|
Angkor Wat tarikan Kemboja
Oleh Hazirah Che Sab
![](http://www.bharian.com.my/Sunday/Destinasi/20080504112434/mainpix)
PEMANDANGAN indah Angkor Wat di Siem Reap, Kemboja
|
Bukti kekejaman Khmer Rouge di Muzium Pembunuhan Beramai-ramai Tuol Sleng dan Killing Fields, turut jadi tumpuan
MENGUNJUNGI Kemboja tidak lengkap rasanya tanpa menjejakkan kaki ke tiga tempat yang meletakkan nama negara itu dalam peta dunia - Muzium Pembunuhan Beramai-ramai Tuol Sleng, Killing Fields dan Angkor Wat.
Justeru, kesempatan membuat liputan Dialog Antara Agama Serantau Keempat di negara yang menyimpan 1,001 sejarah hitam itu diambil sepenuhnya oleh penulis untuk mengunjungi Tuol Sleng dan Killing Fields di Phnom Penh dan Angkor Wat di Siem Rep.
Peluang mengunjungi Muzium Tuol Sleng atau dikenali sebagai S-21, bekas sekolah tinggi yang ditukar fungsi sepenuhnya oleh pemimpin rejim Khmer Rouge, Pol Pot ketika berkuasa dari 1975 hingga 1979 menjadi pusat penyeksaan, hadir pada hari ketiga penulis berada di Phnom Penh.
Menjenguk sendiri bilik seksaan dan peraturan yang tertera untuk dipatuhi banduan membuatkan penulis benar-benar faham mengapa sehingga kini rakyat Kemboja masih tidak mampu memaafkan pegawai rejim Khmer Rouge.
Antara peraturan tidak masuk akal yang perlu dipatuhi banduan ialah tidak boleh mengeluarkan suara jika disebat atau diseksa dengan kejutan elektrik dan perlu menjawab semua soalan yang dikemukakan tanpa mengambil masa untuk berfikir.
Pol Pot tidak mengenal mangsa - lelaki, wanita, orang tua dan kanak-kanak malah antaranya masih bayi - semuanya menjadi habuan. Mangsa Pol Pot selalunya di kalangan golongan berpendidikan tinggi dan memiliki tapak tangan halus sebagai tanda tidak pernah melakukan kerja kasar.
Di muzium itu juga terdapat 14 kubur yang dikatakan mangsa terakhir daripada kira-kira 17,000 banduan. Kaedah pembunuhan juga begitu menyeksakan.
Banduan yang dikenal pasti akan dijatuhkan hukuman bunuh diangkut ke Killing Fields dan diberi dua pilihan menamatkan hayat dengan cara amat zalim - dikelar tengkuk dengan pelepah kelapa sawit yang ditajamkan atau buah zakar dihentak dengan kuat.
Penulis bersama rakan wartawan dari Indonesia, Vietnam dan Filipina kemudian bertolak ke Siem Rep yang mengambil masa kira-kira enam jam perjalanan dengan menaiki bas.
Menjejakkan kaki ke satu daripada tujuh keajaiban dunia secara tidak langsung merealisasikan sebahagian impian penulis untuk menatap sendiri keunikan Angkor Wat. Secara jujur, penulis akui tidak mampu meneroka setiap pelusuk kuil yang dibina pada awal abad ke-12 itu oleh Suryavaram II, bagi menghormati Dewa Vishnu kerana kawasan yang terlalu luas.
Namun peluang mengamati sebahagian binaan itu sudah mencukupi sebagai bekalan untuk dibawa pulang kerana sekurang-kurangnya satu daripada tujuh keajaiban dunia sudah dikunjungi.
Pengalaman selama enam hari di Kemboja begitu berharga walaupun hati begitu merindui tanah air sendiri. Paling menarik yang dapat disimpulkan penulis ialah pengguna jalan raya yang begitu selamba memaksimumkan kehadiran mereka tanpa ada peraturan yang perlu dipatuhi.
Keadaan bersimpang siur dengan kenderaan saling celah mencelah begitu mengagumkan penulis yang ada kalanya mengucap beberapa kali kerana kenderaan dinaiki menuju tepat ke arah kenderaan yang datang dari arah bertentangan.
Sesekali terlintas juga di fikiran, mat rempit Malaysia hanya mampu bermegah dengan aksi bodoh di jalan raya lengang dan bersistematik tetapi di Kemboja, tidak keterlaluan dikatakan mereka hanya mampu menelan air liur memerhatikan pemandu di jalan raya Kemboja menunjukkan kecekapan mereka tanpa ada orang lain menjadi mangsa.
FAKTA:
Pol Pot
- Pemimpin Khmer Rouge, Pol Pot atau nama sebenarnya Saloth Sar berkuasa dari 1975 hingga 1979.
- Pol Pot adalah singkatan Political Potential yang terlalu taksub dengan ajaran Komunis.
- Terima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Perancis tetapi dibuang kerana terlalu terbabit dengan komunis.
- Menukar fungsi bekas sekolah tinggi sebagai pusat penyeksaan.
- Pembunuhan di pusat penyeksaan dilakukan menggunakan sama ada kapak, pisau atau buluh.
Killing Fields
- Kawasan menjadi saksi pembunuhan kira-kira 20,000 penduduk Kemboja.
- Kawasan seluas 2.5 hektar menjadi kubur kepada kira-kira 11,000 mayat.
- 9,000 kubur digali dan tengkorak serta tulang temulang mangsa dipamerkan di Tugu Peringatan Choeung Ek.
- Kubur besar menempatkan lebih 100 mangsa kanak-kanak dan wanita yang kebanyakannya bogel.
- Bayi yang lahir hasil hubungan lelaki dan wanita bijak turut dibunuh kerana tidak mahu mereka mewarisi kepandaian ibu bapa masing-masing.
- Mangsa dihempas ke pokok dan sisa darah masih jelas kelihatan sehingga hari ini.
Angkor Wat
- Kuil dibina pada awal abad ke-12 oleh Suryavaram II.
- Pembinaan bertujuan menghormati Dewa Vishnu.
pada aku angkor wat ni salah satu wonders di dunia.. mcm candi borobodur gak... aku ada tengok citer killing fields dulu masa budak2.. mmg interesting sangat... baca sejarah pol pot yang kejam tu... mmg sangat mengharukan.. tak sah pergi cambodia tanpa singgah angkor wat yang femes ni ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
masa mampus... |
|
|
|
|
|
|
|
giler kejam pol pot ni.
soalan yg biasa keluar dlm filem2 hollywood:
'kenapa Tuhan benarkan perkara seperti ni terjadi?'
dan....ni citer pasal angkor watt ke, pol pot ke, killing fields ke, ke pasal campuchea in general? |
|
|
|
|
|
|
|
boleh mengigau la kalau baca sejarah kekejaman pol pot ni. |
|
|
|
|
|
|
|
akan pergi ke angkor wat dari 8-11 feb. woohooo~ |
|
|
|
|
|
|
|
nafham,
make sure that you go to other places around siem reap macam tonle sap great lake (ni tak sah kalau tak pegi), west barai, silk farm, craft workshop, cultural village, museum etc...
and nak masuk angkor wat, satu hari tak cukup, so ambik pass untuk at least 2 days.. and jangan lupa bawak gambar ukuran passport untuk dilekatkan pada pass masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# thessailly
Betul. Kat Tuol Sleng museum, siap dia tunjuk gambar demo macam mana tahanan kena seksa. Sapa tak kuat semangat, bleh nangis wo...
. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ka angkor wat di bina oleh tamadun melayu... kot2 ada sesapa tau? |
|
|
|
|
|
|
| |
|