CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4392|Reply: 22

Hikmah air zamzam

[Copy link]
Post time 28-12-2007 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 13-11-2009 14:17

Minda Lestari: Hikmah air zamzam kekal sepanjang zaman
Bersama Dr Zaini Ujang  

SETIAP jemaah haji dan umrah di Makkah terbiasa dengan air zam zam. Air zamzam sunat diminum selepas selesai mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah. Malah, sepanjang berada di Makkah, setiap tetamu Allah tidak jemu menghirup kesegaran air zamzam.

Airnya jernih dan menyegarkan, apa lagi ketika dahaga dan kepenatan mengerjakan tawaf dan saie.

Air zamzam punya hikmah, keajaiban, sejarah dan kemuliaannya tersendiri. Bagi ahli profesional pengurusan air seperti saya, kewujudan, sumber dan kualiti air zamzam amat menakjubkan.
Tidak ada air setanding air zamzam di bumi ini dari segi sumber dan kualitinya, sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Ibnu Abbas, "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zamzam".

Sejarah air zamzam bermula seawal sejarah Makkah, kira-kira 4,000 tahun lalu. Selepas Nabi Ibrahim AS meninggalkan isterinya, Hajar dan anaknya di bumi Makkah yang gersang, Allah memancarkan mata air zamzam dari hentakan kaki Nabi Ismail AS yang masih kecil.

Peristiwa itu berlaku dalam keletihan Hajar berulang-alik dari Safa ke Marwah mencari sumber air. Dalam konteks haji dan umrah, amalan saie seharusnya mengingatkan jemaah kisah Hajar dan Nabi Ismail AS itu.

Selain syiar Islam, amalan saie juga perlu dianggap sebagai sinonim dengan fitrah insaniah yang memerlukan sumber utama kehidupan, iaitu air. Hakikatnya air zamzam adalah anugerah Allah kepada jemaah haji dan umrah supaya menyedari hakikat keinsanan dan proses pembersihan jiwa.

Pada saat air zamzam mula memancar maka bermulalah satu penempatan besar yang akhirnya menjadi pusat umat Islam sepanjang zaman. Jarak telaga zamzam hanya kira-kira 20 meter ke timur Kaabah, tempat paling suci bagi umat Islam.

Sejak dulu, perigi zamzam tetap terpulihara, menyediakan sumber air kepada setiap pengunjung Makkah. Istilah zamzam sendiri bermakna 'berhenti mengalir', iaitu ucapan Hajar ketika cuba membina empangan kecil menakung air zamzam yang melimpah-ruah keluar dari perut bumi.

Perigi zamzam pernah pupus pada zaman Jurhum, tetapi digali semula oleh Abdul Mutalib, nenda Nabi Muhammad SAW. Ketika zaman pemerintahan Abasiyyah di bawah Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur (771 M / 145 H), kubah dibina melindungi telaga zamzam.
Pada 1417M (802H), ketika pemerintahan Mamluk, Masjidil Haram terbakar sehingga turut memusnahkan kubah telaga zamzam. Kerja baik pulih dilakukan sepanjang zaman. Pada era moden, kerja baik pulih dilakukan pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II pada 1915 (1300H).

Sejak 1956 pam elektrik mula digunakan. Ketika ini, jumlah jemaah haj

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2007 11:32 AM | Show all posts
kuasa Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 11:42 AM | Show all posts
kiko kalau anak nangis.... kiko sapu kepala dia dgn air zam zam... nyaman...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 11:45 AM | Show all posts
teringin nk rase air zamzam dgn rasa yg original .. sbb kalo dh bwk balik sini, rasenye dh lain
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 01:35 PM | Show all posts
air zamzam memang ajaib

kalau air bawah tanah dipam, untuk recharge semula biasa kita akan temukan sumber berdekatan (dalam linkungan telaga berkenaan), contoh, sungai ke, laut, tasik ke, dsb termasuklah recharge semula dengan air hujan yang meresap masuk ke dalam tanah dan masuk semula ke dalam akuifer (kolam tadahan di bawah tanah).

Tapi kalau pergi kat Mekah, kawasan sekitar masjidil haram adalah lembah yang serba gersang sejak azalinya, cuba tengok sekeliling, bukti kewujudan air itu hampir tiada, tiada kolam, sungai, laut apatah lagi hujan.

Bila Prof Zaini explained, air yg dipam keluar, sebanyak 8,000 liter sesaat dalam masa 24 jam. Initially dari 3 meter dropdown kepada 12 meter kemudian naik semula ke paras asal 3 meter dari permukaan tanah, it was incredibly amazing!!!!! Mana ada mataair yg telah dipam keluar sebanyak itu, recharge semula dalam masa 11 minits sahaja! Beyond comprehension from scientific point of view, sementelah lagi, Mekah tu confirm tanah yg tandus lagi gersang.

Pulak tu air zamzam dibekalkan ke masjid madinah everyday nak guna banyak mana pun takkan ada org larang. Nak buat mandi pun boleh punya...itu pun kalu larat nak bawak botol banyak2 la.

Pendek kata (conclusion): Air Zamzam memang amazingly hebat! Betul2 sangat hebat!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2007 02:55 PM | Show all posts
katanya nih molekul air zamzam;

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2007 06:13 PM | Show all posts
subhanallah.

cantiknya. adakah gambar ni dari koleksi Dr Emoto (Japanese Scientist) yg kaji semua air-air di dunia. Khabarnya dari Dr Emoto, air yang terbentuk kistal yang paling cantik ialah apabila kita mengulangi perkataan Love & Thanks pada air tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 06:54 PM | Show all posts

Reply #7 sakinahmawaddah's post

Semasa di Mekah tahun lepas, saya teringat fitnah-fitnah yang saya pernah baca tentang air zam-zam, yang kononnya ia adalah air laut yang ditapis dan disalurkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk top up air telaga yang sedikit itu untuk menipu jemaah haji.

Bila di sana, saya melihat sendiri betapa rendahnya teknologi pembekalan air di Mekah, di mana air-air paip hotel pun perlu dibekalkan dengan lori air (yg diproses dari laut) yang saban hari mendatangi hotel2 tersebut utk top up bekalan air melalui paip-paip di hadapan atau belakang hotel.

Tapi interestingly, air telaga zam-zam di Masjidil Haram, yang ada cuma lori membawa keluar air zamzam (utk dibawa ke Madinah). Tiada sebarang  lori yang bawa masuk air kecuali di bahagian ambil air sembahyang/tandas yang terletak jauh  di luar masjid (paipnya ada dekat bazaar), dan segregation antara air zam-zam dari air biasa adalah jelas. So jelas fitnah itu tidak benar sama sekali. Yang benarnya, bekalan air dari telaga zam zam dlm  Masjidil Haram adalah sepenuhnya dari telaga zamzam!

Subhanallah!

PS : Air zamzam di madinah tak fresh macam air zamzam mekah, itulah pendapat saya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2007 02:23 AM | Show all posts
Kita patut mensyukuri nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Subhanallah!
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2007 07:59 AM | Show all posts
haku nengok rancangan Discovery Channel masa Raya haji lepas.......improvement project for Telaga zam-zam.........amazingly.....subhanallah.......masa derang mula2 nak buat projek pasang piping dlm telaga zam-zam pasang pam air.......derang terpaksa menyedut air keluar dr telaga sebanyak mungkin......ttp bila aras air makin berkurangan......alangkah terkejutnya derang......dr setiap rekahan batu telaga......keluar air yang kuat seperti seperti air terjun......semakin dalam...semakin kuat airnya yang keluar.........w/pon ia keluar dgn begitu banyak.....ttp tak kan melimpah sampai tebing..........subhanallah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2007 08:02 AM | Show all posts
satu perkara lagik.........tak pasti lak sumber nih sahih atau tidak.......

Nabi kata orang mukmin boleh minum air zam-zam nih sebanyak mana pun tanpa rasa penuh perut.......ttp bagi orang kafir dan munafik.....derang cuma bole minum cuma sedikit sahaja.........betul ker nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2007 08:53 AM | Show all posts
salam

huhuhu, x tau plak kalu non muslim boleh minum sket jer air zamzam
tapi zamzam ni memang hebat, bukan semua mataair yg kita jumpa boleh diminum tanpa treatment

sy tak pernah tgk cite discovery channel ttg air zamzam, but, sapa2 boleh clarify, adakah air zamzam perlu treatment sebelum dibekalkan pada awam?

saya rasalah (nanti sy cuba cr sumber) air zamzam memang pure, even without purification

sedang dlm amalan biasa, air mata air yg dijumpai utk dibuat sumber minuman, kita kena sahkan kandungan dalam tu, ada je air yg tak seswai utk wat minuman sbb takut ada kandungan logam berat dlm tu, kadang2 air yg didapati dari pump air bawah tanah, keruh sehingga kena buat penapisan dulu sebelun boleh diminum
pendek kata, bukan seme air bawah tanah boleh diminum tanpa dirawat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2007 09:05 AM | Show all posts
satu lagi

dlm ibrah dari peristiwa zamzam ni ialah ketabahan Siti Hajar sendiri
bagi saya, pengajaran terpenting adalah jangan sekali2 berputus asa dan teruskan mencuba, walau berkali-kali gagal

kerana saya melihat, aturan dunia ni, dalam banyak perkara jarang Allah hampakan orang yg benar mencuba tanpa putus asa dan harap, malah tidak putus berdoa padaNya

dan akhirnya Siti Hajar, selepas berulang pada kali ke 7, dirahmati Allah, dengan air zamzam, dan sunnah Siti Hajar diikuti beribu tahun selepasnya

di Mekah pada zaman Siti Hajar, kawasan lembah yang sangat kontang dan gersang (sapa yg pernah ke Masjidil Haram akan segera membayangkan, bahawa sememangnya Masjidil Haram terletak lembah yg dikelilingi bukit/gunung), ditinggalkan oleh suami, keseorangan, dengan seorang bayi yang kelaparan dan tiada air minuman

dari manakah kekuatan Siti Hajar ini datang, untuk orang biasa seperti saya, melihat padang pasir sahaja saya sudah begitu putus asa, kawasan yang tiada harapan untuk survival kehidupan, tapi Siti Hajar, meski telah berulang kali melewati tempat yang sama, tanpa putus asa, akhirnya, diberkati dengan Bir Zamzam, yang katanya, jika Siti Hajar tidak mengempang air zamzam ketika terpancut keluar menerusi hentakan Nabi Ismail, seluruh umat dunia dapat menggunakan air zamzam, kerana inilah mataair yang tidak akan putus rahmat Tuhan dari mengalir untuk mendapat keberkatan dari kemuliaannya. Subhanallah.

Wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2007 09:19 AM | Show all posts
air zamzam.. air yg paling bagus sekali di dunia...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2007 11:19 AM | Show all posts
pasal kristal air tu, prof jepun tu ada bandingkan kristal-kristal yang 'didengarkan' lagu rock, lagu slow, orang bercakap, dan macam-macam.  kemudian ada tambahan pula dengan teori-teori yang kata bila dibacakan ayat quran kristal-kraistal air akan berubah dan dikaitkan pulak dengan perubatan menggunakan ayat quran.

cuma satu saya nak tau, kristal air bentuk yang macamana baik utk kesihatan rohani dan jasad?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2007 11:27 AM | Show all posts
tu la pasal

bila tgk gamba yg Prof Emoto tunjukkan, satu gamba kristal yg umum akan kata 'mak ai, huduhnya gambar ni" tu gambar air yg kalu diperdengarkan lagu2 heavy metal

satu gamba kristal yg umum kata 'wah, cantiknya' cam gamba yg Syd bagi, tu kristal air yg terbentuk bila dikatakan padanya Love & Thanx
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2007 11:32 AM | Show all posts

Reply #16 sakinahmawaddah's post

itu pernilaian dari segi pandangan.  yang huduh tak semestinya tak bagus.  secara saintifik atau kajian, macamana dia nak buktikan kristal ni baik dab kristal tak baik?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2007 11:34 AM | Show all posts
respond pada kajian Prof Emoto, saya rasa begini analatikalnya

kristal air boleh berubah bentuk

bagaimana boleh berubah bentuk, dengan diperdengarkan bunyi2, (mungkin air tu respon kepada gelombang yg diperdengarkan kepadanya)

kalu bunyi cantik, macam love and thanks, kristal yg terbentuk akan jadi cantik
kalu bunyi heavy metal, jadi huduh kristalnya, cam gamba hantu ada gak (saya pernah tengok)

conclusionnya, manusia juga boleh berubah menjadi baik, jika selalu diperdengarkan perkara2 baik

sebab

70% dalam badan manusia adalah air
80% kandungan otak adalah air
70% kandungan otot2 juga adalah air
80% kandungan dalam buah pinggang juga adalah air
79% kandungan dalam darah juga adalah air

dan jika tengok dalam segi unisel, sel manusia, paling besar adalah protoplasma, yang mana adalah juga air

dan manusia berasal dari air juga bukanlah bercanggah dengan apa yang ada dalam Quran
Do those who are disbelievers not see that the heavens and the earth were sewn together and then We unstitched them and that We made from water every living thing? So will they not have faith? (Surat al-Anbiya': 30)



cuma yang bagusnya, air zamzam ni, meski tanpa kajian Prof Emoto pun kita dah confirm2 tau bagus banget berbanding air2 lain dalam dunia

[ Last edited by  sakinahmawaddah at 29-12-2007 12:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2007 11:37 AM | Show all posts

Reply #17 ibnur's post

tu la
benda gitu memang subjektif
sapa yg legitimate nak tentukan kriteria ni, huduh x semestinya tak bagus
cantik tak semestinya memang bagus

nak ambil jalan apa ek, jalan majoriti, apa kata majoriti?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2007 11:48 AM | Show all posts
satu cadangan

apa kata kalau kita ambil kriteria kristal yg terbentuk pada air zamzam
sebagai standard yg tidak tercabarkan

so, mana2 air yg terbentuk approaching seperti kristalnya air zamzam, itulah yg paling baik utk roh, jasad, spritual, akal, indera

camne?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.069523 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list