View: 3666|Reply: 5
|
california dilanda ribut kencang
[Copy link]
|
|
California dilanda ribut kencang
LOS ANGELES 24 Jan. - Ribut kencang yang membawa bersama salji dan hujan melanda California menyebabkan lebuh raya utama antara negeri ditutup dan mencetuskan kebimbangan berlaku banjir di kawasan yang mengalami kebakaran hutan.
Anggota Peronda Lebuh Raya California terpaksa mengiring kenderaan keluar melalui Tejon Pass semalam, manakala lalu lintas terhenti sama sekali di Interstate 5 di utara Los Angeles.
"Banyak kenderaan ditinggalkan di merata-rata tempat," kata Wendy Gardner, Pengurus di Madd Bailey's Pub di Pine Mountain Club yang mengalami salji setebal 25 sentimeter.
"Kami mula dilanda ribut sejak pukul 2.30 pagi dan sejak itu ia tidak berhenti," katanya.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan pula menyatakan, salji setebal 30 sentimeter dilaporkan di kawasan komuniti ladang lembu di Lembah Lockwood di Hutan Simpan Los Padres yang terletak di barat laut Los Angeles.
- AP |
|
|
|
|
|
|
|
Oh kawasan ni jauh dari city -- kawasan highway.
Ini gambar my city -- mendung tapi hujan sikit jer turun
[img] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 **'s post
dasat nye kak dar..
mmg musim ujan ribut erk kt sana skang? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 **'s post
owh ye ke?
water level dh teruk?seblom ni kemarau ke ape? |
|
|
|
|
|
|
|
antara alamat akhir zaman adalah banyak kemusnahan akan berlaku terhadap us..us akan sibuk pasal kes dalaman shj tak sempat kacau org lain.. then israel akan ambil alih peranan tersebut, then, dajjal akan muncul...mengikut buku karangan isa abu dawood |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|