CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7944|Reply: 25

Berita Terkini Jai Network - Dr Jai telah dihadapkan ke Mahkamah

[Copy link]
Post time 24-7-2008 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Berita Terkini Jai Network - Dr Jai telah dihadapkan ke Mahkamah


berita terkini Jai Network - sumber  dr Utusan Msia; http://http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0724&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_02.htm

Suami isteri didakwa gubah wang haram RM170 jutaOleh shamsiah zulkafli

KUANTAN 23 Julai - Pasangan suami isteri hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kerana menghadapi 189 pertuduhan terlibat dalam penggubahan wang haram bernilai hampir RM170 juta.Tertuduh, Dr. Jailani Jabar, 48, dan isterinya, Dr. Latifah Taib, 47, yang tinggal di Jalan Kubang Buaya di sini didakwa melakukan perbuatan tersebut antara bulan Februari 2006 dan Oktober tahun lalu.Jailani didakwa atas 106 pertuduhan melibatkan nilai RM98.7 juta, sementara Latifah atas 89 pertuduhan membabitkan nilai RM71.3 juta.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah di atas semua pertuduhan yang dibacakan di tiga buah mahkamah di hadapan Hakim Jagjit Singh Bant Singh, Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain dan Hakim Habibah Mohamed Yusof.Pendakwaan dikendalikan oleh dua Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad dan Saifuddin Hashim Musaini, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

Sebutan kes itu berlarutan selama lebih enam jam yang bermula pada pukul 3 petang sehingga 9.30 malam.
Mengikut pertuduhan, kes-kes melibatkan pembayaran deposit dan ansuran bulanan sembilan buah kereta termasuk jenama BMW, pembelian empat buah rumah, dua buah lot rumah kedai, satu lot kilang selain transaksi kemasukan wang menggunakan akaun syarikat ke akaun peribadi masing-masing.

Kedua-dua pasangan itu didakwa menggunakan nama syarikat Jailani, Jai Network System Sdn. Bhd. dan Bagai Wangsa Sdn. Bhd. bagi menjalankan kegiatan tersebut.Mereka didakwa mengikut Syeksen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang dibaca bersama Seksyen 87(1)(b) akta yang sama.
Selepas pertuduhan dibacakan, Dzulkifli mencadangkan kepada mahkamah agar tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Syed Azimal Amir bagaimanapun meminta mahkamah mempertimbangkan jumlah jaminan memandangkan harta pasangan suami isteri itu telah dibekukan sejak setahun lalu selain Jailani yang mempunyai tiga isteri lain dan 13 orang anak.
Mahkamah kemudian memutuskan Jailani diikat jamin sebanyak RM848,000, sementara Latifah sejumlah RM415,000 masing-masing dengan seorang penjamin, dengan dokumen perjalanan mereka juga perlu diserah kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 11 Ogos depan bagi sebutan kes di hadapan Jagjit Singh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2008 10:13 AM | Show all posts
ramai tul yg terpedaya dgn jai network ni termasuk abg aku..:@
sib baik abg aku dah insaf join benda2 mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 10:29 AM | Show all posts
cam kenal jew.. ha..ha.. memang kaki klentong paling besar la dia tu.. kenal sesangat.. gatal nak mampus bini dh 4 pun gatal lagi.. kesian bini2 die.. umah dia dpn hostel ikip.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 10:30 AM | Show all posts

Reply #2 mama_ain's post

abg ko buat bisnes ape ngan die.. stormberg ke mlm
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 02:12 PM | Show all posts
jai dia buat ape bisnes?jual emas ker atau uptrend
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 03:10 PM | Show all posts
Originally posted by mohaz69 at 24-7-2008 02:12 PM
jai dia buat ape bisnes?jual emas ker atau uptrend


refer sini.........

http://forum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=279872&extra=page%3D1&page=1
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2008 12:25 PM | Show all posts
RM170 juta......perghhhhhh....byk betul dia kutip....dah tu pi gubah masuk akaun sendiri plak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 12:18 PM | Show all posts
katanya jai network no ada kontrak between pelabur dan syarikat...
so apa jadi pada kontrak tu?
bolehke pelabur guna kontrak tu untuk tuntut duit diorg balik?
ke dah boleh buat bongkoss nasi lemak?
kesian betul aku kat yang terlibat ni...
benda2 mcm ni la yang buat aku malas nak ambik pusing biz2 yang diiklan kat internet ni

btw aku terasa nk buat sharx netwok la, untung memang tak tercapai dek pikiran pelabur..adaa sapa2 mau join?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2008 12:00 PM | Show all posts
ada can boleh dapat balik tak duit?
kalau korang dpt modal balik pun cukupla, toksah pikir psl untung tu semua

simpan kat ASB aritu je kan selamat....

(pelabur tegar ASB)
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 08:28 AM | Show all posts

Reply #9 sharx's post

satu lagi...
simpan kat bank persatuan pun dah slamat dapat dividen....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 10:33 AM | Show all posts

Reply #8 sharx's post

walaupun aku tak join benda2 mcm ni, tapi aku selalu baca update isu ini kat blog semut, kesian aku tengok org2 kene tipu. masalahnye ader yg pinjam duit ah long. tak campur lagi yg ajak satu family kat kampung untuk invest beribu-riban.

tak salah aku, agreement, lawyer tak sain dan tak bagi ke pembeli, jadi kira takde SnP agreement, lawyer pun sama songlap duit la tu

[ Last edited by  batu_bergolek at 30-7-2008 10:35 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2008 11:20 AM | Show all posts
aku tengok muka Dr Jai tu asyik senyum jer walaupun kena tangkap. senyum orang kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 12:20 PM | Show all posts
Originally posted by batu_bergolek at 30-7-2008 10:33 AM
walaupun aku tak join benda2 mcm ni, tapi aku selalu baca update isu ini kat blog semut, kesian aku tengok org2 kene tipu. masalahnye ader yg pinjam duit ah long. tak campur lagi yg ajak satu fam ...


susah kalau orang awam yang tak faham term2 perguaman ni...
ada kontrak perjanjian semua rasa dah selamat
Ya Allah jauhkanlah saudara2 seIslam aku dari skim2 mcm ni
ada ke forumner cari yg join jai network ni?

sebab tu la orang2 tua simpan je kat ASB, TH atau memana yg dijamin kerajaan
ortodok pun ortodokla janji tak kena tipu riban2
so pe lg?
marila melabur di ASB dan Bank Persatuan
bilala ASB boleh bg dividen tinggi sikit
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 12:22 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 30-7-2008 11:20 AM
aku tengok muka Dr Jai tu asyik senyum jer walaupun kena tangkap. senyum orang kaya.


banggala dapat klepet duit orang juta2
dia ni ada can tak masuk senarai orang paling kaya di Malaysia 2008?
kalau bangkrap pun pastikan duit2 orang awam tak terlepas pada proksi2, barua2 dia ni:@:@
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 12:23 PM | Show all posts
Originally posted by koko2 at 30-7-2008 08:28 AM
satu lagi...
simpan kat bank persatuan pun dah slamat dapat dividen....


hepi nampak?
baru klem dividen ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 08:09 AM | Show all posts

Reply #15 sharx's post

ya...dapat diveden & re-invest lagik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2008 09:42 AM | Show all posts
Originally posted by koko2 at 31-7-2008 08:09 AM
ya...dapat diveden & re-invest lagik....


wahhhh bestnyeee korang melabur.. bila laa nak ade duit byk nak melabur ni... huhuhu

bank persatuan dividen berapa yekkk??? camna nak melabur dalam bank persatuan ni???
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 10:48 AM | Show all posts
pegi je kat topik bank persatuan tu...
ramai otai2 BP sedia membantu anda

thread ni khusus utu mengutuk, mengumpat, mengeji, menghina dini Jai Network
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 01:04 PM | Show all posts
Originally posted by sharx at 31-7-2008 10:48 AM
pegi je kat topik bank persatuan tu...
ramai otai2 BP sedia membantu anda

thread ni khusus utu mengutuk, mengumpat, mengeji, menghina dini Jai Network


hehehe.. ok.. baru perasan ada thread ggak utk Bank Persatuan... TQ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2008 11:04 PM | Show all posts

Reply #18 sharx's post

penipu2 duit org ramai ni memang patut dihina & dikeji krn makan duit haram.

rezeki yg haram dikongsi bersama.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.252744 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list