CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34414|Reply: 100

[Merged] Berkenaan alkohol dan arak

[Copy link]
Post time 27-8-2005 03:28 PM | Show all posts |Read mode
DOM & YOMEISHU

pernah tak dgr minuman tonik DOM ataupun Yomeishu?? DOM & Yomeishu ni adalah tonik kesihatan tetapi mengandungi alkohol (volume 40%).... apakah pandangan ISLAM mengenai orang yang mengamalkan minum tonik ini untuk kesihatan tubuh badan??

DOM & Yomeishu nih biasanya diminum oleh wanita yang baru lepas bersalin ataupun seseorang yang beru menjalani pembedahan besar untuk mengubat luka dalam (internal bleeding)... ada yang mengamalkan minum DOM & Yomeishu nih untuk kecergasan harian....

mintak pendapat forumers M&M... timer kacih...

[ Last edited by  antiQue at 9-7-2008 10:49 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2005 03:50 PM | Show all posts
Kalau dah jelas ada alkohol cam yomeishu , tu je aku kenal , dom aku x tau , mmg haramlah. Unlesslah darurat , kalau x minum , blh jadi mati atau musibah yg lebih besar , maka masa tu , ia dah jadi harus , bukan halal

Tp kalau dlm keadaan biasa , dan still byk choice yg halal , mengapa nak pegi amik benda yg haram. Psl tu ada org yg minum arak atas alasan arak sbg minuman kesihatan :bgrin: walhal byk lg alternatif lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2005 04:16 PM | Show all posts
kalo confirm ada kandungan alkohol (40% lak tu)..... mmg SAHIH haram laaa.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2005 04:43 PM | Show all posts
Assalamu醠aikum,


Sebelum kita menghukum, elok rasanya aku perjelaskan dahulu 醦akah Alkohol itu sebenarnya':


Tidak setiap zat yang mengandung alkohol termasuk dalam kategori khamar. Dan sebaliknya, tidak semua khamar itu mengandung alkohol. Karena bila ditilik secara ilmu kimia, banyak dari jenis makanan yang alami termasuk buah-buahan memiliki kandungan zat yang disebut sebagai Alkohol seperti nasi dan sebagainya. Tentu saja kita tidak bisa mengatakan bahwa nasi itu adalah khamar karena secara alami mengandung kadar tertentu dari zat yang dikenal dengan nama Alkohol.

Jadi untuk menentukan apakah suatu benda termasuk khamar, bukan dengan adanya alkohol atau tidak, tetapi dengan melihat apakah zat itu memabukkan atau tidak bila dikonsumi oleh masyarakat umum. Bila memabukkan, maka hukumnya adalah khamar tapi bila tidak maka bukan khamar.

Contohnya seperti perasan buah anggur. Pada tahap tertentu, perasan anggur dapat menjadi khamar dan pada tahap yang lain dimana bila diminum tidak memabukkan secara umum, maka bukan khamar.

Karena itu dalam literatur fiqih sering dituliskan bahwa bila khamar bila telah berubah menjadi khall (cuka), hukumnya menjadi halal dan sebaliknya.

Maka dari itu sebagian besar ulama tidak memasukkan alkohol sebagai sebagai barang najis, karena bukan khamar. Dan tidak mengapa menggunakan parfum yang mengandung alkohol dalam shalat karena tidak termasuk benda najis.

Dan kenajisan khamar sendiri sebagaimana yang disebutkan Al-Quran, bukan jenis najis secara fisik. Demikian menurut sebagian ulama. Karena dalam ayat itu dikaitkan dengan judi, anak panah sebagai rijs yang merupakan perbuatan setan. Meskipun jumhur ulama mengatakan bahwa khamar itu najis. Namun karena alkohol tidak identik dengan khamar, maka bila ada suatu cairan seperti parfum yang di dalamnya ada kandungan alkoholnya, tidak bisa dikatakan sebagai khamar. Dan itu bisa dibuktikan dengan cara meminum parfum itu. Kalau yang minum mabuk, maka parfum itu khamar, tapi kalau yang minum tidak mabuk tapi mati, jelaslah parfum itu bukan khamar tapi racun untuk diminum.



Demikianlah kata Ust. Ahmad Sarwat dari Era Muslim.



Wassalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2005 07:22 PM | Show all posts
mmmm.... honestly, aku x pernah dgr lagi pendapat yg kata majoriti ulama berpendapat alkohol bukan najis / haram....

ada pendapat lain x?? mod2 board MM.... sila jelaskan....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2005 07:38 PM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 27-8-2005 04:43 PM
Assalamu醠aikum,


Sebelum kita menghukum, elok rasanya aku perjelaskan dahulu 醦akah Alkohol itu sebenarnya':


Tidak setiap zat yang mengandung alkohol termasuk dalam kategori khamar. Dan s ...

Kalau camni , semua benda nak kena tunggu fatwa ;)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2005 10:14 PM | Show all posts
betul tu.. khamar tak semestinya beralkohol.. sbb dadah spt heroin, morfin jugak dikategorikan sbg khamar (sbb tu difatwakan menghisap dadah tu haram). kalau betul alkohol tu haram, maka tapai nasik yg kita makan tu pun haram jugak sbb hasil sampingan dia ialah alkohol. tak caya, cuba korang bukak balik buku teks kimia form 4&5.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2005 11:04 PM | Show all posts
jadi apa outcome nya skang...?? aku igt lagi masa aku keje part time jadi cashier kat Tops... time tu aku jaga info counter... and info counter ada liquor rack... dalam tu ada DOM...

ada sorang mamak ni... (dia ni dulu ada kedai jual barangan runcit kat pasar)... so every month dia beli DOM ni... aku bilang kat dia yang DOM tu ada alkohol... dia jawab yang DOM tu dulu dia pernah kasi bini dia minum pasal lepas bersalin... dan dia pun amalkan pasal DOM adalah tonik kecergasan badan... dia minum DOM tu niat ubat... bukan untuk suka2... lagi pun minum glass kecik giler... cam gelas nak kumur listerine tu...

apa pendapat ko worang?? bole ker minum DOM niat ubaT??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2005 12:20 AM | Show all posts
tak berani nak cakap ler medang.. kena tanya mereka yg pro.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2005 02:28 AM | Show all posts
Perubatan menggunakan alkohol adalah diharamkan berdasarkan sabda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam: Sesungguhnya Allah Azza waJalla tidak menjadikan penyembuhan kamu pada  sesuatu yang diharamkan bagi kamu.
[Maksud hadith riwayat Imam Bukhari dan lain-lain] dan juga sabda beliau terhadap seorang sahabat yang berubat dengannya: Itu (khamar) bukan ubat tetapi adalah penyakit.
[Maksud hadith riwayat Imam Muslim dan lain-lain].
Dari dua dalil ini dan umumnya pengharaman alkohol sebagai sumber minuman / makanan maka para ahli fiqh mengharamkan alkohol diambil sebagai ubat yang diminum atau dimakan. Tetapi dikalangan mereka ada yang membolehkan pengubatan yang mengunakan alkohol dalam suasana darurat kerana sememangnya darurat itu adalah satu keadaan yang menghalalkan apa yang diharamkan.


Rujukan - Prof. Dr. Wahbah Zuhaili -  Nazhariyah al-Dlarurah al-Syari'ah, ms 88-92.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2005 07:53 AM | Show all posts
oklah gitu... ader gak penjelasan.. cuma tang alkohol tu, confirm ker alkohol mmg haram ek? kalau gitu tapai pun kira haram jugak...
"Pasti akan berlaku di kalangan manusia-manusia dari umatku, meneguk (minum/hisap/sedut/suntik) arak kemudian mereka menamakannya dengan nama yang lain". H/R Ahmad dan Abu Daud

apakah ini terjadi kepada kita????

Anda juga tahu ada kaum di Malaysia ini mengambil air tapai untuk dijadikan minuman. Kalau saya tak silap kaum Iban, mereka akan memerah tapai-tapai tadi dan meminum air-air tapai tadi untuk bersukaria dan mejadi mabuk. Maka ini bermakna tapai boleh memabukkan!. Kenapakah tapai tidak dikategorikan dalam makanan yang haram dimakan oleh orang Islam?

"Apa saja yang pada banyaknya memabukkan, maka pada sedikitnya juga adalah haram". H/R Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.

> Menurut maksud hadis, sesuatu yang memabukkan adalah arak
> dan arak itu
> adalah haram.
>
> Dari segi kimia, alkohol adalah satu keluarga hidrokarbon
> dengan formula
> asas R-OH. R adalah rantai hidrokarbon dan kumpulan OH
> bertanggung jawab
> membawa sifat alkohol. Alkohol dinamakan dengan sambungan
> "nol" dihujung
> perkataan. Contoh :
> CH3-OH : Metanol
> CH3CH2 - OH : Etanol
> CH3(CH2)2-OH : Propanol
> CH3(CH2)3-OH : Butanol
> dan seterusnya.
>
> Sifat-sifat alkohol :
> - sangat mudah terbakar, kebolehan untuk terbakar
> bergantung kepada bilangan
> karbon dalam alkohol. Lebih banyak karbon maka lebih
> susah untuk terbakar.
> Metanol dan etanol terbakar dalam nyalaan api berwarna
> kebiruan.
> - sangat mudah meraup kerana takat didih yang rendah.
> Etanol (+/- 78oC). Ini
> juga bergantung kepada bilangan karbon.
> - kebolehan melarut dalam air dan pelarut organik. Ini
> juga bergantung
> kepada bilangan karbon.
> - takat beku rendah (< 0oC).
> - kebanyakkan beracun
>
> Alkohol boleh didapati dari pelbagai sumber, iaitu secara
> semula jadi, dari
> proses penapaian (fermentation), dari proses pereputan
> bahan organik, dari
> proses tindak balas petro-kimia dan dari arang batu.
> Kebanyakan alkohol asas
> dalam keluarga alkohol bersifat sebagai "RACUN" kecuali
> etanol. Sebagai
> contoh, etanol boleh dimakan dalam kuantiti kecil dan
> tidak memudaratkan,
> tetapi spirit (nama kimia metanol) dalam kuantiti kecil
> amat toksik jika
> dimakan. Keadaan ini sama bila kedua-dua alkohol ini
> bertukar menjadi asid
> karbosilik (R-COOH). Metanol akan menjadi asid metaniok
> (cuka getah) dan
> etanol akan menjadi asid etanoik (cuka makan). Rasanya
> tidak perlu
> dijelaskan bagaimana kesan toksik akibat cuka getah.
>
> Dari sini kita akan mendapati bahawa istilah alkohol
> adalah terlalu umum dan
> alkohol dari segi kimia tidak boleh disamakan dengan
> istilah alkohol yang
> dimaksudkan oleh orang-orang barat. Takan sama racun
> dengan arak, walau pun
> kedua-duanya tak boleh dimakan.
>
> Dalam industi pemakanan dan perubatan, alkohol (etanol)
> yang digunakan
> diperolehi dari proses penapaian. Misalnya : penapaian
> gula mentah + yis /
> ragi. Alkohol (etanol) dari proses lain seperti
> petrokimia, tidak digunakan
> kerana kemungkinan mengandungi unsur-unsur surih yang
> beracun seperti
> metanol, propanol dan lain-lain bahan organik dan tak
> organik (dalam unit
> ppm- bahagian per juta).
>
> Dalam makanan tradisi seperti roti, kuih paw, tapai dan
> sebagainya, ragi
> atau yis diperlukan sebagai salah satu bahan dalam
> resepi. Dalam roti,
> alkohol (etanol) meruap ketika roti dibakar. Walau
> bagaimana pun, kandungan
> alkohol (etanol) kekal dalam tapai (tapai ubi dan pulut).
> Adakah ini haram ?
> Adakah ini memabukkan ? Tapai dan air tapai tidak
> memabukkan kerana kuantiti
> alkohol (etanol) di dalamnya adalah kecil. Sila rujuk
> balik maksud hadis.
> Walau bagaimana pun, ada segolongan manusia dalam
> masyarakat kita ingin
> mengambil kesempatan dalam keadaan ini iaitu dengan
> meminum air tapai
> sebanyak-banyaknya supaya mabuk. Bagaimana ? Di sini
> hukumnya tetap jelas,
> mereka meminum air tapai supaya mabuk atau dengan niat
> supaya mabuk, maka
> hukumnya tetap haram.
>
> Di sini masalah menentukan sama ada alkohol itu haram
> atau tidak, sepatutnya
> dipersoalkan dan diperbincangkan oleh majlis fatwa
> kebangsaan. Di manakah
> majlis fatwa kita ? Apakah fungsi dan peranan mereka ?
> Apakah kerja mereka
> hanya untuk mengharamkan pertubuhan-pertubuhan tertentu
> sahaja atau mendakwa
> orang ini sesat dan orang itu sesat ?
>
> Etanol dalam kuantiti kecil tidak memabukkan (tidak
> haram) tetapi dalam
> kuantiti yang besar ia boleh memudaratkan seperti
> ahli-ahli keluarganya yang
> lain (toksik) (jika dimakan). Adakah ini bertepatan
> dengan maksud hadis ?
> Maksud hadis "sesuatu yang memabukkan adalah arak dan
> arak itu adalah
> haram".
>
> Hukum bahawa alkohol itu haram sangat-sangat perlu
> dirombak semula. Kita
> tidak patut salahkan orang zaman dahulu jika mereka
> mengeluarkan fatwa
> alkohol itu haram. Ini kerana pada zaman mereka
> pengetahuan dalam ilmu kimia
> mereka amat terbatas sekali, begitu juga
> peralatan-peralatan untuk membuat
> analisa kualitatif juga tidak berkesan dan terbatas.
>
> Mereka di zaman dahulu menganggap bahawa suasa (campuran
> emas dan perak)
> adalah halal kerana mereka merujuk kepada tidak balas
> arak (haram) yang
> berubah menjadi cuka (halal). Mereka menganggap bahawa
> campuran emas dan
> perak menyebabkan ia berubah bentuk menjadi satu bahan
> yang baru. Pada hari
> ini kita telah mengkaji dan mendapati bahawa campuran
> perak dan emas tetap
> satu campuran logam (aloi). Campuran sesuatu bahan yang
> haram dan halal
> tetap menjadi haram. Macam kata pepatah "kerana nila
> setitik, rosak susu
> sebelanga".
>
> Kenapa kita pada hari ini walaupun sudah mempunyai banyak
> kemudahan dan ilmu
> pengetahuan sudah berkembang tetapi masih tetap
> berpandukan kepada
> hukum-hukum fekah dalam kitab-kitab lama. Sepatutnya
> majlis fatwa merombak
> semula fatwa berkenaan permasalahan bahan-bahan (bahan
> kimia, logam) kerana
> ilmu pengetahuan kita sudah mencapai pada tahap yang
> diperlukan. Kenapa
> perlu berfikiran statik ? Sepatutnya kita boleh berfikir
> secara dinamik
> dalam menangani masalah ini.
>
> Bagi pandangan saya, kenapa kita perlu terlampau nak
> terperinci jika sesuatu
> perintah atau hukum itu jelas. Kan dah jadi satu
> kekeliruan besar. Macam
> cerita sapi betina pada zaman Nabi Musa a.s, kaum bani
> Israil diperintahkan
> mendapatkan lembu betina. Kemudian mereka berbalah,
> macam-macam detail
> mereka tanya Nabi Musa. Last last, pekara yang mudah jadi
> sangat susah.
> Mereka kena cari lembu yang berwarna keemasan, tidak tua,
> tidak terlalu
> muda, dan tidak digunakan untuk bekerja. Hampir-hampir
> mereka tidak dapat
> melaksanakan perintah itu.
>
> Bila maksud hadis begitu jelas "sesuatu yang memabukkan
> adalah arak dan arak
> itu adalah haram". Kenapa kita perlu selidik apakah bahan
> yang terkandung di
> dalam arak, bahan manakah yang menyebabkan mabuk,
> bagaimana ia menyebabkan
> mabuk. Bila bertemu masalah lain, seperti tapai, kan dah
> jadi susah. Haram
> atau halal itu bergantung kepada niat kita juga.
> Kesimpulan yang saya dapat
> buat ialah alkohol dikatakan haram adalah disebabkan
> masalah istilah dan
> bukan disebabkan keadaan sebenar. Dalam keadaan sebenar
> alkohol adalah
> alkohol dan arak adalah arak, alkohol bukan arak dan arak
> bukan alkohol.
> Arak mengandungi alkohol tetapi alkohol tidak mengandungi
> arak. Haram
> penggunaan alkohol adalah bergantung pada niat, jika niat
> adalah untuk
> memabukkan maka ia adalah haram, sebaliknya dalam
> pengunaan biasa ia adalah
> halal.
>
> Sepatutnya ustaz-ustaz dan ulama-ulama perlu bermuzakarah
> dengan ahli-ahli
> kimia, biokimia dan perubatan kerana masing-masing adalah
> pakar dalam bidang
> masing-masing. Adalah amat tidak wajar seorang ustaz
> hanya berpegang teguh
> pada hukum-hukum yang dipelajarinya sejak dari bangku
> sekolah tanpa
> menghiraukan perubahan zaman. Pekara ini wajib
> dimuzakarah dan didedahkan
> kepada pengetahuan umum. Umat Islam pada zaman dahulu
> berfikiran dinamik,
> sebaliknya ramai umat Islam pada hari ini berfikiran
> statik. Mereka takut
> akan perubahan atau tidak mahukan perubahan.
>
> Saya nak keluar tajuk sikit, saya pernah dengar satu
> permasalahan fekah yang
> dibincangkan dalam soal jawab agama di TV (sekitar tahun
> 1988-1989) yang
> dihoskan oleh ust. fadzil hanafi (sekarang YB). Ada
> seorang hamba Allah
> bertanyakan masalah kencing tak lawas iaitu air kecing
> keluar sedikit dalam
> masa-masa tertentu. Bagaimana si polan ini hendak
> bersolat. Apa yang
> dijawabnya oleh fadzil hanafi ? ada ke patut dia suruh
> orang itu ikat
> kemaluannya dengan tali supaya air kencing tak keluar
> dengan sendiri.
> Tahukah bahawa penyelesaian ini akan lebih memudaratkan
> kerana aliran darah
> yang terhenti atau gangguan aliran darah menyebabkan
> oksigen tidak dapat
> diedarkan kepada bahagian berkenaan. Jika keadaan
> berterusan, apa yang akan
> jadi ?
>
> Dalam industri makanan dan perubatan pada hari ini,
> pengunaan etanol dalam
> beberapa proses tertentu tidak boleh dipisahkan. Kalau
> tidak, tak jadi
> sesuatu produk. Dalam bidang perubatan pula, etanol
> digunakan sebagai
> antiseptik ketika mengambil sampel darah. Sapa pernah
> kena suntik ? Bahan
> yang terasa sejuk bila terkena kulit itu adalah etanol
> (99.9%). Boleh tak
> etanol digantikan dengan bahan lain seperti air, mineral
> water, air suling,
> H2O2, dettol, klorox, dan sebagainya ? Sila tanya doktor
> kenapa tak boleh...
>
> Jika dirujuk semula kepada maksud hadis itu "sesuatu yang
> memabukkan adalah
> arak dan arak itu adalah haram". Ada beberapa bahan yang
> boleh memabukkan
> atau seseorang itu rasa berkhayal, seperti rokok dan
> dadah. Kenapa hukum
> rokok masih dipertikai kerena perbezaan pendapat, ada
> yang kata haram dan
> ada yang kata makruh. Jika saya tidak silap, Syeikh
> Qardawi ada mengeluarkan
> fatwa bahawa rokok itu haram. Tetapi ini agak sukar untuk
> diterima oleh
> sebilangan besar dari masyarakat kita (baik PAS mahu pun
> UMNO).
>
> Sekarang saya nak sentuh mengenai emas putih. Ini adalah
> satu lagi istilah
> yang disalah ertikan. Ada yang berpendapat bahawa emas
> putih adalah emas dan
> haram untuk muslimin. Jika ia haram kerana nilainya, maka
> sudah tentu
> berlian juga haram kerana nilainya. Emas putih adalah
> Platinum (nama kimia
> dan fizik) dan ia adalah bahan yang berlainan dari emas
> sama ada dari segi
> unsur asli, sifat-sifak kimia dan fizikal. Ia dinamakan
> sebagai emas kerana
> nilainya yang amat berharga dan cantik. Nama kimia bagi
> emas adalah Aurum
> (Au) dan singkatan nama platinum (Pt). Walaupun harga
> emas putih lebih mahal
> dari emas biasa, kegunaan utama emas putih bukanlah
> sebagai perhiasan tetapi
> dalam industri kimia dan petro kimia. Platinum digunakan
> sebagai pemakin
> tindak balas dalam tindak balas ammonia kepada nitrogen
> dioksida yang
> digunakan dalam proses pembuatan asid nitrik. Sebahagian
> dari kegunaan asid
> nitrik adalah dalam pembuatan baja kimia. Perlukah
> muslimin bermegah-megah
> dengan perhiasan ?
>
> Begitu juga keadaan emas hitam. Petroleum dikenali
> sebagai emas hitam kerana
> nilainya dan hitam adalah kerana warna yang hitam. Adakah
> petroleum itu EMAS
> ? Adakah petroleum itu haram ? Kalau haram maka semua
> produk petro kimia
> seperti cat, pelarut, sabun detergent dan sebagainya pun
> haram juga ?
>
> Sekarang ni ada satu istilah yang pelik jika kita
> fikirkan dengan teliti.
> Orang putih kata pukul 12pm adalah tengah hari, 12 am
> adalah tengah malam
> dan selepas 12am adalah pagi. Pendapat mereka diterima
> bulat-bulat tanpa
> pertikaian. Mungkin benar 12pm itu tengah hari jika kita
> berada di GMT 0.
> Tapi kita di Malaysia, di benua Asia, adakah ini benar ?
> Waktu tengah hari
> yang sebenar/tepat adalah 2-3 minit sebelum Zohor
> (selepas pukul 1 petang).
> Walau bagaimana pun ia sudah menjadi istilah, maka
> biarkan sahaja tak perlu
> menyusahkan diri nak pertikaikan.
>
> Satu lagi permasalahan orang-orang kristian, mereka
> mensimbolikan hari
> krismas dengan santa clause dan musim salji. Keadaan ini
> benar bagi benua di
> sebelah kutub utara tetapi bagaimana dengan benua di
> kutub selatan seperti
> Australia. Sepatutnya Autralia meraikan hari krismas
> dalam bulan Jun
> dan bukan Disember, supaya salji dan santa clause dapat
> turun ke bumi.
> Kah, kah, kah.... Kan orang dah kata, kristian ni
> terbatas pada suatu zaman
> dan tempat.
>
> Oleh kerana kita mensempitkan definasi alkohol. Masalah
> pada hari ini
> bertambah komplek. Guieness iaitu sebuah kilang arak di
> Malaysia
> mengeluarkan satu minuman malt (kononnya berkhasiat)
> tanpa alkohol. Oleh
> kerana "tanpa alkohol" maka ia bebas dijual dikedai-kedai
> mamak beragama
> Islam. Adakah Guiness Malt ini halal kerana ia tidak
> mengandungi alkohol ?
> aaa, uuu, aa, uuu, aa, uuu, aa, aaa .... Tak tahu la
> kalau Pusat Islam hamid
> a/l Osman boleh mengeluarkan label halal pada Guiness
> Malt, tentu kecoh
> dibuatnya.
>
> Minta maaf kerana saya terpaksa memperpanjangkan
> perbincangan halal dan
> haram ini. Masalah ini sangat serius dan peluang
> perbincangan jarang saya
> perolehi. Kita sering menyebut masalah halal dan haram
> dalam masalah yang
> besar-besar tetapi dalam urusan pemakanan kita
> sehari-hari, kita cuai
> sedangkan ia tidak berkait dengan sesiapa pun. Masalah
> telur ayam yang tidak
> dibasuh pernah dibincangkan. Walau bagaimana pun ada yang
> membuat andaian
> silap di mana kita tidak perlu sibuk ayam makan apa. Kita
> bukan nak sibuk
> ayam makan apa, yang kita bincangkan adalah telur ayam.
> Di manakah telur
> ayam keluar ? dari mulutnya kah ? atau dari kepaknya kah
> ? atau magic show ?
> Semua orang tau, telur keluar dari mana. Bila telur
> keluar, di manakah ia
> jatuh ? Telur itu akan jatuh ke dalam reban dan mungkin
> jatuh atas taik ayam
> itu sendiri. Kita tahu taik ayam itu najis, tapi bila
> beli telur ayam...
> kita terus pecahkan dan masak. Jangan nak kata, bila
> kenduri... telur yang
> dibeli terus direbus begitu sahaja. Mudah sungguh. Kenapa
> tidak dibasuhkan
> dahulu telur sebelum digunakan. Bukankah membasuh telur
> sebelum digunakan
> adalah lebih baik dan lebih suci. Sebab itulah kalau beli
> roti canai atau
> roti telur kena hati-hati banyak, cek telor itu dalam
> tray kertas atau sudah
> dibasuh. Bagi makanan lain seperti biskut, roti, kek yang
> mengandungi telor
> dan dibuat oleh bukan Islam dan "hand made", kita kena
> elakkan dari membeli
> produk-produk ini.
>
> Oleh kerana kita ini suka isu yang besar-besar, saya akan
> bentangkan isu
> yang paling besar tetapi orang langsung tak kisah dan tak
> boleh nak buat
> apa-apa. Saya dah bentangkan isu ini pada awal tahun lalu
> (1999) tetapi tak
> ada respone. Satu sumber makanan umat Islam yang tenat
> adalah sumber air
> minuman itu sendiri. Tidak banyak loji pembersihan air
> yang memperolehi
> sumber air yang betul-betul semula jadi. Saya pernah
> tanya rakan saya yang
> mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Syariah mengenai air
> sungai yang kotor
> dalam kuantiti yang banyak, laju sahaja dia menjawab "air
> suci dan boleh
> menyucikan". Betul-betul hafal nota. Air sungai yang saya
> maksudkan adalah
> air-air longkang dari kawasan perumahan, ladang, pekan
> yang mengalir ke
> dalam sungai, air sungai ini kemudian dipamkan untuk
> diproses untuk
> dijadikan air minuman. Air sungai dalam keadaan semula
> jadi iaitu tidak
> mengandungi bau, warna dan rasa, sudah semestinya suci
> dan menyucikan.
> Tetapi pada hari ini, banyak sungai yang telah tercemar
> sama ada disebabkan
> sistem kumbahan yang tidak sempurna, sisa industri, sisa
> ladang, dan sisa
> ladang penternakan shit. Ada beberapa kawasan tadahan air
> yang boleh
> dikatakan tercemar iaitu Loji Sg. Langat, Loji Sg.
> Semenyih, Loji Pasir
> Salak (untuk penduduk Sepang), Loji Sg. Linggi dan
> lain-lain. Ada juga loji
> yang mendapat air semula jadi antaranya : Loji PA Bukit
> Nenas (untuk
> penduduk Pusat Bandar KL), Loji PA Sg. Rangkap (untuk
> MD.Gombak), Loji Sg
> Batu (untuk penduduk Ulu Yam) dan lain-lain.
>
> Jika kita beranggapan air sungai dalam keadaan apa pun
> tetap suci, kita
> perlu lihat air kumbahan dari Loji Pembersihan Air
> Kumbahan Indah Water. Air
> kumbahan yang diproses sangat banyak dan boleh jadi air
> sungai, air ini
> jernih tetapi mungkin berbau sedikit. Adakah ini suci dan
> menyucikan. Jika
> ia suci, saya nak proses air itu untuk dijadikan air
> minuman kepada mereka
> yang menganggap air itu suci. Jika mereka sanggup telan,
> air kencing yang
> disulingkan (proses penulinan air) pun boleh dikitar
> semula untuk kegunaan
> mereka. Sebab itulah saya kata, ramai ustaz seumpama ini
> berfikiran statik,
> mereka hafal bulat-bulat tetapi mereka gagal
> menterjemahkan ilmu mereka ke
> dalam kehidupan harian di zaman ini. Mereka gagal memikul
> amanah yang
> diberikan kepada mereka. Minta maaf, saya terpaksa kata
> juga.
>
> Bagaimana benda yang haram atau najis boleh mempengaruhi
> diri kita ? Maksud
> hadis "dalam tubuh kita ada segumpal darah jika baik maka
> baiklah diri kita,
> sebaliknya jika buruk maka buruklah diri kita, apa yang
> dimaksudkan darah
> itu ialah hati". Maksud hadis lagi "Makanan membentuk
> hati". Jadi tidak
> hairanlah jika Syaidina Abu Bakar sanggup memuntahkan apa
> yang telah
> dimakannya bila ia mengetahui makanan itu mengandungi
> barang yang haram.
>
> His, pening kepala kalau memikirkan masalah umat Islam
> kini. Macam mana kita
> nak tolong umat Islam supaya mereka mendapat sumber
> makanan yang halal,
> sedangkan mereka sendiri tak kisah langsung halal dan
> haram. Entahlah, ...
>
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2005 07:58 AM | Show all posts
aku ada artikel yg menarik tentang alkohol.. korang bacalah...

Alkohol sebenarnya adalah satu kumpulan bahan kimia organik yang mengandungi kumpulan berfungsi OH. Alkohol adalah satu kumpulan bahan kimia organik yang besar. Glicerin (C3H5(OH)3) adalah tergolong di dalam kumpulan alkohol dan banyak terdapat di dalam produk pengguna tidak kira produk makanan ataupun produk kosmetik.

Alkohol sekarang ini disinonimkan dengan ethanol atau ethyl alkohol. Bagi orang bukan Islam, ini bukanlah satu isu yang besar. Namun bagi umat islam, isu alkohol ini amat sensitif. Sebut sahaja alkohol, terus teringat dalam kepala akan haram. Perswis berharap agar umat Islam terutamanya yang berpendidikan tinggi revise semula pemahaman tentang alkohol.

Perswis terlibat dengan pembangunan di dalam bidang barangan pengguna terutamanya herba. Kerap ditanya begini: "Produk ini ada alkohol tak dik?" Untuk berkata benar: "Ada" Sebab di dalamnya memang mengandungi alkohol walaupun sebenarnya bukan ethanol.

Di dalam Al-Quran ada menyebutkan tentang pengharaman Khamr (5:90), (7:33) dan (2:219) - tidak pula secara direct menyebut ethanol. Perswis tak pasti apakah maksud sebenar khamr dalam bahasa arab, namun melalui pembacaan seperti di http://www.abc.se/~m9783/fiqhi/fiqha_e72.html menyebutkan bahawa khmar bermaksud produk fermentasi daripada jus anggur. Secara luasnya sebarang benda yang memabukkan. Sabda rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

"Semua yang memabukkan adalah khamr dan semua khamr adalah haram"
"Khamr is that which befogs the mind"

Adakah Ethanol haram diminum? Pada perswis berpandukan kepada hadith diatas ia memang haram sebab ethanol memabukkan. Bagaimana sedikit ethanol? Pun haram juga. Sebab banyaknya ethanol itu memabukkan. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan At-Thirmidzi):

"Apa yang banyaknya memabukkan, sedikitnya adalah haram"

Nampaknya seperti jelas. Namun, soalan cepu emasnya adalah:
Kalau di dalam produk itu mengandungi ethanol, adakah produk itu haram?
Pada perswis bergantung kepada produk tersebut.

1. Sekiranya produk itu adalah produk makanan dan ethanol dicampurkan secara sengaja (walaupun sangat sedikit), ia lebih menghampiri haram sekiranya di makan.
2. Sekiranya produk itu bukan produk makanan (spt perfume) ia harus digunakan diluar badan dan haram di makan.
3. Sekiranya produk tersebut mengandungi ethanol secara semula jadi dan banyaknya tak memabukkan, maka ia halal untuk di makan.

Contoh yang paling jelas untuk sebab yang ke 3 adalah cuka. Umat Islam maklum bahawa Rasulullah S.A.W memakan cuka dan baginda bersabda:

"Yang terbaik dikalangan makanan adalah yang mengandungi cuka"

Apa itu cuka? Cuka dihasilkan samada dengan fermentasi berterusan jus yang mengandungi jumlah gula yang tinggi ataupun dengan menyuntik Oksigen kepada ethanol yang diperolehi daripada proses industri petroleum. Apa yang memberikan cuka rasa masamnya adalah asid asetik. Asid asetik tergolong di dalam kumpulan asid karboksilik dan formula kimianya adalah CH3CO2H. Di dalam cuka asli ataupun tiruan, turutan proses penghasilannya tetap sama;

CH3CH2OH (Ethanol) + O2 --> CH3CO2H (Asid Asetik) + H2O (Air)

Di dalam cuka biasanya terdapat 4-8% asid asetik. So what? Di dalam disiplin Chemical Engineering, kami semua akur bahawa sunnah setiap proses tidak ada yang mencapai 100% ataupun complete process. Di dalam penghasilan cuka, tidak semua ethanol ditukarkan kepada asid asetik. Sekurang-kurangnya 0.1 peratus ethanol masih hadir di dalam asid asetik. Jadi, adakah asid asetik seterusnya cuka haram?

Untuk menjawab persoalan ini, mari kita berbalik kepada hadis Rasulullah S.A.W:

"Apa yang banyaknya memabukkan, sedikitnya adalah haram"

Jadi, adakah CUKA memabukkan bila kita minum banyak? Jika tidak - dan sememangnya tidak InsyaAllah, maka cuka tidak haram. Berdasarkan kepada hadis rasulullah S.A.W itu juga TAPAI harus untuk di makan. Namun apabila Ubi atau pulut tersebut sudah menjadi TUAK, makan ia haram diminum.

Isu alkohol adalah isu yang besar dan sebenarnya memerlukan sedikit kefahaman tentang amalan Islam dan kimia organik. Marilah kita sentiasa meningkatkan kefahaman kita tentang alam sekeliling kita dan sentiasa peka dengan isu2 semasa. Jika tidak, kita akan terkeliru dengan sesuatu yang kadangkala mudah sebenarnya.

Apa yang ditulis oleh perswis kali ini adalah semata-mata pandangan peribadi. Apa yang baik sesungguhnya datang dari Allah dan apa yang tidak adalah kerana kejahilan dan kelalaian perswis terhadap petunjuk Allah yang sebenarnya. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.


semua quote dipetik dari bincang.net

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2005 08:02 AM | Show all posts
nak lebih yakin lagi?? cuba baca berita nie..

[quote]

KAHERAH: Majlis Syariah Islam United Kingdom (UK) dilaporkan membenarkan masyarakat Muslim membeli minuman ringan yang terbukti mengandungi alkohol dan produk sampingan daging babi.

Akhbar The Guardian melaporkan, majlis itu yang juga pihak berkuasa tertinggi mengenai halal dan haram makanan, mengeluarkan fatwa yang menjadikan minuman Lucozade dan Ribena sesuai untuk umat Islam.

Fatwa itu dikeluarkan berikutan kebimbangan yang disuarakan masyarakat Muslim mengenai kandungan dalam minuman berkenaan.

Minuman Lucozade mengandungi 0.01 peratus ethyl alcohol sebagai penambah rasa manakala penapis bagi menghasilkan Ribena pula dibuat daripada gelatin, antara hasil sampingan daging babi.

揝aya tidak nampak apa masalahnya untuk meminum Ribena dan Lucozade yang mengandungi bahan ethyl alcohol dan produk sampingan daging binatang yang tidak memaparkan keasliannya atau mengubah rasa, warna dan bau produk itu,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2005 08:14 PM | Show all posts
ah, just remember, daging babi adalah daging, tapi tak semua jenis daging haram dimakan.

cam tu la ngan alcohol, ethanol(kandungan arak) adalah alcohol, tapi tak semua alcohol haram.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2005 11:21 PM | Show all posts
Rasulullah sendiri menggalakkan kita makan makanan bercuka... cuka tu mmg lah asid asetik, bukan alkohol. tapi pembuatan cuka ialah hasil daripada tindakbalas kimia alkohol dan oksigen. dalam tindakbalas kimia, hasilnya tidak akan jadi 100%, maknanya ianya tidak "perfect". tak semua alkohol tu akan jadi asid... pasti akan ader trace alkohol dalam setiap cuka. jadi kalau benar alkohol tu haram pada pandangan korang, maka cuka tu jugak haram sbb cuka mengandungi trace alkohol.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 02:39 PM | Show all posts
tapi pembuatan cuka ialah hasil daripada tindakbalas kimia alkohol dan oksigen. dalam tindakbalas kimia, hasilnya tidak akan jadi 100%, maknanya ianya tidak "perfect". tak semua alkohol tu akan jadi asid... pasti akan ader trace alkohol dalam setiap cuka. jadi kalau benar alkohol tu haram pada pandangan korang, maka cuka tu jugak haram sbb cuka mengandungi trace alkohol.


interesting point.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2005 05:05 PM | Show all posts

nak tumpang tanya..

kalau camtu camne kalau masakan yang dicampur sedikit wine..?? haram ke..?? wine dicampur sebagai penambah rasa kepada makanan tersebut..
tapi rasanya takdela sampai memabukkan..boleh ke..??
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 08:14 PM | Show all posts
Originally posted by lemak_masin at 29-8-2005 05:05 PM
kalau camtu camne kalau masakan yang dicampur sedikit wine..?? haram ke..?? wine dicampur sebagai penambah rasa kepada makanan tersebut..
tapi rasanya takdela sampai memabukkan..boleh ke..??


Kullu muskirin khamr, wa kullu muskirin haram

Wine memang nyata muskirinnya. Sedikit atau banyaknya, substance nya tetap muskirin. Please refer Al-Maidah ayat 90, emphasize on the word fa-ajtanibu-hu. Dah kalau ambik sikit tu pun, kan tak menepati arahan fa-ajtanibu-hu. There's also a hadith in Sunan Abu Dawood and Tarmidhi, yg berbunyi "Of that which intoxicates in a large amount, a small amount is haram".

Wallahualam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 09:38 PM | Show all posts
aku rasa the point here ialah kita confuse dalam melabelkan alkohol tu haram ker tak.. kalau wine, brandy, vodka, whiskey tu semua mmg ternyata haram sbb setiap satunya boleh memabukkan jika diminum.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 09:48 PM | Show all posts
yg haram adalah arak kan?alkohol bukanlah arak...
cuma dlm  arak ade alkohol...
kalau dah nyata haram,minum sikit pun haram la

katakan alkohol tu haram,
alkohol tu dlm ubat batuk pun ade..abes tak leh minum la ubat batuk kalau sakit batuk
sbb yg haram sikit ke...byk ke...memang tak buleh
itu apa yg saya belajar la

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.145285 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list