CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4821|Reply: 38

Kenapa CIum ANAK...

[Copy link]
Post time 25-4-2008 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Subjek: Fw: Kenapa mesti cium anak?


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat

syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah
sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali
ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat
daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut
menanggung  tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa
membekalkan anaknya  itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak
berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah
aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan
disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan
dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk
orang  yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak  lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus
akuberbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab


p/s: anak2 saya lelaki semua...dah besar2 belaka...alhamdulillah bila nak gi
sekolah...mesti nak salam dan cium ayah dan ibu...

anak2 anda mcm mana...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2008 04:44 PM | Show all posts
anak saya no 1 lelaki no2 perempuan no3 lekali..

alhamdullillah sy cium semua..begitu juga anak2 salam dan peluk serta cium saya..

ayah dia pun sama ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 04:45 PM | Show all posts
aku suke cium anak aku .....sayang dier
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 04:47 PM | Show all posts
alhamdullilah... anak I br 5 bulan and of course I selalu cium dia but my parent always ask me utk salam & cium tangan org yg lebih tua kalau berjumpa. and until now (my age 28 years) I still kiss my father, mother grandmother, mother in law, sister in law,  and also my auntie because I love all of them.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2008 04:50 PM | Show all posts
bila cium anak2 kan rasa sebak jerrrr, terasa kasih sayang dorang kan...
latest anak i 11 bulan, mother i jaga... bila nak gi keja dah pandai AMINNNN
makna nyer salamm, hehehehe tapi dia tarik tangan kita nak gigit je...
dah pandai TATA...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 04:50 PM | Show all posts
anak saya sulong pompuan spuloh tahon dan no. dua lelaki 6 thn...dua2 saya ciom ..nikmat ciom anak ni lain sunggoh...rapat sunggoh hubungan kami..hendaknye beginilah hingga dorang besar sokk...insyaAllahh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2008 05:10 PM | Show all posts
cium kat mana? pipi? malu le ngan bapak aku..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 05:31 PM | Show all posts
Originally posted by pralines at 25-4-2008 05:10 PM
cium kat mana? pipi? malu le ngan bapak aku..


jangan malu... itu ayah kita.. nanti dia dah takde rasa menyesal sgt tak cium dia..
bila cium tu tanda kita sayang kan dia.. mesti dia suka bila anaknyacium dia.. tunjuk & berilah kasih sayang pada ibu bapa yang masihada....  pretty dah takde ayah.. uwaaaa.. miss sgt kat dia... rasanak kiss & hug dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2008 06:41 PM | Show all posts

Reply #8 Prettylady's post

okay...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 06:51 PM | Show all posts
Kamulah(ibu bapa) yang mencorakkan anak2 kamu itu.

Pikullah amanah yang Tuhan pertanggungjawabkan keatas kamu itu dengan penuh rasa ikhlas dan sabar.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2008 07:34 PM | Show all posts
mak ayah yang tak nak syiomm..   nak peluk pun malu..

salam je, itupun tak pandang muka.. sedeyh tau, kecik hati..

nak pi sekolah je, salam tangan mama abah, cium, tapi mama abah buat tak tau kadang2 tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2008 10:57 AM | Show all posts
takut bukan apa, bila dah mati mak ayah baru nak cium sedih pun
dah terlambattt... nanti menyesalll
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 11:00 AM | Show all posts
haku adik badik dah mmg biasa ngan salam dam cium nih......sbb mmg dah diajar sejak kecik........kalo haku balik kampung......mesti haku salam dan cium tangan mak bapa haku......dan yg paling besh......haku mesti peluk mak dan bapak haku lepas bersalam......terasa gak sayu dan sebaknya.....
lepas haku peluk mak.....dier plak dier slalu cium pipi haku w/pon usia dah meningkat nih........nampak matanya bergenang air mata......  itu yg buat haku selalu rindu pada mak bapak haku........
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 11:37 AM | Show all posts
isk.. tak merasa.. :cry:
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 12:48 PM | Show all posts
Alhamdulillah...anak2 aku telah pun dilatih dan nampaknya dah jadi biasa setiap kali nak pi sekolah mereka akan salam dan cium kedua-dua belah pipi aku hinggakan aku dalam jamban pun mereka sanggup tunggu tak mau pi selagi tak cium aku.
Bukan itu saja......ibu anak2 aku pun selalu gak kena cium. Cium waktu anak2 ada lain caranya dan cium waktu anak2 dah keluar pi sekolah lain pulak caranya...heheh.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 04:42 PM | Show all posts

Reply #15 Gravedigger's post



sanggup tunggu walau kat jamban.. sungguh setia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2008 06:11 PM | Show all posts

Reply #16 kroit92's post

tu lah dia penangan bekasih2 sayang sesame keluarga...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 06:39 PM | Show all posts

Reply #18 hatemetoday's post

isk.. jealous tau.. :cry: :cry: :cry:

mama abah tak nak buat camtu, bila kroit buat kat mama abah, malu plak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 09:13 PM | Show all posts

Reply #19 kroit92's post

teruskan buat kroit...sbb tak penah diamalkan di awalan dulu memang la janggal...nanti lama2 mesti mama ngan abah kroit trase syahdu...ckp ngan kak hate...parents mane tak sayang kat anak2 kandong sendirik ...cuma tak ditunjuk ajek...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 11:06 PM | Show all posts
In da besar cmni pun masih dicium mama/baba.... bes jerk cium depa.. rasa syahdu sgt... kasih yg amat...

baba biasa cium ubun2 sambil dia berdoa....

rindunya....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.093529 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list