View: 4108|Reply: 24
|
Adakah ini dikira rasuah????
[Copy link]
|
|
Aku nak tanya ler pendapat korang. Kalo org tu mintak projek supply barang pada seseorang yg boleh memilih supplier mana yg dia nak beri projek tu (bhgn purchasing ler kiranyer tu). dan membuat perjanjian setiap kali jika dia dipilih utk supply brg, dia akan bagi ler sikit upah pada org yg pilih syarikat dia tu. Upah tu bukan lah berupa duit tetapi berupa barang cth komputer, hp dsb. Adakah itu di kira sbg rasuah jgk?? Sbb dia mengatakan bahawa dia tidak melakukan penipuan dalam urusniaga ini dan hadiah itu adalah sebagai tanda terima kasih sahaja. Kiranye 'Orang berbudi, kita berbahasa" So aku confuse ler jgk bila org tu ckp macam tu. Pada pendapat korang, Adakah dia telah memberi rasuah?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by intan_pet at 11-4-2008 05:06 PM
Aku nak tanya ler pendapat korang. Kalo org tu mintak projek supply barang pada seseorang yg boleh memilih supplier mana yg dia nak beri projek tu (bhgn purchasing ler kiranyer tu). dan membuat p ...
aku tak pasti rasuah dari sudut BPR tapi yang ko maksudkan ni adalah komisen...kalau bos ko tak kisah aku tak tahu laa...tapi biasanya komisen menyebabkan kos barangan tu meningkat dari harga asal.....
satu lagi hal ko menyebabkan supplier yang x bagi apa apa pada ko tak dapat projek...katakan supplier pertama tu bagi barang...sebijik pc baru...supplier ke2 pulak x bagi apa apa....ko pun luluskan yang pertama....tapi kalau supplier pertama buat taik...ko nak cakap camner? takkan nak kata ko dapat pc free...so ko pun luluskan dan proceed ajer ngan supplier pertama.....kerja beb kena jaga...jgn sampai hal camni ko kena buang keje plak....
[ Last edited by abgboroi at 11-4-2008 05:29 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 intan_pet's post
kalau ikut Contract Act 1950
ade satu illustration yg lebih kurg camni..
and illustration tu merujuk pade kesalahan fraud..
rasenyer tu mcm dh rasuah..
sbb dia janji kalau dpt supply brg tu, dia akn kasi hadiah..
kalau dia nk berbudi pun..
after ko dh buat keputusan..dh pilih supplier mane yg ko nak..
(pemilihan secara natural, tanpa ada unsur2 reward yg ditawarkan)
and kalau dia dpt..
sewajarnye lah..
barulah dia patut ckp yg dia kasi hadiah tu ats dasar "org berbudi kita berbahasa"
ni blum buat keputusan pun lagik..
baru nk pilih...dia dh ckp camtu..
ape niat dia?
rasenyer rasuah ni bkn dlm bentuk duit jer..
tp tatau la...itu pendapat saye je..
org len tatau la plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 intan_pet's post
kalau nak senang, ko jangan ambik apa2 je yang nak diberi... atau mungkin kalau dia nak bagi gak mesti barangan tu digunakan oleh orang ramai kat opis tu... bukan barangan personal utk diri sendiri... contoh mgkn belikan penapis air utk opis ke, upgrade kan pc2 kat opis tu ke kasi laju sket supaya sumer orang leh buat kerja ngan senang... |
|
|
|
|
|
|
|
dan membuat perjanjian setiap kali jika dia dipilih utk supply brg, dia akan bagi ler sikit upah pada org yg pilih syarikat dia tu
maksudnya kalau ko tak ada hubungan ngan dia
dah tentu dia tak beri apa2 kat ko kan
bahaya ni |
|
|
|
|
|
|
|
tanya bpr
Hubungi Kami
Ibu Pejabat
Badan Pencegah Rasuah Malaysia
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Peti Surat 6000
62007 Putrajaya
MALAYSIA
--------------------------------------------------------------------------------
Tel : 03 8886 7000
Fax : 03 8888 9489
[email protected]
tepon tanya yea.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by salimrock at 14-4-2008 01:21 PM
best nyer position intan
knp bes? kalo bes dpt rasuah..ya..bes kat dunia jer la ek.. |
|
|
|
|
|
|
|
yang ni kira rasuah tak???
kalo kita nak mempercepatkan seusatua urusan kerajaan cth nya: nak cepatkan proses membuat kad pengenalan,
kita nak apply hari ni, minggu depan dah dapat..., tapi kita bagi duit utk cepatkan ....
rasuah tak???
adakah rasuah ni macam cthnya: polis tahan kita sbb buat kesalahan, pastu kita bagi duit, akibat bagi duit tu, dia tak jalankan tanggungjawabnya sbg polis n kita terlepas dari kena bayar lebih....
macam mane ek???????????????????????????????????????? |
|
|
|
|
|
|
|
tolong jawap secepat mungkin... harap ustaz2 or ustazah ada kat sini.... |
|
|
|
|
|
|
|
"Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)". - surah al baqarah,ayat 188
sbb dari tafsiran di atas, aku 'rasa' senario yang aku bagi tak kira rasuah...
p/s:mane bleh main rasa2
harap2 ada ustaz bleh beri penjelasan... |
|
|
|
|
|
|
|
rasuah tu.................................... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm komisyen la ni...x pasti la heheh...mcm beli moto kete ada gak dpt kan hehe |
|
|
|
|
|
|
|
komisyen upah dengan komisyen rasuah mana ada sama weh. |
|
|
|
|
|
|
|
senario yang mane>>>>>????rasuah??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by trusnowan at 28-6-2008 08:26 PM
yang ni kira rasuah tak???
kalo kita nak mempercepatkan seusatua urusan kerajaan cth nya: nak cepatkan proses membuat kad pengenalan,
kita nak apply hari ni, minggu depan dah dapat..., tapi ...
dalam kedua2 kes ni adalah rasuah... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #15 ibnur\ catat
ye ker cik mod hehehe tq.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by trusnowan at 28-6-2008 08:29 PM
"Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau men ...
RASUAH adalah harta yg diperolehi kerana selesainya sesuatu kepentingan manusia(baik utk memperolehi keuntungan mahupun utk menghindari kemudaratan)yg sepatutnya wajib di selesaikan tanpa imbalan.
Di sebut juga dalam hadis:
Maksudnya: "Rasullallah telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan ( pemerintahan,pentadbiran,kehakiman dan lain-lain)" - Riwayat al-Tarmizi, 3/622, ianya hadis hassan sahih.
Dan nampaknya ianya juga diketegorikan sebagai rasuah dan sogokan walaupun ianya dikatakan upah atau hadiah seperti barangan beharga dari syarikat tersebut kerana anda memilih mereka sebagai supplier syarikat anda.Dan dari segi hukum syarak ianya jelas haram.
[ Last edited by NTvirus at 1-7-2008 12:16 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
adakah saya terlibat dgn rasuah?
staf kat opis saya baru je kena gantung keja sbb kes amik komisyen. antara alasan dia beritau kat management ialah kami semua terlibat sama...iaitu masa kita org pegi lunch dgn client & supplier tu sebenarnya duit dia...dia gunakan duit rasuah tu belanja kitaorg makan. Dia beritau yg duit yg diambil tu utk belanja kami semua makan.....
Saya risau la...ada ke saya terlibat makan rasuah? MMg saya ikut pegi lunch...byk kali tapi semua tu ada client @ supplier ikut sekali...tak ingat pula kitaorg pegi sendiri2... |
|
|
|
|
|
|
| |
|