CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 26281|Reply: 47

perihal Raja Melayu..dan info2..

[Copy link]
Post time 3-6-2008 10:38 PM | Show all posts |Read mode


Istana Sultan Idris (Perak) dibina pada 1892 dengan kos $55,000. Sebahagiannya diperolehi daripada Negeri2 Melayu Bersekutu (FMS) melalui Frank Swettenham (Residen Perak). Dekorasi dalaman adalah buatan Eropah dan permintaan untuk menambah bantuan telah dipertikaikan dengan hangatnya di London. Namun Gabenor Mitchell menegaskan bahawa istana Sultan seharusnya sehebat kediaman Residen. Sultan Idris mangkat pada 1916





Kediaman Residen pula  menghadap Sungai Perak. Terletak di Kuala Kangsar, Bandar DiRaja Perak. Kedudukan Kuala Kangsar sangat strategik di kawasan melengkung Sungai Perak. Pada 1879, catatan Isabella Bird perihal Kuala Kangsar: "I like Kwala Kangsa better than any place that I have been at in Asia, and am proportionately sorrier to leave it..." Dari situ kelihatan kawasan gunung-ganang yg amat indah. Di sebelah kanan foto, kelihatan 'lanca' iaitu kenaikan yg ditarik oleh manusia/lembu atau kuda.


~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2008 10:45 PM | Show all posts
Raja chulan selalu kite terkeliru kn..tmbh2 bila da baca 'sejarah Melayu' karangan Tun Sri Lanang..
so..ni la info2 yg leh mmbantu korg..insyaAllah..






Raja Chulan dari Perak
(Y.A.M. Raja Sir Chulan ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah Habibullah) (Julai 1, 1869 - April 10, 1933) adalah kerabat DiRaja Perak. Baginda mendapat pendidikan Inggeris di Malay College Kuala Kangsar. Baginda bersama British, dan Sultan2 Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang membentuk Negeri2 Melayu Bersekutu (Federated Malay States, pada Julai 1, 1896). Baginda kemudian menjadi Ahli Federal Law Committee pada 1924. Raja Chulan menggesa British agar memperbaiki kedudukan ekonomi orang2 Melayu dan kemasukan mereka ke perkhidmatan awam. Baginda juga menulis buku Misa Melayu (Siri Warisan Sastera Klasik) menggunakan nama Chulan ibni Raja Hamid. Pada 1982, Weld Road di Kuala Lumpur diubah nama menjadi Jalan Raja Chulan.







Raja Chulan dari India
Baginda adalah Maharaja India. Baginda sangat berkuasa dan ramai pemerintah tunduk di bawah kekuasaan baginda kecuali Maharaja China. Jadi, baginda hendak melanggar China dengan angkatan peperangan yg paling besar dalam sejarah. Tanpa peta, baginda menyusuri pantai dengan harapan dapat tiba ke China.


Kedatangannya diketahui oleh Maharaja China. Jadi, untuk memperdayakan Raja Chulan, atas cadangan pembesar, Maharaja China menitahkan agar sebuah jongkong lama disediakan dengan orang2 tua tiada bergigi, pasu2 berisi pokok yg sudah berbuah dan jarum peniti. Jongkong ini belayar hingga ke Temasek di mana mereka bertemu dengan Raja Chulan.

Kata orang2 Cina itu, mereka masih kanak2 ketika bertolak dari China, pokok itu pula dari anak benih dan jarum peniti dari paku yg besar. Mereka memberitahu Raja Chulan bahawa Negara China sangat jauh. Kesimpulannya orang2 Cina berjaya dengan tipu helah itu dan negara mereka terselamat. Akhirnya Raja Chulan berpatah balik ke negara baginda.


(petikan raja chulan dari India adalah dr Karang Tun Sri Lanang)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2008 10:50 PM | Show all posts


Wajah Parameswara yg memakai gelaran Sultan Megat Iskandar Shah, lahir pada 1344 di Srivijaya, Malayu, Palembang. Baginda membuka Melaka pada 1400. Pernah melawat Ming China ditemani Hajji Mahmud Zheng He dan dikurniakan oleh Maharaja China, payung kebesaran, jubah dll. Baginda ke China kali kedua (1411) bersama Permaisuri dan 540 org pengikut. Baginda mangkat pada 1424.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2008 10:59 PM | Show all posts



September 1, 1509. Diego Lopez de Sequiera tiba dari Portugal dengan 5 buah kapal. Orang Melayu memanggil mereka 'Bengali Putih'. Oleh kerana desakan peniaga India Muslim dan berita dari Goa bahawa Portugis zalim terhadap orang-orang Islam, di atas titah Sultan Mahmud Shah, orang-orang Melayu menyerang kapal-kapal tersebut. Namun begitu, tiga buah kapal Portugis berjaya belayar kembali ke Goa. Seramai 20 orang Portugis ditawan oleh orang Melaka. Salah seorang yg berjaya melarikan diri ialah Ferdinand Magellan, yg akhirnya menjadi orang pertama mengelilingi dunia.Ferdinand Magellan akhirnya meninggal dunia di Filipina semasa bertempur dgn org-org asli di sana.Di kata kn bahawa Ferdinand dtg utk bersahabat dgn Pnduduk di sana dgn menmbak meriam.Akan tetapi,pnduduk asli di sana tak memahami..trus mnyerang Ferdinand dan krew-krew kapal shingga bertiampiaran melarikn diri.Hanya 2buah kapal shaja yg slamat smpy.Ramai mempercayai Henry the Black yg mgambil alih peranan kapten utk trus smpai ke Hispana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2008 11:00 PM | Show all posts
Perihal Merong Mahawangsa


Merong Mahawangsa atau dikenali sebagai Maharaja Durbar Raja adalah Raja Kedah yang pertama. Berasal dari Tanah Besar Parsi.Menurut sumber yang dipetik dari Hikayat Merong Mahawangsa dan Al-Tarikh Salasiah Negeri Kedah, telah dinyatakan bahawa Islam tiba di Kedah pada zaman pemerintahan raja yang seterusnya. Raja tersebut dikenali dengan nama Phra Ong Mahawangsa. Baginda merupakan raja Tanah Melayu yang pertama memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah (1136-79).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2008 11:08 PM | Show all posts
Istana Jugra di Selangor darul Ehsan...











Jugra adalah Bandar DiRaja Selangor ketika Sultan Abdul Samad membina Istana Jugra dan bersemayam di sana pada 1875. Kedudukan yg agak strategik di atas bukit membuatkan ia mudah didatangi dari arah Selat Melaka. Ia juga dilindungi oleh Bukit Jugra.









Perigi berbentuk segiempat (foto kiri) memang unik. Bila paras airnya meningkat, itu menandakan air pasang di laut. Jika paras airnya rendah, menunjukkan air laut surut. Manakala perigi berbentuk heksagon (foto kanan) dikatakan laluan rahsia ke terowong bawah tanah yg mungkin telah digunakan untuk bersembunyi atau melarikan diri daripada ancaman musuh. Ia mungkin juga telah menjadi tempat penyimpanan senjata. Perigi ini telah ditimbus bagi mengelakkan kejadian yg tidak diingini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-6-2008 01:42 AM | Show all posts


di plat gangsa tugu besar ni ada tertulis :

"Herewith we remember the fortitude of our noble countrymen-
with Rizal (Dr. Jose Rizal) in the forefront
And Lapu-Lapu as forerunner;
Two proud sons of the Malay race
Symbols of harmony in diversity and respect for each other's credo, strata and religion."

Lapu-lapu adalah Raja Melayu di kepulauan Visaya yg mana telah mmbunuh Ferdinand Margellan..
Lapu-Lapu pnh berinteraksi dgn Henry the Black atau Panglima Awang..Beliau juga seorg melayu..hmba yg dtg dr Melaka..
malangnya..interaksi antara dua tokoh itu tak capai kata spakat dan berlaku la pertmpuran sngit hingga mmbunuh beribu krew2 Ferdinand termasuklah Ferdinand itu sndiri..

Jose Rizal juga seorg Malay.Bliau bjuang hingga ke titisan yg terakhir.Pjuangannya telah mmberi Inspirasi kepada sluruh asia tenggara.Beliau telah mluahkn isi hatinya terhadap pnindasan pjajah Sepanyol dalam setiap karya2nya.
Beliau juga dikatakn beragama Islam.Waallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 02:58 PM | Show all posts

Reply #3 cronicle86's post

mana dapat lakaran muker parameswara ni hensem gak yee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2008 03:02 PM | Show all posts
raja melaka maner satu yg pegi mlwat china & menikah dgn putri hang li po tu..aku penah baca satu sumber tu sebut lawatan raja melaka tu ada dlm catatan sjrah china tp pasai putri tu tak da pon..
lain kata ntah betoi ke idak pompuan tu putri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2008 08:11 PM | Show all posts

Reply #9 zahirbatin's post

sultan Mansur Syah..Raja ke-4 Melaka..slepas Parameswara,Sultan Syahibuddin Syah,dan Sultan Muzaffar Syah..
Sultan Syahibuddin hanya memerintah 4bulan yg mana nama tak berapa popular hingga jarang di sebut org..
zaman keanggungan kerajaan Melaka adalah ketika pemerintah Sultan Mansur Syah yg mana di era inilah Bendehara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah menjadi org kuat istana..

walau tak di sebut oleh sumber tu..ttpi kubur cina di bukit cina dan telaga hang li po mmbukti hubungan antara kedua2 negara melalui perkahwinan diraja..
waallahualam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2008 01:18 AM | Show all posts


keadaan kota di Melaka pada kurun ke-17 pada tahun 1604...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 10:12 AM | Show all posts
manalah nkorang korek gamba2 bersejarah nih hah..
kudos diatas kerajinan nkorang...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 04:48 PM | Show all posts
Originally posted by cronicle86 at 4-6-2008 01:42 AM
http://shahnon.com/pilipinas02.jpg

di plat gangsa tugu besar ni ada tertulis :

"Herewith we remember the fortitude of our noble countrymen-
with Rizal (Dr. Jose Rizal) in the forefront
An ...
Panglima Awang? Klu dlm e-novel Nizam Zakaria, dia jadi Vampiro Awang... best gak e-novel ni...

http://nizamzakaria.blogspot.com/av.pdf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2008 05:45 PM | Show all posts

Reply #13 alhaadi2's post

vampiro????
vampire ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 11:40 PM | Show all posts
Raja Ong Maha Perita Deria

[I]Raja Ong Maha Perita atau lebih dikenali sebagai raja Bersiung adalah raja yang memerintah negeri Kedah sebelum kedatangan Islam.Kisah Raja Bersiung begitu masyhur malahan sudah sebati dalam jiwa rakyat Melayu.Kisahnya diambil dari Hikayat Mering Mahawangsa yang juga dikenali sebagai AtTarikh ASSalasilah Kedah.Kisahnya tentang seorang raja yg ditumbuhi siung yg menggemarkan darah manusia dan sering menyiksa rakyat jelata.Raja tersebut akhirnya digulingkan oleh menterinya sendiri dan hidup sbg rakyat biasa.[/I]

[I]Kisahnya juga difilemkan oleh pengarah Cathay Keris iaitu Lamberto Avellana dan dikeluarkan pada tahun 1963.Namun begitu, Filem Raja Bersiong yg paling terkenal ialah yg diadaptasikan daripada karya Tunku Abdul Rahman dan diarahkan oleh Jamil Sulong.Filem itu juga merupakan antara filem Melayu klasik yg berwarna selepas Mahsuri(1959) dan Hang Tuah dan dikeluarkan oleh Malay Film Production tahun 1968.[/I]

[I]Walaubagaimanapun,filem versi warna ini diharamkan oleh kerajaan berikutan terdapat adegan yg bertentangan dgn agama Islam.[/I]

*rujuk wikipedia under tajuk Filem raja Bersiong utk mengetahui info tambahan mengenai filem tersebut*
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 11:42 PM | Show all posts
Raja Ong Maha Perita Deria

[I]Raja Ong Maha Perita atau lebih dikenali sebagai raja Bersiung adalah raja yang memerintah negeri Kedah sebelum kedatangan Islam.Kisah Raja Bersiung begitu masyhur malahan sudah sebati dalam jiwa rakyat Melayu.Kisahnya diambil dari Hikayat Mering Mahawangsa yang juga dikenali sebagai AtTarikh ASSalasilah Kedah.Kisahnya tentang seorang raja yg ditumbuhi siung yg menggemarkan darah manusia dan sering menyiksa rakyat jelata.Raja tersebut akhirnya digulingkan oleh menterinya sendiri dan hidup sbg rakyat biasa.[/I]

[I]Kisahnya juga difilemkan oleh pengarah Cathay Keris iaitu Lamberto Avellana dan dikeluarkan pada tahun 1963.Namun begitu, Filem Raja Bersiong yg paling terkenal ialah yg diadaptasikan daripada karya Tunku Abdul Rahman dan diarahkan oleh Jamil Sulong.Filem itu juga merupakan antara filem Melayu klasik yg berwarna selepas Mahsuri(1959) dan Hang Tuah dan dikeluarkan oleh Malay Film Production tahun 1968.[/I]

[I]Walaubagaimanapun,filem versi warna ini diharamkan oleh kerajaan berikutan terdapat adegan yg bertentangan dgn agama Islam.[/I]

*rujuk wikipedia under tajuk Filem raja Bersiong utk mengetahui info tambahan mengenai filem tersebut*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2008 03:45 PM | Show all posts
Originally posted by cronicle86 at 5-6-2008 05:45 PM
vampiro????
vampire ke?
yaaah, lebih kurang lah....best...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2008 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by zahirbatin at 4-6-2008 03:02 PM
raja melaka maner satu yg pegi mlwat china & menikah dgn putri hang li po tu..aku penah baca satu sumber tu sebut lawatan raja melaka tu ada dlm catatan sjrah china tp pasai putri tu tak da pon.. ...
dalam blog sejarah kedah, yang kahwin ngan Hang Li Po plak sape x ingat ...ketrunan Merong Maha Wangsa....fening2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2008 03:50 PM | Show all posts

Reply #13 alhaadi2's post

knpa panglima Awang di pggil vampire???
ko tau ke?
kalu tau..trang kat aku..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 05:23 PM | Show all posts

Reply #18 alhaadi2's post

kehkeh, yang hang pi caya sapa sroh,sesape baca pon leh pening.. lebih banyak fiksyen dari fakta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.486018 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list