View: 2054|Reply: 12
|
Jangan, jangan dan jangan
[Copy link]
|
|
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!
Wasalam
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71) |
|
|
|
|
|
|
|
waalakumsalam....
rasanya zaman dulu dah keluar ni tapi warisan dia dah tukar pulak !!
cuma satu jer rasa kena kaji lagi...
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
apa kena mengena selipar sebelah lain-lain dengan mewarisi kepapaan? |
|
|
|
|
|
|
|
Insya Allah |
|
|
|
|
|
|
|
rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara lain :
1. waktu usia muda sebelum datang waktu usia tua
2. waktu senang sebelum datang waktu susah
3. waktu kaya sebelum datang waktu papa
4. Wakti sihat sebelum datang waktu uzur
5. waktu ..................... apa satu lagi ya ? lupa pulak |
|
|
|
|
|
|
|
jgn..jgn..kne ingat selalu ni |
|
|
|
|
|
|
|
salam
tolong bagitau
kat mana lagi nak diSEBARKAN niiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak sangat 'jangan' ni. Kalu "jangan" makin suka org buat. Contohnya "jangan makan buah tu' macam peristiwa Nabi Adam as dan Hawa. Diaorg berdua pergi makan jugak lepas digoda iblis. Ni adalah sebab perasaan nak tahu kenapa, apa berlaku lepas itu, betul ker tidak etc.
Tapi bukan maksud saya, Allah salah cakap ker aper. Peristiwa Nabi Adam dan Hawa ni lain, Allah sengaja nak uji keimanan diorg.
Kalu boleh tukar ke ayat positif sikit. Don't use too much word "jangan".
[ Last edited by dafiza at 31-1-2008 12:49 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam
baik sekali cadangan tu
bolehlah kita ubah sama-sama
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.
diubah jadi - bersegeralah kamu dalam menunaikan solat
ALLAH suka perbuatan ini. kalau tertidur, bila terbangun terus mengerjakannya
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.
diubah - masukilah bilik air dgn memakai alas kaki
agar sentiasa menjaga kebersihan...........
boleh tak cam ni???? |
|
|
|
|
|
|
| |
|