CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1800|Reply: 4

Renungan

[Copy link]
Post time 24-1-2008 04:46 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum w.b.t

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang
wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki
solehah

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000
lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik
daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susunya

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa
kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh
rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun
lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan
bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya
dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah
akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat
pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah
akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia
suka

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala
haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala
12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2
tahun),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga
wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang
menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7
tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat
pahala 7 tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di
akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya
iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak
Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?
Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu
menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum
terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada  kemungkaran. Iman
akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab di  petengahan jalan
kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa
pasangan kita sebab di pertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana
rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang
tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau
potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita
macam mana orang  memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita dikopak dua,
dipisahkan dengan kasarnya,ketika kita masih hidup. Lepas tu kapak-kapak kan
kepala kita macam tembikai.Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki,
badan,etc....

Pernah tengok orang eksiden motor sampai kepala bersepai?
Bayangkan kamu padalah orang itu. Dan kamu masih hidup semasa otak kamu tengah
mengalir masuk loji najis sungai langat. Dapat pahala
berdakwah.
Malam buat sembahyang sunat Taubat-Nasuha dua rakaat. Insya Allah.

(copy & paste)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2008 05:31 PM | Show all posts
syukran.............
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 06:12 PM | Show all posts
WANITA YG DIMURKAI OLEH ALLLAH

Sebagaimana Allah suka dgn wanita yg yg solehah, Allah juga sgt murka kpd beberapa jenis wanita.Oleh itu sgt perlu bagi kita mengetahui perkara yg boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dr kemurkaannya.
Kemurkaan Allah pada hari kiamat sgt dahsyat sehinggakan nabi2 pun sgt takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yg bernama
Nabi Ismail krn ketakutan yg amat sangat. Abu Zar r.a meriwayatkan
bahawa Nabi s.a.w bersabda:

"Seorang wanita yg berkata kpd suaminya,"semoga engkau mendapat kutukan
Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dr atas langit yg ke7 & mengutuk pula
segala sesuatu yg dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu
manusia & jin."

Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Seorang yg membuat susah kpd suaminya dlm hal belanja atau membebani
sesuatu yg suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya
yg wajib & sunnatnya."

Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Kalau seandainya apa yg ada dibumi ini merupakan emas & perak serta
dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya.Kemudian pada suatu hari dia
terlontar kata2 angkuh,"engkau ini siapa? Semua harta ini milikku &
engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya
walaupun banyak.

Nabi s.a.w adalah seorang yg sangat kasih pada ummatnya & terlalu
menginginkan keselamatan bagi kita dr azab Allah.Beliau menghadapi
segala rupa penderitaan, kesakitan ,keletihan & tekanan.Begitu juga air
mata & darah baginda telah mengalir semata-mata krn kasih-sayangnya
terhadap kita.Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yg wajar berusaha
utk menyelamatkan diri kita,keluarga kita & seluruh ummat baginda.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2008 09:34 AM | Show all posts
salam

cayalah
kan senang jadi pompuan
bak kata NABI

TAATLAH KEPADA SUAMI
DAN PILIHLAH DARI DELAPAN PINTU SYURGA
YANG MANA YANG MAHU DIMASUKINYA

(org laki tak leh lagu tuuuuu)
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2008 11:19 AM | Show all posts
ISTERI TAK TERCIUM BAU SYURGA JIKA TAK MENTAATI SUAMI....

tu baru tak tercium......
nak pandang jauh sekali
apatah lagi nak masuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.050188 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list