CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2614|Reply: 7

Muslimah Wajib Tahu Bab Haid

[Copy link]
Post time 27-1-2008 06:38 PM | Show all posts |Read mode
Kebanyakkan perempuan/wanita/muslimah (wanita Islam) tak berapa perasanATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...
   
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itusendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh olehkebanyakkan wanita Islam... kenapa hal ini boleh terjadi??
   
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/... yang betul-betulpakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mestidirujuk kepada lelaki/ustaz-ustaz yang bernama LELAKI jugak... (sayarasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ini.
   
Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanitaIslam; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solatmereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengarjawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa... itu soalanmudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yangperlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"
   
Jika dibuat pantauan nescayajawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAKSEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat merekawalaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
   
Hal iniboleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul IslamImam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitanTasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah buktikehebatan ulama' terdahulu.
   
Dalam BAB TIGA : " Fi adabMua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah... " perkara YANG KETUJUHdisebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
   
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:   
  
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :   
   
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti(dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempatdia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solatzohor dan asar.
   
2. Jika perempuan mendapati darah haidnyakering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solatIsya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib danIsya'. "Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalahsekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam"(Imam Al-Ghazali)
   
HURAIAN MASALAH :   
   
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?   
   
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktuAsar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
   
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?   
   
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir)solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
   
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atautidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkahIhtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solatZohor.
   
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :   
   
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masukwaktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandihadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalamwaktu Isya'.
   
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.   
   
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atautidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah keringdalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlakusecara perlahan- lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalamwaktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
   
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.   
   
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.   
   
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelarMuslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa'ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2008 06:45 PM | Show all posts
Kadang2 kesian jugak nengok dah tua2 putus haid pun masih pi ngaji di masjid2 bab2 haid ini. Tok-tok guru pun dari dulu hingga la masih dok buka kitab bab haid hinggakan politik tak ambil kisah langsung....lebih2 lagi tok guru yang berfahaman wahabi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 09:28 PM | Show all posts
terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 09:35 PM | Show all posts
err kalau antara asar dan maghrib?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 10:24 AM | Show all posts
tak habis-habis...   sikit-sikit kutuk wahabi...

mungkin agaknya dulu-dulu dia sibuk nak berzanji....   lupa pulak nak belajar pasal haid.  dah tua-tua anak pulak tanya pasal haid, kena la dia pi belajar....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 11:52 AM | Show all posts
Kadang2 kesian jugak nengok dah tua2 putus haid pun masih pi ngaji di masjid2..

x pe la..menuntut ilmu biar smpi ke liang lahad...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2008 12:02 PM | Show all posts
nape nk kene kesian kat yg tua2(yg dah putus haid) yg pigi study agama kat masjid??xphm..
org tua yg dah putus haid patutnye buat ape??xyah blaja pon xpe ker?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2008 10:58 PM | Show all posts

Reply #7 purplehyppo's post

tu la modal atok grave tuuu...  sesikit perli opah dia yang dok mengaji feqah.  pastu kutuk wahabi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.052180 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list