View: 9373|Reply: 50
|
Benarkah Nabi Muhammad s.a.w. Buta Huruf?
[Copy link]
|
|
Assalaamualaikum w.b.t. sahabat-sahabat yg dikasihi sekelian,
Di sini saya merasa terpanggil utk memulakan satu tajuk lagi berkaitan peribadi/hidup seorang insan yg paling mulia di atas muka bumi ini iaitu Abu al-Qasim, Muhammad s.a.w. sebaik-baik ciptaan tuhan yg Maha Agung. Tajuk yg dimaksudkan itu ialah : "Benarkah Nabi Muhammad s.a.w. Buta Huruf?". Suatu persoalan yg pastinya menimbulkan 1001 tanda tanya di kalangan kita.
Tajuk ini sebenarnya sudahpun lama dibentang di meja rundingan para ilmuan dan cendikiawan Islam serata dunia, sudah sekian lama ia diperbahas dan diperincikan, segala permasalahan tentangnya telahpun lama dikupas dan dibukukan. Para ulama Islam sedaya upaya cuba menyingkap erti yg tersirat di sebalik sebuah perkataan yg membawa bermacam-macam persoalan iaitu kalimah "al-Ummi", pelbagai rujukan telah dikemukakan mereka dan pelbagai tafsiran tentang kalimah tadi telah dikeluarkan. Mereka menyelongkar gudang-gudang ilmu tinggalan rasul tercinta iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Mereka sedaya-upaya mengerah keringat dalam menyelesaikan kebuntuan ini. Akhirnya, ternyata usaha mereka tidaklah sia-sia. Usaha mereka juga masih diteruskan hingga ke hari ini oleh sekelian ramai ulama-ulama Islam sedunia.
Berhubung masalah ini, secara ringkasnya dijelaskan bahawa tiada kata sepakat ulama padanya, mereka telah terbahagi kepada dua kumpulan, salah satu daripadanya mempunyai bilangan mejoriti manakala yg satu lagi pula agak susut bilangannya berbanding yg pertama. Walau apapun, mereka semua adalah dari kalangan ASWJ, mereka tidak saling menghina dan memaki antara satu sama lain. Masing-masing pendapat tetap dihormati dan disegani.
Mejoriti ulama Islam berpendapat bahawa kalimah "al-Ummi" yg terdapat di dalam al-Quran membawa erti "tidak tahu membaca dan menulis". Sebagaimana yg telah kita pelajari di bangku-bangku sekolah hingga ke setinggi-tinggi menara gading, itulah tafsiran kalimah "al-Ummi" yg selalu bermain di telinga kita. Kita dengan eratnya memegang dan meyakini bahawa memang leluhur kita Muhammad s.a.w. adalah seorang yg tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis atau dalam bahasa yg agak kasar "buta huruf". Tetapi, benarkah begitu? Benarkah sebaik-baik ciptaan Tuhan sekelian alam itu mempunyai sifat sebegitu? Bukankah tidak tahu membaca dan menulis itu merupakan satu aib dan kekurangan bagi seseorang? Lebih-lebih lagi baginda s.a.w. contoh terbaik dan ikutan sekelian manusia?
Jangan kita lupa, di sana masih ada segolongan ulama yg tidak berpendapat begitu walaupun bilangannya agak kecil berbanding yg pertama. Tetapi mestikah setiap yg ramai itu akan memenangi yg sedikit? Mestikah setiap yg ramai itu benar dan yg sedikit itu salah?
Di sini saya akan cuba sedaya upaya dan seberapa yg mampu utk menyatakan hujjah ulama yg dikatakan "minoriti" dalam khilaf mereka tentang masalah ini. Harapan saya semoga sahabat-sahabat semua dapat membantu saya menyelesaikan perbincangan ini dengan penuh hemah dan bijaksana, bukan saling memaki dan menghina antara satu sama lain. Hendaknya perbincangan ini membawa seribu makna dalam hidup kita.
InsyaAllah perbincangan akan menyusul seketika nanti (kesuntukan waktu).
Wassalam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Punca Masalah
Perselisihan antara ulama berlaku dan pelbagai tafsiran dikeluarkan oleh sekelian ramai ulama terhadap makna "Ummi" disebabkan mereka tidak mempunyai kata sepakat dan berlaku kekeliruan terhadap makna sebenar perkataan tersebut. Golongan yg pertama mengatakan bahawa ia bermaksud "tidak tahu membaca dan menulis" manakala yg satu lagi pula tidak berpendapat begitu, ini kerana masing-masing mempunyai fahaman dan dalil masing-masing utk menyokong pendapat mereka. Sekarang, mari kita perhatikan hujjah golongan yg pertama terlebih dahulu.
Golongan yg pertama (mejoriti ulama yg berpendapat bahawa baginda s.a.w. memang tidak tahu membaca dan menulis dan ia merupakan mukjizat bagi baginda juga al-Quran) berpendapat begitu berdasarkan ayat-ayat berikut :
(Terpaksa bawakan terjemahannya sahaja, sudah cuba beberapa kali utk letak ayat yg sebenar, tapi susah.)
1. Firman Allah s.w.t. yg bermaksud :
"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk dan dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya."
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiadaTuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk." [7:157ْ,158]
2. Firman Allah s.w.t. yg bermaksud :
"Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang Ummi, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka) dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." [2:78]
3. FirmanNya lagi :
"Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (wahai Muhammad), maka katakanlah: Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku. Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudidan Nasrani) yang diberi Kitab dan orang-orang yang Ummi : Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (agama Islam yang aku bawa itu)? Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperolehi petunjuk dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkahlaku) sekalian hambaNya." [3:20]
4. FirmanNya lagi :
"Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada mu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan : Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta)." [3:75]
5. Allah s.w.t. berfirman pula :
"Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang yang Ummi, seorang Rasul (Nabi Muhammads.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata." [62:2]
6. FirmanNya lagi :
"Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu)." [29:48]
7. Sabda baginda s.a.w. yg bermaksud :
"Kami adalah ummat yang Ummi, tidak tahu menulis dan menghitung."
[Sahih Bukhari, Kitab 揳l-Shiyam |
|
|
|
|
|
|
|
ooo...teruskanlah, sy tiada hujah dan sy tak kisah mana2 pun....
ia takan mengubah apa2.... |
|
|
|
|
|
|
|
salam
mungkin bagi majoriti, takkan ada perubahan
tetapi bagi mereka yg mahu berfikir
dan tidak terikat kepada hanya satu pegangan sahaja
mereka akan dapat manfaatnya
terdapat lebih 30 perkataan - ain mim ya (ummey) dlm AL QURAN
iaitu BUTA - dan perlu dikaji perkataan itu digunakan 1500 tahun dulu...
jadi sila teruskan... |
|
|
|
|
|
|
|
Tompang tanya sikit..
Kalu itu Nabi buta huruf, apa macam dia mau kasi check dan verify apa yg sohabat2 telah tulis atau salin wahyu2 Allah tu betul dan tepat??? Takkan Nabi main bedal saja..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 orangbesi's post
Salam,
orangbesi,
terdapat lebih 30 perkataan - ain mim ya (ummey) dlm AL QURAN
iaitu BUTA - dan perlu dikaji perkataan itu digunakan 1500 tahun dulu...
jadi sila teruskan...
Kalimah 'عمى' (Ain, Mim dan Ya) atau 'أعمى' memang bererti 'buta' tetapi yg menjadi topik utama perbincangan kali ini bukanlah kalimah itu. Yang menjadi perbahasan dan perbincangan kali ini ialah kalimah 'أمي' (Alif, Mim dan Ya) yg mana mejoriti ulama menafsirkannya sebagai "tidak tahu membaca dan menulis" |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sirajudeen_ali at 18-6-2008 10:56 AM
Tompang tanya sikit..
Kalu itu Nabi buta huruf, apa macam dia mau kasi check dan verify apa yg sohabat2 telah tulis atau salin wahyu2 Allah tu betul dan tepat??? Takkan Nabi main bedal saja.....
Sila ikuti perbincangan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Di awal tadi ada saya menyebutkan bahawa saya akan menyatakan pandangan ulama-ulama Islam yg telah menafikan sifat ummi (tidak tahu membaca dan menulis) daripada baginda s.a.w. sahaja di sini. Namun begitu, setelah diperhatikan bahawa perbincangan ini mungkin tidak akan sempurna tanpa menyebutkan walau sedikit pendapat ulama yg menyabitkan sifat itu kepada baginda s.a.w. Juga tidak terkecuali sebenarnya, masih ada satu golongan yg saya kira tidak patut dipinggirkan iaitu "orientalis" yg sejak berzaman dahulu cuba merempuh benteng pertahanan Islam dengan pelbagai serangan yg diajukan mereka. Sebagaimana kita sedia maklum, Orientalis sering kali cuba merosakkan sirna-sirna ajaran Islam yg suci ini dengan pelbagai helah dan tipu daya mereka. Dan pada kali ini juga, berhubung masalah 'ummi'nya baginda s.a.w., pemikir-pemikir Orientalis tidak terkecuali dalam melontarkan pandangan mereka berupa racun-racun yg bakal merosakkan seluruh sel-sel utama umat Islam. Mereka juga ada TAFSIRAN sendiri berhubung sifat 'ummi' baginda s.a.w. rasul tercinta. Untuk itu, eloklah kiranya saya rasa untuk menyebutkan sekelumit dari pandangan mereka berhubung perkara ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Tanggapan Orientalis
Pemikir-pemikir Orientalis moden telah mengadakan perbahasan yg mendalam berhubung masalah ummi yg disifatkan kepada nabi terakhir, Muhammad bin Abdullah s.a.w. ini sehingga mana-mana cendikiawan Orientalis boleh membahas dan membentangkan apa jua yg mereka mahu berkenaan baginda s.a.w. tidak kira samada permasalahan yg mereka paparkan itu berupa penetapan (sifat ummi iaitu tidak boleh membaca dan menulis terhadap baginda s.a.w.) ataupun penafian (seperti yg mungkin digambarkan oleh orang Islam) berdasarkan logik/akal mereka sendiri yg mereka jadikannya sebagai medium untuk menafsir tahap kenabian baginda s.a.w.
Namun, tidaklah boleh dikatakan bahawa kesemua pemikir-pemikir Orientalis bersepakat dalam masalah ini (mengatakan bahawa baginda s.a.w. berkemampuan membaca dan menulis). Bahkan di sana, ada juga sebahagian mereka yg menyetujui apa yg telah dinyatakan oleh mejoriti ulama Islam burhubung sifat ummi baginda s.a.w. Di antara mereka yg dimaksudkan ialah Albeer Casemiersky dan Edward Monteh yg menyebutkan demikian semasa mereka menterjemah al-Quran. Seorang ahli sejarah bernama Will Deurant ada menulis tentang masalah ini dengan menyatakan: 揟etapi, seolah-olah tiada orang yg mengambil berat untuk mengajarnya (baginda s.a.w.) menulis dan membaca. Lagipun, kebolehan ini bukanlah perkara yg penting dan istimewa sangat di kalangan masyarakat Arab pada masa itu. Kerana itu, dari kalangan Quraisy, hanya terdapat seramai tujuh belas orang sahaja yg pandai membaca dan menulis. Tidak pula diketahui samada Muhammad itu pernah menulis sesuatu ataupun tidak, dan selepas beliau menjadi rasul, beliau telah melantik sorang jurutulis khas untuknya. [Qishah al-Hadarah, muka 11 jilid. 1]
Pendapat ini telah ditentang oleh sebilangan besar para cendikiawan orientalis yg menegaskan tentang kebolehan nabi s.a.w. yg tahu membaca dan menulis sejak diturunkan wahyu kepadanya. Jika kita meneliti dan mengikuti tulisan杢ulisan para orientalis itu kita akan dapati mereka cuba menyingkap suatu ruang kepada kita berkenaan 'unsur-unsur' yg akan dijadikan sebagai bukti untuk menguatkan lagi hujah mereka.
Unsur-unsur yg dimaksudkan itu dapatlah diringkaskan sebagaimana berikut:
1- Sebilangan orientalis membuat pemerhatian ke atas perkembangan tamadun Mekah lalu mereka mengatakan bahawa perkembangan tamadun Mekah yg pesat pada masa itulah yg merupakan bukti/faktor yg menegaskan bahawa baginda .s.a.w. memang seorang yg terpelajar. Membaca dan menulis mengikut golongan ini merupakan suatu kemahiran yg popular dan berkembang pesat di kota tersebut. Sebagai contoh, penglibatan baginda s.a.w. dalam bidang perniagaan adalah suatu kemampuan yg diperolehi baginda hasil pembelajarannya. Di antara para cendikiawan orientalis yg berpegang dengan pendapat ini ialah Montogomery Watt yg pernah berkata: |
|
|
|
|
|
|
|
Apabila diperhatikan nescaya didapati bahawa terdapat sebilangan besar golongan orientalis yg tidak berhenti di tahap ini sahaja dalam kajian dan perbahasan mereka. Bahkan mereka membahaskan dalil-dalil yg digunakan oleh para ulama Islam dalam mengesahkan sifat ummi yg disifatkan kepada nabi s.a.w. Kebanyakan daripada mereka menegaskan bahawa sebab utama yg mendorong mereka (ulama Islam) untuk mengukuhkan hujah tentang sifat ummi baginda s.a.w. itu adalah semata-mata kerana ingin menyabitkan kebenaran kenabian Muhammad, kerasulannya serta mukjizatnya al-Quran. Faktor itulah yg telah mendorong mereka mengukuhkan lagi hujjah mereka tentang baginda s.a.w. yg tidak tahu membaca dan menulis di samping hujjah berkenaan sebuah kitab yg tiada tolak bandingnya. Kaedah yg digunakan oleh orang-orang Islam (menurut pandangan orientalis) ialah menetapkan kalimah ummi yg terdapat di dalam al-Quran dengan makna jahil tentang pembacaan iaitu tidak tahu membaca, sedangkan makna yg dikehendaki ialah berkenaan seorang individu atau jemaah manusia tertentu yg tidak ada sebarang kitab yg diturunkan kepada mereka; iaitu mereka langsung tidak tahu tentang kitab-kitab langit yg diturunkan berserta segala isi kandungannya. [Al-Islam Mahaj Hayat karangan Philip Hatty, muka 21]
Blachere mencuba lagi untuk melaksanakan pengesahan berkenaan rujukan ulama-ulama Islam sehingga mereka boleh mentafsirkan perkataan ummi itu dengan makna tidak pandai membaca. Beliau turut mentafsir maksud sebuah hadith daripada baginda s.a.w.: 揔ita adalah kaum yg ummi, tidak menulis dan mengira.擺/i] Beliau mentafsirkan perkataan ummi yg tersebut di dalam hadith tadi dengan makna yg sama sepertimana yg tersebut di dalam al-Quran iaitu tentang orang-orang kafir Arab yg tidak pernah mendapat sebarang risalah, kerana itulah mereka jahil tentang syariat-syariat langit. [Introduction A Coran, muka 7, Le Probleme De Mahomet Blachere, muka 32]
Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa seluruh orientalis berpendapat bahawa:
1- Nabi Muhammad s.a.w. merupakan seorang yg terpelajar.
2- Sifat ummi yg dinyatakan di dalam al-Quran itu menurut mejoriti orientalis ialah sifat bagi setiap orang yg tidak menganut sebarang agama tauhid sebelum Islam. Father Lamans menyatakan bahawa perkataan tersebut ialah istilah Yahudi yg menentukan makna 慴ukan Yahudi |
|
|
|
|
|
|
|
Ummi Menurut Pandangan Sesetengah Ulama Islam
Kajian yg dilakukan pemikir-pemikir orientalis yg mendakwa dengan pasti bahawa baginda s.a.w. memang seorang yg tahu membaca dan menulis itu walau bagaimanapun memerlukan dalil-dalil dari nas yg sahih yg boleh membuktikan teori mereka itu bukan sekadar teori ciptaan semata-mata yg menegaskan perkara tersebut. Walau bagaimana pun, sudah sekian ramai ulama Islam menyatakan hal yg demikian iaitu baginda s.a.w. memang seorang yg terpelajar (tahu membaca dan menulis) sebelum Orientalis. Namun begitu, mereka telah mengatakan bahawa baginda s.a.w. bukan lagi ummi setelah dilantik menjadi rasul. Adapun sebelum itu, memang baginda seorang yg ummi, tidak tahu membaca dan menulis, bukan seperti dakwaan pihak orientalis yg berpendapat bahawa baginda s.a.w. sejak usia mudanya lagi sudah mempunyai kemampuan itu (membaca dan menulis). Di antara mereka yg berpendapat begitu ialah as-Sya抌i, Ibnu Abi Syaibah, Abu Dzar al-Hirawi, Abu al-Walid al-Baji, al-Alusi dan lain-lain. Mereka semua menjadikan ayat yg berikut sebagai dalil dan hujah terkuat mereka:
وَمَاكُنت َتَتْلُو مِن قَبْلِهِ مِن كِتَابٍ وَلَاتَخُطُّهُ بِيَمِينِك َإِذًا لَّارْتَاب َالْمُبْطِلُونَ
"Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu)." [Al-Ankabut: 48]
Mereka mengatakan bahawa ayat ini jelas menyatakan bahawa baginda s.a.w. selepas kenabiannya telah berkemampuan membaca dan menulis.
Al-Alusi pernah berkata: 揟erjadi perselisihan berhubung nabi s.a.w. samada baginda tahu menulis atau tidak. Ada yg berkata: 慪a, baginda mula tahu menulis pada hari memeterai perjanjian damai Hudaibiyyah, baginda telah menulis surat perjanjian itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sahabat sekelian,
Saya kira utk permulaan ini, cukuplah setakat itu dahulu sekilas pandang mengenai pendapat ulama Islam dalam masalah ini. Adapun pendapat jumhur ulama, saya kira rata-rata di kalangan kita sudah pun sedia maklum mengenainya. Pada saya, tidaklah perlu untuk dikemukakannya di sini lagi. Namun begitu, sekiranya ada sesiapa yg sudi menyertakannya bersama di sini, ia amatlah dialu-alukan.
Sekiranya tiada apa-apa masalah, saya akan memulakan pula huraian secara terperinci pendapat ulama terutama yg menafikan sifat ummi (tidak tahu membaca dan menulis) daripada baginda s.a.w. InsyaAllah.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
sila teruskan
dan ttg alif mim ya tu
nanti saya cuba belek balik
(susah gak nak terjemah dr bahasa arab tanpa titik dan baris) |
|
|
|
|
|
|
|
sila teruskan
mungkin akan ada pandangan
dr makhluk makhluk yg lainnya................. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Pohon maaf kepada saudara/i sekelian yg menantikan sambungan perbincangan ini. Kebelakangan ini kesihatan saya kurang memuaskan. InsyaAllah, saya akan menyambung kembali perbincangan ini seketika nanti.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kira nabi muhammad buta huruf atau tidak , ia tak akan mengubah apa-apa pun
Nabi muhammad sama je macam manusia lain yang dicipta tuhan , beliau jadi nabi pun kerana ikut ketentuan tuhan.Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 AniSani's post
baginda SAW tak sama mcam manusia biasa, dan mana boleh sama
baginda seorang yg maksum dan merupakan kekasih Allah dan tak boleh
dibandingkan dgn manusia biasa. Nabi SAW adalah manusia yg sempurna yg
mana tiada manusia biasa yg lain yg sama taraf dgn baginda. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Tie_Nan_Aima at 17-6-2008 07:19 PM
Assalaamualaikum w.b.t. sahabat-sahabat yg dikasihi sekelian,
Di sini saya merasa terpanggil utk memulakan satu tajuk lagi berkaitan peribadi/hidup seorang insan yg paling mulia di atas muka b ...
adehhh...x abis lg ke psal ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Penelitian Terhadap Ayat Surah Al-Ankabut
وَمَا كُنْتَ تَتْلُو مِنْ قَبْلِهِ مِنْ كِتَابٍ وَلَا تَخُطُّهُ بِيَمِينِكَ إِذًا لَارْتَابَ الْمُبْطِلُونَ
"Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu)."[Al-Ankabut: 48]
Jumhur ulama zaman dahulu tidak cuba mengamati erti kalimah |
|
|
|
|
|
|
|
Berbeza dengan prinsip jumhur ulama yg tidak mahu melakukan kajian dan penelitian lanjut berkenaan ayat ini, beberapa orang ulama Islama yg lain mempunyai pandangan yg berlainan pula daripada jumhur ulama dalam mentafsirkan kalimah |
|
|
|
|
|
|
| |
|