CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4944|Reply: 20

bisnes kambing

[Copy link]
Post time 25-4-2008 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Hadiah kambing jadi bisnes
Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR



Hamidon Tambih sering melawat dan memeriksa perkembangan ternakannya di Sungai Pelek, Sepang, Selangor.

BIDANG penternakan kambing ternyata memerlukan kesabaran yang tinggi selain diiringi minat dan pengalaman yang secukupnya sebelum terfikir untuk menceburinya.

Ramai berpendapat, penternakan kambing merupakan suatu projek yang mudah untuk diusahakan dan mampu meraih keuntungan dalam masa yang singkat.

Sehubungan itu, minat orang ramai terhadap bidang ini semakin mendapat sambutan hangat dan lokasi penternakan boleh dikatakan tumbuh seperti cendawan lepas hujan di negara ini.

Walaupun ini merupakan suatu tanda yang positif kepada perkembangan industri penternakan, namun terdapat golongan yang tidak mempunyai asas pengetahuan dan hanya menjadikan kejayaan pengusaha lain sebagai alasan untuk mencari keuntungan serta menceburinya.

Sehinggakan, ada individu yang sanggup mencagar aset peribadi bagi menceburkan diri dalam pengusahaan ternakan tersebut.

Risikonya jika menjadi pengusaha secara membabi buta ini boleh dikatakan amat tinggi. Ini kerana seseorang pengusaha itu perlu mengetahui selok-belok dunia penternakan sebelum melibatkan diri.

Ia penting bagi menjamin kestabilan pengusahaan yang berterusan dan tidak terhenti separuh jalan disebabkan faktor kerugian yang berpunca daripada tiada perancangan awal.

Bagi seorang penternak, Hamidon Tambih, 39, yang sudah berkecimpung dalam bidang penternakan sejak usia muda lagi, berdasarkan pengalamannya, boleh dikatakan ramai yang berminat untuk menceburi bidang tersebut dan berbelanja ratusan ribu ringgit bagi menceburinya tanpa mendapat pendedahan yang secukupnya.

揔egelojohan golongan tersebut nyata memakan diri sendiri kerana melibatkan diri tanpa mempunyai pengetahuan asas dalam mengendalikannya. Boleh dikatakan hanya segelintir yang berjaya kekal dalam bidang tersebut.

揝aya bukan hendak menakut-nakutkan golongan yang berminat malah mengalu-alukannya, tetapi nasihat saya kepada umum, kesabaran merupakan elemen yang penting selain disematkan dengan minat bagi menjayakan diri dalam bidang ini,拻 katanya ketika ditemui di ladang ternakannya di Sungai Pelek Sepang, Selangor, baru-baru ini.

Beliau yang masih menyandang jawatan pengurus projek kanan di sebuah syarikat kontraktor ketika ditemui nyata tidak kedekut untuk berkongsi pengalamannya sejak mula melibatkan diri dengan dunia penternakan sehingga ke hari ini.
Semuanya bermula daripada bapanya yang mengusahakan ternakan lembu, secara tidak langsung minat untuk menjadi penternak sudah dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi.

Tambah beliau, minat untuk menceburkan bidang penternakan kambing bermula selepas menerima hadiah anak kambing yang baru dilahirkan daripada hasil ternakan kambing secara kecil-kecilan.
Bermula dari detik itu, Hamidon berazam untuk memperluaskan bidang ternakan pada suatu hari kelak.

Lebih menarik, berkat simpanan wang saku semasa berada di zaman persekolahan, beliau memulakan ternakan secara kecilan dengan 15 ekor kambing.

Ekoran itu, beliau lebih suka meluangkan masa dengan kambing ternakannya daripada membazir masa dan melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Namun, dalam sibuk membantu bapanya dan menjaga ternakannya sendiri, pelajaran tetap diutamakan.
Berlandaskan disiplin diri yang tinggi dan pengurusan masa yang terancang beliau boleh juga dikatakan cemerlang dalam bidang akademiknya.

Justeru itu, selepas menamatkan zaman persekolahan, beliau mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
Oleh yang demikian, beliau hanya berpeluang untuk menjaga kambing pada cuti semester.

Sementara beliau sibuk mengejar segulung ijazah, kesemua ternakannya dijaga dan diuruskan oleh bapanya.
Selepas menamatkan zaman universitinya pula, beliau telah mendapat tawaran bekerja yang memerlukan beliau berpindah ke Pulau Pinang.

Ini menyebabkan beliau tidak boleh memfokus terhadap bidang ternakan pada ketika itu, walaupun begitu, beliau masih tetap mahu meneruskan ternakan kambing walaupun terikat dengan pekerjaannya.

Kambing-kambing yang dibelanya hanya dijual kepada jiran-jiran dan kenalan untuk dijadikan sajian bagi majlis kenduri-kendara.
Pada ketika itu, beliau mengekalkan antara 20 dan 30 ekor kambing ternakan yang dibantu oleh bapanya.
Setelah projek di Pulau Pinang itu berjaya diselesaikan, beliau berpindah pulang dan mengambil keputusan untuk menternak kambing secara komersiol.

Dalam pada itu juga, beliau bersama bapanya telah mengambil keputusan untuk menghentikan operasi mengusahakan ternakan lembu dan beralih kepada ternakan kambing secara optimum.
Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti permintaan kambing lebih tinggi berbanding lembu masa kini serta kos pemakanan yang tinggi.

Kini, impian Hamidon menjadi kenyataan kerana beliau mempunyai 300 ekor kambing yang terdiri daripada jenis Boer, Jamnapari dan Saneen.
Kini, beliau bukan sahaja memelihara baka induk yang berkualiti, malah membekalkan daging, susu serta mempunyai rumah sembelih sendiri di ladang penternakannya.

Mempunyai sebidang tanah seluas 0.8 hektar (dua ekar) itu, beliau membina sebuah kandang yang dipecahkan kepada beberapa bahagian bagi mengasingkan kambing-kambing ternakannya itu.

Kandang yang dibina itu mampu menampung kapasiti sehingga 400 ekor kambing pada suatu masa.
Dalam pada itu, kandang yang hanya terletak di belakang rumah keluarganya itu dikelilingi kawasan ladang kelapa sawit dan ini sekali gus memudahkan proses meragut dilakukan oleh kambing ternakannya.
Ancaman penyakit

Tambah beliau, beliau membelanjakan sekitar RM3,000 sebulan bagi membeli palet yang termasuk dalam kos pemakanan ternakan.

Secara purata, dianggarkan kos pemakanan bagi seekor kambing adalah pada RM15 hingga ke RM20 sebulan.
Hamidon menambah, kambing-kambing beliau merupakan kambing yang diimport dari Australia dan Indonesia.
Beliau lebih cenderung untuk membela kambing jenis Boer, Jamnapari dan Saneen berbanding kambing Katjang (baka tempatan).

Ini adalah kerana saiz baka kambing tempatan adalah lebih kecil walaupun mempunyai diet pemakanan yang sama seperti kambing jenis Boer, Jamnapari dan Saneen.

Dari segi permasalahan pula, beliau menjelaskan kambing-kambing ternakannya perlu dijaga dengan teliti kerana sekiranya seekor kambing diserang ancaman penyakit seperti kurap, kambing tersebut perlu diasingkan dan dirawat sebelum ia menjangkiti kambing-kambing lain.

Jelasnya lagi, beliau pernah meminjamkan kambing jantan milik beliau kepada seorang pengusaha lain untuk tujuan baka.
Disebabkan pengusaha tersebut tidak menjaga kebersihan kandang ternakannya serta tidak mengambil berat aspek kesihatan ternakan, kambing baka yang dipinjamkan itu dijangkiti kurap.

Beliau amat kesal dan sedih apabila kambing tersebut dipulangkan.

Bagi mengatasi masalah tersebut, kambing tersebut disuntik dengan vaksin anticacing, Ivomax dan kemudiannya beliau menyapu minyak hitam pada bahagian yang dijangkiti.

Jangkitan kurap pada kulit kambing tersebut didapati tanggal selepas tempoh dua minggu dan selepas tempoh sebulan, bulu sudah mula tumbuh kembali

Kaedah ini dikatakan sangat efektif dan beliau turut memberitahu bahawa kos rawatan yang dibelanjakan hanya pada sekitar RM300 ke RM400 sebulan untuk seluruh ternakannya.

Pernah suatu ketika beliau mengalami pengalaman pahit apabila 40 ekor kambing ternakannya mati akibat serangan cirit-birit ekoran masalah banjir.

Keistimewaan penternak kambing ini ialah dia boleh mengenali setiap kambing ternakannya dari segi usia dan dari baka mana terhasil walaupun kesemua kambing tersebut kelihatan agak serupa.
Itu antara kelebihan beliau walaupun hanya mengunjungi ladang ternakannya pada hujung minggu kerana sibuk dengan urusan pejabatnya.

Beliau bersama-sama tiga orang pekerjanya membuktikan bahawa kesabaran perlu disematkan sekiranya ingin berjaya dalam bidang pengusahaan ternakan ini selain faktor minat dan pengetahuan asas yang secukupnya.

Bagi sesiapa yang berminat serta ingin mendapatkan khidmat nasihat boleh menghubungi Hamidon Tambih di talian 019-2304735.



aku mmg minat betul dgn bisnes kambing ni.:victory: . dan mmg bercadang nak bukak bisnes kambing.. aku called en hamidon ni tadi minta nasihat  ... dan akan jumpa dia tentang bisnes ni dan minta tunjuk ajar dan nak dapatkan kambing.. pasal modal aku boleh buat pinjaman ..    kalu jadi lah bisnes kambing ni  aku boleh buat kerja janitor aku part time  kot  sbb kerja sekarang ni aku sayang gak.. cuma  mungkin dah sampai masanya aku dok makan gaji aje... aku nak buat bisnes sundrik.. dan bisnes kambing mmg aku dok nantikan..  ada ke korang minat gak nanti boleh share pendapat...   gebu betul kambing yang en midon pegang tu..geram lak aku tengok kan.  nampak macam tenang ajer kambing2 ni  munkin dgn bukak bisnes ni.. kiter leh tenang mcm kambeng gak  ek..   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2008 05:45 PM | Show all posts
baru tau penangan bela kambing kan hehehehehehe(tenang..jer....kambingtheraphy..hehehehe)
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 12:22 AM | Show all posts
bagus mase raya korban nih...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 01:18 PM | Show all posts
tak yah tgu waktu korban...hari terbuka sekolah pun sekarang dah pandai order kambing panggang....baru dapat call tadie..hehehehe

* btw aku baru tau sedara kat atas ada kena mengena ngan otai dari perfect agro rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 05:00 PM | Show all posts
perbincangan bab ternakan shj, bukan iklan ok?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 12:07 PM | Show all posts
Originally posted by ctredzuan at 26-4-2008 05:00 PM
perbincangan bab ternakan shj, bukan iklan ok?


yer bosss....ada ayat jual ker kat sini??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2008 03:02 PM | Show all posts
aku pernah buat printing untuk satu syarikat penternakan yang da asi sg buloh. jelapang warisan namanya.

kalau nk buat penternakan, boleh rujok dengan mereka. mereka sedia memberi tunjok ajar dari A to Z tentang penternakan.

antara haiwan yang sedia diternak disitu yang aku tgk ialah unta, kambing, rusa, lembu, ostrich, kuda dll.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 10:39 PM | Show all posts
PROJEK TERNAKAN KAMBING




PASIR MAS, 13 Mei -- Sebahagian daripada 2, 500 kambing yang terdapat di ladang ternakan Sunah Ternak Sdn Bhd di Rong Chenok dekat sini, hari ini.


Projek tersebut diusahakan oleh Zulkifli Yaacob yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar dengan modal sebanyak RM1.5 juta dan sehingga hari ini terdapat sebanyak 2, 500 ekor kambing di ladangnya.

Antara kambing yang diternak ialah dari baka Jamnapari Anglo, Jamnapari Cross selain biri-biri dari baka Barbados, Pull Marino dan Dambagarul.

--------------------------------------------------------------------------------------

search punya search terjumpa thread ni -- pasal business kambing -
saya suka kambing ni.. .there's once upon a time in china -
saya memang la nak sangat buat business kambing ni -
saya suka tengok kambing... dan juga saya rasa business kambing ni
bagus dan menguntungkan...

dulu ada juga seorang kawan baik saya nak buat business yang sama -
tapi... tak kesampaian lagi...  maybe one of these days --
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2008 08:32 AM | Show all posts
Suami saya pun ade minat nak ternak kambing nie.

Masih dalam perancangan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 03:23 PM | Show all posts
kalu aku nak contact no cik Hamidon tu blh ke??
aku nak kene belajar la pasal penternakan ni, sbb aku kene buat sistem utk penternakan kambing..
susah la nak dapatkan tempat training yg jabatan haiwan provide..

so sapa kat sini penah g training kat jabatan haiwan??
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 05:25 PM | Show all posts
Embeeeeeeeeeeeeeeeeeek Embeeeeeeeeeeeeeeeeek
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 09:01 AM | Show all posts
aku pun teruja je tgk org byk dah bjaya wat benda ni... walaupon aku tgk artikel ni ade tulis pasal byk kegagalan... tapi nengokkan org yg berjaya tuh cam best je... hihi... berangan lebih ni...

tapi kan? aku nak tanye cemane ek strategi pemasaran utk benda2 ni... takkan kite nak depend on self-marketing je kan...?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 09:03 AM | Show all posts
aku nak belikan anak aku sekor anak kambing yg comel... berapa harga paling murah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 09:06 AM | Show all posts

Reply #13 YOUR_BOSS's post

ni untuk jamnapari...

Kambing jantan baka Jamnapari

F1 - RM 5500 (100-kg ke atas, 12-30 Bulan)
F2 - RM 3000 (70-kg ke atas, 12-30 Bulan)
F3 - RM 1500 (50-kg ke atas,  8-20 Bulan)

Kambing betina baka Jamnapari

F1 - RM 3200 (70-kg ke atas, 12-30 Bulan)
F2 - RM 1750 (45-kg ke atas, 12-30 Bulan, 1 kali beranak dan dara)
F3 - RM 1250 (25-kg ke atas,  6-12 Bulan, kambing dara)

tapi ofkos jamnapari mahal.... die besor sket...

http://jamnapari.com/
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 09:18 AM | Show all posts
Originally posted by QAX at 15-5-2008 09:06 AM
ni untuk jamnapari...

Kambing jantan baka Jamnapari

F1 - RM 5500 (100-kg ke atas, 12-30 Bulan)
F2 - RM 3000 (70-kg ke atas, 12-30 Bulan)
F3 - RM 1500 (50-kg ke atas,  8-20 Bulan)

K ...


aku nak cari anak kambing je... tak dapat ke yg below RM100?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 09:27 AM | Show all posts

Reply #15 YOUR_BOSS's post

ade ke bawah 100...? tempatan punye la yg paling murah kot... kena cari kat kandang le...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2009 09:13 AM | Show all posts
hari raya lepas tumbang kambing 1,buat sup tulang kambing...tak ada bau pon macam daging biasa je
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2009 12:22 PM | Show all posts
aku pencinta kambing
sesapa nak buat bisnes kambing sound2 kat aku yeee
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2009 01:02 PM | Show all posts
aku amik sebelah siam je... soh budak2 pikul.. hehe.. wat raya baru nih
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 03:09 AM | Show all posts
Erm sejak ada kambing boer dah buleh makan kambing skang ni kalau tak dulu mesti pening2 punya..

Erm kambing bawah RM100 itu jenis baka biasalah buleh lah kot..pi jerk beli kat mana2 kampung takde depa berkira sgt Sbb byk sgt kambing berkeliaran ko kebas jerk satu angkut naik kete..keh keh keh..

Pasal nak bisnes kambing ni mmg sypun ada minat gak dulu2..pernah sebelum grad pi jabatan haiwan selangor kat shah alam ni..diaorg pesan awal2 lah nak buat projek ni better jln dulu baru tau camne nak handle kiranya mcm on assesment training lah..Masa belajar manalah nak cari modal so terbantutlah projek kambing tu..keh keh keh

Tp thn ni balik kampung tgk kambing jamnapari bapak sy 3 ekor bakal jadi 4 ekor..alhamdulillah org tua tu bela suke suke jerk..sbb dah jual semua lembu kes bengang org dok curi lembu dia jerk..keh keh ..so bela kambing jamnapari belakang umah jerk huh senang cite.

Plan nak buat sistem pawah lah..keh keh keh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.108779 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list