CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 27620|Reply: 33

Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam

[Copy link]
Post time 15-7-2008 06:40 AM | Show all posts |Read mode
Makin sepi dan terbiar

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI


Jambatan reput dan peta yang tertanggal merupakan antara kemudahan yang terbiar tanpa penyelenggaraan di Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam.

SHAH ALAM 14 Julai - Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam di sini merupakan taman pertanian pertama dan terbesar di Malaysia.

Di samping sebagai sebuah pusat rekreasi, taman itu merupakan satu-satunya taman pemeliharaan semulajadi Malaysia, selain berperanan sebagai pusat rujukan dan kajian dalam bidang pertanian.

Taman Pertanian Malaysia diwujudkan pada tahun 1986 atas idea Menteri Pertanian pada ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid.

Taman dengan keluasan 1,295 hektar itu dibuka kepada orang awam secara rasminya pada tahun 1986 dan terus menjadi lokasi tumpuan ramai kerana keunikan dan keistimewaannya.

Tahun 1992 adalah tahun kemuncak bagi taman pertanian itu kerana telah menerima lebih 500,000 pelawat.

Pelbagai tempat menarik yang menggamit pelawat disediakan di taman itu seperti rumah empat musim , Kampung Budaya, Taman Kaktus dan banyak lagi.

Kemudahan yang disediakan juga amat membanggakan dan memuaskan hati para pengunjung ke taman itu.

Masa berlalu dan kini Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam semakin sepi dan terbiar tanpa penjagaan rapi.

Walaupun semua kemudahan dan tarikan di taman itu masih wujud tetapi kegagalan menyenggaranya dengan baik menjadikan ia kelihatan usang dan ada yang tidak selamat digunakan.

Jika diberikan penilaian, kawasan yang berada di bawah jagaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini hanya dapat empat markah dari markah penuh 10.

Sudah banyak kali isu ini dibangkitkan dan bukannya pihak pengurusan Taman Pertanian Malaysia tidak mengambil sebarang tindakan tetapi usaha yang dilakukan masih tidak mencukupi, mungkin akibat kekangan kewangan.

Tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati kebanyakan kemudahan yang disediakan berada dalam tahap tidak memuaskan dan banyak yang perlu diperbaiki.

Malah, kemudahan asas seperti tong sampah juga tidak disediakan dengan secukupnya dan keadaan itu tentunya menggalakkan pengunjung untuk membuang sampah dengan sewenang-wenangnya.

Akibat kekurangan pengunjung, banyak tempat perniagaan terbiar kosong dan kelihatan usang dan mencemarkan keindahan taman itu.

Ada sesetengah tempat pula boleh mengundang bahaya kepada pelawat seperti titi yang semakin reput dimamah serangga perosak di Taman Padi.

Peta taman itu yang sepatutnya memberikan maklumat kepada pelawat pula sudah tertanggal dari tempatnya dan disandarkan sahaja pada replika cendawan yang akan disitu sedangkan ia seharusnya dijaga rapi kerana bertujuan memberikan maklumat kepada pengunjung taman itu.

Tanpa maklumat yang lengkap, pengunjung boleh sesat di dalam taman itu.

Di Taman Haiwan, sebahagian bangsal haiwan hanya menunggu masa untuk rebah manakala tempat rehat juga dibiarkan tanpa dijaga.
Ada tempat di Taman Haiwan yang ditimpa pokok tumbang, dibiarkan tanpa tindakan pembersihan.

Ini bukan sahaja mengundang padah bahkan menyakitkan mata memandang.

Beberapa peniaga dan pelawat yang ditemui di sekitar Taman Pertanian itu juga tidak berpuas hati dengan penyelenggaraan yang dilakukan oleh pihak pengurusan taman itu.

Seorang peniaga yang enggan namanya disiarkan memberitahu, pihak pengurusan Taman Pertanian Malaysia tidak mengambil langkah serius dalam mengekalkan kemudahan yang ada di sini.

" Penyelenggaraan yang dijalankan amat tidak memuaskan dan banyak lagi kemudahan yang perlu dibaiki, selain usaha promosi,'' katanya lagi.
Menurut peniaga itu lagi, kebanyakan pelawat mengunjungi taman itu pada hujung minggu dan cuti sekolah sahaja dan pada hari biasa, terlalu sedikit yang mengunjunginya.

"Dulu saya suka datang ke mari tapi kini saya sedih dengan kemudahan yang ada di sini dan saya kecewa ketika melawat taman ini," katanya.
Seorang pelawat yang hanya mahu dikenali sebagai Rizal berharap kerajaan dapat mengembalikan kegemilangan taman itu.

Katanya, taman itu merupakan satu tempat yang cantik dan mendamaikan serta sangat sesuai membawa keluarga berehat tetapi daya tarikan itu sudah semakin hilang.

Dia yakin Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyedari masalah yang dihadapi oleh taman itu dan berharap mereka dapat melakukan sesuatu untuk memulihkannya.

Pada tahun 2006, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan taman pertanian itu akan dimajukan sebagai Taman Botani Negara selepas termeterainya perjanjian pajakan kawasan itu selama 60 tahun di antara kerajaan Selangor dan Persekutuan.

Namun, usaha ke arah itu dilihat berjalan terlalu perlahan menyebabkan taman itu kelihatan terbiar dan gagal menarik



sedih lak aku baca ttg bukit cahaya seri alam ni (dulu mmg aku selalu pegi) aku masih panggey bukit cerakah.. dah biasa.. masa aku sekolah2 dulu mak pak aku bawak kitorang jalan2.. ada mcm train sumer... mmg syok kat sini... sejuk aje.. lagi pun dekat ngan rumah kitorang...  kalu lah di renovatekan mungkin dapat tarikan lagi... tapi... bila ye...  tempat yang cantik... sayang dah tarak org nak pergi...  hanya tinggai kenangan....

mmg perlukan bajet banyak kalu gomen nak majukan balik.. persoalannya.. depa nak buat ke...

[ Last edited by  amazed at 15-7-2008 06:41 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2008 08:27 AM | Show all posts
Taman ni dah lama sgt terbiar sejak pemerintahan bey end dulu lagik....mcm hangat
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 08:31 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by alifinara at 15-7-2008 08:27 AM
Taman ni dah lama sgt terbiar sejak pemerintahan bey end dulu lagik....mcm hangat
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 09:29 AM | Show all posts
tasik dia boleh memancing tak??
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 09:41 AM | Show all posts
sayangnya tempat yang begitu menarik untuk dikunjungi terbiar begitu sahaja, ia merupakan rimba ilmu yang tak ternilai harganya
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 12:09 PM | Show all posts
tempat ni masa zaman haku kanak2 ribena dulu mmg cantik..then masa haku remaja2 pon masih cantik lagi..siap berdating bagai kat sini..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2008 12:28 PM | Show all posts
teringat aku taman 4 musim....time musim sejuk ada salji...jakun wooo time tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 01:56 PM | Show all posts
tak sampai lagi ke sini
semua dah nampak burok
sayangnyaaaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2008 07:11 PM | Show all posts
mmg misteri tmpt nih..ada 4 musim wehh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 05:50 PM | Show all posts
sekarang dah gondol dikerja kan oleh Si Toyo & geng
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2008 05:54 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 16-7-2008 05:50 PM
sekarang dah gondol dikerja kan oleh Si Toyo & geng

Hampir tinggal sejarah, kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 10:54 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 16-7-2008 05:50 PM
sekarang dah gondol dikerja kan oleh Si Toyo & geng



seingat aku, ms sekolah aku gi sana, mmg cantik sgt tempat ni
cycling mmg best
ms tu zaman Tun M

zaman skang, zaman pak lah dan toyo
abiss sume ranap:@ :@ :@ :@
takde kredibiliti memimpin lgsg

dah terang2 nampak pak lah dan kroni tak pandai memimpin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2008 05:40 PM | Show all posts
Berjalan di Bukit Seri Cahaya

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

Dengan hanya satu langkah mudah iaitu berjalan, kita sebenarnya sudah mampu menjalani satu kehidupan yang sihat.



SENAMAN pagi dikendalikan oleh jurulatih dari Fitness First.

ACARA berjalan kaki sejauh tujuh kilometer (km) sambil 'ditemani' alam persekitaran menghijau pastinya membangkitkan suasana yang penuh mengasyikkan dan menenangkan jiwa.

Selain menghirup udara segar yang tidak tercemar daripada hiruk-pikuk kota raya, warga Malaysia yang menyertai program Jacob's Walk of Life 2008 di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Seri Cahaya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini, dilihat ceria dan seronok merasai pengalaman berjalan kaki di kawasan rekreasi tersebut.

Dengan kehadiran lebih 5,000 peserta, program ini boleh dianggap berjaya dalam mendidik masyarakat supaya mementingkan kesihatan. Program ini merupakan siri kempen kedua ke arah menjalani kehidupan yang lebih sihat anjuran Kraft Malaysia Sdn. Bhd., pengedar biskut Jacob's di Malaysia.

Malah, ada peserta yang tiba seawal pukul 6 pagi untuk mendaftar bagi menyertai kempen Jacob's Walk of Life yang disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan tujuan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia agar memilih gaya hidup sihat seperti mengurangkan risiko menghidap penyakit diabetes, obesiti dan kadar kolesterol yang tinggi.


PASANGAN suami isteri, Aznurin dan Ismaliza bersama
dua anak mereka turut mengambil bahagian dalam acara ini.



Turut memeriahkan program ini ialah pasangan juruhebah paling popular, Fara Fauzana dan Faizal Ismail dari stesen radio Hot FM. Mereka bertindak sebagai duta kempen Jacob's Walk of Life serta Jack Lim dan Gan Mei Yan dari MyFM.

Menurut Fara dan Faizal, kempen jalan kaki kali ini agak mencabar berbanding tahun lalu kerana melibatkan kawasan yang mempunyai muka bumi tidak rata dan berbukit.

"Tahun lalu, kami mengadakan program ini di Taman Tasik Titiwangsa yang mana kawasannya tidak berbukit. Tetapi di Taman Pertanian Bukit Seri Cahaya ini, kami terpaksa melalui satu perjalanan yang lebih sukar, namun menyeronokkan. Walaupun penat, kami amat gembira kerana dapat bersama-sama warga Malaysia menyertai program ini.

"Sepanjang perjalanan, kami sempat berbual-bual mesra dengan peserta dan ini secara tidak langsung mendekatkan kami dengan mereka," kata Faizal yang sering mengunjungi gim untuk membina stamina dan kesihatan diri.


RIBUAN peserta berjalan menyusuri jalan raya di Taman
Pertanian Malaysia, Bukit Seri Cahaya, Shah Alam bagi
menjayakan program Jacob抯 Walk of Life.



Kempen Jacob's Walk of Life ini dirasmikan oleh Pengarah Promosi Kesihatan KKM, Abdul Jabar Ahmad diiringi Pengarah Urusan Kraft Malaysia, Dieter Schulz. Ia dimulakan dengan sesi senaman ringan bersama Fitness First, salah satu penaja program ini tepat pukul 7 pagi.

Setelah menamatkan perjalanan sejauh tujuh kilometer, para peserta berhibur dengan permainan serta menikmati biskut Jacob's dan minuman daripada Anlene.

Juruhebah radio MyFM, Mei Yan dan Jack, mengakui kesibukan bertugas menyebabkan mereka tidak berpeluang bersenam untuk menjaga kesihatan diri.
Justeru, dengan menyertai program ini banyak kebaikan yang diperoleh sekali gus membuktikan bahawa dengan satu langkah mudah iaitu berjalan sahaja, kita mampu menjalani satu kehidupan yang sihat.

"Di samping itu, apa yang lebih penting ialah penyertaan peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum tanpa mengenal usia. Kanak-kanak, remaja, golongan dewasa serta warga emas tidak ketinggalan menyertai aktiviti menyeronokkan ini.

"Melalui program ini juga, saya dapat lihat bagaimana ia boleh mengeratkan hubungan, contohnya suami isteri yang berjalan sambil berpegangan tangan dan menikmati suasana pagi yang segar di Bukit Seri Cahaya ini," jelas Mei Yan yang tidak teragak-agak untuk mengikuti program ini pada masa akan datang.


SETELAH penat berjalan, kanak-kanak meluangkan masa
bermain di kemudahan yang disediakan.

Antara peserta yang turut mengambil bahagian ialah sepasang suami isteri, Aznurin Ahmad dan Ismaliza Ibrahim, 37, bersama dua anak mereka, Nurismaliana, 10, dan Nurina Alisya, 4.

Menurut Ismaliza, dia dan keluarganya menyertai program ini secara suka-suka, selain bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama mereka.

"Saya mengetahui program ini melalui iklan di televisyen dan berfikir ia sesuai untuk disertai sebagai aktiviti bersama keluarga. Tanpa dikenakan sebarang bayaran, kami turut diberi cenderahati seperti baju-t, makanan dan sebagainya," ujar Ismaliza sambil tersenyum memandang suami dan anak-anaknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2008 12:35 AM | Show all posts
Forest park in a derelict state
Stories by THO XIN YI

LIKE a gem losing its lustre, the Bukit Cahaya Seri Alam agricultural park at Shah Alam will fast turn into a sleepy hollow, if nothing is done to redeem its fading charms.

During a recent visit to the park located at Section 8 in the Selangor state capital, StarMetro discovered that many attractions are either closed or poorly maintained.

The once popular green wonderland, which offers fresh, air amid lush, enchanting surroundings, could do with some face-lifting to restore its former glory.


Recreation spot: The park is an ideal place to cycle but the bicycles are not well maintained.

The Mushroom Garden, for example, was in a sorry state with some of the giant mushroom statues falling over.
The dustbins were emitting a foul stench. The water in the uncovered bins was also breeding grounds for mosquitoes.

Real mushrooms were nowhere to be seen. A hut which was believed to be the exhibition hall of the fungi was closed.

A notice was put up informing people that it was temporarily shut down for renovations.

The Orchid Garden is yet another disappointing site.

It is apparent that the site had been left abandoned for quite some time – the plants no longer bloom and the weeds are growing wild amid the pots. A pile of empty pots is also carelessly chucked aside.

Over at the Animal Farm and Bird Farm, most of the cages are empty.

The agricultural park covers 817ha and programmed transport for visitors is obviously essential.
There is a shuttle bus service but its operation is irregular and covers only half the route.

The bus driver is blocked off from the passengers by a screen and this makes communication almost impossible, especially when the passengers want to alight from the bus. Not all of the buses are equipped with buzzers.

The first bus the StarMetro team took did not take it to the Empangan Sungai Baru, a dam with fish rearing facilities located at the far end of the park.
The team observed that quite often, cyclists trekking the park had to stop by the road to allow the buses to drive through. There is no cycling track on the main road for their safety.

What could have been a forest wonderland has become, sadly, a derelict and forsaken wasteland.

Visitors to the park are obviously disappointed and upset with the sorrowful state of the once charming and enchanting green environment.
Account executive Anna Wong, 26, who visited the park recently with a group of friends, had a few complaints.

“The bicycles for rent were available at two rates. We opted for the newer ones, which were more expensive. But the chain of my bicycle came lose frequently. Worse still, my friend’s chain broke when we had cycled some distance from the bicycle shed,” Anna said.


Empty nest: One of the empty cages at the Bird Farm.


“When we requested for a change of bicycles, the man just shrugged off our requests, saying that Itu biasalah (it’s normal),” she said.
Anna also pointed out that a few so-called attraction sites were unplea-sant.

“I was really looking forward to the Rabbit Garden but I only saw a handful in a cage placed in a locked barn,” she said.
“The lake, near the Padi Field, was an eyesore with many lotus plants covering most of the water surface. There were kayaks being left unattended at the lake side. I wonder if one could still row on the lake,” Anna said.

She said the situation of the park had deteriorated much since her last visit six years ago.

Still active: The Four Season House remains a popular attraction among the visitors.

“I remember there was an aquarium in a ship but it is nowhere to be seen now,” she said.
On a more positive note, Anna said there were still some attractive destinations in the park worth visiting.

“We enjoyed the scenic view from the observation tower next to the Mushroom Farm and the Four Season House, which is depicting winter currently, is well-kept,” she said.

The entrance fee for an adult into the park is only RM3 and Anna said she did not mind paying a bit more if the park was well maintained.

“The management should do something to liven up the park. It has so much potential but, sadly, it’s not being developed properly,” she said.

Selangor tourism, consumer affairs and environment chairman Elizabeth Wong also expressed her disappointment over the state of the park.

“The Selangor government leased the park to Mardi in good faith and it should put more efforts in maintaining the park,” Elizabeth said.

“I remember the park was quite successful when Tan Sri Sanusi Junid was the then Agriculture Minister, but things went downhill after that,” she said.

New area: The Hydroponic Garden is now replaced by Fertigation System but the signage remains unchanged.
Elizabeth also wished the federal government could expedite the promise to develop the park into a national botanical garden.

“In 2005, the then Agriculture and Agro-based Industries Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin had proposed a sum of RM400mil to develop the park into the national botanical garden. We are still waiting for that to happen,” she said.

Elizabeth said the state government was open for discussions with Mardi to revive and regenerate the park into a delightful and enrapturing recreational forest for the enjoyment of locals and tourists.

“The feedback from the public shows that they are disappointed with the forsaken and abandoned forest park. They want us to rejuvenate the park to its former glorious charm,” she said.

“These days, people have only a few green spots to go to and the Bukit Cahaya park is a good place for recreational activities.
“The Bukit Cahaya park must not be left to rot,” Elizabeth said.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2008 12:36 AM | Show all posts
Bukit Cahaya park under federal government control


THE land on which the Bukit Cahaya Seri Alam agriculture park is located belongs to the Selangor government but is leased to the federal government for 60 years.

In March 2005, Sultan Sharafuddin Idris Shah of Selangor had said that Bukit Cahaya Seri Alam should remain under the state government and be protected as a green lung.

However, in February 2006, the then Barisan Nasional state government handed over the park to the Federal Agriculture and Agro-based Industry Ministry.

According to park manager Said Abdul Manaf Said Mahadi, there has been a switch of focus in the park’s activities over the years, from research towards recreation.

“Last time, farmers came to the park to learn how to rear goats and milk them. Such activities reflected those of the ministry.

“But, in 1996, agencies like the Fisheries Development Authority and the Food and Agriculture Organisation withdrew their expertise and the park authorities embarked on eco-tourism,” Said said.

“Most people visit the park for leisure, to exercise, jog, picnic with family members or friends or stay in the chalets. Motivation camps are held, too,” he said.

According to Said, the visitors nowadays are more interested in the exciting recreational activities than in learning about the different kinds of plants.

“The visitors prefer the challenging attractions like Skytrex, Paintball Valley and Fly Fishing. Our paintball facilities, started a year ago, allow the participants to don military-like uniforms and participate in the games in a war-like scenario in the jungle,” he said.

“The Skytrex – trekking from tree to tree through 56 ropes – received very good response from the public since two years ago,” Said said.

He said the number of visitors this year had increased compared with the total number last year.

“Until October this year, we have had 650,000 visitors. This marks a growth of 153,000 visitors from the previous year,” he said.

Said said the main problem in maintaining the park was the lack of funds.

“We have a Mushroom Museum educating the visitors about mushroom cultivation. The Hydroponic Garden is replaced by the Fertigation System, which uses a mixture of soil and cocoa fibre,” he said.

“There is no plan to revive the other attraction sites such as the Puncak Seni, which was used for the launching of National Farmers Day and the Rakan Muda project,” Said said.

On the poor direction signboards in and outside the park, Said said the park had got the approval of the ministry last month to rectify the situation.

“Some people drive into the Shah Alam city centre instead when they want to come to the park, and some visitors get lost in the jungle. The signboard problem can be resolved in two months,” he said.

In the future, the park aims to attract more visitors through the botanical garden concept.

“We will be bringing in endangered plant species,” Said said.

He said the Orchid Garden would be relocated to the botanical garden as planned by the Malaysian Agricultural Research and Development Institute (Mardi).

“The orchids couldn’t survive the disturbance from the monkeys that often ate the shoots.

“It’s tedious to move the plants in and out of the cage every day,” Said said.

According to Said, the whole package comes under the 9th Malaysian Plan and it would take at least five years for it to be fully implemented.

“One thing being undertaken is the boundary fencing of the entire park, and 90% has been completed now,” Said said.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 12:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2008 03:00 AM | Show all posts
perghhh .. lama giler tak gih bukit cerakah ..

rindu plak zaman memuda dulu masa gi camping kat camar rimba
pastu kena ragging panjat bukit sapu tangan tu 3x turun naik
pastu lepak kat empangan/tasik air kuning tu derma darah kat nyamok

uhuuu~ kenangan seyyyy ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 07:59 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 16-7-2008 05:50 PM
sekarang dah gondol dikerja kan oleh Si Toyo & geng




misteri tempat pembiakan TOYOL jawa.............................
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 03:15 PM | Show all posts
sblm nak naik sekolah ari tu, ha bw anak2 jalan2 kat sini...


tiket masuk


musim sejuk....


merak kayangan....


peramah burung nih....


jambatan gantung

so far, ok ler... anak2 suka gak. cuma patut diperbaiki lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2009 07:09 AM | Show all posts
Dingin di Bukit Cahaya

Perkembangan musim dunia, gesaan adrenalin, dan ilmu alam ikan merupakan antara elemen yang ditawarkan Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam di Shah Alam.




KESEJUKAN di Rumah Iklim Sederhana 4 Musim ini mencucuk tulang!



SATU cara yang menarik untuk mengikuti perkembangan musim cuaca dunia adalah dengan berkunjung ke Rumah Iklim Sederhana Empat Musim di Taman Pertanian Malaysia di Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam, Selangor.

Suhunya pada hari Khamis lalu ialah -2 darjah Celsius, sangat sejuk! Biarpun tidak dapat menyentuh ais di laman landskapnya, berdiri di dalam suhu itu kurang seminit sudah cukup untuk membuat anda menggigil kesejukan. Inilah masanya untuk menikmati musim yang tidak ada di Malaysia.



KIRI: KOLAM pancing yang cukup mendamaikan.
KANAN: KALAU anda mahu melihat landak dari dekat,
minta saja kebenaran daripada kakitangan yang bertugas.
BAWAH: KESELAMATAN adalah perkara pertama yang
akan diberi perhatian sepanjang anda berada di Skytrex.



Kalau sudah melangkah masuk ke dalam kawasan taman pertanian, tentunya alam menjadi teman akrab sepanjang penerokaan. Namun, taman ini tidak membiarkan anda menikmati kesemulajadiannya secara monoton sahaja.

"Di sini anda boleh membandingkan antara pengalaman meneroka hutan melalui treking dengan Skytrex Adventure. Adventur tali tinggi ini menawarkan gesaan adrenalin kerana melibatkan ketinggian, kederasan dan ujian mental serta tenaga tubuh.

"Aktiviti yang ditawarkan akan membuatkan pengunjung berdiri, memanjat, berjalan, bergayut dan melakukan pelbagai pergerakan tubuh.



ATAS: PANJAT pokok ini untuk ujian mental, fizikal dan
gesaan adrenalin. BAWAH: AKTIVITI ini nampak mudah,
tetapi mungkin anda perlu mencubanya dahulu.



"Jadi orang ramai akan mempunyai pendekatan yang baru untuk mengingati kunjungan mereka ke sini," ujar Pengurus Skytrex Adventure, Julien Repellin.
Dengan hanya membayar RM35 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak, pengunjung boleh memilih sama ada untuk melakukan Big Thrill, Extreme Challenge atau Little Adventure.

Meneroka kawasan hutan seluas 817 hektar ini tentunya bukanlah mudah. Alternatif kepada berjalan kaki, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan secara percuma yang beroperasi mengikut jadual atau menyewa basikal di dua pusat basikal yang ditempatkan beberapa meter dari pintu masuk utama.



KIRI: CHALET berbentuk A. KANAN: BUNGA-BUNGA kaktus.
BAWAH: TAMAN Kaktus yang benar-benar panas dan
membahang biarpun waktu baru mencecah pukul 10 pagi.




Tapak perkhemahan dan chalet jenis rumah kampung atau berbentuk A disediakan buat mereka yang mahu lebih mendekati alam semula jadi. Merasakan lembap udara malam atau mengamati bunyi-bunyian hutan, bermalam di sini pasti menawarkan ingatan yang mengujakan.

Satu lagi cara untuk belajar tentang alam adalah dengan meluangkan masa di kolam pancing.
Bukan saja pengunjung dapat menguji tahap kesabaran, ilmu terkini yang dipelajari krew Jom Singgah di sini ialah dua teknik memancing yang tercetus berdasarkan pemerhatian terhadap sifat ikan dan persekitarannya.

"Di Empangan Sungai Kuning ini, kami ada dua buah kolam. Kolam pertama yang terletak di bahagian atas dibuka kepada mereka yang memancing menggunakan teknik Fly Fishing atau Pancing Layang, manakala kolam di bawah yang lebih dalam dibuka kepada mereka yang cenderung kepada teknik mengilat umpan tiruan (lure casting).

"Teknik Pancing Layang menggunakan umpan yang meniru sifat dan bentuk serangga.

"Ada yang sesuai dibiar timbul di permukaan air, selebihnya tenggelam ke dasar. Ada yang elok digunakan pada waktu pagi, beberapa umpan yang lain lebih berkesan diguna waktu tengah hari," jelas Pengarah Urusan Infra Connect, Nik Mohd. Rahimi Mohd. Kamaluddin, yang mengusahakan pusat memancing di sini.

Menjelaskan kolam-kolam di sini 'menghidangkan' ikan jelawat, sebarau, kelah, pacu, bulan dan ikan pemangsa yang lain, pengunjung diingatkan ikan yang ditangkap tidak boleh dimasak, dimakan mahupun dibawa balik.

"Kami mengamalkan konsep tangkap dan lepas," ujarnya lagi yang menambah ikan paling berat pernah ditangkap di sini ialah ikan toman seberat enam kilogram.

Pengalaman memancing yang paling menarik, katanya, adalah apabila ada pemancing yang jorannya patah tiga setelah berhempas-pulas 'bergelut' dengan ikan yang termakan umpannya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 10429 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 6963 Replies : 3
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak buat konten!
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 5435 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12
Ramai katanya ditipu acik Kim Seri, tersidai di airport palsukan tiket pelanggan bagai
maklukpenggodaRamai katanya ditipu acik Kim Seri, ters
Views : 17024 Replies : 66
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 309948 Replies : 8926
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27597 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.079706 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list