CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22441|Reply: 139

Pilihanraya Umum - Kaedah Islam Memilih Pemimpin?

[Copy link]
Post time 15-1-2008 07:12 AM | Show all posts |Read mode
Sajer bukak poll ni untuk  mendapat maklumat balas dariforumners. Setahu saya  pemilihan Islam berdasarkan padaKepimpinan Rasululah melalui Ilmu , Iman dan Taqwa .

Dan bukan di popularkan melalui konsep Lord Reid tajaan orang2 Nasrani dan Yahudi .

Kitakan ada Sunnah Nabi . Dan sebaik2 contoh ialah contoh Rasululah yangmengajak manusia pada Konsep Takut dan Cinta pada Tuhan . Dan Salingberkasih sayang sesama manusia .:handshake: :victory: :flower:

Jika konsep Pilihanraya Umum ( PRU ) digunakanuntuk memilih Pemimpin bagi umat Islam , sudah pasti akan membawapertelingkahan , perpecahan dan keretakan sesama umat Islam. Belum dikira lagi dengan sikap pulau memulau , tidak bertegur sama malah adayang sanggup menuduh tuduhan kafir , sesat dan zalim .

Bagaimanapulak dengan pendapat forumners yang lain ? Ok la SELAMAT MENGUNDI.Ingat, yang BAIK itu datangnya dari Allah swt manakala yang buruk ituterutama perangai yang buruk datangnya dari manusia.

[ Last edited by  syeikhbelalang at 15-1-2008 10:43 PM ]
Single Polls, Total 33 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2008 07:16 AM | Show all posts
PEJUANG-PEJUANG YANG TERTIPU

Pengajian tasawuf kita pada kali ini adalah mengenai golongan yang Ghurur. Kalau dulu kita memperkatakan tentang golongan yang ghurur dengan amalan kerana mengutamakan amalan lahir tetapi mengabaikan amalan batin, maka pada kali ini kita memperkatakan tentang golongan yang tertipu yang disebabkan mereka hanya mengutamakan sebahagian daripada ilmu dan mengabaikan sebahagian yang lain.

Golongan ini hanya mengutamakan 3 perkara yang ada dalam Islam iaitu:

Pertama
, mereka hanya memperkatakan soal-soal pemerintahan Islam, bagaimana yang dikatakan pemerintahan Islam, apakah tugas-tugas pemerintah Islam, bagaimanakah sikap rakyat terhadap pemerintahan Islam, bagaimana melantik pemerintah, contohnya khalifah, wakil-wakil khalifah dan sebagainya, begitu juga soal-soal lainyang bersangkutan dengan pemerintahan Islam misalnya, sikap pemerintahorang Islam terhadap orang-orang kafir zimmi, terhadap kafir harbidan sebagainya.

Soal pemerintahan Islam ini diperkatakan dimana-mana tidak kira sama ada orang yang mendengar itu sudah mempunyai ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain ataupun belum. Mereka memperkatan soal pemerintah Islamitu tidak kira sama ada di majlis ceramah agama, di majlis sambutan maulidir Rasul artaupun di kuliah-kuliah fardhu ain.

Kedua ialah di samping mereka memperkatakan soal pemerintahan mereka juga memperkatakan tentang ilmu yang ada berhubung dengan masalah perbalahan, sama ada perbalahan di antara umat Islam dengan umat Islam, perbalahan di antara umat Islam dengan umat bukan Islammahupun perbalahan orang kafir dengan orang kafir itu sendiri.Contoh bagaimana menyelesaikan masalah perbalahan di antara dua
orang yang bergaduh atau contoh yang lain bagaimana sikap pemerintah terhadap penderhaka, atau menceritakan bagaimana hendak menghukum mengikut Islam terhadap orang yang berzina, orang yang merompak,orang yang mencuri, orang yang berhutang dan sebagainya. Inilahyang dikatakan soal-soal perbalahan sesama manusia.

Perkara yang ketiga, yang diperkatakan oleh golongan ini ialah ilmu yang berhubung dengan pergaulan, seperti pergaulan di antaramasyarakat dengan masyarakat, bagaimana perniagaan menurut Islam, bagaimana perhubungan jiran dengan jiran, bagaimana hendakmenubuhkan syarikat menurut Islam, apakah yang dikatakan Bank Islamdan lain-lain soal yang berhubung dengan pergaulan di antaramakhluk-makhluk.

Adalah menjadi kebiasaan golongan ini memperkatakan ketiga-tiga persoalan tadi walau di mana-mana sama ada di ceramah-ceramah umum,di majlis-majlis fardhu ain, di seminar-seminar, di majlis-majlisforum dan sebagainya. Walaupun golongan nampaknya memperkatakansoal-soal yang sesuai dengan agama Islam, sesuai dengan Al-Qurandan Sunnah dan tidak menyalahi pula dengan Al-Quran dan Sunnah tetapi mengapa pula masih tergolong dalam golongan orang yangtertipu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 07:19 AM | Show all posts
Poll  bersetuju kah  anda   pilih Abuya  jadik PM   ..... tadak   ker  Tuan  Syeikh   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 07:19 AM | Show all posts
Tertipunya golongan ini adalah kerana mereka mencuaikan ilmu yanglebih penting, iaitu seperti ilmu yang menyuluh tentang cara membaiki diri, mereka juga kadang-kadang mencuaikan tentang amalan lahir contohnya sembahyang, puasa, mengerjakan haji, berzakat dan menutup aurat.

Mereka yang lalai juga tentang amalan batin, contohnya bagaimana caranya untuk mendapatkan sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat terpuji bagi hati, mereka juga lupa untuk menyuluh hati agarterlepas dari sifat mazmumah.

Malah adakalanya golongan ini tidak sempat untuk mengawal dirinya daripada melakukan dosa-dosa lahiriah kerana sibuk memperkatakan tentang negara Islam, langsung lupa kawal mata dari melakukan dosa. Begitu juga dengan anggota-anggota lahir yang lain, mulut masihgagal dikawal daripada mengumpat dan memfitnah, telinga masihseronok mendengar lagu-lagu yang mengasyikkan dan melalaikan,tangan masih berbuat dosa, kaki masih tak terlepas dari dosa.

Adalah perlu diingatkan tertipunya golongan ini disebabkan mereka terlalu mementingkan tiga persoalan yang terkandung di dalam agama Islam sehingga mencuaikan perkara-perkara yang lain yang kadangkalanya lebih utama daripada perkara yang mereka bangkitkan, namun jika mereka dapat mengambil berat perkara-perkara asas tadi terutamanya ilmu tentang mengenal Allah, tentang sembahyang, tentang zakat,puasa, mengerjakan haji dan soal-soal membersihkan hati di sampingitu barulah memperkatakan soal-soal pemerintahan, soal hukum dan perbalahan umat, barulah merka tidak tergolong dalam golongan yang tertipu. Malah  mereka sangat beruntung.

Tetapi apa yang terjadi pada masa sekarang tidak sedemikian,di mana-mana sahaja terdapat golongan yang terlalu memperkatakansoal-soal pemerintahan Islam, perbalahan umat dan menitik beratkanilmu tentang keduniaan sehingga akhirnya terlupa hendak memperkatakan soal-soal asas yang telah dikatakan tadi.

Golongan ini boleh tertipu dengan dua cara.

Pertama, mereka tertipu dengan beramal, kerana mereka hanya menyebut ilmu tetapilupa beramal. Ini disebabkan kerana jika hanya memperkatakantentang soal pemerintahan dan soal perbalahan sesama manusia, tidak semua orang terlibat dalam perkara-perkara tersebut. Hanya sebilangan manusia yang terlibat dengan soal-soal pemerintahan ,soal-soal perbalahan sesama umat dan cara menyelesaikannya begitujuga soal-soal bagaimana yang dinamakan Islam , Bank Islam, apayang dikatakan sistem mudarabah dan sebagainya.

Disini mereka tertipu kerana hanya memperkatakan tentang ilmu, tetapi  tidak beramal, sebab bila memperkatakan tentang ilmu pemerintahan dan sebagainya  bukanlah ada hubungan dengan dirikita. Sedangkan Allah tellah berfirman yang bermaksud:


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 07:19 AM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 15-1-2008 07:19 AM
Poll  bersetuju kah  anda   pilih Abuya  jadik PM   ..... tadak   ker  Tuan  Syeikh   


Minta jangan off topic ya sayang :flower: :handshake:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 07:22 AM | Show all posts
Di sini dapat kita lihat dimana orang yang beramal belum tentu terima amalannya jika tidak mempelajari tentang ilmu yang boleh melahirkan akhlak ini sebaliknya hanya sibuk memperkatakan tentangilmu yang tiada hubungan dengan amalan terhadap dirinya.

Pentingnya ilmu yang membawa kepada akhlak mulia tidak dapat dipertikaikan lagi. Rasullah SAW sendiri dipuji oleh Allah kerana akhlaknya yang mulia. Bukan kerana amalannya. Walaupun amalanseperti sembahyang, puasa, sedekahnya memang banyak tetapi Allah berfirman di dalam Al-Quran:

揫color=#0000ff]Sesungguhnya engkau wahai Muhammad mempunyai akhlak yang paling agung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2008 07:33 AM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 15-1-2008 06:19 AM


Minta jangan off topic ya sayang :flower: :handshake:

Ni  tuan syeikh ....lupa  tukar  ID : minahrock atau  mamicun ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 07:33 AM | Show all posts
KESYUMULAN DALAM ISLAM

Islam adalah agama yang syumul. Ia merupakan agama yang meliputi semua aspek kehidupan manusia, bermula daripada persoalan diri, keluarga, rumah tangga, jemaah, masyarakat, negara hinggalah kepada persoalan dunia antarabangsa.

Kenyataan ini selalu kita dengar melilaui lidah orag Islam sejak akhir- akhir ini, terutama daripada lidah para pejuang Islam. Namun, soal bagaimanakah kesyumulan Islam itu dapat ditegakkan dalam setiap peringkat bermula daripada persoalan diri, keluarga, masyarakat, jemaah, negara, seterusnya dunia antarabangsa, kurang mendapat penelitian. Tegasnya, langkah praktikal kearah mencapai kesyumulan Islam dari satu peringkat yang rendah menujuke satu peringkat yang lebih tinggi tidak diperjelaskan.

Kadang- kadang ucapan kesyumulan itu sekadar untuk menyedapkan telinga para pendengar. Apa maksud kesyumulan Islam itu kita tak faham dan cara menegakkannya pun kita tidak memahami. Kerana kita tidak pernah diberi guideline yang jelas kearah itu. Apatah lagi ia tidak pernah wujud dalam realiti kehidupan.

Kesyumulan Islam didalam diri, keluarga, jemaah, negara dan dunia, tidak dapat tidak mesti kita tegakkan. Tetapi perlu diingat, bentuk dan tahap kesyumulan Islam itu tidak sama antara satu peringkat dengan satu peringkat yang lain. Ertinya, kesyumulan Islam yang tegak dalam diri tidak sama dengan kesyumulan Islam yang tegak dalam rumah tangga; kesyumulan Islam yang tegak dalam jemaah tidak sama dengan kesyumulan didalam masyarakat, negara dan begitulah
] seterusnya. Dengan kata lain, tertegaknya kesyumulan Islam di sesuatu peringkat itu bukanlah jaminan untuk tertegaknya Islam di satu peringkat yang lain.

Jika kesyumulan Islam tidak tertegak dalam diri maka sudah tentu ia tidak akan dapat kita tegakkan dalam rumahtangga. Ini di sebabkan menegakkan Islam dalam rumah tangga jauh lebih sukar daripada menegakkan kesyumulan Islam dalam diri.

Jika kesyumulan Islam tidak dapat di tegakkan dalam rumah tangga maka usah diharap tegaknya kesyumulan Islam didalam jemaah; itu lebih sukar. Begitu juga, jika kesyumulan Islam belum dapat di tegakkan dalam jemaah, maka sudah tentu ia tidak dapat di tegakkan dalam masyarakat. Kalau kesyumulan
itu tidak dapat ditegakkan dalam masyarakat, sudah tentu kesyumulan Islam tidak dapat ditegakkan dalam negara.

Kesimpulannya adalah lebih mudah menegakkan kesyumulan Islam  diperingkat yang lebih rendah daripada peringkat yang lebih tinggi. Oleh iti langkah menegakkan kesyumulan Islam itu mestilah bermula dari bawah kerana  ia lebih mudah bahkan lebih utama. Dan adalah satu kejanggalan dan tidak praktikal jika kita beria-ia untuk menegakkan Islam di peringkat yang tinggi (misalnya di peringkat negara atau dunia antarabangsa) sedangkan di peringkat yang lebih rendah (iaitu dalam diri dan  rumahtangga) belum dapat dilaksanakan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2008 07:38 AM | Show all posts
Perjuangan kita tidak akan selesai selagi belum tegak kesyumulan Islam itu dalam diri, rumahtangga, jemaah, masyarakat, negara dan dunia antarabangsa seluruhnya. Untuk mencapai maksud itu kita mestilah benar-benar meneliti tiap-tiap peringkat secara serius. Apakah telah tegakkesyumulan Islam yang telah kita laungkan selama ini?

Daripada penelitian inilah kita dapat mengukur sejauh mana usaha kita untuk menegakkan kesyumulan Islam itu sesuai dengan kemampuan dan tenaga yang kita miliki. Apakah kita telah berusaha sekeras- kerasnya atau kita masih diperingkat berteori dan berslogan sahaja?

Sekarang mari kita lihat satu demi satu peringkat kesyumulan Islam yang kita sebutkan tadi. Yang menjadi akar atau tapak kepada kesyumulan  Islam bagi semua peringkat ialah kesyumulan Islam didalam diri seseorang individu. Ini merupakan tahap pertama dan yang paling utama. Bagaimana atau bilakah
kesyumulan Islam itu dikatakan telah tegak didalam diri seseorang individu itu?

Kesyumulan Islam dalam diri seseorang individu itu mencapai
setelah ia dapat menegakkan perkara- perkara berikut:

1)Mempelajari, memahami, dan menghayati rukun Iman yang enam
(percaya kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Qadak dan Qadar dan Hari Kiamat.) sehingga ia menjadi keyakinan yang padu didalam hati. Dalam persoalan percaya kepada Allah misalnya, seorang individu itu wajiblah meyakini sifat- sifat wajib bagi Allah SWT, sifat- sifat mustahil bagiNya dan sifat- sifat yang harus.

Seseorang individu itu wajib menyakini sifat- sifat yang wajib bagi rasul, sifat- sifat mustahil baginya dan juga sifat- sifat yang harus. Keyakinan inilah yang dikatakan akidah. Persoalan aqidah ini tidak dapat tidak, mesti berakar umbi didalam hati  seseorang.  Aqidah inilah yang menjadi penggerak utama kepada seseorang muslim untuk melaksanakan perintah Allah samaada amalan lahir atau pun batin. Inilah yang dimaksudkan dengan 揾idup bertunjangkan aqidah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 07:46 AM | Show all posts
Jadi jelaslah kepada kita bahawa untuk membentuk seseorang individu muslim yang dapat menegakkan Islam secara syumul, tiga perkara perlu ada pada individu tersebut. Pertama aqidah, kedua syariat dan ketiga akhlak. Atau pertama iman, islam, dan ketiga ikhsan. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasullah SAW
dengan sabdanya yang diriwayatkan oleh Saidina Umar IbnuKhattab r.a:

Terjemahannya: suatu hari sedang kami duduk mengelilingi Rasulullah SAW  didalam masjid, masuk seorang lelaki yang segak, berpakaian putih bersih tanpa debu sedikit pun,seakan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 07:58 AM | Show all posts
Aku pun pelik gak . Kata Islam tu agama Syumul . Tapi bab pileh Ketua , ikut otak Yahudi . :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 08:13 AM | Show all posts
democracy is the only way :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 08:14 AM | Show all posts
So alternatifnya pilih pemimpin pakai apa?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 08:36 AM | Show all posts
Originally posted by SPACE COP GABAN at 15-1-2008 08:14 AM
So alternatifnya pilih pemimpin pakai apa?


Bukankah syeikh kata melalui


Sajer bukak poll ni untuk  mendapat maklumat balas dari forumners. Setahu saya  pemilihan Islam berdasarkan pada Kepimpinan Rasululah melalui Ilmu , Iman dan Taqwa .

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 08:43 AM | Show all posts
:bg:



Islam bermula dari DIRI  SENDIRI .
Lepas tu bermula dari KELUARGA .
Lepas tu baru MASYARAKAT .
Dan akhirnya baru bermula pembentukan negara  ISLAM ;) :bg:
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 08:52 AM | Show all posts
Originally posted by Ayun_Maiden at 15-1-2008 08:43 AM
:bg:
Islam bermula dari DIRI  SENDIRI .
Lepas tu bermula dari KELUARGA .

Lepas tu baru MASYARAKAT .
Dan akhirnya baru bermula pembentukan negara  ISLAM ;) :bg:...



kesemuanya perlu berjalan serentak.. bukannya lepas satu2..
Islam sudah sempurna.. Amar makruf dan Nahi mungkar perlu berjalan tidak kira dalam diri, keluarga, masyarakat maupun negara..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2008 08:52 AM | Show all posts





Didiklah ahli keluarga anda seperti pendidikan Madrasah Rasululah . Dan bukannya melalui Madarasah AF , Jom Heboh , Astro serta 1001 cabang maksiat
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 08:59 AM | Show all posts
Originally posted by SPACE COP GABAN at 15-1-2008 08:14 AM
So alternatifnya pilih pemimpin pakai apa?


pakai perang ke? Islam melarang menggunakan kekerasan dlm menjatuhkan kerajaan.. selagi ada ruang utk menyatakan kebenaran rakyat harus menggunakan saluran itu.. bukan cara bunuh membunuh.. kita ada demokrasi.. walaupun demokrasi di negara kita bukanlah demokrasi sebenar tetapi umat Islam masih ada ruang untuk bersuara dan berdakwah dalam menyatakan kebenaran..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 09:00 AM | Show all posts

Reply #17 atokkl's post

Mujurlah DAKWAH Islam secara total yang bermula dari tahun 1968 telah banyak merubah masyarakat .

Kalau nak harap pada parti Islam yang bermula sebelum Merdeka , mungkin susah juga nak tegak negara , sebab tumpu pada Undi , dan bukan nak mengubah hati manusia supaya Cinta dan Takut pada Allah swt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 09:06 AM | Show all posts
INILAH JALAN KITA

Assalamualaikum.


Saya selalu ditanya kenapa tidak menyertai mana-mana parti yang bertanding dalam pilihanraya di Malaysia? Samada Parti Islam SeMalaysia (PAS) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) atau Parti Keadilan atau parti DAP atau mana2 parti yang bertanding dalam pilihanraya di Malaysia.Dan dikatakan secara logiknya jika ingin membangunkan wadah perjuangan Islam secara praktikal kenapa tidak menyertai parti PAS atau jika ingin membangunkan masyarakat Melayu supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah denganbangsa-bangsa lain didunia, masuklah parti Umno. Didakwa, UMNO juga memperjuangkan Islam.

Bagi saya , perjuangan kearah kebangkitan Islam bukan untuk mengubah kerusi tapi adalah untuk MENGUBAH HATI.Kalau hati dah berubah kepada Islam dengan mengenali Allah atau bahasa yang lebih mudah iaitu KENAL ALLAH, masuklah parti apa pun atas nama ideologi buatan manusia , pasti teringin kepada fitrah manusia juga iaitu kearah mendapatkan keredhaan Illahi.Bukankah agama Islam itu agama kearah menegakkan kesempurnaan FITRAH MANUSIA?

Allah lah PENGATUR kehidupan didunia ini. Kita hanya mampu merancang sahaja. Ertinya berjaya atau tidak, itu adalah kerja Illahi. Perjuangan kita bukan untuk mendapatkan kemenangan tapi adalah untuk menegakkan kebenaran.Kebenaran dalam untuk menegakkan kesemua hukum-hukum Allah dalam semua sudut dan bukan setakat menegakkan hudud.

Seperti mana yang kita ketahui, perjuangan dalam pilihanraya adalah atas sistem demokrasi buatan Yahudi, melalui pegawai British ketika diMalaya dahulu yang bernama Lord Reid. Dalam sistem ini , mana-mana parti yang memenangi mana-mana kawasan pilihanraya walau pun atas kelebihan satu undi dianggap sebagai pemenang.Kesemua penduduk diajak untuk mengundi tanpa
mengira jantina dan umur asalkan melebihi 21 tahun.Maka berduyun-dudyunlah mereka ke Pusat Pengundian untuk memilih calon.Maka ketika pengumuman dibuat maka diangkatlah, dijulang mereka yang mendapat undi walaupun atas
kelebihan satu undi majoriti.

Saya ingin bertanya, Beginikah cara Islam untuk memilih jawatan Khalifah? Bukankah Islam itu sebagai agama addin. Atau kesempurnaan hidup dalam Islam.Tanpa meminjam mana-mana teori atau sistem atau praktikal unsur-unsur luar seperti sistem pilihanraya yang jelas berkonsepkan unsur-unsur penjajahan British. Takkanlah  kita nak menyambung wadah itu lagi . Cuma atas alasan sistem itu sahaja yang ada untuk menegakkan kalimah Allah.


Kalau kita perhatikan betul-betul dengan menyingkap sejarah kebangkitan Islam dahulu kala mana ada pemilihan pemerintah melaluiundi pilihanraya? Yang ada cuma cara melalui wasiat seperti sistem beraja pada masa pemerintahan Muawiyah dan Bani Abbasiyah atau cara musywarah atau perbincangan dikalangan mereka yang pakar dalam selok belok pemerintahan seperti pemilihan Saidina Abu Bakar melalui isyarat pemilihan sebagai Imam sembahyang sewaktu Rasululah gering dan pemilihan Kahlifah Arraysidin yang dilakukan secara bermusyuarah.

Ketahuilah Jalan Untuk Menegakkan Kebenaran ialah Menegakkan Kalimah Allah Dalam Lima(5) hukum iaitu Hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Kaedah penegakkan ini ialah seperti mana yang Rasullulah buat dahulu melalui Dakwah Dan Tarbiah.Ia dilaksanakan melalui penyebaran ilmu, peningkatan iman dan penghayatan taqwa. Atau dengan kata lain, melalui ILMU , IMAN DAN TAQWA


Melalui kaedah inilah umat Islam berjaya mendapat bantuan Allah atas sifat mereka seperti  singa disiang hari dan abid dimalam hari.Barulah pertolongan Allah tiba.

Kaedah melalui dakwah dan tarbiah , walau pun mendapat hasil yang agak lambat,namun amat berkesan dimana Rasullulah berjuang selama 23 tahun baru berjaya mendirikan Kota Islam DiMekah melalui hijrah ke Madinah. Jalan yang rasullulah lalui itu tidak semudah yang disangka. Penuh halangan dan rintangan.


Kalau bukan calang-calang orang dah lama menyerah kalah atau mengangkat bendera putih. Masakan tidak, kena pulau dalam sistem ekonomi dan sosiol.Itu belum dikira lagi dengan penderaan material seperti dibakar , didera dan disiksa agar meninggalkan agama Islam. Namun atas kekuatan iman dan taqwa, mereka rela walau pun terpaksa menghadapi kematian kerana yakin akan kebenaran yang dibawa oleh agama Islam.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.189105 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list