CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1821|Reply: 1

Amanah Saham - Majlis Syariah

[Copy link]
Post time 8-5-2008 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Guys,

Aku nak share something, mender yg aku baru belajar pasal majlis syariah yg dilantik oleh amanah saham. Kalau amanah saham tu guna BIMB Securities, diorg guna system mcm ni.

Based on aku punya reading, selagi amanah saham ni tak direct invest pada:

1.Syarikat yg perniagaan asasnya terlibat dengan riba (spt bank konvensional),
2. Perjudian,
3. Perniagaan barang2 yg tidak halal,
4. Insurans yg tidak islamik,
5. Hiburan yg tidak dibenarkan Islam,
6. Membuat / menjual barang berasaskan tembakau
7. Terlibat dalam saham tidak berasaskan Syariah
8. Aktiviti lain yg tidak dibenarkan syariah

...panel syariah membenarkan. Jadi contohnya, kalao syarikat A berasaskan perniagaan yg dibenarkan syariah, tapi ada jual loteri, panel syariah boleh membenarkan mender ni. Atas syarat:

1. maksimum 5% sumbangan pelaburan dari aktiviti yg jelas haramnya spt riba, judi, arak dan babi.
2. maksimum 10% sumbangan pelaburan dari aktivity yg bercampur dengan elemen umum balwa spt bank konvensional dan rokok.
3. maksimum 20% sumbangan sewaan dari aktiviti yg tidak menepati syariah spt sewaan tapak perjudian, jualan arak, dsb.
4. maksumum 25% sumbangan aktiviti yg asas nya halal tetapi ada kemungkinan aktivitinya effect status syariah spt hotel, saham, resort, dsb.  

So, rasa mender ni menarik utk org lain juga tahu. Maklumla, skrg ni ramai yg invest pada unit trust. Kadg2 kita ingat saham2 yg diluluskan panel syariah ni 100% clean. Tp sebenarnya panel syariah membenarkan percampuran sedikit...mungkin sbb nak cari company syg 100% clean mmg susah. Lagipun, ada paras benchmark utk kawal status syariah mana2 amanah saham tsb.

Apa-apa pun, takper la, asalkan semua ni disepakati ulama2 dan pakar2 kewangan islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2008 03:21 PM | Show all posts
Link : http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1155

Tajuk              :
                                                              HUKUM WANG DIVIDEN DAN BONUS ASB
               Isu :            
                                                                                          Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) Negeri Selangor telahmenerima surat daripada seorang hamba Allah daripada Tanjung Malim yangbertanyakan berkenaan dengan hukum wang dividen dan bonus ASB dengansoalan seperti berikut :

1.1.         Adakah wajib dikeluarkkan zakat daripada wang bonus dan dividen ASB.

1.2.         Bolehkah wang tersebut digunakan bagi menunaikan Fardhu Haji Ke Tanah Suci Mekah.

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah diminta memberikan fatwanya mengenai permasalahan tersebut.

      
            
            
               Keputusan              :

1. AhliJawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkaradi atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusanseperti berikut :

1.1.         Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASBadalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukumsyara' "

1.2.         Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya
" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa olehkerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempatyang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak
diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetujumemberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa initerdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukumsyara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan daritempat-tempat tersebut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.054859 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list