View: 11924|Reply: 21
|
Noktah Monarki Nepal -
[Copy link]
|
|
Noktah monarki Nepal
Pembunuhan beramai-ramai keluarga diraja Nepal pada 2001 menjadi detik awal kehancuran sistem beraja di negara itu minggu ini. Ironinya, ia dikatakan bermula dengan seorang wanita bernama Devyani Rana.
KELUARGA diraja yang terkorban di hujung mata peluru.
Dari kiri: Putera Mahkota Dipendra, Raja Birendra, Putera
Nirajan, Permaisuri Aishwarya dan Puteri Shruti.
PERTEMUAN Putera Mahkota Nepal, Dipendra, dengan kekasihnya, Devyani Rana, diatur takdir cukup kemas.
Berjumpa semasa melanjutkan pelajaran di England pada tahun 1987 hingga 1990, perbezaan daerah tidak menjadi penghalang untuk cinta mereka bersatu. Pada masa itu masing-masing berumur awal 20-an.
Dipendra digambarkan memiliki pesona yang ceria dan gemar berjenaka, memudahkannya menawan hati Devyani. Devyani pula menepati kriteria untuk menjadi bakal permaisuri Nepal.
Sehingga tahun 1994, istana Nepal tidak mengetahui ikatan hati mereka, begitu juga ibu bapa Devyani. Pada tahun 1995, ibu bapa Devyani menghantar lamaran ke istana. Malangnya, ia ditolak atas alasan Dipendra masih muda untuk dikahwinkan.
Garima Rana, Supriya Shah dan Devyani Rana, kemudiannya disenaraipendekkan sebagai calon pasangan hidup Dipendra.
Biarpun Dipendra mencintai Devyani, dan Garima sering terpapar di dada akhbar kerana pencapaian akademiknya, Supriya menjadi pilihan istana.
Pihak istana memang ada menghubungi ibu Devyani, bagaimana ibu Devyani telah melahirkan kebimbangannya yang Devyani mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya nanti.
Dia boleh jadi masih kecewa pinangannya dahulu ditolak.
Menurut ibunya, Devyani sudah biasa hidup mewah sedangkan keluarga diraja Nepal tidak mempunyai harta. Devyani juga cucu Vijaya Raje Scindia dari Rumah Gwalior, yang terkenal dengan kekayaannya.
Malah si gadis dikatakan mempunyai simpanan sehingga RM2.3 juta di dalam bank-bank yang berbeza di seluruh negara itu. Dipendra pula bergantung kepada elaun kerajaan berjumlah RM114,400.
Kata-kata ibu Devyani itu sekali gus menutup segala peluang untuk anak perempuan kesayangannya itu berkahwin dengan putera cintanya. Istana melabelkan Devyani sebagai bercita-cita terlalu besar.
Meskipun berasal daripada keturunan Rana yang sebelum ini sangat berpengaruh dan mempunyai banyak talian perkahwinan dengan keluarga diraja Nepal, Devyani ialah Rana kasta ketiga. Perbezaan darjat itu turut menghalang restu daripada Birendra dan Aishwarya.
Cinta terhalang, namun Dipendra tidak dapat melupakan Devyani. Ugutan untuk bunuh diri dan hadiah mewah untuk satu sama lain, menjadi bukti cinta mereka. Mereka semakin sukar untuk dipisahkan
DEVYANI akan terus dikaitkan dengan
tragedi keruntuhan sistem beraja Nepal.
Kemuncaknya, pada 1 Jun 2001, Dipendra yang sedang mabuk, telah menembak mati bapanya, Raja Birendra, ibunya, Permaisuri Aishwarya, dan tujuh lagi anggota keluarga diraja sebelum menembak dirinya sendiri pada majlis makan malam keluarga.
Punca Dipendra bertindak begitu semata-mata kerana marahkan ibunya yang tidak membenarkan dia berkahwin dengan Devyani.
Peristiwa itu merupakan satu kejutan besar kepada dunia selepas pembunuhan beramai-ramai keluarga diraja Tsar oleh pejuang Bolshevik di Rusia pada tahun 1918.
Ramai yang beranggapan kerana Devyanilah sejarah hitam di Istana Kathmandu bermula.
Ketika Birendra disenangi rakyat, tampuk pemerintahan monarki beralih kepada adiknya, Raja Gyanendra. Bagaimanapun, dia menerima sangsi terhebat daripada warga Nepal dan juga komuniti antarabangsa.
Biarpun dapat menduduki takhta, Gyanendra yang lemah dan tidak berpengaruh tidak terlepas daripada tuduhan komplot pembunuhan 2001 untuk merebut kedudukan tersebut. Ketidakstabilan politik telah bermula dari saat itu.
Perdebatan terus memuncak - tentang integriti Gyanendra, soal perlembagaan dan kuasa pemerintahan, serta masa depan negara itu.
Dan Khamis lalu, Nepal menyambut kehadiran pagi pertamanya sebagai sebuah negara republik.
Tiada yang bersedih dengan kejatuhan monarki berusia 239 tahun itu. Manakala Gyanendra yang sejak tujuh tahun lalu bergelar raja, tiba-tiba menjadi rakyat biasa yang terpaksa memandu sendiri kereta ke kediamannya di pinggir bandar.
Takhta yang panas"Adakah saya perlu mengambil berat? Bukankah itu sekadar sentimen rakyat yang sengaja diapi-apikan musuh politik saya?
DIPENDRA bertindak di luar batasan hanya
kerana hasrat yang tidak direstui.
Masa depan negara ini sememangnya dalam pemerintahan monarki dan demokrasi pelbagai parti," jawab Raja Gyanendra mengenai desakan pembentukan negara republik kepada wakil majalah TIME Asia.
Mungkin ada nada angkuh dalam isi temu bual pada tahun 2004 itu. Hakikatnya dia sendiri tidak pasti berapa lama dia berupaya mempertahankan kedaulatan keturunan diraja yang digalas sejak tragedi berdarah yang menimpa keluarga abangnya.
Pada Februari 2005, lulusan Universiti Tribhuvan, Kathmandu ini menghidupkan cita-cita peribadinya dengan memecat kerajaan yang dilantik di Parlimen dan mengisytiharkan kuasa mutlak.
Lanjutan daripada itu, banyak pihak yang tidak berpuas hati dan mula mempertikaikan corak pemerintahannya yang dilabel sebagai diktator.
Bukan setakat pertikaian dalaman, malah organisasi antarabangsa juga mengecam tindakan Gyanendra yang sering menafikan suara rakyat.
Biarpun sedar tentangan terhadapnya bertambah, dia tidak banyak berbuat apa-apa untuk memulihkan kredibilitinya. Kedudukan takhta Gyanendra semakin panas saat kepercayaan rakyat terhadap kewibawaannya merosot teruk.
Situasi di istana bertambah tertekan dengan siri kempen protes terhadap corak pemerintahan diktator dirajanya. Pada masa yang sama, desakan demokrasi rakyat datang bertimpa dengan pengaruh dan kebangkitan pemberontak Mao.
Hanya Gyanendra yang tahu apa yang bergejolak dalam hatinya apabila satu demi satu kuasa 'ketuhanan' raja miliknya dihapuskan. Bermula dengan kerajaan sementara pada tahun 2006 yang menafikan kedudukannya sebagai ketua tentera.
Diikuti dengan penggantian wajahnya pada mata wang kertas dengan Gunung Everest, serta pengguguran baris ayat perkaitan raja dalam lagu kebangsaan. Paling membuatkan Gyanendra menggetap gigi adalah apabila tujuh buah istana miliknya telah dimiliknegarakan.
GYANENDRA meninggalkan istana Khamis lalu tanpa sesiapa menyanjungi dirinya.
Seluruh negara tidak senang selagi Gyanendra bersemayam di istana. Sepanjang Gyanendra cuba mempertahankan sisa kedaulatannya, Nepal tidak pernah sunyi daripada kes keganasan yang meragut ribuan nyawa.
Pengaruh politik Parti Komunis Nepal (Mao) pula tidak pernah susut dalam usaha menghapuskan monarki.
Pada pilihan raya 10 April lalu, rakyat menggunakan hak suara mereka dengan memberikan kemenangan sejumlah 220 daripada 601 kerusi dewan Parlimen kepada Mao.
Tanpa terikat dengan sebarang janji setia, tentera Nepal yang selama ini dianggap sebagai pelindung keluarga diraja, turut menerima keputusan pengundian bersejarah di Dewan Perlembagaan yang memansuhkan pemerintahan monarki tersebut.
Gyanendra yang sudah kehilangan kuasa diberi masa 15 hari untuk meninggalkan istana; kalau bukan dipindahkan secara paksa.
Raja yang digulingkan itu terpaksa menerima takdirnya - seorang waris monarki terakhir negara itu.
Gyanendra yang dilahirkan pada Julai 1947, mempunyai dua orang anak hasil perkongsian hidup dengan Permaisuri Komal.
Kepentingan bisnesnya, yang menjadi keutamaan selepas tidak lagi bergelar raja, termasuklah perniagaan hotel di Kathmandu, ladang teh dan kilang rokok.
Apa pun, ketika pemerintahan beraja Nepal sudah bernokhtah, Devyani terus gembira bertugas dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).
Devyani telah mengahwini usahawan Aishwarya Singh, iaitu cucu kepada Menteri Sumber Manusia India, Arjun Sungh, pada Februari tahun lalu.
Menurut keluarganya, Devyani sangat tertekan berikutan tragedi 2001 itu. Namun biarpun dia cuba memadam memori hitam kerana menjalin kasih dengan Dipendra, namanya akan terus dikaitkan dengan bencana keruntuhan sistem beraja Nepal.
Bukankah kerana Devyani, Nepal berada dalam kuasa waris yang diragui kredibilitinya, walaupun bukan itu yang dia inginkan. Bukankah kerana Devyani juga, sebuah pemerintahan monarki telah bertemu noktahnya?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
lebih 230 tahun monarki nepal ni... bukanlah monarki yang lama...
tapi akan terpalit dalam sejarah.. antara keluarga diraja yang digulingkan
sama seperti tsar di russia dan monarki di romania - |
|
|
|
|
|
|
|
tq. very informative and very interersting |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 nora251288's post
you are welcome -
hopefully we can get more info - |
|
|
|
|
|
|
|
Raja Nepal keluar istana secara senyap
KATHMANDU: Raja Nepal yang disingkir bersedia meninggalkan istana bercat merah jambu secara senyap untuk memulakan kehidupan sebagai rakyat biasa tetapi meminta bantuan mendapatkan kediaman baru dan perlindungan bagi keluarganya, lapor media tempatan semalam.
揜aja Nepal menyatakan rasa hormatnya keputusan bersejarah perhimpunan Parlimen dan mahu beredar secara aman, |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah keluar dokumentari kisah pembunuhan keluarga diraja ni kat tv, tp tak ingat channel mana. x sure kalu diorg akan ulang tayang. |
|
|
|
|
|
|
|
tragedi yg sungguh menyayat hati... bermula dgn kekecewaan cinta... ia mampu menjadi pemusnah ... apabila manusia kurang waras dlm menangani emosi ...
good info dan sesuai dijadikan iktibar kepada kerabat2 diraja yg masih ada di dunia ... |
|
|
|
|
|
|
|
Nepal dah jadi republik??........masa kat obersea dulu aku dok sibuk2 tanya staf budak2 Nepal aku pasal pembunuhan ni...seronok lak dengar dari mulut dia orang pasal Raja dia orang sendiri.
Kalau aku keje lagi kat sana, dpt gak lah aku tahu pasal Nepal dari dia orang ni............ |
|
|
|
|
|
|
|
mmg tragic trajedi nepal ni
anyway hukum karma da samapai |
|
|
|
|
|
|
|
Kemelut tubuh kerajaan selepas raja tersingkir
UTUSAN MALAYSIA
KATHMANDU 2 Jun - Parti-parti politik utama Nepal hari ini bergelut dalam perebutan kuasa ketika sambutan tamatnya pemerintahan beraja dan kelahirannya sebagai republik terbaru dunia mulai surut.
Satu perhimpunan yang dipilih khas, Dewan Perlembagaan telah menyingkirkan pemerintahan monarki Nepal yang berusia 239 tahun minggu lalu dan mengarahkan raja terakhir negara ini, Gyanendra supaya meninggalkan istana dalam masa dua minggu.
Namun begitu, parti-parti politik termasuk bekas pemberontak Mao yang memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya bagi membentuk Dewan Perlembagaan pada April lalu, masih belum mencapai kata sepakat tentang bagaimana menubuhkan kerajaan baru atau melantik Presiden.
Parti Komunis Nepal (Maoist) yang merupakan parti terbesar dalam Dewan Perlembagaan itu tetapi tidak mempunyai majoriti, mahu membolot kedua-dua jawatan Perdana Menteri dan Presiden.
Namun Kongres Nepal yang merupakan kumpulan kedua terbesar dalam perhimpunan penting itu menyifatkan tuntutan bekas pemberontak Mao itu sebagai melampau.
"Mereka tidak boleh memegang kedua-dua jawatan penting pada masa yang sama.
"Mereka mahu menggunakan sistem totalitarian dan kami tidak akan membenarkan perkara ini berlaku," kata seorang pegawai kanan Kongres Nepal, Ram Chandra Poudel.
Beliau yang juga Menteri Keamanan dan Pembinaan Semula menegaskan, bekas pemberontak Mao perlu menyerahkan semua senjata kepada kerajaan atau memusnahkannya, memulangkan harta-harta yang telah dirampas semasa perang dan membubarkan sayap pemudanya sebelum membentuk kerajaan baru.
Sayap pemuda Mao yang dikenali sebagai Liga Komunis Muda dipersalahkan atas keganasan yang berlaku selepas pemberontak Mao menyertai politik arus perdana. |
|
|
|
|
|
|
|
Istana pusaka jadi muzium
UTUSAN MALAYSIA
KATHMANDU 2 Jun - Istana warisan kerabat diraja Nepal telah bertukar status kepada sebuah muzium yang dibuka kepada orang awam mulai semalam.
Kediaman monarki yang terletak di kawasan pergunungan di Gorkha, 120 kilometer dari barat Kathmandu itu adalah istana pusaka dari leluhur Raja Gyanendra.
Beliau sendiri tidak pernah menetap di sana tetapi melakukan lawatan tahunan untuk menghadiri upacara keagamaan.
Namun begitu, ketua bekas pemberontak komunis Nepal yang memenangi pilihan raya bulan lalu dan dijangka mengepalai kerajaan baru, mengumumkan bahawa istana itu dijadikan muzium terbuka semalam.
Ketua Polis Gorkha, Geeta Upreti berkata, Pemimpin Parti Komunis Nepal (Maoist), Prachanda, telah merasmikan muzium itu semalam bersama-sama beberapa pegawai kanan kerajaan sebelum pengumuman tersebut dibuat.
Takhta Gyanendra dimansuhkan secara rasmi Rabu lalu oleh Dewan Perlembagaan yang baru dilantik dan dua hari selepas itu beliau dikehendaki meninggalkan Istana Narayanhiti di ibu negara dalam masa dua minggu.
Tidak dapat dipastikan bilakah Gyanendra akan berbuat demikian tetapi beberapa laporan menyatakan beliau sedang meminta nasihat daripada ahli nujum bagi menentukan masa yang sesuai.
Anggota republikan Mao juga mengancam untuk menggunakan kekerasan jika Gyanendra enggan meninggalkan istana itu dalam tempoh yang ditetapkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bekas raja Nepal bersetuju
KATHMANDU - Bekas pemerintah Nepal yang disingkirkan melalui perlembagaan, Raja Gyanendra bersetuju untuk keluar dari istananya sebelum tarikh akhir yang diberi kerajaan iaitu 12 Jun dan hidup sebagai orang awam.
Menteri Dalam Negeri Nepal, Krisna Prasad Sitaula semalam berkata, baginda menerima dengan baik keputusan yang dilakukan oleh parlimen.
Parlimen Nepal yang dikuasai oleh Parti Komunis Nepal itu mengundi untuk menamatkan pemerintah beraja Hindu yang berusia 240 tahun dan memberikan tempoh selama 15 hari untuk keluar dari istana. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Bekas Raja Nepal miliki harta lebih RM650 juta
10/06/2008
KATHMANDU 10 Jun |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 Redz-XacK\ catat
terutama monarki kat malaysia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Bekas raja tinggalkan istana
GYANENDRA dan isterinya menaiki kereta untuk
meninggalkan istana di Kathmandu semalam.
KATHMANDU - Bekas pemerintah Nepal, Raja Gyanendra semalam meninggalkan istana rasminya di Kathmandu untuk hidup sebagai rakyat biasa di sebuah rumah kecil di sebuah hutan simpanan di pinggir ibu negara.
Baginda dan isterinya, Komal Shah meninggalkan istana tersebut dengan menaiki sebuah kereta Mercedes hitam manakala beratus-ratus anggota polis pencegah rusuhan mengawal pintu utama kompleks istana itu.
Kira-kira 500 orang menjerit 'Panjangkan usia republik' ketika mereka menyaksikan keberangkatan Gyanendra meninggalkan istananya manakala beberapa orang yang menyokong raja menangis.
Takhta Gyanendra ditamatkan pada bulan lalu selepas anggota-anggota Parlimen meluluskan usul menjadikan Nepal sebagai sebuah republik sekali gus menamatkan pemerintahan diraja selama 239 tahun.
"Bekas raja Gyanendra Shah dan isterinya Komal Shah perlu meninggalkan istana dan menuju ke Nagarjun (kawasan hutan simpanan)," kata pegawai polis, Bharat Lama.
Bekas raja itu yang dianggap sebagai Tuhan oleh penganut Hindu tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika keluar dari istana dengan menaiki kereta dan diiringi oleh tiga kenderaan.
Gyanendra menaiki takhta pada Jun 2001 selepas satu pembunuhan beramai-ramai melibatkan pemerintah Nepal dan putera mahkota di istana. - AFP
------------------------------------------------------------------------------------------------------
kena tinggal kan istana.. tapi bukan dalam exile.. tu kira bagus lah..
tapi ye lah.. - tak ada privilege lagi untuk bekas raja nepal ni -
(sampai dianggap Tuhan pula tu.. - hope depa sedar he is just
a guy..) |
|
|
|
|
|
|
|
NEPAL ni x still dalam list negara miskin ka? tapi raja dia mampu jugak lah hidup dalam kemewahan. |
|
|
|
|
|
|
|
momod ada x citer pasal tsar russia tu? yg kononnya anak dia anastasia jer yg selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Bekas Putera Mahkota Nepal pindah ke Singapura
KATHMANDU 1 Julai - Bekas Putera Mahkota Nepal, Putera Paras berlepas ke Singapura hari ini, di tengah-tengah spekulasi beliau cuba meninggalkan negara ini untuk menjalani kehidupan lebih baik di luar negara selepas penghapusan sistem monarki, kata pegawai.
Seorang pegawai kanan keselamatan di lapangan terbang di sini memberitahu AFP, Paras telah berlepas ke Singapura dengan penerbangan Silk Air.
Sebelum ini, putera dilaporkan hendak ke Bangkok.
Paras yang ditemui di lapangan terbang, hanya tersenyum dan enggan memberi sebarang komen ketika ditanya bila beliau akan kembali.
Semalam, akhbar Naya Patrika melaporkan, Paras akan ke Singapura dan "meminta isteri serta anak-anaknya menyusul dalam tempoh dua minggu".
Akhbar The Himalayan Times melaporkan, putera mahkota itu berlepas ke Singapura bagi mencari sekolah dan rumah untuk isteri dan tiga anaknya, tetapi tidak berhasrat menetap di negara itu.
"Paras akan kembali ke Kathmandu sebaik sahaja keluarganya dapat menyesuaikan diri di sana," lapor akhbar itu.
Bapa Paras, Raja Gyanendra merupakan pemerintah terakhir dari dinasti Shah, apabila kerajaan diterajui parti Maois pada 28 Mei lalu memutuskan untuk mengisytiharkan Nepal sebagai sebuah negara republik.
- AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by casper_cute1 at 12-6-2008 09:49 AM
momod ada x citer pasal tsar russia tu? yg kononnya anak dia anastasia jer yg selamat.
=============================
itu lagi satu royal story yang menyayat hati. anyway, selain anastasia, ada lagi satu kisah one of the tsars - dimana all family members dibunuh except anak lelaki dia yang cacat (ages between 11-13) years old dibiarkan hidup dan di buang dalam hutan supaya hidup melarat - which secara simboliknya untuk menunjukkan hinanya darjat tsar selepas kejadian itu.. hmmm..mcm2 kisah kehidupan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ekselen at 1-6-2008 08:01 PM
Pernah keluar dokumentari kisah pembunuhan keluarga diraja ni kat tv, tp tak ingat channel mana. x sure kalu diorg akan ulang tayang.
rasanya Nat.Geography...dah dah byk x di ulang tayang.. klu tak silap 2007 lepas, sempena hari memperingati tragedi berdarah tu.. setiap bulan Jun kan...
mmg tragis .. |
|
|
|
|
|
|
|
sedih beto baca citer last ending gini |
|
|
|
|
|
|
| |
|