View: 14494|Reply: 16
|
Pakai inai ala tatu dilarang / tatoo / bertindik etc
[Copy link]
|
|
Pakai inai ala tatu dilarang
Oleh: WAN SYAMSUL AMLY WAN SEADEY
KUALA LUMPUR 9 Feb. |
|
|
|
|
|
|
|
Inai berukir ditangan dilaknat Allah
11-02-2008 01:15:06 PM
Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.
Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:
1. Dari Ibnu Umar r.a katanya: |
|
|
|
|
|
|
|
kte p0n ade bce article ni.
actly, mmg xtaw inai yg bercorak ni haram
waaaaaa..br niat nk pakai mse kawen nnt
*xtaw bile p0n nk kawen.huhu
pd kte, walau p0n bercorak (bkn corak binantang)
inai tu akn ilang xsampai seminggu
bkn bsifat kekal...sbb tu kte igt bley
skng ni bile dah taw haram.
xleh la pakai lg..sedey nye |
|
|
|
|
|
|
|
lagi pun berina ni adat hindu |
|
|
|
|
|
|
|
PEMBETULAN SALAHFAHAM KENYATAAN MUFTI PERLIS
Telah berlakukesilapan faham kenyataan saya oleh sesetengah pihak berhubung denganpenggunaan inai sebagai lukisan diri wanita terutama semasa perkahwinandan selainnya. Di sini saya jelaskan seperti berikut;
1. Hukum asalperhiasan tubuh wanita adalah diizinkan syarak selagi tiada dalil yangmelarangnya, ini termasuklah menggunakan inai.
2. Hanyawarna yang bersifat kekal sahaja yang dilarang ini seperti tatoo,kerana itu washimah seperti yang disebut dalam hadis riwayat al-Bukharidan Muslim: 揘abi s.a.w melarang pembuat tatoo dan yang mintaditatookan |
|
|
|
|
|
|
|
Bertatu dilarang
Oleh Idris Musa
[email protected]
JIKA ditinjau dari aspek sejarah, masyarakat Melayu dahulu sangat menyanjungi adat resam, malah pada satu tahap menjadikannya sumber hukum dan kerana itu tidak hairanlah ada peribahasa 'biar mati anak jangan mati adat.'
JIKA ditinjau dari aspek sejarah, masyarakat Melayu dahulu sangat menyanjungi adat resam, malah pada satu tahap menjadikannya sumber hukum dan kerana itu tidak hairanlah ada peribahasa 'biar mati anak jangan mati adat.'
Bagaimanapun, mutakhir ini adat resam semakin dilupakan, dek terkesan dengan gelombang modenisasi dan pengaruh budaya Barat. Cuma yang masih ketara di kalangan masyarakat hingga kini ialah dalam aspek kelahiran dan perkahwinan.
Bagi bakal pengantin, adat berinai masih diamalkan, sekali gus menunjukkan ia boleh bertahan dan meneruskan kelangsungan warisan adat resam Melayu, walaupun ada sesetengah pihak mengamalkannya secara sederhana.
Penceramah agama, Mohd Rani Awang Besar, berkata umumnya adat resam yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam boleh diamalkan.
Malah, menurutnya, adat yang baik mencerminkan identiti dan warisan bangsa sesuai dengan agama wajar dipertahan serta diamalkan.
"Berinai pada dasarnya adalah harus dan tidak menjadi kesalahan selagi ia tidak menggunakan bahan dilarang agama dan tidak menyerupai kaum bukan Islam.
"Tidak mengapa setakat berinai pada jari, asalkan jangan berlebih-lebihan membawa kepada bahagian lain, seperti tapak tangan sehingga menyerupai kaum bukan Islam," katanya.
Beliau menegaskan, Rasulullah s.a.w melarang umatnya menyerupai kaum bukan Islam dalam amalan kehidupan, sebagaimana dijelaskan dalam satu hadis bermaksud:
"Sesiapa yang menyerupai satu kaum maka ia tergolong dalam kumpulan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)
Kata bidalan ada berbunyi 'hidup bersendikan adat, adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitabullah.' Ini menunjukkan orang Melayu turut menekankan prinsip agama dalam mengamalkan adat resam.
Mohd Rani berkata, adat yang tidak ada percanggahan dengan hukum agama boleh diteruskan, tetapi dilarang sama sekali meniru pengaruh budaya asing secara melulu tanpa memikirkan akibatnya.
Jika berinai itu satu adat resam Melayu dan hukumya boleh dilakukan selagi tidak terkeluar daripada lunas Islam, apakah hukumnya perbuatan membuat ukiran pada tangan, lengan dan anggota badan yang lain atau lebih tepat bertatu?
"Berinai itu dibolehkan kerana tidak menyerupai kaum bukan Islam dan selagi ia menggunakan bahan dibenarkan agama, manakala membuat ukiran atau tatu itu haram hukumnya, kerana ia meniru budaya agama lain," katanya.
Dalam hadis riwayat Thabrani, Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang membuat tatu dan minta dibuatkan tatu, mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya.
Tatu ialah tanda ukiran pada tangan, muka atau bahagian lain pada badan dan ia bukan adat resam Melayu. Ia adalah pengaruh budaya asing, sesetengahnya baik lelaki mahupun wanita membuat tatu pada bahagian badan mereka.
Bagi mendapatkan tatu, kulit badan biasanya dicucuk dengan jarum atau seumpamanya sehingga keluar darah, kemudian ditabur di atas badan yang dicucuk jarum itu dengan nila atau lain-lain bahan supaya tempat itu menjadi biru atau seumpamanya.
Tujuan bertatu biasanya kerana suka-suka untuk tujuan perhiasan, malah tidak kurang yang melakukannya kerana amalan budaya dalam suku kaum mereka dan melambangkan persembahan agama seperti orang Kristian mengukir lambang salib pada bahagian badan mereka.
Perbuatan itu termasuk juga mengubah ciptaan Allah dan ia adalah haram. Banyak hadis menerangkan Allah dan Rasul-Nya melaknat orang yang melakukan tatu.
"Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma sesungguhnya Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang menyambung rambutnya, yang minta disambungkan, yang menyucuk kulit badan dengan jarum (bertatu) dan yang minta dibuatkan tatu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaharuddin Abd Rahman, dalam tulisannya menegaskan, perbuatan yang buruk itu menjadi semakin besar pengharamannya apabila ia dilakukan dengan menyeksa dan menyakiti badan, iaitu dengan menusuk-nusuk jarum pada badan orang yang ditatu itu.
"Semua ini menyebabkan laknat, baik terhadap yang mentatu atau orang yang minta ditatu," katanya.
Fatwa dikeluarkan kerajaan Brunei menjelaskan, bagi golongan terbabit (yang melakukan tatu) wajib menghilangkan kesan tatu itu jika diperoleh cara yang selamat dan tidak memudaratkannya.
"Jika tidak dapat dihilangkannya dengan apa juga cara, tidaklah mengapa yang tinggal (dari kesan tatu itu), bolehlah dia melakukan ibadat seperti sembahyang sebagaimana orang Islam yang lain bersembahyang."
Perkara ini sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 286, bermaksud: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan diusahakannya dan ia menanggung dosa kejahatan diusahakannya.." |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi sebenarnya haram ke tidak jika memakai inai di tangan dengan corak bunga2 dan dedaun dengan niat untuk berhias untuk suami dan bersifat sementara?
|
|
|
|
|
|
|
|
Enggan mati dengan tatu
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan SHAMRAN SARAHAN
[email protected]
KUALA LUMPUR: Pemakai tatu 憇engkek |
|
|
|
|
|
|
|
Cukup hanya taubat
Oleh Helmy Abd Rahman
[email protected]
KUALA LUMPUR: 揗embuat tatu itu haram, tapi tidak harus membuangnya jika kaedah digunakan menyeksakan diri sendiri, |
|
|
|
|
|
|
|
haram x lelaki pakai inai ms kawin?coz me dgr haram... |
|
|
|
|
|
|
|
tetapi persoalannya jika.............................
1) Adakah penggunaan inai ini menghalang laluan air wuduk.......
2) inai bukannya amalan org barat tetapi org arab dr zaman Rasullullah lg........
3) Bukankah memakai inai ini sunah............
4) Apakah sifat inai ini bersamaan dgn warna tatu...........
5) Apakah isu ini telah difatwakan........... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 shone's post
3) Bukankah memakai inai ini sunah............
selesaikan dulu prsoalan ni, jawapan yg lain tu akan berkaitan. Apa dalil kata pakai ini sunnah?
kalau tiada, macamana adat arab lama tu boleh jadi sunnah atau ibadah? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 mawar_pink's post
|
|
|
|
|
|
|
ni zayed punye posting;
Assalamualaikum warahmatullah,
Inai atau dalam bahasa arabnya Al-Hinnaa'/henna. hukum pemakaiannya.
Mazhab Hanbali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali dikepala samada kepada lelaki ataupun perempuan.
Manakala mazhab syafie pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.
Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai inai tiada unsur syirik
Soalan:
SAYA ingin tanya tentang memakai inai pada majlis perkahwinan. Setahu saya memakai inai oleh pengantin lelaki dan perempuan itu harus. Apakah pula hukumnya memakai inai yang pelbagai corak seperti corak bunga dan sebagainya?
Jawapan:
DARI segi bahasa, inai bermaksud bahan yang digunakan untuk memerahkan kuku, jari dan anggota badan. Dalam bahasa Arab inai dipanggil Al-Hinnaa' atau henna.
Pemakaian inai seolah-olah menghiaskan diri dengan bahan yang dipakai, sama seperti memakai perhiasan di tubuh seorang wanita. Sifat inai tidak berkekalan selamanya ditubuh kita.
Sebelum menentukan hukum memakai inai perlu dilihat dari beberapa aspek, antaranya ialah;
lBahan inai itu daripada apa ia diperbuat? Adakah daripada bahan yang halal atau daripada bahan yang haram. Sekiranya inai itu semata-mata daripada daun inai, sama ada yang dikeringkan atau diproses secara tradisi maka bahannya halal.
lUkiran inai, sekiranya inai itu diukir ditangan manusia dengan bentuk lambang salib atau lambang berhala atau objek yang menyerupai makhluk maka hukumnya haram. Sekiranya inai diukir membentuk corak-corak flora, seperti bunga, daun-daun atau apa-apa sahaja bentuk yang tidak menyerupai makhluk adalah harus hukumnya.
lInai bagi tujuan berubat. Dalam tradisi perubatan inai dipercayai boleh memulihkan kuku yang bermasalah. Ada juga masyarakat Arab dan afrika menggunakan inai untuk tujuan menggelakkan merkahan pada tapak kaki. Sekiranya inai digunakan untuk tujuan perubatan hukumnya harus.
lHukum memakai inai bagi orang lelaki. Memakai inai bagi kaum lelaki dari kalangan orang Islam perlu dilihat dari sudut budaya dan uruf (budaya sesebuah kaum). Ada di kalangan ulama yang mengharamkannya atas alasan menyerupai orang perempuan dan ada pula yang mengharamkannya kerana memakai inai bukan budaya orang Islam malahan budaya orang bukan Islam. Perlu diperjelaskan di sini tidak semua budaya itu haram. Islam hanya mengharamkan budaya yang bertentangan dengan syariah dan akidah Islamiah. Budaya memakai inai tiada kaitannya dengan ketuhanan selain Allah SWT dan tiada unsur syirik.
lUlama mengharuskan wanita memakai inai untuk perhiasan suami dan ahli keluarganya sahaja dan bukan untuk ditayangkan kepada yang lain. Maka harus bersederhana dalam berinai untuk mengelakkan fitnah.
Di Malaysia bagi masyarakat yang beragama Islam kebanyakannya akan memakai inai pada hari perkahwinan di dua atau tiga jari sahaja, tidak seperti perempuan memakai pada semua jari. Dan inai ini dipakai oleh orang lelaki hanya untuk majlis perkahwinan mereka sahaja bukan untuk selain daripada itu melainkan untuk mengubat kuku atau tapak kaki yang merkah.
Adapun inai bagi perempuan dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita-wanita zaman salaf berinai dan Nabi SAW tidak menegahnya, malah menyuruhnya dengan dalil: Daripada Aisyah ra, "Nabi melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, apakah ini tangan lelaki atau perempuan, maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi pun bersabda, "Jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dengan inai)." (Abu Daud, no: 4166 dan al-Nasa'iy,no:5092)
Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan ulama berpendapat bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh. Ini kerana ia menyerupai perhiasan wanita . Inai yang digunakan untuk perubatan (medication) tidaklah mengapa (tujuan kesihatan seperti inai di ibu jari kaki yang menghidap penyakit sekam (kuku rosak). |
|
|
|
|
|
|
|
Menghilangkan tatu
Pada tahun 1991, Dr. Tolbert Wilkinson dari San Antonio, Texas telah mengemas kini sejenis prosedur yang menggunakan sinar infra merah yang tidak memberi kesan parut yang ketara serta kurang mahal.
PROSES membuang tatu adalah rumit dan memakan masa.
WENDY, 27 tahun, kelihatan tenang ketika menerima suntikan serum sebagai sebahagian daripada proses membuang tatu di sebuah klinik di Chamelecon di San Pedro Sula, baru-baru ini.
Bekas-bekas ahli kongsi gelap dan pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai corak tatu adalah antara mereka yang terpaksa melalui proses menyakitkan untuk membuang tatu pada tubuh demi meningkatkan peluang mendapat pekerjaan di Amerika Syarikat.
Penyingkiran tatu juga mengelakkan mereka ini daripada disalahanggap sebagai pendatang haram di negara tersebut.
Beberapa ahli kongsi gelap yang ditemui wartawan Reuters di klinik itu memberitahu, dalam sesetengah kes, ahli kongsi gelap yang aktif akan dibunuh oleh ahli kongsi gelap yang lain jika tatu mereka disingkirkan.
Seperti Wendy, sekiranya anda manusia biasa yang mempunyai lebih daripada satu tatu dan ingin membuangnya, sudah semestinya anda tahu ia bukan satu proses yang mudah.
Tetapi jika anda menyesal membuat tatu, usah resah kerana kecanggihan sains dan teknologi telah membolehkan tatu disingkirkan.
RAMAI remaja yang menyesal selepas membuat tatu.
Program Adios Tatuajes dimulakan di Chamelecon, sebuah perkampungan miskin dan penuh keganasan di San Pedro Sula, Honduras pada November 2000. Ia merupakan satu program yang memberi penekanan terhadap pemulihan remaja yang terlibat dalam kongsi gelap.
Hakikatnya, ahli-ahli kumpulan yang dikenal pasti menerusi tatu, sering diketepikan daripada mendapat peluang pekerjaan khasnya dalam industri pengeluaran biarpun mereka telah insaf.
Proses membuang tatu adalah rumit dan memakan masa. Prosedur tradisional seperti dermabrasion atau pembedahan akan meninggalkan kesan parut . Justeru itu prosedur tersebut sudah jarang digunakan hari ini.
Penyingkiran tatu menggunakan laser pula adalah pendekatan paling umum. Tetapi ia memerlukan kepakaran profesional dan adalah agak mahal khasnya bagi penduduk di negara Dunia Ketiga.
Pada tahun 1991, Dr. Tolbert Wilkinson dari San Antonio, Texas telah mengemas kini sejenis prosedur yang menggunakan sinar infra merah yang tidak memberi kesan parut yang ketara serta agak murah.
Mesin ini boleh dikendali oleh staf tidak terlatih. Program Adios Tatuaje telah menggunakan proses inovatif untuk proses penyingkiran tatu.
TATU yang besar lebih sukar untuk dihilangkan.
Selepas dua setengah tahun program Adios Tatuajes beroperasi, lebih 14,000 remaja telah menerima rawatan. Buat masa ini, terdapat dua buah klinik yang beroperasi sepenuh masa di San Pedro Sula dan Tegucigalpa.
Tegucigalpa misalnya memiliki peralatannya sendiri dan telah merawat sekitar 2,500 orang tahun lepas.
Bagi mereka yang tidak pernah mencuba tatu pada tubuh mereka, sudah tentu mereka tertanya-tanya adakah tatu memberi masalah kepada pemiliknya? Jawapannya, 'ya'.
*** Alahan. Salah satu masalah umum yang akan dihadapi oleh mereka yang alah pada jenis pigmen atau pewarna yang digunakan.
Simptom seperti bengkak dan gatal-gatal sering diadu pada bahagian yang mempunyai kesan merah akibat mentatu.
Pewarna yang digunakan sewaktu mencorak tatu adalah pewarna industri yang asalnya dihasilkan untuk tujuan lain seperti cat kereta dan dakwat menulis.
*** Jangkitan. Kes-kes jangkitan penyakit Hepatitis B hasil daripada mentatu pernah dilaporkan.
Secara teorinya, HIV dan Hepatitis C boleh berjangkit sekiranya jarum yang tercemar digunakan. Itu sebabnya, di Britain, anda dilarang menderma darah dalam tempoh setahun selepas memiliki tatu.
Apabila para doktor di Wales menyoal sekumpulan pesakit yang ingin membuang tatu mereka, mereka mendapati satu suku daripada bilangan itu kesal selepas sebulan memiliki tatu.
Di sesetengah tempat di Britain, penduduknya tidak boleh membuang tatu mereka di bawah Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).
ATAS: Penggunaan infra merah adalah antara teknik digunakan dalam program Adios Tatuajes.
Namun, jika tatu tersebut berada pada bahagian yang terdedah seperti tangan dan muka sehingga menjejaskan peluang mendapat pekerjaan, maka kerja-kerja pembuangan tatu boleh dijalankan oleh NHS.
Berikut adalah beberapa kaedah penyingkiran tatu yang dijalankan di Britain:
*** Pembuangan menggunakan laser boleh menghuraikan pewarna kepada partikel-partikel kecil yang boleh 'dicerna' oleh kulit.
Sejenis laser khas yang mengeluarkan tenaga ringan dan hanya bertahan selama beberapa nano saat digunakan.
Ini mengekalkan rasa panas pada sekitar kulit pada kadar minimum dan mengurangkan parut. Setiap sesi akan mengambil masa 15 hingga 45 minit bergantung pada saiz tatu.
Selepas rawatan, bahagian yang dirawat akan mengeluarkan sedikit darah selama beberapa jam dan perlu dilitupi dengan bahan tertentu.
Rawatan biasanya akan diberi pada setiap minggu keenam atau kelapan dan tidak lebih daripada 20 rawatan diperlukan untuk merawat tatu.
Bagaimanapun, rawatan laser jarang menghilangkan tatu sepenuhnya kerana sekurang-kurangnya sedikit kesan akan ditinggalkan.
*** Excision melibatkan pemotongan bahagian kulit yang mempunyai tatu. Kaedah ini adalah cara terbaik untuk membuang tatu bersaiz kecil.
Ia juga merupakan satu-satunya cara untuk membuang tatu yang kasar bentuknya kerana tidak dihasilkan oleh pembuat tatu profesional. Pembedahan untuk tatu bersaiz besar akan meninggalkan kesan parut.
*** Salabrasion yang menggunakan air garam untuk disapukan ke atas tatu bagi merosakkan kulit.
Kaedah ini akan mengeluarkan pigmen secara perlahan-lahan tetapi teknik ini sudah jarang dipraktikkan hari ini.
Ia mungkin kedengaran agak kuno tetapi jangan sesekali mencubanya di rumah kerana ia perlu dilakukan oleh seseorang pakar dalam teknik tersebut. |
|
|
|
|
|
|
| |
|