CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47602|Reply: 200

Coffee/Nescafe : Kesan2nya

[Copy link]
Post time 27-1-2008 08:51 AM | Show all posts |Read mode
Khasiat sebaik aroma
Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas.


KANDUNGAN kafein dalam 200 gram kopi mencecah
135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg.

JIKA orang Jepun menikmati kebaikan teh, orang Perancis mendapat khasiat daripada wain merah, orang Amerika Syarikat pula (AS) boleh berasa segar dan sihat dengan kopi.

Walaupun kopi bukanlah berasal dari negara itu, tetapi populariti minuman tersebut di AS semakin besar sehinggakan secara purata, seorang rakyatnya dikatakan mengambil lebih 200 gram kopi sehari.

Namun hakikatnya, sebelum menempa populariti di AS, kopi sebenarnya telah menjadi minuman harian di kebanyakan negara lain termasuklah Malaysia.

Hari ini, populariti kopi di AS menjadi pemangkin kepada lebih banyak kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh saintis untuk melihat kebaikan dan keburukan di sebalik minuman dari buah kopi yang berwarna kemerahan apabila masak.

Salah satu hasil kajian yang dijalankan sejak lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang melindungi seseorang daripada penuaan yang menjadi satu lagi nilai tambah kelebihan kopi.

Faktor tersebut didorong oleh beberapa perkara terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi, contohnya mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg.



Menurut penyelidik nutrisi, Michael Leitzmann, hasil kajian mendapati kumpulan responden yang mengambil minuman kopi secara teratur dalam tempoh kajian selama lima tahun mendapati kurang 80 peratus risiko daripada mereka diserang parkinson.

Selain itu, hasil kajian gabungan dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan menjadi antioksida mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.

Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan, antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas.

“Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang disedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. Antioksida membantu mengurangkan kemungkinan serangan kanser, jantung dan strok,” katanya.
Atas manfaat itu, Dr. Vinson mencadangkan kepada orang ramai agar menikmati secawan kopi sehari.

“Secawan sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung,” katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif.

Namun, katanya, dalam beberapa penelitian, kopi tidak digalakkan diambil oleh kalangan wanita mengandung dalam kuantiti yang besar.

“Hospital Christchurch, New Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan.

“Manakala, kajian dari Institut Karolinska, Sweden, menyatakan wanita yang mengambil 100 mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran,” kata Vinson.




aku memang suka minum kopi...  sama macam aku suka green tea.. dua2 ni memang aku minum hari hari..  ah ha! melambatkan proses penuaan lagi.. itu sudah baguih tu! hehe...  padan gf aku cakap aku nampak muda aje...  ni musti bahana kopi yang aku minum hari hari..

[ Last edited by  amazed at 16-3-2009 20:18 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2008 09:09 AM | Show all posts
kopi susu kurang manis tambah gula
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 10:35 AM | Show all posts

KOPI MAUT

[fly][/fly]
SERBUK DIADUN DENGAN KIMIA BERBAHAYA.
'Kopi Maut' itu diuar-uarkan mengandungi herba asli Gingko Biloba dan Ginseng bagi MEYAKINKAN pengguna bahawa ia mampu meransang TENAGA BATIN... Harian Metro


Pengeluar memperdaya pengguna dengan meletak logo halal, Logo GMP dan gimik bahawa ia mampu meransang nafsu seks walhal ia adalah campuran kimia berbahaya Sintetik Sildenafil Nitrat yang mendatangkan Penyakit Hati, Buta Malah membawa Maut.

[ Last edited by  Nazrulism at 30-1-2008 10:36 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 10:43 AM | Show all posts
apa nama produk 2???
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 10:50 AM | Show all posts
kopi ape tu...............koz haku antu kopi
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 10:53 AM | Show all posts
kopi pe tu?..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2008 11:32 AM | Show all posts

Tak pasal-pasal kena saman kalau sebut BRAND tu... TAPI Berhati-hatilah dengan produk yang mendakwa ada pelbagai keajaiban tanpa fakta dan alasan saintifik. Hanya bergantung kepada beberapa testimoni pengguna (biasanya pengedar sendiri)
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 02:01 PM | Show all posts
dlm brita yg ko tgk tu x bgtau ke brand ape?
takkan nk biarkan pengguna minum kopi tu lg kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2008 02:23 PM | Show all posts
Alaaaa
cakap la brand apa?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 02:35 PM | Show all posts
brand ape? share la sikit...
tak leh sorok2 bende2 cam nih...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 02:36 PM | Show all posts
ni la masalahnya...klu dah ada fakta n bukti tentang bahaya produk tu dedahkan jelah namanya..kenapa nak takut2 nak melindungi kesihatan pengguna...

setakat bgtau kopi, mcm2 jenama kopi kat pasaran yg ada ginkgo n ginseng bagai..yg takut sgt nak exposed tu pesal??? :@
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 02:52 PM | Show all posts
klu perkara betul..xkan ada org brani nk saman..
bg tau la... :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 03:58 PM | Show all posts
Dalam HMetro fakta yang diberikan:
  • Diadun dengan herba asli seperti gingko biloba & ginseng - untuk tujuan menge'seks'
  • setiap peket kopi seberat 25 gram
  • motto 慬color=Red]kuat, tahan dan sihat抂*]pejabat pengedar Syarikat Jualan Langsung serbuk kopi di Metro Prima Puchong
  • Dibekalkan sebuah syarikat di Cheras
  • dijual di pasaran pada harga RM5 sepeket
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 06:28 PM | Show all posts
sildenafil tu sama dengan viagra
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 07:25 PM | Show all posts
Bukan tujuan untuk menyerang sesuatu produk, Tapi untuk berkongsi dari pendapat ramai bagaimana kita boleh memilih sesuatu produk agar kita mendapat faedah dari apa yang kita ambil dan guna seharian kerana kita pengguna sering dieksploitasi dengan cerita-cerita yang menakjubkan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 08:45 PM | Show all posts
Yg penting bukan Kopi Radix eh??
Coz sha suke kopi ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2008 12:06 PM | Show all posts
Bukan kopi Radix heh.. Hubby mmg suka sgt minum kopi ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 12:51 PM | Show all posts
duhhh...kopi brand apa nie....
hb aku pun hantu kopi....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 01:01 PM | Show all posts
nasib baik bukan kopi Radix....sbb radix ni dari perlis.... ..owner dia duk depan rmah member ofis kita..... ...n yg penting..radix ni org islam punya....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 01:30 PM | Show all posts
sib baik mmg aku takleh minum kopi....but saper yg penah ngk majalah3 lama dulu ada penah prof tuh ckp...suppose tongkat ali nih org jaman2 dulu consume secara rebus akar...amik air...so dlm 100kg akar tuh dpt baper jek ml pekatan dia...tak bleh main kisar jek akar tongkat ali tuh msk dlm kopi..nanti ini le yg memudaratkan kesihatann...yg paling bahaya katanya buah pinggang ler..mcm mana nak filter?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.084036 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list