CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4533|Reply: 38

Khilaf janganlah sampai menyesatkan sesama kita

[Copy link]
Post time 18-1-2008 12:51 AM | Show all posts |Read mode
Berlapang dada & berakhlak dlm perbahasan.

Rujukan :
1. Ringkasan dari buku - Syiekh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Fushul fi al-Aqidati baina al-Salafi wa al-Khalafi. Kaherah : Maktabah Wahbah, 2005. ms 144-148.
2. القرضاوي والأشاعرة
url : http://www.islamonline.net/servl ... p;cid=1122528615696


Aqidah Assyaerah dikaitkan pengasasnya Abu Hasan Assya'ri, yang sebelum itu berpegang kepada aqidah Muktazilah, dan selepasnya mengikut fahaman Ahli Sunnah wa al-Jamaah pada peringkat akhir hidupnya, sebagaimana didapati didalam salah satu buku terakhirnya al-Ibanah. Ia diasaskan dengan kaedah beriman dengan Sifat Allah yang sesuai dengan dirinya, takwil maknanya, dan melarang sesuatu menyerupainya. Aqidah ini diterima ramai dikalangan orang Islam.

Perselisihan yang timbul adalah berkenaan dengan mengtakwil sifat-sifat Allah swt, Dikaitkan perselisihan diantara Aqidah Salaf dan Aqidah Khalaf. Apakah mereka ini sesat atau kafir? Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa :- walaupun saya cenderung kepada pandangan salaf mengenai isu sifat, tetapi saya tidak mengkafir, menyesatkan dan menganggap kaum Khalaf sebagai berdosa kerana melakukan takwil. Sesungguhnya khilaf itu berpunca didalam isu bahasa arab dan memahami nas-nas Quran dan Sunnah.

Bagi al-Qaradhawi, tidak dipertikaikan, bahawa ulama'-ulama' yang melakukan takwil merupakan mereka yang tidak diragukan keikhlasan dan nasihat mereka, kerana Allah dan Rasulnya.,Mereka beriman dengan sifat Allah yang Maha Sempurna dan Suci dari segala kekurangan.
Mereka beriman dengan Nabi-Nabi, Hari Akhirat dan al-Quran sebagai firman Allah yang tidak ada kebatilan. Oleh itu, berdasarkan ilmu, jtihad dan pemahaman mereka terdapat bidang aqidah, maka tidak pelik mereka berbeza pandangan tentang hal itu.,

Kata al-Syiekh lagi, setiap orang yang berilmu yang melakukan ijtihad didalam agama Allah dan mencari kebenaran. Ijtihad adalah perkara yang maklum didalam agama Islam. Mereka akan memperolehi satu atau dua pahala. Satu pahala jika dia tersilap, dan dua pahala jika mereka benar, Tidak ada permasalahan ilmiyyah dan amaliyyah, serta perkara usuliyyah dan furu'iyah. Sebagaimana pekara tersebut telah dijelaskan oleh Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dll.

Selanjutnya syiekh menyebut bahawa perbezaan ini bukanlah besar sangat sebagaimana yang digambarkan.
---------------------

Syiekh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah kita ketika ditanya mengenai pandang al-Qardhawi terhadap Asyaerah, beliau mengatakan :

أمّا أستاذنا الشيخ يوسف القرضاوي فهو كما نعلم على عقيدة السلف التي تقوم على الإيمان بصفات الله التي وصف بها نفسه بغير تأويل ولا تعطيل. وهو لا ينكر عقيدة الأشاعرة، بل يعتبرها صحيحة مقبولة إن شاء الله، لكن عقيدة السلف أصحّ منها.
"Bagi Ustaz kami, al-Syiekh al-Qardhawi dia sebagaimana yang kami tahu berpegang kepada aqidah salaf yang berdiri diatas beriman kepada sifat-sifat Allah, sebagaimana dia mensifatkan dirinya, tanpa Takwil dan Ta'thil. Dia tidak menginkari Aqidah Asyaerah, bahkan aqidahnya masih dianggap sahih diterima Allah, Insya-Allah. Akan tetapi aqidah salaf bagi beliau adalah lebih benar". [Fatwa IslamOnline]

----------------
Dua manhaj ini berbeza dari segi pengistilahan dan pentafsiran kepada al-Quran dan Sunnah Nabi . Kumpulan Asyaerah sudah banyak berjuang didalam membersihkan sifat-sifat Allah dari ahli-ahli kalam dan falsafah pada zaman itu. Ini merupakan pandangan dan ijitihad masing2. Yang amat ditegah adalah berlebih-lebihan didalam mentakwilkan sifat-sifat Allah berdasarkan akal fikiran mereka.

Tidak ada perbezaan yang besar diantara Khalaf dan Salaf

Syiekh Rashid Ridha menjelaskan bahawa sebenarnya tidak wujud permasalahan pun didalam aqidah ini. Bagi beliau, nama-nama dan sifat-sifat yang Allah nyatakan, adalah istilah-istilah yang digunakan oleh Makhluk. Sebabnya jika Allah swt melafazkan sifat-sifatnya dalam bentuk khusus, nescaya sedikitpun tidak akan difahami oleh manusia.

Menurut al-Qaradhawi, permasalahan ini perlu dilihat dengan teliti dan penuh kesabaran, tanpa melakukan keputusan atau tindakan yang tergesa-gesa. Bagi beliau, jika dilihat perbahasan yang dibuat oleh ahli tahqiq, bahawasanya terdapat DUA persamaan penting didalam dua aqidah ini:-

a. 2 golongan yang disebut adalah kaum SALAF dan kaum KHALAF, ahli Hadith dan ahli Kalam, ia itu orang yang melakukan TAFWIDH dan TAKWIL, atau boleh dikatakan mereka yang melakukan ITSBAT dan TAKWIL berasaskan MEMBESARKAN, MEMULIAKAN dan MENSUCIKAN ALLAH. Allah memiliki sifat sempurna yang memang layak baginya, serta tidak memiliki sifat-sifat kekurangan yang tidak layak baginya.

Kedua-dua golongan ini berpendapat bahawa sikap ini adalah aqidah yang sebenar! Tidak diragui dan tidak diperselisihkan.

Mengambil Ijtihad dan tujuan Mensucikan Allah dalam sifat-sifatnya, maka mereka MENAFIKAN sifat-sifat tersebut. Mereka membersihkan sifat Allah dari perkara-perkara yang tidak berasal dari Islam, baik dari pengaruh agama lain dan pemikiran falsafah.

Ahli-Ahli hadith atau kaum salaf mendahulukan kaedah pengagungan kepada Allah swt, al-Quran dan hadith2 Nabi . Mereka membiarkan hal demikian sesuai dengan sebagaimana Allah mensifatkan dirinya.

Ahli Kalam pula mendahulukan kaedah pengagungan pensucian dan menafikan penyerupaan kepada Allah swt, dengan cara melakukan takwil. Mereka ingin menafikan segala kekurangan den penyerupaan terhadap Allah swt.

b. Jika dilihat secara mendalam, kedua-dua pihak ini melakukan TAKWIL. Cuma bezanya, ahli hadith melakukan TAKWIL IJMALI dan ahli kalam melakukan TAKWIL TAFSHILI.

Contohnya didalam ayat al-Quran yang menyetakan tentang tangan-tangan Allah swt eg:

- "Tangan Allah diatas tangan mereka" [al-Fath : 10]

- "Padahal, kedua tangan Allah terbuka" [al-Maa'idah : 64]

- "Yang telah kuciptakan dengan kedua tanganKu" [Shaad :75]

Kaum Salaf menjelaskan bahawa : Allah mempunyai tangan tetapi tidak sama dengan tangan kita. Ini merupakan satu bentuk takwil. Sebab apa yang difahami menurut bahasa arab bahawa 'tangan' adalah sebahagian dari anggota badan, Jika tangan tersebut dinafikan, dan Tangan Allah tidak sama dengan tangan makhluk, maka tidak dapat tidak ia merupakan satu keadah takwilan, atau TAKWIL IJMALI yang tidak disebut sebagai takwil.

Ahli takwil misalnya melarang manusia mengatakan Allah di langit kerana ingin mensucikan sifat-sifat Allah swt. Begitu juga ahli hadith melarang mempersoalkan makna "Allah di atas langit" dengan bermaksud beriman dengan sifat Allah sebagaimana ia mensifatkan dirinya. Ibn Taimiyah rh dan Ibn Qayyim mengatakan bahawa ARAH (di atas, kiri, kanan, bawah) membawa maksud dinisbahkan, dan bukan hakikat, Ini juga yang di maksudkan takwilan dari aspek yang berlainan. WA.

-------------------
Syiekh al-Qaradhawi menyatakan bahawa manhaj takwil merupakan anutan jumhur umat Islam. Mereka melakukan takwil sesuai dengan kehendak akal, dan bukan sebab mereka kurang pengetahuan agama. Dikalangan mereka merupakan Imam-Imam yang terbilang didalam agama Islam. Mereka ini terdiri dari pengikut Asya'ari, pengikut Imam Malik, pengikut Imam al-Syafie, beberapa dikalangan pengikut Mathuridiyyah dan juga Imam Hanafi. Begitu juga dengan kebanyakkan mufassirin (ahli tafsir) merupakan ahli takwil; termasuklah al-Qurthubi. al-Baidhawi, al-Alusi, Sayid Qutb, al-Maraghi, al-Syabuni dan ramai lagi.

Bahkan al-Qaradhawi berpendapat bahawa Ibn Jarir al-Thabari dan Ibn Kathir melakukan takwil kepada beberapa ayat-ayat sifat. WA.

Sekian, wassalam

Rujukan :

1. Ringkasan dari buku - Syiekh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Fushul fi al-Aqidati baina al-Salafi wa al-Khalafi. Kaherah : Maktabah Wahbah, 2005. ms 144-148.

2. القرضاوي والأشاعرة
url : http://www.islamonline.net/servl ... p;cid=1122528615696

Posted by kamin at 4:54 PM 0 comments
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2008 01:08 AM | Show all posts
Kamin adalah panel Al-Ahkam Online...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 01:39 AM | Show all posts
Semua orang pun cakap golongan mereka je yang betul . Orang lain semua salah , apa nak pelik:re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2008 02:15 AM | Show all posts
Originally posted by AniSani at 18-1-2008 01:39 AM
Semua orang pun cakap golongan mereka je yang betul . Orang lain semua salah , apa nak pelik:re:


sebenarnya dia tak baca pun artikel tu. may be don't know how to read between line
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 07:07 AM | Show all posts
Originally posted by AniSani at 18-1-2008 01:39 AM
Semua orang pun cakap golongan mereka je yang betul . Orang lain semua salah , apa nak pelik:re:


pstttttttttt....................tak semuer berpendapat sedemikian. Hanya Umat Melayu yg mengatakan diri mereka adalah yg PALING BAGUS, PALING BAIK, PALING LEMAH LEMBUT, PALING BERILMU, PALING BERSOPAN SANTUN dan PALING BETUL.

Kalau tak cayer..........................pergi ler ziarah Jemaah yg balik Haji sekarang ini.
Dengar lah haper yg deme dok berceghiter.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 07:52 AM | Show all posts
Originally posted by Tok_imam at 18-1-2008 07:24 AM
Kira niat pi Haji kira tak betul lah tu . Nak angkat diri sendiri. Susah lah macam ni nak dapat haji mabrur.


Haper nak di buatkan....................
Kalau BEGITU yg di ajar olih Ustaz Ustaz kat Tabung Haji.

JANGAN ikut Jemaah negara si pulan si pulan tu.
Deme tu fanatik..
Deme tu Mazhab Hambali...
Deme tu Mazhab Hanafi

Itu lah sering kedengaran dari mulut Para Penceramah.

Sampai ada yg mengatakan begini..........
"Tengok tu............Bangladesh kena taufan , tenggelam kampung halaman.....mati libu libu. Ini lah sebab nya solat subuh TIADA DOA QUNUT!!"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2008 08:16 AM | Show all posts
aku pun selalu heran mengapa mereka yg dikurniakan tuhan akal masih tak pegang seperti apa yg aku pegang.

mengapa mereka susah sgt nak lihat yg diri mereka itu sesat....

yg ngaji tinggi pun boleh sesat sama.

tengok aku ni... ada dlm kebenaran. tapi mereka? hehe..  
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 10:10 AM | Show all posts
salam

berpeluh saya dgn tajuk kali ini
memang seram dibuatnya
teringat akan aabnya cam firaun

jadi saya memohon banyak kemaafan dari kalian
jika ada tulisan saya yg MENYESATKAN
dan saya sama sekali tidak berniata agar sesiapa mengikutinya
hanya sebagai nasihat dari saudaranya
sebagai peringatan utk sesiapa yg sudi menerimanya

tetapi ikutlah APA YANG DITURUNKAN TUHAN
DAN APA YANG DITINGGALKAN OLEH NABI KEPADA UMATNYA
DAN JANGANLAH BERLEBIH-LEBIH

minta maaf sekali lagi
semoga kita sentiasa dilindungi YANG MAHA ESA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2008 11:14 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 18-1-2008 12:51 AM
Berlapang dada & berakhlak dlm perbahasan.

Rujukan :
1. Ringkasan dari buku - Syiekh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Fushul fi al-Aqidati baina al-Salafi wa al-Khalafi. Kaherah : Maktabah Wahbah, 200 ...



Salam tobby,

Saya pun bersetuju dengan Dr.Yusuf walaupun diantara salaf dan khalaf mempunyai pendirian yang berbeza tetapi akhlak Dr.Yusuf tidak menjadikan itu satu isu yang membolehkan membrandkan kaum itu sebagai sesat atau sebaginya.

Satu statement didalam postings tobby ada mengatakan kaum salaf jugak mentakwilkan 'tangan Allah'. Sebenarnya itu bukan mentakwil tetapi satu penjelasan saje setelah kaum itu mengisbatkan bahawa Allah bertangan tetapi tangan Allah tidak  seperti tangan manusia. Kalau tidak mereka terangkan maka banyak sudah manusia-manusia yang telah menyesatkan orang-orang yang mempunyai akidah seperti itu.

Kedudukan penjelasannya begini:

Kaum salaf beriman atau mengisbatkan apa yang Allah sendiri firmankan bahawa tangan Allah di atas tangan mereka. begitu jugak, Allah bersemayam di Arasy. Memang benar Allah bersemayam di Arasy kerana itulah disebut oleh Allah. Kita yang beriman pada AlQuran wajib beriman dengan apa yang disebut oleh Allah sendiri. Mustahil bagi Allah mengeluarkan firmannya yang boleh mengelirukan hamba-hambaNya.

Oleh itu penjelasan dari puak salaf bahawa Allah bertangan dan tangan Allah tidak seperti kepada maksud tangan secara yang kita boleh fikir. Puak khalaf mentakwilkan tangan Allah di atas tangan mereka ialah kekuasaan Allah. Itu memang takwil tetapi tidak pada kaum salaf yang mengisbatkan apa yang dikatakan oleh Allah tanpa mentakwil. Tetapi mereka memberi penjelasan tentang itu disebabkan emunculan salah faham.

Jadi,posisi orang yang berakidah salaf ini membuat penjelasan tentang segala perbezaan itu dengan mengatakan:

" Allah bertangan" mereka kata: Itu, MA'ALUM BAGI KAMI. Beriman terhadapnya, WAJIB BAGI KAMI. Bagaimana rupa bentuknya,KAMI JAHIL TENTANG ITU dan bertanya-tanya tentang itu,BID'AH HUKUMNYA.

Inilah pendirian kaum salaf terhadap kedudukan perkara-perkara seperti itu.

Kebanyakan dari pendirian seperti ini dipegang oleh salah satu daripada kaum Ahlul Sunnah Wal Jemaah iaitu kaum Wahabi. Kaum ini sangat tidak disenangi oleh sebahagian manusia terutama sekali puak Rufaqa (Arqam).

Cuba kamu lihat kebanyakan dari postings dari puak Rufaqa ini membuat pendakwaan sesat terhadap puak Wahabi ini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 11:22 AM | Show all posts

Reply #12 orangbesi's post

Muqmin mmg sentiasa dlm perlindunganNYA,tp selalunya Muqmin juga mmg sentiasa diuji/dicabar/didengki khianat oleh manusia2 yg berlagak mcm berhala sembahan org2 jahilliyah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2008 12:54 PM | Show all posts
berlapang dadalah tentang masalah2 khilaf & jgn kita menyesatkan antara satu sama lain. spt yg saudara niceghost katakan dlm postingnya kita orang MELAYU ni sentiasa merasakan diri kita sj yg betul. contoh paling senang ialah kita tanya saja kpd pak aji & mak aji yg baru balik mekah. kononnya ibadah jemaah haji kitalah yg paling betul & paling bagus.......jemaah dari negeri lain kebanyakannya pelik bagai.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2008 01:09 PM | Show all posts
semata2 kerana masalah khilaf, golongan ini tergamak memanggil Yusuf al-Qaradhawi sbg mujassim semata2 beliau berpegang kepada aqidah salaf yang berdiri di atas beriman kepada sifat-sifat Allah, sebagaimana DIA mensifatkan diriNya, tanpa Takwil dan Ta'thil.

alahai.........apa nak jadi dgn akhlak umat islam hari ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 04:57 PM | Show all posts

Reply #9 niceghost2005's post

hehehe... kwn bara ader yg keje wat tour haji nie... dorang kata yg haji2 ni pun dasyat gak walaupun x semua.... siap leh sebor bhn  x sepatutnya di sana then.. kwn bara yg jaga airport - dirahsiakan.... pun ckp.. orang balik haji ni kemaruk.. gelojoh.. x sabo... kok yepun.. tunggu lah blik umah dulu... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 03:32 AM | Show all posts

Reply #6 niceghost2005's post

ingatkan balik mesia dpt haji mabrur, tp dpt haji terabur plak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 12:59 PM | Show all posts
manenye post kaweh nih... asyik dideleta ajerk???
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2008 02:47 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 18-1-2008 08:16 AM
aku pun selalu heran mengapa mereka yg dikurniakan tuhan akal masih tak pegang seperti apa yg aku pegang.

mengapa mereka susah sgt nak lihat yg diri mereka itu sesat....

yg ngaji tinggi pun ...

Definitely  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2008 10:17 AM | Show all posts
Tak ada masalah besar tentang khilafiah kerana kedua pendapat ada hujah dan dalil, kita boleh pilih yang terbaik...

soal bida'ah tetap bida'ah - ini tak ada khilaf tak ada dalil tak ada hujah, yang ada putar belit tafsir - mesti di lwan habis habisan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2008 11:57 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 20-1-2008 10:17 AM
Tak ada masalah besar tentang khilafiah kerana kedua pendapat ada hujah dan dalil, kita boleh pilih yang terbaik...

soal bida'ah tetap bida'ah - ini tak ada khilaf tak ada dalil tak ada hujah, ...


pergaduhan Kaum Tua vs Kaum Muda kembali panas, masing2 hati panas hingga sanggup kafir mengkafir. abu_syafiq & the gang bawak cerita zaman sebelum perang sebenarnya. termasuk cerita mufti johor zaman pertelagahan Kaum Muda vs Kaum Tua tahun 40-an. zaman tu Kaum Tua ada yg marah2 sebab Kaum Muda kata boleh pakai speaker utk laung azan. perbalahan hingga masuk bab boleh guna beduk ke tak boleh, boleh guna speaker ke tak boleh. Cerita ni dah selesai hinggalah Dr Asri naik jadi mufti. sebelum ni tulisan sindir menyindir beliau orang tak pedulik sangat. tapi bila dia naik jadi Mufti dia masih meneruskan approach PERLI MEMERLI yg menjadi kegemaran beliau. contohnya "ada sesetengah ustazah TV itu.........." "ada ustaz kat sebuah negeri itu....."  "dlm hal murtad ada mufti yg dakwa kononnya beribu2 orang sudah murtad....bla....bla...."  

menegur ulama senior perlulah berhemah & berhikmah. Dgn pemerintah & non-muslim pandai pula Dr Asri guna pendekatan berhemah & berhikmah. Itu yg aku heran. Disebabkan approach Dr Asri yg suka PERLI MEMERLI itu teruklah rakan2 beliau nak buat damage control. Puncanya ialah PENDEKATAN JENIS PERLI MEMERLI DR ASRI. kata2 & tulisannya yg terlalu keras & suka menyindir ulama2 senior termasuk mufti Perak, ustazah/ustaz TV dll.

Ulama2 senior & ustaz TV ni ramai anak murid mrk, dan secara hukum alamnya kalau ada junior 'kurang hajar' menyindir sifu mrk takkan mrk nak duduk diam meski pun ulama junior tu datang dgn seribu dalil & fakta. PENDEKATAN JENIS SUKA PERLI MEMERLI DR ASRI menjadikan lebih ramai yg benci & menutup hati kpd dalil2 yg beliau bawa.  Approach Dr Asri ni pelik sikit. Padahal kalau dia berceramah tanpa menyindir ulama senior itulah yg lebih baik utk masyarakat Melayu & masyarakat Melayu boleh terima secara beransur2. Kalau masyarakat dah mula benci habislah riwayat Dr Asri walaupun puas berdalil sana berdalil kemari, bersarjana ke hulu & bersarjana ke hilir dan bidaah ke hulu bidaah ke hilir.

My 2 cents.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 12:03 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 20-1-2008 10:17 AM
Tak ada masalah besar tentang khilafiah kerana kedua pendapat ada hujah dan dalil, kita boleh pilih yang terbaik...

soal bida'ah tetap bida'ah - ini tak ada khilaf tak ada dalil tak ada hujah, ...


masalah akidah bukan masalah besar ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2008 12:15 PM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 20-1-2008 12:03 PM


masalah akidah bukan masalah besar ke??


Qharadawi tu kafirkah?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:06 PM GMT+8 , Processed in 1.215780 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list