CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5534|Reply: 15

Puasa Hari Jumaat..

[Copy link]
Post time 6-8-2008 08:26 AM | Show all posts |Read mode
Salam kawan2 semua...

Mohon sesiap yang pakar boleh tolong clarify tak untuk sy,

Puasa hari Jumaat perlu beriringan ke? maksudnya, ada yang kata kalau nak puasa hari Jumaat kena puasa samaada hari Khamis atau Sabtu.... dah lama saya dengar benda nie... Please support with dalil dsbnya

Setahu saya, setiap hari adalah istimewa, terutamanya la ni bulan Syaaban kan... bulan mulia .. so adakah kena puasa iringan juga?
Ada yang kata sebab kita tak nak sama dgn bangsa lain, Yahudi kalau tak silap...

My late dad used to say... do not make Islam a difficult religion... so i.m a bit confused, dad is no longe around, selalunya... baba kemusykilan agama refer dgn dia...

So please anybody out there could shed a light on this matter....

Thanks in advance
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2008 09:19 AM | Show all posts
itu hari ana ada dengar kat radio..masa tu awal rejab jatuh jumaat...ustaz tu ckp....boleh puasa start hari jumaat ...tapi lebih afdal puasa hari sabtu sama
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 09:21 AM | Show all posts

Balas #1 diehard\ catat

sori..bab dalil aku lemah
tapi aku nak respon gak dari apa yg aku belajar
kalo puasa ganti harus dibuat hatta hari Jumaat
pose sunat tak disunatkan hari Jumaat keculai kalo puasa khas yg mang terkene hari Jumaat cth puasa sunat hari2 tasyriq
hari Jumaat nih bagi Islam hari raya mingguan
Allahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 09:33 AM | Show all posts
Bagi sesiapa yg arif tolong berikan dalil tentang ini....

selalu sgt dengar klau puasa ari jumaat mesti disertakan hari2 sebelum atau selepas....

klau benar fakta ni tolonglah berikan dalil dan penerangannya..... sy sendiri keliru dgn keadaan ini....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 09:34 AM | Show all posts
yang kita tahu kalu puasa hari jumaat tapi tak pair dengan hari khamis / sabtu hukumnya makruh. tapi sorry, kita tak dapat nak sertakan dalil2 yang berkaitan.

kita pon tengah mencari2 hukum puasa hari jumaat sahaja  (samada puasa wajib / sunat)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2008 10:05 AM | Show all posts

Reply #3 yusrin's post

bukan apa.... sy pun banyak dengar-dengar.... juga
jadi agak pening....
my anak saudara, belajar kat UIA... dah elok2 puasa isnin hingga khamis... hari jumat tak pose sebab katanya... nanti kena pose hari Sabtu... leceh sebab nak g jalan2 hari sabtu...... so sy pun tanya... sapa cakap...dia kata kawan2 cakap... sy pun rase resah juga... sebab since my time in UIA which is long time ago... semua " kawan-kawan cakap'

kata lah umpamanya nisfu shaaban jatuh hari jumaat... sunat pose kan...so camne?

So apa kata kita jom sama2 mencari jawapannya lagi.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2008 05:51 PM | Show all posts
kalau puasa pada hari khamis, x wajib puasa hari jumaat,
sekiranya ko puasa hari khamis dan jumaat berturutan, sabtu ko x wajib puasa,
kalo khamis x puasa, jumaat plak ko posa, maka sabtu wajib puasa.....

begitulah adanya......
dalil ada tapi x ingat......
nanti a aku carik.....
tapi itu la setakat yang aku tau...
ke guane????

[ Last edited by  anti_israel at 6-8-2008 05:53 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 08:47 PM | Show all posts

Reply #7 anti_israel's post

jgn lupa sertakan dalil tu k.... lagi cepat lagi bagus...

kawan sy ada yg nak puasa ganti hari jumaat, tp ramai kawan2 lain menghalang dgn alasan kena puasa 2 hari....bila ditanya dalil, diaorg diam jerk....

kesian kawan sy.....sy tak selesa dgn statement gitu sbb ianya seolah2 menyukarkan apa yg mudah.....melainkan klau ada dalil yg jelas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2008 09:20 PM | Show all posts

Reply #1 diehard's post

kalau ko nak puasa Jumaat, ko kena buat Sabtu sekali atau kau buat jumaat dengan khamis. Jumaat adalah hari besar Islam..maka sebab tu tak digalakkan berpuasa...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 10:13 PM | Show all posts
Saya ringkas-ringkaskan sikit sajer....

..............................................................

Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda :
"Jangan mengkhususkan malam Jumaat untuk Qiam Al-Lail dari malam yg lain, dan mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa dari hari yang lain, melainkan telah biasa berpuasa salah seorang dari kamu" - [Hadith Riwayat Muslim #1144].

Al-San'aani menjelaskan (didalam Subul al-Salaam) :
"hadith ini menunjukkan haram mengkhususkan hari Jumaat untuk beribadat atau membaca Al-Quran yang bukannya amalan kebiasaan seseorang, selain dari mana yang telah diajarkan, seperti membaca surat al-Kahf."

Kata Al-Nawawi pula:
"Hadith ini jelas menunjukkan haram mengkhususkan malam Jumaat untuk solat atau siang harinya berpuasa telah dipersetujui bahawa hukumnya MAKRUH"

Shikeh Al-Islam, Ibn Taimiyah berkata :
"Sunnah mengatakan adalah makruh mengkhususkan satu hari berpuasa didalam bulan Rejab, dan Makruh mengkhususkan berpuasa satu hari pada hari Jumaat" - [al-Fataawa al-Kubra, 6/180]

Bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Ibn Utsaimin berkata :
"Bagi hari Jumaat, bukanlah sunat berpuasa pada hari itu, dan hukumnya MAKRUH berpuasa satu hari" - [al-Sharh Al-Mumti' 6/465]

"Dibenarkan bagi seseorang Islam berpuasa pada hari Jumaat bagi mengqadha' puasa Ramadhan walaupun berpuasa 1 hari" - [Al-Lajnah Al-Daa'imah, 10/347].

Kesimpulannya, mengkhususkan melakukan puasa sunat atau Solat malam pada hari Jumaat adalah perkara yang ditegah, kecuali bagi mereka yang sentiasa melakukan amalan tersebut, seperti kebiasaan berpuasa dipertegahan bulan hijrah yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat. Bagi mereka yang melakukan qadha' puasa Ramadhan, tidaklah ditegah melakukan puasa dihari tersebut.

wallahu 'alam.

[ Last edited by  ibnur at 6-8-2008 10:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 10:18 PM | Show all posts
Al-Nawawi di dalam Minhaj al-Thalibin berkata:
"Dimakruhkan berpuasa hari Jumaat secara bersendirian, dan pada hari Sabtu."
(Bihamisy Mughnil Muhtaj, vol.1, hal. 447)

Al-Khatib al-Syarbini memberi komentar:
[Dan dimakruhkan berpuasa secara bersendirian pada hari Jumaat kerana sabda Rasulullah s.a.w.: "Jangan kamu berpuasa oleh salah seorang dari kamu pada hari Jumaat kecuali berpuasa sehari sebelum atau selepasnya." (HR Syaikhani). Alasannya ialah, agar dengan tidak berpuasa dapat menguatkan dirinya untuk melakukan perkara yang dituntut pada hari Jumaat.
(Lihat: Mughnil al-Muhtaj, al-Khatib al-Syarbini, vol 1, hal 447)
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 08:06 AM | Show all posts

Reply #1 diehard's post

Ni hadith tentang tu :

Abu Huraira (Allah be pleased with him) reported the Apostle of Allah (may peace be upon him) as saying: None among you should observe fast on Friday, but only that he observes fast before it and after it. (Sahih Muslim : 2545)

Abu Huraira (Allah be pleased with him) reported Allah's Apostle (may peace be upon him) as saying: Do not single out the night (preceding) Friday among the nights for prayer and do not single out Friday among days for fasting but only when anyone among you is accustomed to fast (on dates) which coincide with this day (Friday).(Sahih Muslim : 2546)

Ni more to sebab tak mahu Jumaat tu diagungkan menjadi hari yg khusus untuk puasa...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 11:53 AM | Show all posts
ok ni saya dgr soaljwb kat radio.kbtulan 1Rejab tu hari jumaat.mufti perak kata bole puasa semata2 jumaat tu je dsebabkan hari peristiwa.maksudnye bkn suka2 nak puasa jumaat.so tak perlulah di'iringi puasa pd hari sabtu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 12:08 PM | Show all posts
mak saya bagitau kalau nak puase ganti bole hari jumaat sahaja puasa... tp kalau nak puase sunat kenala puasa jumaat dan sabtu sekali
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 12:22 PM | Show all posts
Alhamdulillah dah clear dan yakin...trima kasih semua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2008 04:30 PM | Show all posts
alhamdulillah
Tima kasih ye
baru la jelas sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.139575 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list