CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3105|Reply: 3

Kahwin selepas Ber****

[Copy link]
Post time 25-2-2008 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Kahwin selepas berzina

Assalamualaikum,
Soalan: Saya ada kemusykilan tentang sah atau tidak perkahwinan seorang perempuan yang sedang mengandungkan hasil perzinaan. Mengikut buku teks agama tingkatan 5 dan hujah ustazah saya, perempuan yang sedang mengandungkan hasil perzinaan dikategorikan sebagai perempuan yang haram dikahwini sementara.

Betulkah sekiranya mereka berkahwin, lafaz nikah tersebut adalah tidak sah dan persetubuhan di antara pasangan mereka adalah zina? Kerana perkahwinan sebegini semakin menjadi-jadi dan kisah hidup pasangan seperti ini sering dipaparkan di dada umum, tetapi tidak ada yang menegur tentang sah atau tidak ikatan perkahwinan mereka. Jadi, adakah saya terlepas sesuatu? Adakah hadis dan dalil yang boleh menerangkan dengan terperinci tentang situasi tersebut?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2008 02:02 PM | Show all posts
Mengandung hasil dari perbuatan zina ni fatwa mazhab Shafie yang paling longgar hukumnya, boleh menikah.  3 imam yang lain tu tak boleh nikah sebelum melahirkan anak.  

Kalau pasangan tu mengaku zina dah jadi bahaya, kena hukum ikut hudud, lebih baik diamkan aja nikah kemudian taubat nasuha dan bersedekah banyak banyak.

Lagi satu ikut tulisan di atas mana bleh nikahkan perempuan Islam dengan musyrik walau pun dia penzina, tolong semak balik...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2008 02:03 PM | Show all posts
Imam al-Syaukani mengatakan, orang yang terkenal sebagai penzina sama ada lelaki atau perempuan tidak boleh berkahwin dengan pasangan yang bukan penzina. Ini berdasarkan keterangan ayat 3 surah al-Nur. Di mana diharamkan orang mukmin berkahwin dengan penzina atau musyrik. Mereka hanya layak dikahwinkan dengan sesama penzina dan musyrik.

Namun ada satu pengecualian, bahawa jika kedua-duanya sudah bertaubat sebelum berkahwin (maksud surah al-Ma`idah ayat 5), mereka dibenarkan berkahwin. Dengan syarat taubat itu adalah taubat yang bersungguh- sungguh (nasuha). Taubat sebenar dalam maksud beristighfar, menyesal dan memang tidak lagi melakukan perbuatan keji itu.

jauhi mukadimah zina adalah yang terbaik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2008 12:51 PM | Show all posts

Reply #3 ianho's post

mukadimah tu kdg2 tak sedar pun tapi boleh diperbetulkan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.393714 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list