Until we meet again, may God bless you as he has blessed me.


Whatever I will become will be what God has chosen for me.


When I got outta High School I was driving a truck. I was just a poor boy from Memphis, Memphis.


When I was a boy, I always saw myself as a hero in comic books and in movies. I grew up believing this dream.

-Elvis Presley
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 06:57 AM | Show all posts
Demam Elvis di Australia
Selama lima hari, pekan Parkes yang sunyi di Australia meriah dengan festival memperingati legenda rock n roll, Elvis Presley.



PENGUNJUNG teruja melihat seorang lelaki meniru gaya Elvis Presley.



PEKAN Parkes yang sunyi di Australia berubah wajah apabila dibanjiri pengunjung yang memakai minyak rambut Brylcreem, baju berwarna-warni dan muzik gospel Sunday. Kehadiran mereka adalah untuk meraikan satu festival bagi memperingati legenda rock n roll, Elvis Presley. Festival itu telah diadakan secara besar-besaran.

Festival Elvis yang sebelum ini hanya sebuah acara biasa yang berlangsung selama satu malam pada tahun 1993 telah bertukar menjadi satu sambutan besar-besaran selama lima hari. Acara itu dipercayai mampu menarik ribuan peminat dan juga pelancong asing.

Penganjur festival itu, Ellie Ruffoni memberitahu, sambutan tahun ini lebih memberangsangkan, berbanding tahun-tahun lepas. Malah, mereka lebih bersungguh-sungguh meraikannya dan ini dapat dilihat melalui pakaian mereka.

"Kami menerima kunjungan seramai 8,000 orang pada 2008 dan tahun ini, kami menerima lebih daripada jumlah tersebut.
"Dunia semakin berkembang dan saya rasa orang mula terfikir bahawa anda tidak perlu menjadi peminat Elvis yang fanatik untuk berseronok di festival tersebut," kata Ruffoni yang menerima kunjungan kira-kira 10,000 orang pada festival tahun ini yang berlangsung pada tarikh lahir Elvis iaitu pada 8 Januari lalu.

Ramai yang memilih untuk menikmati nyanyian lagu gospel bertemakan Elvis, menyertai perarakan jalanan, pertandingan 'rambut besar' ataupun memperbaharui ikrar perkahwinan sempena festival itu.



KERETA Cadillac milik Elvis merupakan salah satu koleksi Greg Page.



Malah, bagi yang terlalu fanatik, perkhidmatan kereta api Elvis Express dari Sydney turut disediakan. Para penumpang dihiburkan dengan muzik selama lima jam dan turut menerima hadiah pakaian.

Di Parkes, setiap orang mempunyai cara mereka tersendiri dalam menggayakan pengaruh Elvis dan memainkan muzik kegemaran mereka.

"Ramai juga yang datang ke sini hanya untuk melihat keunikan festival tersebut dan berseronok.

"Ia menjawab telahan kebanyakan pengunjung mengapa ada yang sanggup berkeliaran dengan pakaian tebal pada cuaca 40 darjah Celsius. Inilah yang membuatkan festival itu sungguh menarik," kata peminat fanatik Elvis, Greg Page.

Page, merupakan antara pengasas persembahan pentas The Wiggles mula menaruh minat kepada ikon muzik itu sejak dia melawat kediaman Elvis di Graceland secara tidak sengaja ketika mengunjungi Memphis, Amerika Syarikat (AS) sedekad lalu.

Tersentuh dengan sisi kemanusiaan Presley, Page mula mengumpul barang-barang Elvis daripada pakaian peribadi dan pentas, barang kemas, perhiasan dan kostum watak filem milik raja rock n roll itu.

Koleksinya itu dipercayai merupakan yang terbesar di luar AS. Antaranya termasuklah Cadillac terakhir Presley, sijil perkahwinannya dengan Priscilla dan kontrak yang ditandatangani dengan bekas pengurusnya, Kolonel Tom Parker.

"Hanya ada dua salinan kontrak itu di muka bumi dan yang lagi satu disimpan di Graceland," kata Page.

Page turut mempamerkan koleksinya di sebuah pameran di Parkes dan berharap ia akan menjadi acara pameran tahunan.
Bagaimanapun, Page tidak akan mempamerkan kereta Cadillac yang menjadi salah satu koleksinya.



ANTARA koleksi barangan Elvis yang dipamerkan.



Namun kata Page, orang ramai masih merasai bahang Presley yang dikategorikannya sebagai Bapa Gemilang.
"Semua penyanyi rap kini memakai sesuatu yang bersinar dan pengaruh Elvis sudah lama ke depan sejak zamannya," kata Page berjenaka.

Antara perhiasan paling digemarinya yang dipamerkan adalah rantai emas berkepala singa bertatahkan 24 butir berlian, dua butir zamrud untuk mata dan batu delima untuk lidah singa tersebut.

Presley membelinya pada tahun 1971 dan memakainya ketika bertemu Perdana Menteri AS ketika itu, Richard Nixon.

Terdapat juga sehelai sut lama berwarna emas yang diberikan oleh penyanyi terkenal Elton John kepada Elvis yang direka khas oleh tukang jahit selebriti, Nudie Cohn.



GREG PAGE menunjukkan salah satu sut milik Elvis.



Parkes merupakan pekan perlombongan yang popular. Ini kerana terdapat sebuah balai cerap yang terlibat dalam peristiwa bersejarah misi Apollo 11 pendaratan Neil Armstrong ke bulan pada tahun 1969.

Ruffoni memberitahu, Festival Elvis telah menjadi salah satu acara yang mampu membawa pelancong untuk datang ke Parkes. Malah, ikon tersebut berjaya menarik 66 peratus daripada peserta festival pada tahun lalu yang terdiri daripada wanita. - AFP



aku pung minat gak evlis ni... tapi tak adalah pakai mcm king rock ni; setakat suka lagu2 dia wokey ler tu....   selalu baca jokes pasai  evlis still alive atau  evlis has left the building...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.106528 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list