CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7026|Reply: 65

13 April Yang Hangat [Dalam Hujan] Dan Perlukah Aku Angkat Panggilan Dia?

[Copy link]
Post time 14-4-2008 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Ni cerita yang berlaku semalam. Kisah benar..

Kenapa aku hari ni baru nak cerita? Pasal kalau aku taip semalam, alamat thread ini hanya akan penuh dengan sumpahan aje..

Semalam aku pergi PC Fair kat KLCC. Niat hati nak beli headset la.. (Malangnya aku tak beli. Kenapa aku tak beli? Tunggu sehingga habis thread.. )

Aku pergi bersama seorang kawan (lelaki.. ) yang menumpang tidur di rumah aku kelmarin..

Dia membawa bersama satu beg pakaian yang agak besar.

Sesampainya kami di tapak PC Fair itu, aku tarkajut beruk melihat begitu ramai manusia.. Nak gerak pun susah..

Bersambung nanti, aku nak tengok citer Heroes jap..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2008 05:54 PM | Show all posts
ley sambung lak...



ni mesti aweks yg menelpon mu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2008 05:58 PM | Show all posts
OK, dah habis dah cerita Heroes..

Selepas berjalan beberapa ketika, aku jadi malas gila nak jalan dah. So, aku pun mengambil keputusan untuk duduk melepuk kat tepi laluan tu. So, kawan aku yang aku cakap bawak beg berat ni pun suruh aku tolong jagakan beg dia. Aku pun jaga la tanpa sebarang prasangka.. Aku memerhatikan jam Boya di tangan menunjukkan pukul 12.40 tengahari..

Aku pun duduk bersila sambil sesekali diselang seli dengan duduk menyimpuh bila kaki terasa kebas..

Aku tengok balik kat jam di tangan. Dah pukul 1.15 tengahari. Kawan aku masih belum kontek aku...

Aku kembali duduk. Tetiba ada satu budak kecik comel dan gemuk bersila di tepi aku.. Aku pun senyum kat budak tu.. Budak tu senyum balik kat aku.. Aku tanya umur dia, dia cakap dia berumur 6 tahun.. Aku tanya ada kakak ke tak. Dia jawab ada..

Bila aku tanya umur kakak dia, dia jawab 9 tahun...

Sembang punya sembang, mak budak tu datang untuk bawa budak tu pergi. Aku mengerling jam di dinding.. Sudahpun menghampiri pukul 2. Hati kecil aku bertanya, mana plak perginya kawan aku ni?

Waktu tu aku berapa sangat lapar.. Aku terbau nasi ayam.. Malangnya yang aku nampak hanyalah ayam-ayam tonggek yang lalu lalang..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 05:59 PM | Show all posts
Huh.... macam menarik jer cerita.....

Teruskan.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 06:02 PM | Show all posts

Reply #3 juwaini's post

agak bersahaja intro cerita ini....


erm....semakin menarik...



yuk...teruskan sj
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2008 06:03 PM | Show all posts
Dah sampai pukul 3, kawan aku masih tak telepon aku.. Aku berasa nak terkucil.. Aku bergegas pergi ke tandas berdekatan.. Jam sudah menunjukkan pukul 3..

Selesai aku memancutkan segalanya, hanset dalam poket aku bergetar. Getaran itu menghasilkan suatu perasaan yang sensasi..

Aku angkat telepon. Kawan aku rupanya.. Dia tanya aku kat mana..

Aku cakap, aku masih di tempat dia masuk tadi..

Dia terdiam lama. Aku tanya balik, dia kat mana.. Dia kata dia dah ada kat pintu keluar.. :@ :@ :@

Dengan kepanasan hati yang teramat sangat, aku segera melangkah keluar dari kawasan itu. Malangnya, kesesakan menghalang aku dari pergi keluar dengan cepat. Mau tak panas, hampir 3 jam aku menunggu. Kalau tengok cerita Saving Private Ryan pun dah habis..

Aku kerling jam di tangan, pukul 3.30... Kalau kawan aku ada depan aku, aku nak tumbuk aje dia rasanya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2008 06:09 PM | Show all posts

Reply #6 juwaini's post

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2008 06:11 PM | Show all posts
Untuk sejukkan hati yang sangat panas itu, aku pun pergi ke surau KLCC.. Panggilan tidak berjawab dan SMS dari kawan aku itu, aku biarkan berlalu begitu sahaja. Tak hingin aku mengangkat dalam hati yang tengah panas. Silap-silap teruk dia akan kena maki dengan aku.. :@

Selesai aku solat Zuhur, aku berkira-kira apakah yang perlu aku lakukan? Perut lapar tahap gaban ni..

Aku naik ke tingkat atas. Rasa teringin mau makan Big Mac plak. Tapi orang ramai gilossssssssss...

Terus aku amik tren ke Masjid Jamek. Keluar aje aku dari stesen Masjid Jamek tu, hujan turun mencurah-curah. Gamaknya kalau hati aku yang panas tu aku letak kat tengah hujan, mesti air hujan tu akan memeluwap... Begitu la gambaran panasnya hatiku..

Nak pergi ke McD, tapi kena menyeberang jalan. Hujan plak terlalu lebat. Tak nak le kontrol ensem dalam hujan, nanti kalau baju basah, terdedah plak dada aku yang bidang ni..

So, aku pun ambil keputusan untuk hanya makan di Burger King sahaja.. Selesai makan Burger Black Pepper, aku bergegas keluar dan terus amik tren balik ke rumah....




Masalahnya, aku dah SMS kawan aku. Aku cakap aku dah sampai kat rumah dan dia tak perlu nak call aku dah. Hati aku tengah panas. Kalau nak call pun, tunggu seminggu. Masa tu aku dah sejuk. Aku tak nak kalau dia call aku sekarang, nanti aku cakapkan sesuatu yang bodoh...

Ada lagi benda aku nak cerita. Nanti la aku sambung. Hati aku dah panas balik ni...

3 jam aku jadi macam orang bodoh tengok gelagat orang lalu lalang tau??????????????? :@ :@ :@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2008 06:13 PM | Show all posts

Reply #6 juwaini's post

tumbuk je abg jue
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2008 06:15 PM | Show all posts
Kat stesen Masjid Jamek tu, aku tengah dok bercekak pinggang sambil memerhatikan hujan yang turun. Tetiba aku berpusing, pada masa yang sama, seorang budak (perempuan) lalu di belakang aku.

Poooooooooop! Sikuku menyentuh sesuatu..

"Gatal.."
Sayup-sayup aku terdengar si gadis manis itu berkata...

Lagi la menyirap hati aku..

Ni semua kawan aku punya pasal...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 06:16 PM | Show all posts

Reply #9 seroja's post

abg Ju jange la maroh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 06:17 PM | Show all posts
INI AJO CITOR KO.....CIS .......:@
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 06:18 PM | Show all posts
bile nak abes ne!! :@ :@ :@

ke ahkak riplai dulu smentare nk tggu citer ko abes...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 06:18 PM | Show all posts

Reply #10 juwaini's post

sesuatu??????????


o my god...Ju, akak ley teka la pe dia ...


sian ko....terpitnah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 06:19 PM | Show all posts
ko sentuh ape?...poen pmpuan tu ke?...:@ :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2008 06:19 PM | Show all posts
Sebab aku bengang gilos, aku terlupa nak beli headset..

Tak boleh nak dengar lagu Boyzone kuat-kuat kat opis..

Hari tu aku pasang lagu Boyzone kat opis, ada sorang manager cakap lagu tu lagu sesuai untuk gay aje..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2008 06:19 PM | Show all posts
Originally posted by tarabas1976 at 14-4-2008 06:17 PM
INI AJO CITOR KO.....CIS .......:@


Diam la ko. Tak nak baca sudah. Aku tengah jiwa kacau ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 06:20 PM | Show all posts

Reply #13 philipinoe2's post

reply jek....



citer dia pjg...


Ranjau Sepanjang Jalan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2008 06:21 PM | Show all posts
Originally posted by philipinoe2 at 14-4-2008 06:19 PM
ko sentuh ape?...poen pmpuan tu ke?...:@ :@





... malu la nak sebut Kak Pino..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 06:22 PM | Show all posts

Reply #12 tarabas1976's post

eyooo abg bas
jgn mareee... nnt kene juall
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.106762 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list