View: 3013|Reply: 5
|
gempa bumi 6.0 gegar Taiwan
[Copy link]
|
|
Gemba bumi kuat gegar Taiwan
Taiwan: Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda utara Taiwan menyebabkan beberapa bangunan retak namun tiada kecederaan berlaku.
Pusat Biro Kajicuaca berkata, gempa bumi itu turut dirasai sehingga 20 kilometer ke utara timur laut bandar raya Ilan semalam.
Ilan terletak kira-kira 70 kilometer ke timur ibu kota Taipei. Pusat Biro Kajicuaca mengeluarkan laporan gempa bumi terbaru itu tiada kaitan dengan magnitud 6.4 yang melanda Lautan Pasifik di luar selatan Taiwan Ahad lalu.
Kejadian gempa bumi sering menyebabkan penduduk Taiwan berada dalam keadaan berjaga-jaga walaupun tidak membabitkan banyak kerosakan.
Gempa bumi 7.6 magnitud yang berlaku di bahagian tengah Taiwan pada September, 1999 lalu mengorbakan lebih 2,300 penduduk Taiwan.- AP
aku dok baca gempa2 ni kat asia ni... seram aku... jepun tu macam tak lama ajer nak kena... tingat aku gempa kat kobe dulu... teruk wooo.... tak tahu apa lagi bencana alam ni... mcm dok mana2 pun tak selamat ajer aku ghaser.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi rupanya gempa ni |
|
|
|
|
|
|
|
jangan ada efek lagi dkt kabel tenet dah lew |
|
|
|
|
|
|
|
makin menjadi2 earthquake skrg nih.. takut aku |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu lepas kejadian tsunami hari tu, Pak Abu ada terbaca (kat mana dah lupa) saintis2 kata kesan jangka panjang dari terjatuhnya plet berkenaan (yg menyebabkan tsunami tu) tekanan dalam bumi akan terganggu dan tidak lagi seimbang.
Tekanan ini akan cari jalan keluar sehingglah tekanan seimbang semula. Yang depa dok peratikan ialah tempat2 sensitif seperti turki dan beberapa gunung berapi. Mungkin mereka tidak begitu menjangka tempat2 yg dulunya kurang risiko ini.
(Ma'af kerana menggunakan perkataan tidak saintifik dan mungkin jugak tidak tepat... dah lupo lah) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|