View: 2463|Reply: 17
|
Maksud Bacaan Di dalam Solat
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum para forumers semua. Disini saya nak berkongsi ilmu sedikit. Ini apa yang saya jumpa, kalau topic ni dah ade maaflah ya. Jika terdapat kesilapan, diharap sangat sape2 yg arif tolong betulkan. Moga2 solat kita lebih khusyuk lepas ni.
Maksud Bacaan di dalam solat
Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.
Doa Iftitah
AllahMaha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allahsepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yangmencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri danaku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku,hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak adasekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukanbagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengannama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagiAllah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah danhanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yanglurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepadamereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan merekayang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku,
angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah
daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahterake atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksibahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanyaMuhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atasNabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahterake atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksibahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanyaMuhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atasNabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan keatas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad danatas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas
keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji
lagi Maha Agung.
Doa Qunut
YaAllah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkautunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkausejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkaupimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikanpadaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkautetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dantidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripadaEngkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkatEngkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkausahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkautetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allahrahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganyadan sahabat-sahabatnya.
[ Last edited by Bremen at 6-4-2008 12:12 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Bremen's post
Alhamdulillah....elok adanya............ |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih,bnyk dpt membantu |
|
|
|
|
|
|
|
Malangnya bacaan tinggal bacaan je , kat luar berperangai sebaliknya |
|
|
|
|
|
|
|
tak pelah
boleh lah dipertingkatkan sikit demi sikit
lama lama jadi bukit gak
atau tak mustahil terus jadi gunung!!!!!!!
SELAWAT DAN KEBAIKAN HANYA DARI ALLAH |
|
|
|
|
|
|
|
Thanx..
kdg2 benda2 mcm ni jarang diamik peduli....
Kerdilnya driri & ilmu kita di muka bumi ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Thanks for sharing. Allah Khaliq (Maha Mencipta). |
|
|
|
|
|
|
|
tau tak mane nk tgk bacaan2 dlm solat ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Bremen's post
Alhamdulillah, terima kasih.
I am only a human,
Keep forgetting and being reminded. |
|
|
|
|
|
|
|
tau tak mane nk tgk bacaan2 dlm solat ? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AniSani at 07.03.2007 22:39
Malangnya bacaan tinggal bacaan je , kat luar berperangai sebaliknya
itu maknanya tak khusyuk waktu bersolat...ke tak ikhlas masa solat...aku pernah dengar...solat itu memperelokkan tingkah laku kita... |
|
|
|
|
|
|
|
bgusla, mekaseh ya...dh lme cari,tp xjupe...
....................................................................................................................
moga ALLAH berkatimu....:victory: |
|
|
|
|
|
|
|
yup... baguz tred nie.
bole memahami n menambahkan lg pemahaman.
t/kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
thanks for the info.. |
|
|
|
|
|
|
|
thankx..tau baca jer tp xthu maksudnyer..
betapa jahilnyer diriku ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Memahami bacaan di dalam solat menambahkan lagi kekusyukan ibadah kita. Cara terbaik ialah dgn membaca makna dan meneliti tafsir ayat yg dibaca. Walaubagai mana pun tidak ramai yg mahu mengambil berat mengenai soal pembacaan dlm solat.
Perlu diingat dlm solat ada yg dinamakan rukun qauli iaitu pekara wajib yg boleh menentukan sah atau tidak solat yg kita kerjakan. Rukun qauli ini berkaitan tajwid dan sebutan makhraj huruf terutama sekali bacaan Al-Fatihah yg merupakan fardhu pada tiap2 kali solat kita. Di samping juga bacaan selawat dlm tahiyat akhir.
Cara senang nak faham bacaan dlm solat ialah dgn melihat dan memahami makna, tetapi cara utk membaca Al-Fatihah dgn betul ialah dgn berguru dgn guru tajwid yg mahir. Dari sini baru boleh kita kenal sebutan sesuatu huruf dgn tepat. Beza sebutan huruf ha dan haa, beza sebutan huruf syin, sin dan shod, beza sebutan huruf hamzah dan alif, beza sebutan huruf zal dan zai dan lain2nya.
Begitu juga hukum2 tajwid seperti qolqolah, idghram, jenis2 mad serta kenal tanda untuk panjang pendek, dengung dan sebagainya. Kejahilan kita dlm beribadat akan membuatkan ibadat kita menjadi sia2 dan ditolak Allah SWT.
Pendekata, setiap kali kita melangkah untuk berdiri di atas sejadah lakukanlah ibadat kita dgn memelihara setiap aspek gerak geri yang dituntut - samada dari segi rukun qauli, rukun fi'li, sunat aba'ad, sunat hai'at dari mula takbiratul ihram sehingga memberi dalam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|