View: 3754|Reply: 27
|
IMPORTANT - ngandung leh nikah?
[Copy link]
|
sayangku_seha This user has been deleted
|
IMPORTANT - PEREMPUAN MENGANDUNG BOLEH NIKAH KER?
HOPE ANYONE CAN GIVE ME A DETAIL ABOUT THIS FENOMENA - BILA NGANDUNG JER TERUS NIKAH CEPAT2..
TOLONG SANGAT2 SEBAB DAH RAMAI ORANG YANG SAYA KENAL BUAT MACAM TU, TOK KADI TAK TAU DEPA TU MENGANDUNG, YG TAU CUMA PARENTS DEPA JER....HARAP
SANGAT SAPA2 YANG BENAR BERTAULIAH DAPAT MEMBERI PENERANGAN YG PANJANG
LEBAR, SEBAB SAYA NAK PAST N SEDARKAN DIAORANG NI SUPAYA DO SOMETHING....
SEBAB SAYA TAK ADA HUJAH YG TEPAT DAN BERNAS, SO,
MINTAK SANGAT ORG KAT SINI BOLEH BANTU SAYA...N THE OTHERS.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 sayangku_seha's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 sayangku_seha's post
ini satu lagi pandangan ulama tentang hal ini............
Perkahwinan yang dilakukan setelah hamil pada hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak telah mengandung anak luar nikah, maka jalan yang paling selamat adalah mempercepatkan proses perkhawinan diantara pasangan itu.
Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:
Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu
dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
p/s : ini cuma pendapat sesetengah ulama....mungkin ada pendapat lain.....mungkin juga kengkawan boleh cari dari sumber yg lebih baik......lagi bagus kalau ianya ada susur galur dari quran dan hadis........... |
|
|
|
|
|
|
|
ape2 hal better rujuk FATWA kt malaysia ni : iaitu
"Perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pesaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya. "
rujuk di :http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=60 |
|
|
|
|
|
|
|
al-Jawab:
Jawapan adalah berdasarkan madzhab Syafi'iy dan tarjih Syaikhul Islam Ibn Taymiyah sebagai perbandingan.
1. Bolehkah seorang lelaki berkahwin dengan perempuan yang sedang mengandung?
Jawab:
Madzhab Syafi'iy membolehkan lelaki mengahwini perempuan hamil secara mutlak berdalilkan QS anNisaa': 24 (dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian)
Pendapat Ibn Taymiyah: tidaksah nikahnya kerana wanita hamil wajib iddah terlebih dahulu. Dalilnya: QS alMumtahinan: 10 (wahai orang beriman apabila datang berhijrah kepadamu perempuan beriman, hendaklah kamu uji mereka)
HR Abu Sa'ied alKhudri ra, sabda saw, " perempuan hamil dilarang dinikahi sampai ia melahirkan. "HR Abu Daud", disahihkan oleh al-Albani
2. Lelaki yang terlanjur dengan seorang gadis, apakah boleh dia berkahwin sebelum kandungannya itu lahir?
Madzhab Syafi'iy: Boleh dansah nikahnya. Dalil: QS anNuur: 03 (lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina)
Ibnu Taimiyah: Boleh berkahwin selepas taubat dan selepas bersalin. (Majmu' Fatawa, jld 32/ 5-224)
3. sah menurut madzhab syafi'iy dan tidak sah menurut Imam Ibn Taymiyah.
4. kalau dah nikah, nak buat apa?
syafi'iyah: Kalau dah nikah dan didapati perempuan itu hamil, maka jika lelaki tertipu, maka boleh cerai serta merta. Jika lelaki itu suka, maka akad nikah itu sah (almuhadzab, 2/45)
Ibnu Taimiyah: kena cerai serta merta dan mahar dipulangkan. (MF jld 32, ibid)
5. apakah dikira zina kalaunikah?
syafi'iyah: kalau dah nikah dan lelaki sudah redha dan membayar mahar, maka sahlah.
Ibn Taimiyah: Nikah dengan perempuan tidak sah dan kalau jima' boleh dianggap zina
6. Anak luar nikah
semua madzhab tidak boleh dinasabkan kepada mana-mana lelaki. Apakah dia boleh kawin dengan lelaki yang berzina dgn ibunya?
syafi'iyah kata boleh, manakala Ibn Taimiyah kata tak boleh berdasarkan hadith Bukhari, "alwaladlil firash" yakni anak itu bagi lelaki yang menggauli si ibunya", maksudnya anak yang ada DNA lelaki itu tetap haram walapun ia terjadi hasil dari zina.
Hukum ini berubah jika anakitu lahir dalam tempoh minimum 6 bulan selepas perkahwinan menurut madzhab syafi iy
7. bukan mahram kerana mahram ditentukan melalui nasab yang sah
[ Last edited by kupia at 23-4-2008 02:00 PM ] |
|
|
|
|
|
|
sayangku_seha This user has been deleted
|
so, apa patut saya buat sekarang? yang mana satu nak ikut sebenarnya....
adakah kesimpulannya 'harus' nikah itu? maknanya, boleh lah nikah tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sayangku_seha at 23-4-2008 02:22 PM
so, apa patut saya buat sekarang? yang mana satu nak ikut sebenarnya....
adakah kesimpulannya 'harus' nikah itu? maknanya, boleh lah nikah tu..
Ya awak di Malaysia ikut yang Imam AsSyafie tu, fatwa Ibnu Taimiyah tu untuk perbandingan sahaja, dalil2 seperti ditulis... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 kupia's post
yup btul tuh, ikut mazhab syafie = sah nikah tu,
n majlis fatwa kbangsaan pn bgtau hukumnya Harus, bermakna pnikahan sah. |
|
|
|
|
|
|
|
untuk lebih selamat .. JANGAN HAMPIRI ZINA. |
|
|
|
|
|
|
sayangku_seha This user has been deleted
|
OOH...OK. TERIMA KASIH...DI ATAS MAKLUM BALAS ANDA SEMUA |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 Kerengge's post
Ada wrote a few times pasal ni, tapi mana ntah pegi thread soal jawab agama yg lama tu
Anyway, there are khilaf actually. But jumhur agrees boleh kahwin.
Basically the differences (nenanti lah kalo saya rajin saya letak dalil and how they derived to the opinion ):
a) Maliki tak benarkan kahwin sehingga lepas budak pompuan tu beranak... sebab maliki kata budak pompuan ni kena observe iddah due to their interpretation of At-Talaq 4. Hanafi dan Syafi'e kata tak payah observe iddah, sebab At-Talaq 4 tu obviously hanya applicable pada and discussing the matter of married women.
b) Hanbali pulak kata, depa leh kawin provided depa bertaubat. Depa kena bertaubat in line with An-Nur 3 before depa kahwin. Tak tobat takleh kawin.
c) Hanafi kata, boleh kawin walaupun tak bertaubat, tapi kalo yg menikah ngan pompuan tu ialah pak sanggup, dia takleh make love dengan pompuan tu sampai lepas pompuan tu beranak. Ni sebab Hanafi interpret the hadith yg pasal takleh water the plant of another man. Tapi kalo lelaki yg kahwin dengan pompuan tu is the person yg menyebabkan kandungan tu, then dia boleh make love lah ngan pompuan tu even masa pompuan tu mengandung.
d) Syafi'e kata boleh kahwin. |
|
|
|
|
|
|
|
ikut syafie sah.. lagi pun kita org malaysia ikut mazhab syafie..
kiranya sahlah nikah tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 snowflakes's post
tok kadi : aku nikahkan dikau dgn polan bt polan dgn mas kawin rm80 tunaiii..
pengantin lelaki : aku terima nikahnya polan bt polan dgn mas kawin rm80 tunaiiii..
tok kadi : sah?
saksi 1 : sah
saksi 2 : sah
jadi sahlah nikah tue..alhamdulillah
[ Last edited by abstruse at 28-4-2008 09:24 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 snowflakes's post
Sah...cuma anak tu nanti kena bin/bintikan Abdullah....bukan lelaki yg menghamilkan tu...wallahu ala. |
|
|
|
|
|
|
|
SOALAN SAYA
JIKA seseorg gadis tu pregnant dan dia nikah anak tu nak dibinkan dgn bana IBU JUGAK atau NASAB yg bapa biologi anak itu ( kalau si bapa biologikal anak itu yg berkahwin perempuan itu?)
kalau perempuan tu kahwin lelaki yg pak sanggup nasabnya = ibu jugak , kan?
so i dengaq my sis cakap dulu yg anak lelaki yg tak sah taraf ni
1) tak boleh mengimamkan solat?
2) ttg faraid tu mmg lah kan
3) kalau peremoaun walkihakim ni mmg lah
tapi yg soalan 1 dan 2
tu ada sesiapa nak confirmkan? |
|
|
|
|
|
|
|
i see...
ygnasab tu macam mana pulak Bro Ibnur = kalau taht gal kahwin dgn teh biological father so teh child must be bin/bintikan dgn mom's name or dad's name? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mbhcsf at 26-4-2008 07:48 PM
i see...
ygnasab tu macam mana pulak Bro Ibnur = kalau taht gal kahwin dgn teh biological father so teh child must be bin/bintikan dgn mom's name or dad's name?
Hanya fatwa Imam Syafie sahaja yang boleh nasabkan pada bapa yang bertanggungjawab, DENGAN SYARAT lebih dari 6 bulan nikah baru anak itu dilahirkan, kalau tak cukup 6 bulan tak boleh nasab. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 kupia's post thanks blessu
i see....hmm thanks..bukan apa saya dulu dan kawan kawan saya pernah bincang hal ni so ada yg kepala geliga kata awat tak bubuh middle names
hahahahah...boleh pikiaq macm tu nuuu...hahhaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|