CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4613|Reply: 45

tak ikut satu mazhab sahaja

[Copy link]
Post time 13-5-2008 04:57 PM | Show all posts |Read mode
SAlam;

Kalu dah penah di tanya soalan ni, please refer me to that topik yek.

Kenapa tak boleh ikut more than satu mazhab dalam kehidupan seharian. kenapa kena ikut satu mazhab saja, because all the mazhab supposed to be a teaching of islam right.  The opinion that mazhab shafie terlalu rigid while mazhab maliki a bit relax, contributed to this query.

example, mazhab shafiee kata niat puasa kena buat on each nite, else kalu lupa, the puasa esoknye akan jadi tak sah. but mazhab maliki membolehkan niat utk sebulan puasa pada awal ramadhan, supaya kalu kita terlupa, kita masih boleh berpuasa walaupun kita terlupa niat pada malam sebelumnye.

lagi, mazhab shafie stated that kalu bersentuhan suami isteri, batallah air wuduk. however, all the other mazhab kata air wuduk tu masih sah.

Adakah kita akan jadi less of a good muslim kalu kita campur adukkan mazhab.

My ustaz kata tak elok campur-campur because kita kena consistent in our practise. but i rasa jawapan my ustaz ni macam tak lengkap.

can anyone here tell me convincingly why we are not encourage to campur aduk mazhab?

[ Last edited by  owenkatz at 13-5-2008 05:01 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2008 05:04 PM | Show all posts

Reply #1 owenkatz's post

sape cakap tak ikut mazhab lain.. tu zakat fitrah tu mazhab syafie soh byr pakai beras.. bukan pakai duit
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 05:16 PM | Show all posts
Originally posted by owenkatz at 13-5-2008 04:57 PM
SAlam;

Kalu dah penah di tanya soalan ni, please refer me to that topik yek.

Kenapa tak boleh ikut more than satu mazhab dalam kehidupan seharian. kenapa kena ikut satu mazhab saja, because ...


emmmmm... camne nak xplian nih, medan ni bkn tempat yg sesuai...

_____________________________________________________
http://bongkarmisterikomputer.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 05:35 PM | Show all posts
Originally posted by owenkatz at 13-5-2008 04:57 PM
SAlam;

Kalu dah penah di tanya soalan ni, please refer me to that topik yek.

Kenapa tak boleh ikut more than satu mazhab dalam kehidupan seharian. kenapa kena ikut satu mazhab saja, because ...
example, mazhab shafiee kata niat puasa kena buat on each nite, else kalu lupa, the puasa esoknye akan jadi tak sah



...tak paham aku bila kau cakap pasal niat puasa ni....dalam bulan puasa , kau tak terpikir ke nak puasa esok tu? ...atau ko dah terpikir besok tu dah nak raya?   
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 06:35 PM | Show all posts
Kalau boleh mengikuti hukum feqh ke 4 mazhab tu yang paling bagus sekali, bukan nak pilih yang paling senang sekali, pilih yang paling menepati sunnah.  Kita kena jugak belajar pasla hukum hakam ni untuk mengelak taqlid, taqlid selama lamanya adalah tercela.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 09:13 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 13-5-2008 06:35 PM
Kalau boleh mengikuti hukum feqh ke 4 mazhab tu yang paling bagus sekali, bukan nak pilih yang paling senang sekali, pilih yang paling menepati sunnah.  Kita kena jugak belajar pasla hukum hakam  ...

yupppp...aku penah denga ceramah mcm ko cakap ni

tak perlu pk terlalu complicated....adehh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2008 09:17 PM | Show all posts
Originally posted by owenkatz at 13-5-2008 04:57 PM
SAlam;

Kalu dah penah di tanya soalan ni, please refer me to that topik yek.

Kenapa tak boleh ikut more than satu mazhab dalam kehidupan seharian. kenapa kena ikut satu mazhab saja, because ...


di Malaysia kebanyakkannya ikut mazhab Imam Syafie... di Indunesia kalau tak silap saya dulu2 ikut Mazhab Imam Maliki...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 01:55 AM | Show all posts
Kenapa tak boleh ikut more than satu mazhab dalam kehidupan seharian.kenapa kena ikut satu mazhab saja, because all the mazhab supposed tobe a teaching of islam right.  The opinion that mazhab shafie terlalurigid while mazhab maliki a bit relax, contributed to this query.


Ini kerana hadis Nabi SAW ini bilangannya mencecah ratusan ribu jika hendak dirangkumkan kesemuanya dari segi yg sahih atau yg tidak. Maka sesudah kewafatan Nabi SAW para alim ulamak mula mengumpul semula hadis2 berhubung dgn beberapa pekara yg bersangkut paut dgn hukum hakam. Ini bukan suatu pekara yg mudah disebabkan para sahabat dan tabi'in yg meriwayatkan hadis2 ini tinggal di banyak tempat yg berlainan. Imam2 mazhab pula ada yg hidup pada waktu yg berbeza antara satu sama lain.

Misalnya Imam Abu Hanifah lahir pada 80 Hijrah dan meninggal pada 150 Hijrah. Imam Malik ( 93H-179H ), Imam Syafie ( 150H-204H ) dan Imam Ahmad bin Hanbal ( 164-241H ). Ada antara Imam ini menjadi anak murid kepada satu Imam yg lain. Contohnya Imam Syafie pernah berguru dgn Imam Malik. Tidak menghairankan ada pendapat dan keputusan hukum Imam Malik yg kemudiannya disangkal oleh Imam Syafie setelah beliau menjumpai beberapa hadis Rasulullah mengenai pekara yg sama.

Walaupun begitu setiap Imam Mazhab ini memberi pendapat tentang sesuatu hukum dan keputusan berdasarkan hadis2 Nabi SAW yg diperolehi ketika itu. Masing2 mempunyai hujah dan alasan membuat ijtihad menurut ilmu mereka yg amat mendalam. Kewarakan dan keilmuan mereka bukan calang2 kita utk mempertikaikan mereka ini. Pernah disebut bahawa Imam Ahmad bin Hanbal telah menulis buku dan kitab yg amat banyak, yg mana jika hendak dikumpulkan bilangannya sejumlah 12 beban unta. Begitu juga dgn Imam Malik yg menjadi pengarang kitab Al-Muwatta'. Kehebatan kitab ini sehingga memukau Khalifah Harun Al-Rasyid.

example, mazhab shafiee kata niat puasa kena buat on each nite, elsekalu lupa, the puasa esoknye akan jadi tak sah. but mazhab malikimembolehkan niat utk sebulan puasa pada awal ramadhan, supaya kalu kitaterlupa, kita masih boleh berpuasa walaupun kita terlupa niat padamalam sebelumnye.

lagi, mazhab shafie stated that kalu bersentuhan suami isteri, batallahair wuduk. however, all the other mazhab kata air wuduk tu masih sah.


Ini cuma sebahagian kecil sahaja pekara2 hukum yg diketahui ramai. Ada ribuan pekara2 yg menjadi perselisihan mazhab yg kita sendiri kurang arif dan tidak mengetahui. Hal bersentuhan kulit lelaki dan perempuan yg bukan mahram ini ada berbeza pendapat antara Imam mazhab.

Menurut Imam Hanafi, ianya tidak membatalkan wuduk. Sebaliknya yg boleh membatalkan wuduk ialah apabila "bertemunya kemaluan laki2 dan perempuan tanpa adanya penghalang". Ini berdasarkan hadis yg diriwayatkan oleh Siti Aisyah :
Pada satu malam aku kehilangan Rasulullah SAW dari tempat tidur, lalu aku mencarinya dan kebetulan tanganku menyentuh telapak kakinya yg tegak kerana ia sedang sujud.
( Hadis Riwayat Muslim dan Termizi )

Tetapi Imam Syafie berpendapat bahawa wuduk itu batal apabila bersentuhan kulit tanpa penghalan antara laki2 dan perempuan, dgn syarat orang yg disentuh itu bukan anak kecil atau mahram. Tetapi tidak batal kerana menyentuh rambut, gigi dan kuku. Hujah Imam Syafie ini adalah berdasarkan ayat Al-Quran :

Hai orang2 yg beriman, janganlah kamu kerjakan sembahyang ketika kamu sedang mabuk kecuali jika kamu telah mengetahui apa2 yg kamu katakan, dan jangan pula ketika kamu berjunub kecuali melalui jalan ( tempat solat ) sehinggalah kamu mandi terlebih dahulu. Kalau kamu sakit atau dalam perjalanan atau datang salah seorang di antara kamu dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan sedangkan kamu tidak beroleh air maka hendaklah kamu tayamum dgn tanah yg bersih. Maka sapulah mukamu dan kedua tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf dan Maha Pengampun.
( Surah An-Nisa' 43 )

Di samping itu, Imam Syafie mengambil penjelasan dari Syaidinna Umar Al-Khattab :
Maka barangsiapa mencium isterinya atau menyentuhnya dgn tangan, hendaklah ia berwuduk..
( Riwayat Daraqutni di dalam Sunannya, juga ia meriwayatkan penjelasan serupa dan Ibn Mas'ud )

Sementara Imam Malik dan Imam Hanbal berpegang pada hujah bahawa sentuhan kulit antara laki2 dan perempuan walau mahram akan membatalkan wuduk jika perbuatan tersebut dibuat secara sengaja utk mendapatkan nikmat atau berahi, tetapi tidak batal wuduk jika tidak tersengaja.

Ini baru bab bersentuhan kulit laki2 dan perempuan. Tetapi banyak mana ilmu di dada kita mengenai bab2 lain yg diperselisih oleh Imam Mazhab.

Tahukah kita bahawa Imam Syafie dan Hanafi mengatakan bahawa tidur tidak membatalkan wuduk tetapi Imam Malik dan Imam Hanbal mengenegahkan pendapat bahawa wuduk akan menjadi batal disebakkan tidur tidak kira samada posisi papan punggung sesaorang itu tetap di lantai atau tidak. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW oleh Safwan bin Assal :

Rasulullah SAW memerintahkan kami bila dlm perjalanan, agar kami tidak membuka kasut selama tiga hari tiga malam kecuali bila berjunub, tetapi hendaklah membukanya waktu membuang air besar, membuang air kecil dan tidur.
( Hadis Riwayat Ahmad, Nasa'i dan Termizi )

Imam Hanbal berpendapat bahawa membasuh telapak tangan adalah fardhu terutama sekali selepas bangun tidur, begitu juga dgn memasukkan air ke hidung, berkumur dan menyapu telinga adalah dianggap fardhu. Pendapat ini disandarkan menurut pengamatan beliau dari hadis2 Nabi SAW yg sahih.

Bacaan zikir ketika rukuk : Subhana Rabbiyyal Aziim ( Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung ), dianggap oleh Imam Hanbal sebagai wajib berdasarkan hadis Nabi SAW -

Dari Uqbah bin Amir bahawa Nabi SAW pernah bersabda :
Tatkala turun ayat "Maka bertasbihlah dgn ( menyebut ) nama Tuhanmu yg Maha Besar [ surah Al-Waqi'ah ayat 96 ], Nabi SAW bersabda kepada kami : jadikanlah bacaan itu pada rukuk kamu."
( Hadis Ahmad, Abu Daud dan lainnya )

can anyone here tell me convincingly why we are not encourage to campur aduk mazhab?


Disebutkan di dalam Al-Quran :

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta untuk diperiksa ( pertanggung jawabnya )
( Surah Al-Isra' ayat 36 )

Setiap Imam Mazhab ini ilmu mereka amat hebat sekali. Huraian mereka mengenai sesuatu hadis dan ayat Al-Quran amat teliti. Contohnya bab batal wuduk kerana tersentuh kulit laki2 dan perempuan. Kupasan Imam Syafie berdasarkan ayat Al-Quran Surah An-Nisa' ayat 43 "lamastumun Nisa' " memakan beberapa mukasurat berserta hadis2 para sahabat di samping mengambil kira dari segi sebab turun ayat, ragam qiraat bacaan dan lain2.

sape cakap tak ikut mazhab lain.. tu zakat fitrah tu mazhab syafie soh byr pakai beras.. bukan pakai duit


Betul. Tetapi pada ketika dan masa yg tertentu. Pada bab zakat fitrahi ni Imam Syafie mewajibkan pengeluaran satu gantang Arab ( Sha' ) atau makanan asasi bersamaan lebih kurang 3 1/2 liter utk setiap jiwa. Tetapi memandangkan lebih afdhal bayaran zakat dibuat dgn wang ringgit utk memudahkan pengurusan dan pembahagian.

Tetapi pada pekara2 yg lazim yg menjadi amalan kita di sini lbih baiklah kita menurut seperti mana yg dianjurkan oleh mazhab Syafie. Lebih2 lagi pula ada banyak pekara yg kita kurang arif dan berpengetahuan tentang satu2 hukum hakam ditambah pula ilmu di dada yg cuma sejengkal jika hendak dibandingkan dgn imam2 Mazhab yg mana perbandingannya seperti langit dan bumi. Jangan pulak nanti di akhirat nanti kita ditanya oleh Allah SWT spt surah Al-Isra' di atas mengenai tindak tanduk kita yg tanpa beralasan.

Seperti kata seorang Ustaz dalam sebuah kuliah....sapalah kita nih nak memandai2 sehingga nak tukaq mazhab....kalau setakat baca Al-Quran...antara Syin dan Shad, Qaf dan Kaf pun kita tak boleh nak beza lagi.

Wallahu A'lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2008 09:57 AM | Show all posts
thank you all that have given your input.

hmm, how to explain my confusion yek..

i nak tau benda ni bukan sebab nak cabar ilmu imam yg 4 ini or anything along this line, it is just i need to answer my own questions.  benda2 yg menimbulkan kegusaran di hati, i tak mau jadi was-was, jadi i want clarification.

1. kenapa tak di galakkan campur2 mazhab sebagai amalan. bukan nak cari yg mudah, but nak cari yg make sense.

another example shown to me, kalu kita patah tangan, n tangan tu kena simen. ikut mazhab syafie kita kena amek wuduk dulu cam biasa, incl that hand, before kita can simen tangan tu. else the subsequent wuduk dah jadi tak sah. but another mazhab kata, tak payah buat cam mazhab syafie, kita boleh wuduk cam biasa, air wuduk tu diratakan kat atas simen tu.

kat example ni dah can figure out mana yg make sense.  

2.  someone told me actually there are many books/mazhab dlm islam ni. tapi yg 4 imam tu lah yg mempunyai pling ramai pengikut dan pengikut depa ni lah yg espoused the teachings.  so sebenarnye byk interpretation of the hadis.  terdetik di hati that, ini macam kes 'mighty makes might'.

i think jawapan "sape kita nak dibandingkan dgn imam2 ini" is really not condusive to being a healthy muslim.  kalu tak tanya, how to silent the doubt kat dlm jiwa. nanti kat akhirat takut pulak Allah tanya, kalu dah tak sure, kenapa dok diam jek dulu.

ntah la, i think i want to understand islam, i want to live islam, not just inherit the islam of my parents. may be this is the gist of my concern.

[ Last edited by  owenkatz at 14-5-2008 10:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 10:48 AM | Show all posts
Boleh kalau ko nak campur2kan mazhab mana suka ko nak ikut. Tapi harap jgn mazhab je ko ikut. Dari segi pakaian ke, kehidupan seharian pun kena campur2kan jugak. Cuba ko pakai tanjak, selimpang kain pelikat, pakai kot, seluar tracksuit pegi keje. atau cuba ajak mak ko sekali dressing campur2. Gi kenduri kawin pakaikan diakasut cowboy sebelah, kasut tumit tinggi sebelah. pakai tudung, suar bootcut, pakai sarung tangan sebelah lain2..baju lak separuh fesyen kebarung , sebelah lagi fesyen kebaya. boleh kan.janji tutup aurat.
Boleh...semua boleh.orait.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 11:25 AM | Show all posts

Reply #4 freebird's post

banyak sangat sangkaan kamu tu
hati-hati meyangka
nanti timbul syak wasangka
itu kita sebagai muslim kena elakkan didalam hubungan sosiol kita
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 11:33 AM | Show all posts

Reply #10 back_hand's post

somehow jawapan ko buat aku satu office tergelak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 11:33 AM | Show all posts

Reply #9 owenkatz's post

Huh..ada sedikit persamaan macam saya dulu....

well saya nasihatkan saudara pelajari keempat-empat mazhab tersebut dahulu lebih mendalam, dan bandingkan antara keempat-empat Mazhab tersebut dan nilaikan dengan akal dan pengetahuan kamu jika ada keraguan bertanyalah pada yang lebih arif mengenai sesuatu hukum.

macam saya cakap kat kawan saya dulu..kalau saya berpegang pada satu Mazhab maksudnya saya ada satu kereta sahaja nak kemana2..andaikata kereta tu rosak... habislah kecuali kita ada kereta yang lain.

Mazhab bukan pakaian
ahklak itulah pakaian muslim sebenarnya
Orang melihat akhlak seseorang baik maka mereka kata
inilah orang islam sebenarnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2008 03:04 PM | Show all posts
Originally posted by back_hand at 14-5-2008 10:48 AM
Boleh kalau ko nak campur2kan mazhab mana suka ko nak ikut. Tapi harap jgn mazhab je ko ikut. Dari segi pakaian ke, kehidupan seharian pun kena campur2kan jugak. Cuba ko pakai tanjak, selimpang k ...


Imam Shafie ada berguru dgn Imam Maliki, ada some hukum from Imam Maliki yg beliau setuju dan ada yg beliau tak setuju. so what am i to infer here if ur input is to be given its due?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2008 03:08 PM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 14-5-2008 11:33 AM
Huh..ada sedikit persamaan macam saya dulu....

well saya nasihatkan saudara pelajari keempat-empat mazhab tersebut dahulu lebih mendalam, dan bandingkan antara keempat-empat Mazhab tersebut da ...


i like that kereta analogy.

anyway, the soalan here is just to tengok ada org yg went thru what i'm feeling right now. rest assured, pandangan orang ahli agama will be seeked always. but satu, not all ustaz/ustazah can articulate what they feel very well, which makes org yg tanya soalan tu rasa frustrated.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 03:34 PM | Show all posts
Zaman sekarang kita sunggung beruntung sebab banyak ilmuan Islam telah mengkaji feqh ke 4 Imam besar dan mengkaji serta hali hadis.  Kita cuma merujuk kepad kitab tulisan mereka sahaja.  Apabila ulamak2 ini bercerita tentang sesuatu hukum mereka merujuk alQuran, hampir kesemua kitab2 hadis, dan mereka merujuk kepada fata ke empat2 imam.  Dengan itu kita terdedah hukum yang lebih tepat...

Masalah besarnya adalah pentafsiran yang berbeza tentang maksud sebenar ayat atau hadis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2008 11:47 AM | Show all posts

umum

cuba kita fikirkan sejenak

nanti akhirat kelak ada ke kena soal kita mazhab mana?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 12:31 PM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 14-5-2008 11:25 AM
banyak sangat sangkaan kamu tu
hati-hati meyangka
nanti timbul syak wasangka
itu kita sebagai muslim kena elakkan didalam hubungan sosiol kita


apakah sangkaan kamu dengan soalan aku???

hati-hati menyangka....jangan timbul syak wasangka....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 02:10 PM | Show all posts

Reply #18 freebird's post

x ada sangkaan kecuali banyak sangat sangkaan anda sebelum ini, itu sahaja...
jangan marah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2008 04:31 PM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 15-5-2008 11:47 AM
cuba kita fikirkan sejenak

nanti akhirat kelak ada ke kena soal kita mazhab mana?


ahh, a question that i should have ponder first.
thanks.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.065269 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list