CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14151|Reply: 72

Amanah Karmila [Setiap Jumaat, Sabtu, Ahad TV2 6.00PM]

[Copy link]
Post time 19-6-2008 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Elly harap dapat terus pertahankan nama di dalam industri seni

Drama bersiri 26 episod, Amanah Karmila, yang turut dijayakan oleh pelakon-pelakon seperti Zed Zaidi, Yatt, Azizah Mahzan, Rahim Jelani dan Pekin.  

Dramaarahan Salehuddin Sani ini menyaksikan Elly memegang watak Karmila,seorang anak yatim piatu yang kehidupannya dilanda penuh denganpancaroba.

"Dalam drama ini, saya bawakan watak sedih, jauh berbeza dengan karektor Tengku Sandra yang pernah saya mainkan di dalam Bella.

"Skripnya juga cukup menarik dan memang saya harap orang akan nampak kelainan watak yang saya pegang kali ini," tutur Elly lagi.

[ Last edited by  Eddlisa_uyuk at 7-3-2009 01:27 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2008 12:32 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

Wah, Bella punye citer...

Mesti best
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 02:12 PM | Show all posts
ni utk tv mana ya?...26 episod bukan utk slot akasia tv3 ni....RTM punya citer ke?....ada yatt lagi ke?...aku tak minat arrr kalau yatt rebut jantan dgn elly...mcm bella dulu...elly comey arr baju kurung, rambut pulak cam tu...so simple and cute!
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 02:51 PM | Show all posts
Rasanya utk Samarinda kot tak pun ganti Sindarela. Bestnya...suka tgk Elly...lakunan dia semakin bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 03:33 PM | Show all posts
dlm citer amanah karmila ni elly bawak watak sedih ...memang 'makanan' elly lah bab sedih dan nangis2 ni.....aku nak elly bawak watak jalang lak...mana terror dgn pasal sandal...hehehehehe....zed zaidi tu kalau ganti dgn zizan nin atau iqram dinzly lagi power kottt.....tapi kira oklah zed zaidi tu sbb dia pun dah tak berapa kayu dah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 03:39 PM | Show all posts
MESTI NAK TGK...MEK MINAT SGT DGN LAKONAN ELLY MAZLEIN
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2008 10:44 PM | Show all posts
oo ingatkan ganti ezora.. 26 episod sajok
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 01:07 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

awat laa cliche sgt drama2 melayu skang punya basic storyline
balik balik cerita anak tiri teraniaya......
drama terbaru adam hamid tuh pun sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2008 11:37 AM | Show all posts
Tahniah Elly dan team Bella....kat BH hari ni ada artikel fasal citer bella ni...rating Akasia paling tinggi antara Manjalara, Spa Q dan Bella...tentulah Bella dgn 2.6 juta penonton....tahniah semua.....memang marvelous citer ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 11:54 AM | Show all posts
  wow.. bella yg menang.. ahakzzz
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 12:13 PM | Show all posts

Reply #8 beta_carotene's post

betol2...sgt cliche..drama melayu patut dipelbagaikan..tu satu..cara directing pon patut diubah
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 12:15 PM | Show all posts
  aku harap.. jalan cite takkan buat viewers fonin cam ezora.. pls jgn ade 2 salmah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 01:04 PM | Show all posts
harap2 cepatlah citer ni on air.....dan biarlah kat TV3....aku selalu lupa nak tengok kalau kat astro atau RTM sbb family aku suka TV3....cam rugi lak subscribe astro.

walaupun sinopsis citer ni mcm biasa jer...tak nampak pun menarik, tapi aku harap elly pandai bawak watak karmila tu...tambah2 ada azizah mahzan yg aku rasa sama ada jadik makcik kejam karmila atau mak mertua jahat yg bencikan karmila....apa2 pun tunggguuuu kemunculan elly....
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 01:23 PM | Show all posts
ni artikel dari Harian metro isnin lepas...



Elly pula kena buli
Oleh Elrafaei Sapi
[email protected]

Rap
BERBEZA dengan penampilan awalnya ketika membintangi drama TV popular Gerak Khas sebelum ini, lakonan Elly Mazlein dikatakan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton selepas terbabit dalam drama 60 episod iaitu Bella yang ditayangkan di TV3.
Meskipun Bella yang turut menyaksikan Elly memegang watak utama sudah selesai tayangan tetapi akuinya penonton masih bercerita dan memberi respons positif kepadanya ketika bertemu. Bersyukur dengan penerimaan baik itu, Elly sebaliknya tidak bersikap tamak untuk mengambil tawaran berlakon yang singgah padanya.

"Daripada respons peminat yang saya terima menandakan mungkin lakonan diterima tetapi saya tidak mahu terlalu cepat berpuas hati dengan apa yang dicapai. Banyak lagi cabaran yang harus ditempuhi dalam membaiki mutu lakonan.

"Walaupun banyak tawaran diterima tetapi saya tidak mahu akibat berlakon banyak drama pada satu masa, hasil lakonan yang diberikan tidak ke mana. Dalam tempoh dua tahun bekerja bersama produksi luar, saya gembira dengan apa yang ditempuh dan berpeluang bekerja dengan ramai penerbit dan pengarah.

"Dalam lakonan, saya ingin mencuba watak tomboi atau wanita yang mengalami tekanan jiwa akibat didera secara mental dan fizikal. Bagaimanapun, saya tetap mahu memberikan lakonan terbaik dalam apa jua watak yang dibawa," katanya.

Selepas terbabit dalam Spa Q dan Bella, Elly memulakan langkah baru dengan mencabar dirinya membawakan watak Karmila dalam drama bersiri 26 episod terbaru, Amanah Karmila, yang menjalani penggambaran sejak 15 Jun lalu. Menariknya kali ini, Elly perlu menghayati karakter wanita yang melalui pelbagai peristiwa pahit sejak kecil sehingga dewasa.

Dalam drama arahan Salehuddin Sani @ Brother Hood itu, Karmila menjadi yatim piatu selepas ibu bapanya terbabit dalam kemalangan jalan raya. Lalu, apabila dewasa Karmila yang dibesarkan ibu saudaranya, Mak Ngah Sah dipaksa pula untuk berkahwin dengan lelaki yang digelar lintah darat.

Karmila kemudian mengambil keputusan kahwin lari bersama Herman, lelaki pilihan yang juga ahli perniagaan. Namun, sangkaan Karmila mengenai kebahagiaan menjadi sebaliknya apabila ibu mentuanya pula tidak menerima kehadiran Karmila. Akibat satu pertengkaran, Karmila menjauhkan diri daripada Herman dan pulang ke kampung.

Karmila yang ketika itu mengandung dan melahirkan Mohd Iqram. Sekembali ke Kuala Lumpur untuk bertemu semula dengan Herman, satu peristiwa berlaku mengakibatkan kematian Salima. Malang menimpa Karmila yang dituduh membunuh Salima dan di penjara selama lima tahun.

Selepas dibebaskan, perasaan Karmila bertambah sedih sebaik mengetahui anaknya diberikan pada keluarga angkat yang tidak diketahui maklumat lanjut.






"Pada mula ketika mendapat skrip, saya berpendapat plot drama ini cukup menarik untuk diceritakan pada penonton dan saya suka cabaran membawakan watak berbeza seperti Karmila. Bagi saya, menjadi Karmila bukan suatu yang mudah kerana memerlukan penghayatan yang mendalam.




"Jika dibandingkan dengan watak Bella yang menjadi Tengku Sandra dulu, saya membuli orang tapi dalam drama ini saya pula yang dibuli. Saya berharap drama ini dapat menyerlah lakonan saya agar terus diterima penonton," katanya.

Drama Amanah Karmila turut dijayakan ramai pelakon berpengalaman lain seperti Zed Zaidi, Azizah Mahzan, Rahim Jelani, Yatt, Faridah Mansur, Pekin, Shah Kasim, Winne Chan dan Tuah Dzulkarnain.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2008 01:28 PM | Show all posts
  ade pekin gak.. huhuh..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 03:38 PM | Show all posts
citer ni utk slot RTM1...mencciiii betul arrr...silap2 aku terlepas tengok sbb jarang jengok RTM ni....mcm tangisan bulan madu gak...aku selalu terlepas hari.....ni sbb TV3 jer kat rumah tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2008 08:06 PM | Show all posts
oh elly.. tak sabar nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 01:46 AM | Show all posts
mesti best...nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2008 04:36 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

elly dengan zed lagi ke.. best lerr.. memang padan berdua...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 04:22 PM | Show all posts

Terbaru Di RTM2 - Amanah Karmilla 6.00 ptg HARI INI AHAD 15 FEB 09

PELAKON

ELLY MAZLEIN ( macam watak cindarella)
ZED ZAIDI ( anak azizah )
AZIZAH MAHZAN ( watak mak jahat)


tertengok dekat iklan lupa plak tarikh bila ...
mcm cerita cindarella.

hehe macam best jer pasal elly cun sangat huhu

rajin2la sapa sapa bukak tv2 tgk bila start rasanya dalam minggu ni atau next week

[ Last edited by  volumecontrol at 15-2-2009 01:31 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.110543 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list