View: 6898|Reply: 16
|
nak kawen bangsa asing kena ada persediaan mental dan spiritual!
[Copy link]
|
|
Persediaan mental dan spiritual penting jika ingin kahwin warga asing
01-02-2008
KEPAYAHAN ibu muda Siti Nadzirah Mohd Nasir dalam memperjuangkan hak penjagaan terhadap anak lelakinya berusia setahun hasil perkahwinan dengan warga Pakistan mungkin boleh dijadikan iktibar kepada wanita dalam memilih pasangan hidup.
Ungkapan jodoh pertemuan di tangan tuhan adalah satu ketentuan tetapi sewajarnya seoang wanita mengkaji dahulu siapakah calon suami sebelum bersetuju mengikat tali perkawinan.
Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Nurhidayah Muhd Hashim berkata apabila seorang ingin berkahwin dengan warga asing, banyak persediaan perlu dilakukan khususnya persediaan mental, spiritual, fizikal dan kewangan.
"Kita terpaksa mengakui perbezaan budaya, suasana, makanan, serta cara hidup seseorang itu akan mempengaruhi pasangan. Ajaran Islam juga menyarankan agar menilai bakal pasangan yang secara tidak langsung menunjukkan perkahwinan itu adalah sesuatu dirancang dan bukan sekadar berserah," katanya.
Nurhidayah berkata adalah amat penting bagi seorang perempuan untuk mengkaji latar belakang calon suami kerana selepas berkahwin mereka terpaksa akur dengan keputusan suami, termasuk perlu meninggalkan keluarga di negara sendiri dan mengikut suami ke negara asing.
"Kegagalan membuat persediaan boleh menimbulkan kejutan demi kejutan yang mungkin menjadi faktor kepada kegagalan perkahwinan," katanya.
Menurutnya apabila sudah berkahwin, isteri perlu mengikut suami yang pastinya akan kembali semula ke negara asal dan pada peringkat ini perbalahan sering terjadi yang seterusnya membawa kepada perpisahan.
Nurhidayah berkata kesan daripada perpisahan itu adalah perebutan anak dan lebih memilukan sehingga berlakunya insiden menculik anak antara bekas isteri dan suami.
Siti Nadzirah, 20, masih berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan kekal terhadap anaknya Arman Khan hasil perkahwinan dengan Faizal Azim pada 17 Jan 2006 yang kemudian mengikut suaminya pulang ke Pakistan pada 14 Feb tahun lepas.
Sepanjang lima bulan berada di Pakistan, Siti Nadzirah mendakwa diberi layanan buruk dan hanya diberi minum susu kerbau dicampur air gula oleh keluarga mertuanya menyebabkan beliau nekad untuk pulang ke Malaysia.
Sementara itu, Peguam Syarie dan Runding Cara Keluarga Islam Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berpendapat berkahwin dengan lelaki warga asing boleh diatasi sekiranya individu itu mempunyai pegangan agama yang kuat.
"Kita tak boleh halang...tetapi sebaiknya sebelum mengahwini lelaki warga asing, fikirkan sedalamnya akan risiko yang bakal dihadapi dan jangan jadikan rasa cinta menguasai diri," katanya.
Mohd Zaidi berkata antara jalan terbaik mengatasi masalah berebut anak ialah ketepikan sikap pentingkan diri, bertolak ansur dan fikirkan masa depan anak.
Mengenai kes seumpama itu yang pernah dikendalikannya, beliau berkata kebanyakan kes membabitkan usia perkahwinan yang masih di peringkat bawah lima tahun.
Terdapat beberapa kes yang mula dikendalikan ketika usia anak baru berumur setahun masih belum selesai walaupun anak itu kini telah mencecah 18 tahun sematamata kerana sikap pasangan yang enggan bertolak ansur dan sukar menerima keputusan awal mahkamah, katanya.
Statistik menunjukkan bagi tempoh tiga tahun sehingga 2006, seramai 5,577 wanita tempatan berkahwin dengan lelaki asing sementara 19,633 lelaki tempatan mengahwini wanita asing.
sebenarnya kalu tanya aku bukan nak kawen bangsa asing aje kena ada persedian mental spiritual ni.. kalu nak kawen bangsa yang sama pun kena ada gak.. tapi since topic bincang pasal kena ada persediaan mental dan spiritual before kawen bangsa asing aku memang setuju sangat.. baik lelaki asing ka.. atau pompuan asing!!! jangan main belasah aje nak kawen; nanti kalu ada apa2 berlaku; cerai ka apa ka.. anak kena bawak lari ke.. or bini dok bawak segala mak nenek datuk dok dengan kita.... hancuq!! ! |
|
|
|
|
|
|
|
aku kawein orang asing..
mmg belah pakistan, bangladesh, india nie layanan kalau kita pegi negara mmg kureng skit. apa lagi kalau kawein ngan anak lelaki dorang..
tak tau lah pulak aku kena kasi minum susu lembu n gula jer. Kesian kesian.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mimzzzy at 1-2-2008 09:35 AM
aku kawein orang asing..
mmg belah pakistan, bangladesh, india nie layanan kalau kita pegi negara mmg kureng skit. apa lagi kalau kawein ngan anak lelaki dorang..
tak tau lah pulak aku kena kas ...
Kalau tanya ngan orang yg benar berkahwin ngan warga asing ni..
jawabnya sebenar sama cam kahwin ngan lelaki apa bangsa atau melayu amnya..
lelaki tetap lelaki yg beza apa bangsa budaya aje..
malaysia sendiri ada 3 budaya besar berbeza..
itu tak termasuk perbezaan antara melayu dengan suku suku kaum lain.
Pada melah kalau kahwin ngan bangsa asing dr negara negara cam india,
pakistan even indonesia sekalipun, baik lahir anak kat msia, atleast anak malaysian..
senang kemudian hari kalau lelaki tu start jadi hampeh..
laki me dr orang yang very proud dgn jati bangsa dorang..
never cakap dorang canadian tetapi french quebecois
and i'm very proud dengan identiti diri sendiri
especially no other malays around here and still, melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by faraway at 1-2-2008 11:12 PM
Kalau tanya ngan orang yg benar berkahwin ngan warga asing ni..
jawabnya sebenar sama cam kahwin ngan lelaki apa bangsa atau melayu amnya..
lelaki tetap lelaki yg beza apa bangsa budaya aje ...
Kalau dari ostrolia tak yah kan faraway??????
Psst......Whistler Canada....boleh give Manak some input tak????...sori tuanrumah...off topik jap......
|
|
|
|
|
|
|
|
faraway,
i stuju.
Im married to a bangladeshi guy but born in London. mmg tiap2 tahun kita balik cuti bangladesh and malaysia.banyak duit habis but apa nak buat this is the risiko kawein orang jauh. My laki sendiri tak mo tinggal kat bangladesh tu, he sanggup to tinggal mesia or other countries but not bangladesh.. to be honest, i pun tak nak tinggal sana, datang melawat bole lah.. but to stay.. i dont think so.
Tapi mmg layanan dorang kureng skit lah.. bangsa asing kan. tak bole nak bawak mengumpat. hehehheeh.. i pun selalu buat dek, buat muka dek.. tapi takder lah sampai kena kasi minum susu lembu ngan gula jer.. itu kejam namanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by manakautau at 1-2-2008 11:44 PM
Kalau dari ostrolia tak yah kan faraway??????
Psst......Whistler Canada....boleh give Manak some input tak????...sori tuanrumah...off topik jap......
aku dah gi ski kat whistler... best! ramai kata banff better tapi aku memang suka whistler.. - dan aku suka lake louise.. near banff tu... yang best masa pergi sana summer hari tu, ada sekumpulan youth buat swimming contest - sapa dapat stay lama dalam lake tu... pakai swimming shorts aje.. sejuk nak mampos air dia tapi beautiful beb!! |
|
|
|
|
|
|
|
dlm board ni ada cerita pasal mix marriage kan..
aku kawin ngan laki aku egyptian australian nak masuk 8 thn & dah ada 2 anak..alhamdulillah laki aku tak banyak kerenah walaupun berlainan bangsa & budaya..masa 1st 2 years tu memang bnyk cabaran, asyik gaduh je...sekarang ni dah masak sgt apa yg dia suka dan tak suka & vice versa..malah rasa makin kuat pulak perasaan sayang tu.. .. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mimzzzy at 1-2-2008 11:00 AM
faraway,
i stuju.
Im married to a bangladeshi guy but born in London. mmg tiap2 tahun kita balik cuti bangladesh and malaysia.banyak duit habis but apa nak buat this is the risiko kawein oran ...
pasal perbezaan anak tekak ni.. sini msia pun berlakukan..
kalau tak silap me ada baca kat sini pasal mana kahwin kelantan ngan negeri lain..
laki tu nak makan makanan dr kelantan aje, makanan negeri lain tak mau. |
|
|
|
|
|
|
|
bio mati adat , jangan mati pucuk!
tu pesan tok guru akuk |
|
|
|
|
|
|
|
aku kawin ngan pompuan bkn msian......anak aku lahir kat sini tp psl rules negara ni tak open citizenship kat expatriate, anak aku tetap msian ikut pak dia.........ex wife aku x penah ader PR Msia tp ada res. visa sini...apa2 hal berkaitan imigresen psl anak aku, sumer dia kena refer aku as sponsor.....mencih2 kat aku, tiap 3 thn dia kena mai jumpa aku renew visa anak aku selagi dia kat sini....kalu dia nak balik negara dia pung dia kena refer aku gak nak buat visa tuk anak2 aku kat sana....... |
|
|
|
|
|
|
|
hai alls...nak join...sebelum menyesal buat kpuusan hope u alls can help me...i knal someone.basicaally die pakistan tp stay in dubai.dr segi physicall tu cama high class..mkn pun healthy menu..i mmg syok kat die.n die pun.n now plan to marry.but kne fkir mcm2..ltih jgk...tp sbb da syg...
bukan nk komen malay guy tp da ht tersuke kat that guy...huhuh...
for senior2...please give comment to guide me...i mmg blurr for that plus my parent tak tau lg ni...nk ptus...syg sgt...die mmg sweet n kacak...hrmmm....what should i do... |
|
|
|
|
|
|
| |
|