View: 6614|Reply: 13
|
Hukum orang bercakap ketika azan berkumandang di pc atau laptop
[Copy link]
|
|
Saya nak tanya..apakah hukum orang bercakap ketika azan berkumandang di radio/tv/pc/laptop?
..saya ada dua orang kawan tidak kurang alimnya...bila time azan kat tv/pc/laptop berkumandang cakap kuat giler siap gelak lagi..tapi bile orang azan kat surau..depa senyap...saya konpius...hukum azan elektronik dgn azan manual.saya harap tuan puan dapat ajar saya yang baru belajar ini.
apakah hukumnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 snor's post
hishhh...!nih pasal agamalaa...seriusla sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mellow44 at 15-4-2008 01:46 PM
Saya nak tanya..apakah hukum orang bercakap ketika azan berkumandang di radio/tv/pc/laptop?
..saya ada dua orang kawan tidak kurang alimnya...bila time azan kat tv/pc/laptop berkumandang cakap ...
Cuba rujuk hukum nada dering handphone yang menggunakan ayat2 suci al-quran. Ada ulama yang memfatwakan ia sebagai haram dan ada juga yang membenarkan ia.
Mungkin ada persamaan kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 15-4-2008 05:01 PM
Cuba rujuk hukum nada dering handphone yang menggunakan ayat2 suci al-quran. Ada ulama yang memfatwakan ia sebagai haram dan ada juga yang membenarkan ia.
Mungkin ada persamaan kot.
Ikut hukumnya, kita disunatkan menjawab azan yang datang dari surau / masjid yang paling hampir dengan kita atau masjid/surau yang mana kita berada di dalamnya. Dlm radio/pc/tv/laptop tu tak payah jawab. Even masjid yang jauh dan tak relevan dengan kita pun tak payah jawab, almaklum sekarang ini penggunaan mikrofon dan speaker yang berkuasa tinggi di kebanyakkan masjid/surau.
Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
i seeeeeee..terima kasih! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mellow44 at 15-4-2008 12:46
Saya nak tanya..apakah hukum orang bercakap ketika azan berkumandang di radio/tv/pc/laptop?
..saya ada dua orang kawan tidak kurang alimnya...bila time azan kat tv/pc/laptop berkumandang cakap ...
Azan yang di sunnahkan untuk dijawab adalah azan yang langsung dari surau atau yang di kumandangkan oleh muazin. Tapi jika dari radio atau TV atau dari sesuatu yang bukan oleh manusia, maka tidak di syariatkan untuk menjawabnya dan tidak ada doa setelahnya . Itu yang dijelaskan oleh ulama kita |
|
|
|
|
|
|
|
sekadar memberi pendapat..azan itu sememangnya perlu dihormati..sama ada secara live dikumandangkan atau di tv ,radio,pc dan sebagainya..jika tidak menjawabnya memadailah kita menghayatinya dengan menghormatinya seperti bercakap dengan perlahan dan suara yang terkawal..ataupun diam sejenak sambil menghayatinya..apa salahnya cuma berdiam sebentar..
[ Last edited by miftahuljamilah at 17-4-2008 09:12 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
inshaAllah, kalau jawab dan menghormati yang PC punya azan tu dapat pahala kalau Allah nak bagi. tak rugi apa-apa pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah dengar ustaz kata menghormati dan menyahut azan itu adalah dituntut dan sunnat hukumnya...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 16-4-2008 02:57 PM
inshaAllah, kalau jawab dan menghormati yang PC punya azan tu dapat pahala kalau Allah nak bagi. tak rugi apa-apa pun.
Inshaallah boleh dapat pahala zikrullah kalau dibuat bersama penghayatan hati - takkan rugi apa-apa, tapi pahala sunat jawab azan (ikut yang saya belajar) not applicable dalam kes ni kerana syarat dia tak cukup.
Bagi yang masih bercakap ketika azan dari PC, hukum dia makruh kerana dia tak menggunakan peluang itu untuk berzikir, bukan makruh sebab dia tak jawab azan, kerana jawab azan dari PC tidak sunat hukumnya.
Sesuatu perkara sunat tu, pahala dia macam-macam dan dari pelbagai-bagai aspek, jadi kalau tak dapat yang satu, boleh dapat yang satu lagi inshaallah. |
|
|
|
|
|
|
|
oo..mcm tu barulah aku tau... tq ye pada yg beri pandangan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 always_typo's post
bagaimana pula hukuman bercakap/diam semasa azan ?
ustazah saya berpesan jangan bercakap semasa azan kerana dimashyar esok dibangkitkan dengan wajah babi apakah benar ??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 H猷L鰃頧's post
perkara sunat hukum tidak melakukannya makruh. Lebih dari itu tak mampu saya mengulasnya.
Bagi saya,kalau nak dibandingkan, kesalahan tidak menjawab azan itu dengan cara lisan iitu cuma makruh, tapi menjawab "panggilan" azan itu sendiri dengan segerakan pergi solat berjamaah di masjid/surau di k'san anda, hukumnya adalah lebih berat iaitu fardhu kifayah bagi lelaki yang berkuasa.
Maka jika tiada solat jemaah didirikan di surau/masjid di sesuatu kawasan bagi setiap waktu, hukumnya haram dan seluruh penghuni kawasan itu berdosa.
Jadi kalau seseorang itu tidak menghormati azan dngn cara tidak memperdulikannya, kemungkinan besar dia juga tidak berminat untuk bersolat terutama solat jemaah, yang mana boleh menyebabkan dia berdosa dan diberi balasan oleh Allah di padang mahsyar kelak. Mungkin itulah maksud ustazah anda.
Dan Allah Terlebih Mengetahui. |
|
|
|
|
|
|
| |
|