CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3825|Reply: 21

Konsortium Ebay : Anda Berminat?

[Copy link]
Post time 23-2-2008 07:44 PM | Show all posts |Read mode
Dear forumers,
1.0Pengenalan.
---------------
Maaf. Kalau sape2 tak tau apa tu eBay, pegilah ke eBay dot com. Agak panjang ceritanya. Basically anda boleh jual dan beli barang2 di sana tanpa perlu bersusah2 nak advertise kat website anda sendiri (sapa nak lawat website anda. Berapa ramai?)
Semenjak dari tahun 2007, saya telah menjadi sebahagian dari peniaga di eBay. Ada banyak barang2 yg saya dah beli dan jual di sana. Antara benda2 yg saya dah beli dan jual ialah eBook.
Dan antara barang2 yg saya dah jual dan memberi untung kepada saya ialah barang2 dari China. Tahun 2007, kerja saya di satu syarikat pembuatan memerlukan saya berulang-alik ke China. Jadi saya ambil kesempatan membeli beberapa barang yg saya fikir boleh jual di eBay utk di bawa balik ke Malaysia. Selepas menggunakannya, saya menjualnya ke eBay. Tahukah anda di eBay anda boleh menjual barang2 second-hand?

2.Kenapa cadang nak tubuhkan konsortium eBay?
--------------------------------------------------------------
Masalah saya ialah, saya tiada barang2 yg tetap utk dijual. Setelah berpindah tempat kerja yg baru saya hanya jarang2 ke China. Last business trip to Beijing Sept07.
Saya mencadangkan penubuhan eBay konsortium ni kerana:
2.1 Kalau ada usahawan2 yg boleh supplykan barang secara tetap dan bermacam-macam. Saya percaya ramai orang banyaklah barang2, dan banyaklah juga jenisnya.
2.2 Tak semua barang akan berjaya dijual di eBay kerana banyaknya persaingan. Jadi kalau ada ramai orang, kita boleh berbincang dan decide apa garang yg nak dijual dan kita percaya boleh jual.
Dengan ini kita ada banyak pilihan.
2.3 Kita saling memerlukan dan boleh bekerjasama secara smart (maaf saya tak percaya kalau ada orang kata saja2 nak tolong supaya menjadi berjaya macam dia.). Sistem eBay memerlukan merit untuk anda meraih kepercayaan bakal pembeli. Jika anda baru join eBay, merit anda adalah KOSONG. Merit akan menjadi bertambah jika anda ada rekod urusan jual beli yg baik. Jika seseorang membeli sesuatu dari anda dan dia berpuashati, maka dia boleh memberi positif response yg boleh dilihat oleh bakal2 pembeli yg lain. Jadi yg lain akan teruja utk membeli dari anda. Itulah menariknya eBay! Anda mesti membina reputasi. Dan saya dah ada reputasi itu.

3.Macam-mana business flownya?
-----------------------------------------
3.1 Anda menpunyai satu barang utk dijual, anda cadangkan kepada saya.
3.2 Saya (dan anda) akan buat research dlm eBay berkenaan persaingan barang itu dlm eBay. Jikan kita rasa kita boleh jual, saya akan advertisekan. Jika tidak, holdkan atau cari barang2 lain.
3.3 Anda akan menetapkan harga yg anda hendak jual. Saya hanya akan letakkan harga dlm eBay mengikut kehendak anda, melalui akaun saya.
3.4 Bila pembeli membuat tempahan dan dah membayarnya kepada , saya akan membuat pembayaran kepada anda (maybank2u). Kemudian setelah confirm duit dah masuk, saya akan beritahu anda kepada siapa anda kena hantar barang tu. Anda mesti membayar wang posnya. Sebab itu kena decide betul2 harga jualan. Kita boleh berbincang lagi pasal benda ni.
3.5 Jika duit anda dah masuk, tapi anda tidak menghantarnya kepada pembeli, saya akan blacklist anda, kerana pembeli akan blacklist saya juga dan reputasi saya akan jatuh dlm eBay.
Disebabkan saya peniaga yg smart, anda juga perlu membina reputasi anda dgn saya.

4.Anda berminat?
---------------------
Sila PM kan saya.

5.Tengah fikir?
----------------
Fikirlah. Ingat, pintu rezeki itu banyak, jangan fanatik kepada satu bisnes sahaja.
Pintu nak kena tipu pun banyak, dan orang yg dah kena tipu pun dah ramai.
Di eBay, anda tak akan tertipu.
Buatlah research.


Regards,
LeftRightIncome
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2008 08:21 PM | Show all posts
Agak menarik TQ
Sy agak biasa juga shopping online..
tp ebay ni sy tengah perhati lg..sy ada trbaca ttg customer yg komplen dgn ebay ttg ketidakjujuran peniaga..
Setakat ni sy brminat nak beli barangan dr eropah dr ebay,
yg susah nak dpt di M'sia..tp ok tak esp.ebay international?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 08:21 PM | Show all posts
bagus2...teruskan niat dan usaha...brg2 dari china mmg byk bleh di niagakan...mungkin ramai yg xnampak peluang dlm ebay ni....sbb lebih berminat dgn skim cepat kaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2008 08:23 PM | Show all posts

Reply #3 faridali's post

Terima kasih atas komen anda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2008 08:28 PM | Show all posts
1. Komen anda tentang "ketidakjujuran peniaga"
Reply saya : Sebab itulah eBay mewujudkan sistem merit yg dah saya ringkaskan dlm tread sebelum ini. Itu adalah biasa. Jika anda mahu terus menjual dlm eBay anda mesti kekalkan reputasi anda at least at 95% positive feedback.
2.Kalau anda pernah mambeli sahaja, dah tentu merit anda 100% positive. Kenapa tak menjual? Takde barang nak jual, betul tak?
Sebab tulah kita kena ada konsortium.
Regards,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2008 08:31 PM | Show all posts

Reply #3 faridali's post

Sebenarnya yg saya nak cari ialah barang2 dari Malaysia, bukan dari China.
Sekarang ni eBay dah mengenakan kawalan yg lebih ketat utk barabg2 dari China, kerana banyak yg FAKE.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2008 08:47 PM | Show all posts
xkesahla mana2 pon...klu nak yg dr msia...makesure ia betul2 diperbuat di msia....sbb msia byk amik dr luar n cop "made in malaysia"....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 09:04 PM | Show all posts
aku pun biase gak ngan ebay nih... aku rase tak perlu wujudkan dua group untuk mendapatkan barang... gunakan aje grup yang dah ader tu... boleh sekali jalan .. mungkin dapat diejaskan lagi harga....

cume kepada yang tak biasa ngan ebay nih kena la bykkkan bertanya. but malaysia pun byk boleh dijual and demand pun tinggi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2008 09:24 PM | Show all posts
ebay international pon ada cheaters gak. klo ko beli mouse. memang harga murah. bila sampai kat ko casing mouse je ko dapat. isi dalam takde. harharhharharh. ini bukan rekaan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 09:30 PM | Show all posts

Reply #9 AntagonisYgKeut's post

Ni yg sy nak tau ni..sesape ade pengalaman shopping online dgn ebay interntnl, nak tau jga (boleh ke pembuka thread?)
TQ antagonis.Awak ade exp ke benda ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2008 09:58 PM | Show all posts
Originally posted by AntagonisYgKeut at 23-2-2008 09:24 PM
ebay international pon ada cheaters gak. klo ko beli mouse. memang harga murah. bila sampai kat ko casing mouse je ko dapat. isi dalam takde. harharhharharh. ini bukan rekaan.


Yg kita nak buat dgn Konsortium ini ialah nak MENJUAL di eBay, bukan MEMBELI.
Lagipun  jika anda membeli dan tidak puas hati dgn barangan atau seller tu, dgn eBay anda boleh bagi feedback negative, yg dapat dilihat oleh semua orang di eBay. Ini akan menjejaskan reputasi si seller, dan akan menjejaskan bisnesnya. Dalam kenabyakn kes, bila si seller mendapat feedback negative, dia akan buat replacement atau baya balik duit anda thru paypal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2008 10:16 PM | Show all posts
Originally posted by OPENING at 23-2-2008 09:04 PM
aku pun biase gak ngan ebay nih... aku rase tak perlu wujudkan dua group untuk mendapatkan barang... gunakan aje grup yang dah ader tu... boleh sekali jalan .. mungkin dapat diejaskan lagi harga. ...

Apa maksud anda 2 group. Tak faham saye
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2008 12:14 AM | Show all posts
Originally posted by LeftRightIncome at 23-2-2008 07:44 PM
3.4 Bila pembeli membuat tempahan dan dah membayarnya kepada , sayaakan membuat pembayaran kepada anda (maybank2u). Kemudian setelahconfirm duit dah masuk, saya akan beritahu anda kepada siapa anda kenahantar barang tu. Anda mesti membayar wang posnya. Sebab itu kenadecide betul2 harga jualan. Kita boleh berbincang lagi pasal benda ni.


Apsal kitaorg plak yg kena bayar posting fee?? Kan buyers yg kena bayar fee tu.

Kiranya ko jd org tgh ler nie yer. Kalolah aku ader barang kan............. baik aku jual sendiri jer kat Lelong tu. Even kalo kita takde reputasi pun...dgn kena verify IC... verify phone number... org dah yakin dgn kita sbb sure penipu takleh lari mane.

Kalo nak go international....... mmg ebay yg choice paling bagus lah. Mcm aku... aku guna dropshipper jer. Takyah simpan stok... takyah beli produk in bulk...... penghantaran pun dorang handle kan.

Just my 2 cents.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2008 08:19 AM | Show all posts
Originally posted by wmhafiz at 24-2-2008 12:14 AM


Apsal kitaorg plak yg kena bayar posting fee?? Kan buyers yg kena bayar fee tu.

Kiranya ko jd org tgh ler nie yer. Kalolah aku ader barang kan............. baik aku jual sendiri jer kat  ...


Anda bertanya soalan yg paling bagus so far dan anda berfikir cara yg betul.
1.Berkenaan  dgn posting fee : ada dua cara, kita seller yg bayar (dah campur siap2 dlm selling price) atau buyer yg bayar.
Posting fee adalah satu benda yg tak straight forward. Depend on apa benda yg nak dijual. Kalau anda jual ebook, nak charge posting fee ke?
Tapi kalau anda nak jual meja snooker, mesti ada posting fee.
Secara ringkasnya, utk mendapatkan keuntungan kita mesti ambil kira posting fee ni. Yg saya maksudkan dgn anda mesti membayarnya ialah anda mesti masukkan fee ni dlm harga jualan anda.

2.Saya bukan nak jadi orang tengah, sebab kalau begitu caranya, itu dah jadi dropshipper. Dropshipper adalah satu urusan yg nampak mudah di kertas, tapi payah sangat nak buat. Sebabnya macam yg anda katakan, kalau dia ada barang, ngape tak jual sendiri aje. Apa yg saya nak  buat di sini ialah ingin ialah MENJUAL secara berterusan  di eBay, bukan sekali-sekala. Jika anda menjual sendiri adna akan menghadapi masalah mempelbagaikan barang2 anda dan maintain competition. Jika anda perhatikan di eBay, si seller yg menjual paling banyak barang tu bukan menjual satu jenis barang saja. Mana dia dapat semua barang ni hah ? Dgn harga yg competitive!

3.Lelong dot com? Berapa banyak wang yg anda dapat berurusan dlm Ringgit Malaysia ni? Menjual barangan Malaysia di Lelong dot com bermakna mencari persaingan di kampung sendiri.
Lagipu  anda tak akan dapat kelebihan dari segi pertukaran wang asing.
Kalau sehidangan KFC dijual dgn harga RM5.20 (contoh sahaja) di Malaysia, tahukah anda di Singapore ia dijual dgn harga lebihkurang SGD5.20. Jadi mana anda rasa anda patut jual, di Malaysia @ Singapore. Itulah perumpamaannya.


4.Sila PM saya utk dapatkan bisnes plan secara details. Saya tak akan kongsi sewenang2nya.

Regards,
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2008 07:30 PM | Show all posts
Originally posted by LeftRightIncome at 24-2-2008 08:19 AM


Anda bertanya soalan yg paling bagus so far dan anda berfikir cara yg betul.
1.Berkenaan  dgn posting fee : ada dua cara, kita seller yg bayar (dah campur siap2 dlm selling price) atau buyer ...

yang dimaksudkan dua tu.. kita dah ader pun group konsortium koperasi untuk amik barang dari china.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2008 04:09 PM | Show all posts
Terima kasih kepada forumer yg menunjukkan minat dan dah PMkan saya dgn beberapa soalan.
Saya akan compile kan soalan2 tu dan menjawapnya serentak supaya tak perlu diullang2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2008 10:13 AM | Show all posts
pernah menjual je dalam ebay...
membeli sekali jek....beli jam
lebih suka ebay international dpd ebay malaysia....
ebay malaysia kurang sambutan la....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 09:39 AM | Show all posts
tapi nak jual international tau tau pasal post delivery kalau malaysia boleh agak dia nye berat
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 02:42 PM | Show all posts
bagus gak tu... at least utk beginner (cam saya). Mmg dok usha2 ebay ni tapi cam susah nak buat@ tak reti nak buat. Saya assume leftright dah biasa ngan ebay ni... so mesti dah tau camner nak letak posting etc, so memudahkan la.
Nnt saya pm ye...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 10:33 PM | Show all posts
Aku dah guna kan ebay lama dah. Aku jarang membeli tapi jual aje. Point tak banyak ada lah dalam 280 walau pun aku jual dah lebih 500 sales. Banyak orang malas nak bagi evaluation. Kau punya style ni lebih kurang macam dropship jugak.
Aku main ebay europe. Tak pernah pakai Malaysia punya. Kalau korang nak main ebay international nak kena paham pakai paypal.

Anyway that's a good idea to have a group among you guys.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.077621 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list