|
[size=85%]Musim cuti tiba lagi, kalau di Kelantan musim cuti bermakna musim berlangsungnya perkahwinan. Hidangan semasa kenduri kahwin bermacam-macam, mengikut tempat. Masakan ini biasa dihidangkan di area Kota Bharu, terutama sekali di Bunut Payong.
[size=85%]
[size=85%]Tow Choo Bunut Payong Special
[size=85%]Bahan-Bahan
[size=85%]Paru-paru
Limpa
Jantung
Hati
Daging
Udang
[size=85%]Serai ]
Lengkuas ]
Halia ] Dimesin
Bawang Merah ]
Bawang Putih ]
[size=85%]Udang Kering
Belacan
Manisan
Asam Jawa
Kacang Towchoo
[size=85%]Lada kering
Lada Hijau
Tomato Hijau
[size=85%]Cara
[size=85%]Panaskan minyak dan tumis serai, lengkuas dan halia yang di mesin hingga bertukar warna. Kemudian masukkan bawang merah dan bawah putih yang di mesin, lepas itu masukkan udang kering mesin dan belacan yang telah dihancurkan.
[size=85%]Masukkan daging, paru-paru, limpa, jantung, hati, daging dan tutupkan periuk, kemudian masukan udang. Tambahkan air, garam, manisan, air asam jawa, kacang towchoo dan lada kering yang telah di mesin. Akhir sekali masukkan lada dan tomato kemudian angkat segera.
|
|