Selepas hampir 7 tahun tanpa buah tangan terbaru,akhirnya penghujung December lalu,artis terkenal Ziana Zain tampil dengan buah tangan terbarunya,Dingin yang kini sedang hangat diputarkan di stesen-stesen radio.Namun, sekiranya ada segelintir peminat yang kurang berpuas hati dengan Dingin,anda tidak perlu risau kerana pada January depan,Ziana akan tampir dengan album barunya yang mana kemungkinan besar Pawana akan menjadi single rasmi.Lagu ciptaan Sharon Paul ini akan mula diputarkan di corong-corong radio pada January 2008 nanti.
Nenek Tua::pompom::pompom::pompom:
[ Last edited by ziana2006 at 30-12-2007 06:00 PM ]
diumumkan ziana2006 sgt ting tong, so ape yg dikhabarkan oleh dia x pelu dipercayai.... mgkin kesan mengambil marvelon 2 papan sehari sbb tu jd lagu tu....
Dengarnya...: Ziana Zain bakal muncul dengan Pawana
BARU-baru ini, Cik Normah dapat tahu, Ziana Zain bakal muncul dengan single terbaru berjudul Pawana ciptaan Sharon Paul. Insya-Allah juga serentak dengan itu pada bulan depan, Ziana Zain akan menayangkan anak kembar perempuannya.
Selepas Eja melakukan majlis santai pada 3 Disember lalu untuk memperkenalkan anak sulungnya, Nur Eishal, Cik Normah tunggu pula nak tengok gambar anak Ziana Zain. Selain Ziana, Que Haidar dan isterinya, Linda Jasmine pun belum mendedahkan wajah anak mereka, Tengku Ratu.
Berbalik kepada kisah single terbaru Ziana Zain itu, Cik Normah diberitahu Ziana merakamkan lagu itu pada minggu awal dia disahkan mengandung. Sempat juga Ziana Zain masuk studio untuk rakam lagu ye. Pada masa yang sama, Cik Normah teruja juga nak tunggu bentuk badan Ziana selepas beranak ini. Boleh lawan pinggang Cik Normah yang montok ini ke Ziana?
Eja pun selepas melahirkan Nur Eishal sudah kembali ramping dan Cik Normah difahamkan, Eja sengaja menaikkan sedikit badannya supaya tidak terlalu kurus melidi. Malah, Eja juga sudah dilamar produk pelansingan badan. Tapi Cik Normah yakin, Ziana memang sudah kurus sebab difahamkan dia begitu tekun untuk mendapatkan potongan badan asal.