CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3821|Reply: 9

sembelih binatang cara menembak @ memanah @ seertinya

[Copy link]
Post time 8-6-2008 06:11 PM | Show all posts |Read mode
saya nak tanya pendapat forumer tentang permasalahan dalam penyembelihan binatang halal dalam konteks memburu secara menembak,@ memanah.? makna disini binatang tersebut telah mati semasa ditembak/panah. tq...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2008 08:37 PM | Show all posts
kalo xsilap la..
lepas je tembak/panah..
terus je sembelih cepat2..
correct me if im wrong..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2008 10:00 PM | Show all posts
Hadis   Abu Tha'labah Al-Khusyani r.a katanya:
Aku telah datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah, kami tinggal di bumi satu kaum dari kalangan Ahli Kitab. Kami makan dengan menggunakan bekas mereka dan di situ aku berburu. Aku berburu dengan menggunakan panah, terkadang dengan menggunakan anjingku yang telah terlatih dan terkadang pula dengan menggunakan anjingku yang tidak terlatih. Ceritakanlah kepadaku apa yang halal untuk kami dari semua itu. Baginda bersabda: Apa yang kamu katakan bahawa kamu tinggal di negeri kaum Ahli Kitab lalu kamu makan dengan menggunakan bekas mereka, sekiranya kamu boleh dapati selain dari bekas mereka, janganlah kamu makan di dalam bekasnya. Kalau kamu tidak dapati selainnya, basuhlah dahulu dan makanlah di dalam bekasnya. Mengenai kamu berburu di tanah pemburuan, apa yang kamu lontar dengan panah sebutlah nama Allah kemudian makanlah dan mengenai hasil buruan yang kamu dapatkan dengan menggunakan anjingmu yang telah terlatih, sebutlah nama Allah kemudian makanlah. Adapun hasil buruan yang kamu dapatkan dengan menggunakan anjingmu yang tidak terlatih, jika kamu dapat menyembelihnya, maka makanlah

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3567


Hadis Adiy bin Hatim r.a katanya:
Wahai Rasulullah, aku telah melepaskan anjing-anjing yang sudah terlatih untuk berburu, anjing-anjing tersebut membawa binatang buruan itu kepadaku. Aku telah pun membaca Bismillah (menyebut nama Allah) padanya. Baginda bersabda: Apabila kamu menyuruh anjingmu yang telah terlatih dan kamu telah pun menyebut nama Allah atasnya, maka makanlah binatang buruan itu. Aku bertanya: Sekalipun anjing-anjing itu telah membunuhnya? Baginda menjawab: Ya, sekalipun anjing-anjing itu telah membunuhnya jika tidak ada anjing lain yang turut bersamanya. Aku bertanya lagi kepada baginda: Bagaimana jika aku memburu binatang dengan menggunakan panah lalu terkena tidak melalui matanya. Baginda menjawab: Apabila kamu memburu dengan menggunakan panah lalu terkena melalui matanya, maka makanlah. Tetapi jika terkena dari bahagian belakangnya (bukan dengan matanya) maka janganlah kamu makan

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3560





Hadis Abdullah bin Al-Mughaffal r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Buraidah katanya: Abdullah bin Al-Mughaffal melihat seorang teman lelakinya sedang melastik dengan batu lalu beliau berkata: Jangan melastik dengannya kerana Rasulullah s.a.w tidak suka atau melarang melastik. Alat tersebut tidak boleh digunakan untuk berburu binatang buruan dan tidak boleh mencedera atau membunuh musuh, tetapi ia boleh memecahkan gigi dan mencungkil mata. Kemudian beliau melihatnya masih lagi melastik lalu berkata: Aku ingin beritahu engkau bahawa Rasulullah s.a.w tidak suka atau melarang dari melastik dengannya kemudian jika aku masih melihat kamu melastik, aku tidak akan beritahumu kalimah begini dan begini
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3612
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 07:39 AM | Show all posts
kiranya kita kena larang budak2 yg suka melastik tu, sebab perbuatan itu diharamkan oleh Nabi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2008 02:52 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 8-6-2008 10:00 PM
Aku bertanya lagi kepada baginda: Bagaimana jika aku memburu binatangdengan menggunakan panah lalu terkena tidak melalui matanya. Bagindamenjawab: Apabila kamu memburu dengan menggunakan panah lalu terkenamelalui matanya, maka makanlah. Tetapi jika terkena dari bahagianbelakangnya (bukan dengan matanya) maka janganlah kamu makan


boleh terangkan apa yg dimaksudkan dengan ayat ini?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 02:54 PM | Show all posts

Reply #4 tobby's post

tobby suka main lastik ke masa kecik-kecik?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2008 08:08 PM | Show all posts

Reply #5 jeppa's post

Bagindamenjawab: Apabila kamu memburu dengan menggunakan panah lalu terkena melalui matanya, maka makanlah.
tertusuk mata panah atau tertikam oleh hujung panah
Tetapi jika terkena dari bahagianbelakangnya (bukan dengan matanya) maka janganlah kamu makan
terkena batang dan bukan hujungnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 09:13 PM | Show all posts

Reply #7 ianho's post

yer...  terima kasih sebab tolong explain.  tadi tak sempat nak explain.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2008 10:17 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 9-6-2008 02:54 PM
tobby suka main lastik ke masa kecik-kecik?


yer......kecik2 suka lastik tin & anjing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2008 03:18 PM | Show all posts

Reply #7 ianho's post

Ooooo.... ingatkan mata haiwan tu   mata panah rupanya...... ok2, thanks... leh ah g memburu lagi sok....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.080394 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list