CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2983|Reply: 21

BISMILLAH

[Copy link]
Post time 3-1-2008 11:36 PM | Show all posts |Read mode
Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin di hujung kampung... .. Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya, maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tghhari. Tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang, begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan. Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya di mana rumah... ? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman. Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar. Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan. Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinyapun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki. Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai. Ada sebahagiannya sibuk di tempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca Bismillah... ), syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk... Ada juga yg muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia. Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu. Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri. Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia dgn bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan. Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka. Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. Mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah. Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan. Keadaan menjadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek. Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak. Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan. Sebelum makan, sebutlah nama Allah... atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH... ..

Pengajarannya; APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU MULAKAN DENGAN UCAPAN BISMILLAH... semoga hari ini lebih baik dari semalam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2008 12:16 AM | Show all posts
mulakan dgn Bismilliah dan akhiri dgn Al-Hamdulillah..

Satu keajaiban..kenapa sebelum makan kita disuruh membaca Bismillah kerana setiap makanan yg kita makan mempunyai bakteria yg tersendiri jadi dgn bacaan Bismillah itu tadi bakteria2 yg ada tidak akan memberi mudarat pd manusia kerana perjanjian alam..

wallahua'alam
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 01:48 AM | Show all posts
terima kasih.

sekarang ni amat kerap lupa nak baca basmalah

moga2 hati ni kembali bersih
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 08:40 AM | Show all posts
Walaupun telah membaca kisah ini beberapa kali sebelum ini, tapi ianya  harus diulangi dari masa ke semasa sebagai peringatan kepada kita semua yang kadangkala lalai.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 09:03 AM | Show all posts
Bismillahirrahmanirrahim....dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 3-1-2008 11:36 PM
Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin di hujung kampung... .. Malangnya, ketika i ...


mcm citer dongeng alam bunian jer. takper, janji niat baik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2008 04:26 PM | Show all posts
geli plak rase lepas bace artikel nie...

lagi kotor makanan yg kite mkn klu x bace bismillah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2008 02:57 PM | Show all posts
Baik sebagai peringatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2008 04:08 PM | Show all posts
Salam,

Didalam AlQuran Allah berfirman:

5:4. Mereka menanyai kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka.Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dandaripada binatang berburu yang kamu mengajari, dengan melatih anjinguntuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah mengajar kamu, maka makanlah apa yang ia menangkapkan untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan."

6:118. Makanlah daripada apa yangpadanya diingatkan (disebut) nama Allah, jika kamu mukmin pada ayat-ayat-Nya.

6:119. Mengapakah dengan kamu,bahawa kamu tidak makan daripada apa yang padanya diingatkan nama Allah,padahal Dia telah menjelaskan kepada kamu apa yang Dia mengharamkan kamu,kecuali kamu terpaksa padanya? Tetapi, sesungguhnya ramai orang menyesatkandengan keinginan mereka tanpa sebarang pengetahuan; Pemelihara kamu, Dia sangatmengetahui orang-orang yang mencabul.

6:120. Tinggalkanlah dosa yangnampak, dan yang tersembunyi; sesungguhnya orang-orang yang mengusahakan dosaakan dibalas dengan apa yang mereka memperolehkan.

6:121. Dan janganlah makan apayang padanya nama Allah tidak disebut; ia adalah kefasiqan. Syaitan-syaitanmewahyukan wali-wali (sahabat-sahabat) mereka untuk membantah kamu, dan jikakamu mentaati mereka, kamulah orang-orang yang menyekutukan.


Bagi saya cukuplah apa yang Allah firmankan didalam AlQuran. Tidak payahlah sisyaitan pula hendak mengajar kita.  Allah telahpun mengajar kita lebih awal.

Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2008 08:52 AM | Show all posts
salam

mungkin benar kenyataan itu
tapi ILMU TUHAN meliputi sekalian alam ini
sedangkan syaitan sendiri belajar dari ilmu TUHANNYA
utk menyesatkan manusia
dan mereka itu bukannya BIJAK sangat punnnnnnn
pasal kitab mereka pun beraneka ragam jugak
iyelah cam manusia gak
lintang pukang!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2008 08:20 PM | Show all posts
besarnya hikmah dengan membaca bismillah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2008 10:07 PM | Show all posts
bismillahirahmanirahim...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 10:52 PM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 3-1-2008 11:36 PM
Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin di hujung kampung... .. Malangnya, ketika i ...


Hikayat pak pandir mana ko bawak ni? Orang mana boleh nampak setan...  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2008 11:04 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 4-2-2008 10:52 PM
  

Hikayat pak pandir mana ko bawak ni? Orang mana boleh nampak setan...  


tunjukkan dalil yang orang/manusia tokleh nampak syaitan??
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 09:34 AM | Show all posts
jawab
jangan tak jawab

bacalah DENGAN NAMA ALLAH
dan lihatlah........
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 09:52 AM | Show all posts
kekadang manusia lebih setan dr setan.... lebih binatang dr binatang....
bak kata syaitan " aku hanya bisikan.... tp engkau yg lakukan.....bukan aku"
ingat2 lah...wahai teman......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2008 10:24 AM | Show all posts
KATA NABI
BERLINDUNGLAH KALIAN DR SYAITAN JIN DAN MANUSIA

lalu ada yg bertanya
ADAKAH YG SEDEMIKIAN YA RASULLULLAH

lalu jawab NABI
ADA BAHKAN LEBIH JAHAT DARI SYAITAN ITU SENDIRI
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 10:49 AM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 4-2-2008 11:04 PM

tunjukkan dalil yang orang/manusia tokleh nampak syaitan??


"Sesungguhnya ia (syaitan) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka" (Al-A'raf 27)

ada banyak lagi dalil2 quran benda ghaib ni Tuhan sahaja yang boleh nampak.  Sampai bila ko boleh lawan Quran...


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 5-2-2008 10:49 AM
  

"Sesungguhnya ia (syaitan) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka" (Al-A'raf 27)

ada banyak lagi dalil2 quran benda ghaib ni Tuhan  ...


Ini ikut tafsiran wahabi secara lafziah saja naa ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 09:42 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 4-2-2008 10:52 PM
  
Orang mana boleh nampak setan...  


*Abu Hurairah R.A pernah tangkap Syaitan.

     Narrated Muhammad bin Sirin: Abu Huraira said, "Allah's Apostle put me     in charge of the Zakat of Ramadan (i.e. Zakat-ul-Fitr). Someone came      to me and started scooping some of the foodstuff of (Zakat) with both      hands. I caught him and told him that I would take him to Allah's      Apostle." Then Abu Huraira told the whole narration and added "He      (i.e. the thief) said, 'Whenever you go to your bed, recite the Verse      of "Al-Kursi" (2.255) for then a guardian from Allah will be guarding      you, and Satan will not approach you till dawn.' " On that the Prophet     said, "He told you the truth, though he is a liar, and he (the thief)      himself was the Satan." (SAHIH BUKHARI)


"Sesungguhnya ia (syaitan) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka" (Al-A'raf 27)


Benar, dan itu secara umum kepada kita yang mana memang kita tidak dapat melihat Syaitan. Allah berkuasa mengurniakan kepada hamba2-Nya yang terpilih untuk melihatkan syaitan, atau syaitan menyamar menyerupai manusia supaya manusia tidak perasan itu syaitan....

WAllahu a'lam

** saya tak baca cerita yang panjang di atas (1th post), jadi komen saya hanya pada kenyataan sdr kupia

[ Last edited by  mnm77 at 5-2-2008 09:47 PM ]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.098982 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list