CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6716|Reply: 23

Tamaddun Inca - Khazanah Berharga -

[Copy link]
Post time 12-7-2008 08:52 AM | Show all posts |Read mode
KHAZANAH BERHARGA...


PEMANDANGAN menarik Copacabana di pesisir pantai Tasik Titicaca
yang terletak antara sempadan Peru dan Bolivia, tempat ditemui
tapak purba berusia lebih 1,700 tahun oleh saintis, baru-baru ini.



Tamadun Inca merupakan antara tamadun terawal dunia dan ia meninggalkan kesan yang mendalam dari segi sejarah dunia, kemajuan dan kebudayaan yang diguna pakai ketika zamannya.


Bagaimanapun, penemuan secara tidak sengaja oleh pihak pemaju yang bercadang memajukan satu kawasan yang menjadi tumpuan pelancong di Copacabana bulan lepas, menyingkap kembali sejarah awal tamadun itu melalui penemuan pelbagai jenis artifak bersejarah.

Kawasan berkenaan yang dirancang untuk didirikan sebuah pasar raya moden, terpaksa dibatalkan setelah banyak penemuan bersejarah antaranya kawasan perkuburan, barang perhiasan dan cebisan pakaian yang mampu menerangkan realiti kehidupan masyarakat Inca ketika zamannya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

saya ada study dan baca tentang incas in south america ni -
a great historical placed found - where the incas civilization used
to be very big -

nanti saya akan cari lagi news tentang incas civilization -
boleh kita share sama2 --

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2008 04:44 PM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

aku ada tengok muzik depa masa depa main kat foyer kat SACC  last year  best gak!!

ni ha aku ada artikel pasal muzik depa!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 04:48 PM | Show all posts
'Budaya kami, itulah Amerika'

Muzik itu mungkin satu bahasa universal. Tetapi bagi seorang pemuzik Inka, Wilson Lema, muzik adalah naluri, masyarakat, perasaan dan yang penting, legasinya. Kepada wartawan YEO LI SHIAN, dia berkongsi cerita.







BUKAN semua orang tahu menghargai muzik tradisional. Kata orang, hanya mereka yang bercita rasa tinggi dan eksklusif sahaja mampu menghayati irama muzik seperti itu.

Tiada lirik dan tiada ritma tertentu. Yang ada, mungkin bunyi titisan air hujan ataupun desiran angin. Sesekali kedengaran pula kemerduan kicauan burung dan unggas. Bunyi seruling pelbagai nada kemudiannya terbit daripada dendangan muzik latar, mendamaikan telinga yang mendengar. Begitu uniknya irama muzik masyarakat pribumi Amerika ini.

Bagi yang tahu menghayatinya, muzik ini terlalu indah untuk dijadikan perbandingan. Begitu asli, semula jadi dan mentah adalah antara perkataan terbaik untuk menghuraikannya.

Indahnya muzik ini tidak hanya pada instrumen yang digunakan. Ia ada pada sisi budaya yang ingin ditonjolkan.

Atas sebab itulah, pemuzik Inka dari Ecuador, Wilson Lema, 40, sanggup merentas benua demi meraih cinta masyarakat luar terhadap muziknya. Wilson yang mula berjinak-jinak dengan muzik tradisional seawal usia 13 tahun telah merantau ke lebih 10 negara bagi menyebarkan daya tarikan irama indahnya itu.




Di negara-negara Eropah yang pernah dijejakinya, Wilson biasanya membuat persembahan di tepi-tepi jalan. Beraksi di jalanan bukan sahaja lebih popular. Malah, katanya, bergelar seniman jalanan juga berpotensi dikesan oleh pihak tertentu sebelum dijemput beraksi pada persembahan lebih berprestij.

Lantas, tidak hairanlah, apabila irama tradisional seperti ini lebih mudah meraih empayar peminatnya yang tersendiri di negara-negara barat.

"Ada kalanya, sesetengah penonton (jalanan) di Eropah akan hulurkan tip sebagai tanda penghargaan kepada muzik saya," katanya ketika ditemui di pusat beli-belah Hartamas baru-baru ini.

Pun begitu, kata Wilson, Malaysia tetap memberinya 'satu perasaan' yang amat mesra dan selesa membuatkan dirinya bagaikan berada di rumah sendiri.

"Saya datang ke sini sebab sebelum ini, kenalan pemuzik seantero pernah datang ke Malaysia. Oleh kerana kebanyakannya sudah berkeluarga, mereka tidak lagi berminat untuk merantau," katanya yang mengakui berasa sangat selesa menjadi diri sendiri ketika mendendangkan muzik di sini.

Beliau pernah membuat persembahan di Jerman, Hungary, Itali dan Austria.


DI pusat beli-belah, Wilson lebih selesa menyuntik elemen muzik yang berbeza.

Bercakap tentang Malaysia pula, satu cahaya kepuasan bagaikan terpancar dari sudut mata lelaki berketurunan suku Quichua, puak Inka ini. Riak wajahnya jelas menterjemahkan kegembiraannya. Gembira kerana dapat berkongsi muzik warisannya dengan masyarakat tempatan.

Masakan tidak, Malaysia merupakan satu-satunya negara Asia dan juga yang pertama dijejakinya untuk berkongsi irama pribumi Amerika ini. Persembahan sulungnya di ibu negara telah berlangsung di Genting Highlands kira-kira dua tahun lalu.

Tiada pentas gergasi, tiada dekorasi mewah. Yang ada, cuma kaki lima pusat beli-belah di destinasi peranginan terkemuka itu. Dengan bertemankan beberapa peralatan muzik tradisional, mikrofon dan sistem bunyi asas, irama masyarakat asli Amerika Wilson dibiarkan bebas berkumandang mengisi ruang.

Cubaan pertamanya nyata tidak sia-sia. Tepukan gemuruh dan senyuman lebar daripada penonton jalanan memberi motivasi kepadanya.

"Mereka (penonton) begitu terpegun dengan muzik saya. Lalu, saya ambil keputusan untuk kembali ke sini," ujarnya.


PENGUASAAN kemahiran bermain instrumen tradisional perlu lahir daripada hati.

Di Malaysia khasnya di Kuala Lumpur, irama muzik tradisional Wilson telah pun 'memeriahkan' suasana sekurang-kurangnya 10 buah pusat beli-belah dalam tempoh masa setahun ini. Katanya, pusat beli-belah adalah lokasi terbaik untuk memberi peluang kepada khalayak mengenali muziknya.

"Terus-terang saya katakan, saya lebih suka 'beraksi' di pusat beli-belah daripada pentas yang besar. Dengan cara ini, orang ramai boleh datang dekat dan lihat sendiri bagaimana muzik yang begitu indah terhasil hanya menggunakan beberapa instrumen ringkas," tambahnya bersungguh-sungguh.

Jika di jalanan, Wilson biasa memainkan muzik yang lebih 'hidup' dan rancak, di pusat-pusat beli-belah pula, dia selesa menyuntikkan elemen muzik berbeza. Klasik, damai dan menenangkan jiwa adalah pilihan yang lebih sesuai untuk suasana di dalam pusat beli-belah.

Anak kepada pasangan pengusaha tekstil ini bagaimanapun bukan satu-satunya anggota dalam keluarga yang mewarisi bakat bermain instrumen tradisional pusakanya.

Abangnya, Alonso, 44, merupakan mentor yang menyuluhnya masuk ke dalam arena muzik tradisional.
"Abang beri saya inspirasi terbanyak. Cuma, dia tidak pernah jadikan muzik sebagai periuk nasinya. Sebaliknya, dia dorong adiknya belajar menghayati dan bermain instrumen ini. Maka, lahirlah rasa cinta saya terhadapnya," jelas anak kelima daripada tujuh adik beradik ini.

Selain galakan daripada abangnya, satu 'pertemuan' tidak sengaja dengan seniman-seniman di New Mexico suatu ketika dahulu telah memberi pendedahan sulungnya kepada seruling Cidar iaitu seruling orang asli Amerika Utara.

ALAT ini turut mengeluarkan bunyi yang merdu.

Abangnya yang kini menetap di Jerman sejak dua dekad lalu, mungkin telah membuka mata dan hati Wilson untuk menyayangi muzik warisan pusakanya itu. Tetapi, jika tiada kerelaan dan kesungguhan Wilson untuk belajar sendiri, barangkali muzik tradisional itu hanyalah satu irama kosong tanpa perasaan.

Bak kata Wilson, 'muzik itu bahasa yang kita semua fahami. Namun, hakikatnya, tidak semestinya ia dihayati dan dihargai sepenuhnya.'

Ada benar dalam kenyataannya itu. Dari luar, Wilson yang mengenakan persalinan ringkas, berkemeja putih dengan padanan sehelai jaket kulit rusa bermotifkan geometri, tidak jauh bezanya dengan kebanyakan lelaki biasa. Tetapi, di sebalik penampilan biasa itu, dia adalah seorang yang berbakat besar dan begitu sabar mengejar impian agar dunia mengenali Amerika daripada muzik pribuminya.

"Sering kali apabila bercakap tentang Amerika, orang biasanya teringatkan 'mat saleh'. Sebenarnya Amerika lebih daripada itu.

"Ada satu budaya di Amerika...dan budaya kami (masyarakat pribumi). Itulah Amerika yang sebenar dan itulah persepsi yang ingin saya ketengahkan kepada khalayak menerusi muzik saya," tambahnya sambil memberitahu muzik pribumi menjadi lambang sebenar budaya masyarakat dan negara asalnya.

Wilson yang pernah bermain dalam kumpulan sudah empat tahun membuat persembahan muzik secara solo. Lebih selesa bergerak secara berdikari, dia memiliki sekitar 10 buah cakera padat (CD) yang menghimpunkan pelbagai muzik tradisional, kontemporari dan juga moden.

Semuanya dipadankan dengan muzik latar bersama kesan-kesan bunyi yang dihasilkan daripada instrumen muzik tradisional. Setiap CD Wilson dijual pada harga RM49 dan mengandungi 12 buah lagu.


CD ini mengandungi 12 buah lagu.

Tidak pernah menerima sebarang tajaan untuk bermain muzik, Wilson membiayai segala kos perbelanjaan, daripada tiket penerbangan, makan minum, sehinggalah penghasilan CD, menerusi dana peribadinya.

Sambil berbual, pandangannya terarah kepada himpunan peralatan muzik berdekatan. Katanya, setiap hari, dia belajar dan berlatih memperbaiki alunan iramanya daripada instrumen Amerika Utara dan Selatan.

Untuk alunan muzik moden, seruling leper (panflute) yang dikenali sebagai Zampona akan digunakan manakala seruling Cidar pula untuk lagu-lagu yang merilekskan, misalnya, lagu yang ditujukan kepada alam semesta.

Jelas Wilson, tiada bakat istimewa diperlukan. Sebaliknya, penguasaan kemahiran bermain instrumen tradisional perlu lahir daripada hati.

"erasaan itu harus ada. Saya kata begitu bukan kerana saya pandai (main instrumen). Tetapi, sebab saya percaya perasaan dan muzik itu wujud seiringan," jelasnya merendah diri.



Baginya, setiap hari adalah inspirasi. Apa sahaja yang dilihat sama ada pemandangan indah, cahaya matahari, kemesraan alam dan hubungan sesama manusia adalah cetusan idea.

Tidak mengapa jika muziknya tidak sepopular lagu-lagu hits terkini. Yang penting kata Wilson, adalah peluang yang diberikan. Ingin terus memartabatkan muziknya sampai ke akhir hayat, Wilson berkata: "Terima kasih Malaysia. Sebab penghargaan dan peluang yang diberikan kepada muzik dan kehadiran kami (pribumi Amerika) di sini."




wokey aper muzik depa.... saper2 minat klasik blues sumer... mmg besh dengaq nih.. aku siap beli cd depa laei...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 09:33 AM | Show all posts
oh, aku pernah baca pasal tamadun inca ni dalam komik disney... citer donald duck ngan anak2 buah die mengembara... inca ni ada banyak harta karun... heheh


komik ni memang berguna sebenarnya... cara mendapat knowledge secara ringan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 10:07 AM | Show all posts
Laa mamat nih.. kat klsenrtral dua bulan lepas duk lepak dekat 2 minggu..
aku dok lalu pi balik ada ler dengar.. ok laa..
aku ingatkan musik instrumen dari sabah sarawak .. kah kah kah..
tak sangka yg main tuh orang dari ecuador.. hehehhehehe

tapi dia main live mmg kelass... aku tgk kot jauh jer...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 06:52 PM | Show all posts
aku konfius..tamadun mayan, inca dengan apa lagi satu......lupa lak...semua kat amerika selatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2008 09:40 PM | Show all posts

kota bawah tanah...

Derinkuyu, the mysterious underground city of Turkey

In 1963, an inhabitant of Derinkuyu (in the region of Cappadocia, central Anatolia, Turkey), knocking down a wall of his house cave, discovered amazed that behind it was a mysterious room that he had never seen, and this led him room to another and another and another to it ... By chance he had discovered the underground city of Derinkuyu, whose first level could be excavated by the Hittites around 1400 BC ..

Archaeologists began to explore this fascinating underground city abandoned. It managed to forty meters deep, but is believed to have a fund of up to 85 meters. At present 20 levels have been discovered underground.

Only eight can be visited at the highest levels; others are partially blocked or restricted to archaeologists and anthropologists who study Derinkuyu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 09:42 PM | Show all posts
The city was used as a refuge for thousands of people living in the basement for protection from the frequent invasions suffered Cappadocia, at various times of their occupation, and by the early Christians.

The enemies, aware of the danger that enclosed inside the city, usually the people who were trying to leave the area by poisoning wells..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2008 09:43 PM | Show all posts
......The interior is striking: the underground galleries of Derinkuyu (where there is room for at least 10,000 people) could hang on three strategic points moving circular stone door.

...These heavy rocks that shut down the aisle prevented the entry of the enemies. Ten韆n de 1 a 1,5 metros de altura, unos 50 cent韒etros de ancho y un peso de hasta 500 Kilos. Were between 1 to 1.5 meters in height, about 50 centimeters wide and weighing up to 500 Kilos.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 09:43 PM | Show all posts
In the picture above shows how the circular stone door closed the aisle, isolating the inhabitants of the subsoil...

.......In addition, Derinkuyu has a tunnel about 8 miles long that leads to another underground city of Cappadocia, Kaymakli.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 09:44 PM | Show all posts
Of the underground cities of this area spoke the Greek historian Xenophon. .....In his work An醔asis explained that people who lived in Anatolia had dug their homes and were living in underground shelters large enough for a family, your pets and supplies of food stored.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 09:44 PM | Show all posts
.........Recovered at the stables have been located, dining, a church (cruciform plan of 20 by 9 meters with a ceiling of more than three meters high), kitchens (yet ennegrecidas by soot from the fires which was lit for cooking ), Presses for wine and olive oil, wine, food shops, a school, numerous rooms and even a bar.

..........The city benefited from the existence of an underground river, water wells and had a wonderful ventilation system (52 wells have been discovered vents) that amazes engineers today.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 09:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 09:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 09:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 09:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2008 09:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 09:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 09:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 09:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.102347 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list