CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3710|Reply: 29

Dua Alam: sape ada huraian maksudnya?

[Copy link]
Post time 28-5-2008 12:01 PM | Show all posts |Read mode
TQ........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2008 12:02 PM | Show all posts
mod, minta maaf..... malu bertanya, sesat jalan........
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 12:14 PM | Show all posts
byk erti nya..gay n lesbo pon 2 alam..haiwan darat n air pon 2 alam..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 12:30 PM | Show all posts

Reply #1 Acong's post

bleh detail sket x??setahu aku klu yg dua alam tu slalunya haiwan jek..
idop dlm air dan di darat..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 12:44 PM | Show all posts
Originally posted by Acong at 28-5-2008 12:01 PM
TQ........


dua alam pada manusia ke pada binatang?....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2008 07:04 PM | Show all posts
Originally posted by dompot at 28-5-2008 12:30
bleh detail sket x??setahu aku klu yg dua alam tu slalunya haiwan jek..
idop dlm air dan di darat..

apa definisi blh hidup dlm air dan darat? adakah haiwan itu blh hidup 100% masanya hnya dlm air atau haiwan yg sama blh hidup 100% masanya hnya di darat?

cam penyu, kena timbul kat permukaan air utk bernafas.... kalu tak, lemas laa...... ikan adalah haiwan 100% yg hidup dlm air (1 alam), manakala ayam adalah haiwan 100% yg hidup di darat (1 alam)...... so definisi 2 alam kt sini, bukankh bererti haiwan dua alam berkemampuan utk memilih utk hidup kat darat atau pun air totally 100%?

[ Last edited by  Acong at 28-5-2008 07:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-5-2008 07:07 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 28-5-2008 12:44


dua alam pada manusia ke pada binatang?....

natang arr.......
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 01:26 PM | Show all posts

Reply #6 Acong's post

binatang dua alm nih sbnrnya dia  idop dlm dua2 alam.
mknanya klu dia dok dlm air pon dia leh idop..
klu dok kt darat pon leh idop..
klu mcm ikan..dia xblh idop di darat sbb dia mmg tngal dlm air..
klu kura2 di darat pon dia leh idop n d air pon dia leh idop..
itu mksdnya dia 2 alam..
bknnya dia pilih2 dia nk idop dkt mn..
tp dh mmg lumrah kehidupan dia mcm tu..
paham x???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2008 07:39 PM | Show all posts

Reply #8 dompot's post

kura
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 08:14 PM | Show all posts

Acong, selingan kejap......

HALAL - GARIS PANDUAN MAKANAN, MINUMAN DAN BARANG GUNAAN ORANG ISLAM


1. TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak berkuasa pengeluar sijil halal bagi menentukan kehalalan sesuatu produk.

anduan ini juga bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengusaha dan orang awam sama ada Islam atau bukan Islam mengenai aspek halal mengikut hukum syarak yang merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam.


2. SUMBER BAHAN MAKANAN DAN MINUMAN

Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang dihalalkan dan ada yang diharamkan.

2.1 Haiwan

Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu;

a) Haiwan Darat.
b) Haiwan Air.

2.1.1 Haiwan Darat

Semua haiwan darat halal dimakan kecuali;

i. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

ii. BABI.

iii. Anjing.

iv. Haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing dan seumpamanya.

v. Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya.

vi. Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya.

vii. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.

viii. Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.

ix. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu, anjing laut dan seumpamanya.

x. Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu keturunan dari BABI atau anjing.

2.1.2 Haiwan Air

Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.

2.1.3 Tumbuh-tumbuhan

Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram.

2.1.4 Minuman

Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda najis.

2.1.5 Bahan Semulajadi

Semua bahan semulajadi seperti air, mineral dan lain-lain adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.

2.1.6 Bahan Kimia

Semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.

2.1.7 Bahan Tambah

Bahan Tambah (Food Additives) seperti penstabil, pengemulsi, pewarna dan seumpamanya adalah halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang diharamkan oleh hukum syarak.

3. BAHAN GUNAAN ORANG ISLAM

Bahan gunaan orang Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu;

a) Kosmetik

b) Pakaian dan peralatan.

3.1 Kosmetik

3.1.1 Kosmetik adalah bahan-bahan atau ramuan yang terdiri daripada pelbagai unsur untuk dimasukkan ke dalam tubuh, disapu, digosok, dibalut, ditempel, dipakai dengan tujuan untuk kecantikan seperti pewarna rambut, bedak, gincu, pewarna kuku dan seumpamanya.

3.1.2 Bahan kosmetik yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan kimia adalah boleh digunakan kecuali yang beracun dan membahayakan kesihatan.

Bahan kosmetik yang diperbuat daripada sumber haiwan halal yang disembelih menurut kehendak syarak adalah boleh digunakan.

3.2 Pakaian dan Peralatan

3.2.1 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan boleh digunakan.

3.2.2 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada bulu haiwan boleh digunakan kecuali bulu BABI dan anjing.

3.2.3 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada tulang, tanduk, kuku dan gigi haiwan yang dagingnya halal dimakan melalui sembelihan mengikut hukum syarak boleh digunakan.

Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada kulit haiwan (kecuali kulit BABI dan anjing) yang telah disamak boleh digunakan.


Sumber  http://www.melayu.sg/forum/index.php?topic=874.15

[ Last edited by  matamata at 29-5-2008 08:15 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2008 08:20 PM | Show all posts
still takde info mengenai konsep dua alam?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 08:22 PM | Show all posts

Reply #11 Acong's post

kat thread kura2 tu ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2008 08:25 PM | Show all posts
Originally posted by matamata at 29-5-2008 20:22
kat thread kura2 tu ...

post nomor brape?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 08:29 PM | Show all posts

Reply #13 Acong's post

Berkenaan habitat .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2008 08:48 PM | Show all posts
Originally posted by matamata at 29-5-2008 20:29
Berkenaan habitat .....

bro, copy paste kat sini laa.......
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 08:56 PM | Show all posts

Reply #15 Acong's post

pada pemahaman aku..."hidupnya" tak bermaksud hidup yg hakiki (mampu hidup berterusan)......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2008 09:15 PM | Show all posts
Originally posted by matamata at 29-5-2008 20:56
pada pemahaman aku..."hidupnya" tak bermaksud hidup yg hakiki (mampu hidup berterusan)......

kalu camtu, manusia pun boley gak jadi spesis dua alam.....


katak blh hidup hakiki di air (kena ada makanan & oksigen), tapi kura
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2008 09:15 PM | Show all posts
Originally posted by matamata at 29-5-2008 20:56
pada pemahaman aku..."hidupnya" tak bermaksud hidup yg hakiki (mampu hidup berterusan)......

kalu camtu, manusia pun boley gak jadi spesis dua alam.....


katak blh hidup hakiki di air (kena ada makanan & oksigen), tapi kura
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 09:27 PM | Show all posts

Reply #18 Acong's post

weh....manusia ni blh jd mcm2 alam laaa......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2008 09:31 PM | Show all posts
Originally posted by matamata at 29-5-2008 21:27
weh....manusia ni blh jd mcm2 alam laaa......

tu dari segi seksualiti........ hampeh btol laa......
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.180129 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list