View: 30242|Reply: 115
|
Haram ke tak duit tu ekk?
[Copy link]
|
|
Hmmmm, ada satu persoalan kat sini.. harap ada sapa2 yg dpt bg pandangan..
katakan lah... aku beli barang2 untuk company.. contohnya brg2 stationery. ada satu org tengah yg akan dpt komisien dari supplier sttaionery tu kalau dia dpt customer.
then org tgh tu offer harga murah dari harga biasa (beza dlm rm100)..so aku amik lah dari dia...
tapi..kat invoice tu dia tak boleh letak harga discount, dia kena letak actual punya price.. so kalau aku pandai2 ubah kat invoice (walaupun harga jd lg murah), nnti account akan question.. tp biasanya takde lah jd masalah sgt kat account, sbb kalau benda murah sapa taknak kan?
masalahnya kat sini.. kalau aku anggap perbezaan harga tu sebagai komisien aku sendiri. mcm org tgh tu kata setiap item dia dpt 10% upah dari supplier dia..
so kalau aku assume yg sama dan duit tu aku amik, haram tak???
aku konpius la...
kalau haram, aku tak amik la..tp kalau tak haram apa salahnya aku amik kan? kat invoice tak jejas apa2, then tu inisiatif aku sendiri nak dptkan harga murah..
camne ekk?? |
|
|
|
|
|
|
|
tny company ko la cmne...mcm aku cnth nye mak kasi rm5..suh beli bawang 5 bijik..aku amik bwg top2 dah...harga rm4..singit tu tny makla..bg simpan ke x..ehehhee...jgnla sengaja amik bwg murah2...sbb nak untung bnyk..cmni ke situasi ko?eheheee... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 mya^ixoRa's post
Tapikan, dlm invoice tu nanti dier letak harga murah kan??? |
|
|
|
|
|
|
|
ermmmm....
macam ni kena p tanya ustat nie..
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin haram..
dah terang2 dier dah kata kat ko dier akan jual murah soo deal or activity selepas tu base on harga murah tu ahh..
komisen selepas harga murah tu kalo dier nak share baru tak kire haram..
jika selepas dia invois dan co. ko wat payment pastu dengan rela hati org tengah tu kasi kat ko as share komisen(sebab tlg dier dapatkan customer) then kasi sapu ahh...
tapi kalo harga jual kat co. ko rm10..tapi actually hanya rm7..dan dier wat invois rm10 tu semata2 nak cover komisen dier n ko kire tak bole ahh...
dah kire ko mempergunakan syarikat ko(walaupun actually org tengah tu yang buat) |
|
|
|
|
|
|
|
bagi mek tu haram..lain ler tu syarikat ko ...kalu tak ko mintak izin owner syarikat tu |
|
|
|
|
|
|
|
bagi balik duit tu kat company... |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam Bab Muamalat, soalan sdr ini berkenaan dgn apa yg dikenali sebagai Simsar.
Iaitu definasinya : Sesaorang yg menjualkan sesuatu barang orang lain atas dasar bahawa dirinya akan diberikan upah ( komisen ) oleh si-empunya barang bersesuaian dgn usahanya.
Maksudnya A sebagai wakil yg menjual barangan tuannya diberi komisen atau upah atas usaha dan kebijaksaannya dlm satu2 urusniaga. Sebagaimana hadis berikut :
Dari Ibnu Abbas r.a : Dalam pekara pengertian simsar, katanya :
Tidaklah mengapa kalau sesaorang berkata : Juallah kain ini dengan harga sekian, berapa lebihnya dari penjualan itu, maka yang lebih itu untuk engkau.
( Riwayat Bukhari )
Lebihan yg menjadi upah/komisen penjual ini mestilah :
i.) Harga yg lebih hasil dari harga jualan wakil penjual itu
ii.) Harga sebenar telah ditetapkan oleh penjual. Misalnya penjual tetapkan barangan pada harga RM50 dan wakil penjualnya berjaya menjual pada harga RM80. Maka RM30 itu adalah upah/komisen wakil penjual tersebut.
Berurusniaga secara simsar ini dibolehkan dlm agama dgn syarat tidak wujud penipuan ke atas mana2 pihak.
Dari soalan sdr di atas, wakil suppplier yg menjual itu berhak mendapat komisen atas usahanya itu, tetapi bagi pihak sdr sebagai pembeli pula seperti wujud suatu perbuatan urusniaga yg tidak jujur yg tidak dibenarkan oleh agama.
Dari Rifa'ah bin Rafi, bahawasanya Rasulullah SAW pernah ditanya orang : Apakah usaha yang paling baik ? Di Jawab oleh Nabi SAW : Usaha sesaorang dgn tangannya dan tiap2 jual beli yg jujur.
( Riwayat Bazar dan Hakim )
masalahnya kat sini.. kalau aku anggap perbezaan harga tu sebagaikomisien aku sendiri. mcm org tgh tu kata setiap item dia dpt 10% upahdari supplier dia..
Itu anggapan sdr bukan dgn kebenaran dan pengetahuan majikan sdr. Lebih2 lagi pula sdr dibayar gaji dari majikan sdr dan kemungkinan juga 'ganjanran' lain kerana berlaku jujur hingga memberikan keuntungan besar kepada pihak majikan.
Wallahu A'lam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lebih baik jgn ambik sbb ko bekerja & dah dibayar gaji oleh Co.....kalo ko x ambik ko rasa rugike?kalo gitu ko kena betulkan iman ko!....ini lah dinamakan keberkatan rezeki kalo ko x ambik!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak faham la apa kau cakap.
supplier jual berapa ringgit?
orang tengah tu jual berapa ringgit?
bagaimana dia tentukan harga tu? adakah selepas ambil kira komisen dia dan komisen kau?
bila aku baca ni, aku rasa kau dah boleh agak status halal haram duit tu.
. ada satu org tengah yg akan dpt komisien dari supplier sttaionery tu kalau dia dpt customer.
then org tgh tu offer harga murah dari harga biasa (beza dlm rm100)..so aku amik lah dari dia...
tapi..kat invoice tu dia tak boleh letak harga discount, dia kena letak actual punya price.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 mya^ixoRa\ catat
hah... masih segar lagi sistem rasuah style gini. zaman aku jual buku dulu jenuh gurubesar mintak komisyen macam ni. pastu dia suruh masukan dalam tambung sekolah. eehhh.. aku assume betul la masuk tabung sekolah. baik sangka jer. tokeh pun kata biasa ler tu, tolong sekolah repair atap katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #10 Gemukkkkkkk\ catat
macam ni...
kata la buku harga RM100 di pasaran.
Discount dibenarkan oleh syaikat buku kurang dari 20%.
komisyen aku 15%.
So dalam invoice aku tulis....
Buku Sejarah Pemimpin Rasuah RM100.
Diskaun % 0
Jumlah RM100
Tapi sebenarnya aku bagi 10% diskaun kat sekolah.
Bila dia check RM100, aku akan bagi tunai RM10 kpd cikgu atau kerani yg bagi check tu.
Yang RM10 tu sebenarnya aku potong dari komisyen aku. Sepatutnya aku dapat RM15, tapi aku ambil RM5.
Kalau ikutkan sebenarnya aku yang bagi derma ke tabung sekolah tu....
Tapi tokey semua dah tau dah cerita ni tu sebab dia org dah markup komisyen salesman tinggi-tinggi. Kalau tidak komisyen setakat 2-5% jer.
Tapi tu cerita zaman to kadok dahulu kala ler. Pun bukan aku bagi ke poket dia, tapi masuk tabung sekolah katanya. Kalau tidak kaya ler gurubesar tu. Tentu dah pakai BMW. Tapi ni pakai proton saga jer. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ooo terimakasih ibnur. kalau kes macam tu, sapa yang ambil duit tu, kiranya dia la yang bersalah.
aku pulak dok faham camni:
1) manufacturer jual harga 70/unit
2) harga pasaran ialah 100/unit
3) supplier (orang tengah) jual harga 90/unit
4) pembuka thread beli dari supplier tapi rekod pada harga 100/unit
5) beza 10/unit tu, pembuka thread tanya nak ambil ke poket sendiri atau tak.
aku rasakan tak boleh ambik pasal haram.
secara teknikal, situasi jadi lain kalau supplier jual pada harga 100/unit tapi lepas dapat duit, dia bagi hadiah wang 10/unit dengan si pembuka thread tak ketahui pun niat supplier tu beforehand.
kenapa supplier tu tak boleh letak harga 90/unit kat invois? barang kawalan ke? kalau camtu, suruh supplier issue credit note la. apa susah... |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn salahguna harta company wpun pemberian dr supplier.......
Klu supplier bagi pun mesti gunakan utk company... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mya^ixoRa at 8-8-2008 01:53 PM
Hmmmm, ada satu persoalan kat sini.. harap ada sapa2 yg dpt bg pandangan..
katakan lah... aku beli barang2 untuk company.. contohnya brg2 stationery. ada satu org tengah yg akan dpt komisien d ...
amoi selalu menghadapi situasi mcm nie....
contoh: beli statinory total rega rm50..apek kedai kasi discount rm5<sbb mmg kastemer dia,selalu amik brg opis dari kedai dia>..tapi dlm resit mmg tulis rm50..bayar cuma rm45.
baki rm5 tu amoi akan pulang kat kampeni sbb mmg dah set dlm pale otak : NIE BUKAN DUIT AKU.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mya^ixoRa at 8-8-2008 01:53 PM
kalau haram, aku tak amik la..tp kalau tak haram apa salahnya aku amik kan? kat invoice tak jejas apa2, then tu inisiatif aku sendiri nak dptkan harga murah..
camne ekk??
Kalu dah was-was, lebih baik jgn amik walau inisiatif sendiri.
terkecuali, ko dah jadi ahli seumur idup kat kedai tu untuk terima komisyen untung atas belian.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo nak tengok dari sudut etika pun, benda ni cam tak berapa nak kena.. As an ex-auditor and currently an accountant, bebenda gini I see from that sort of perspective.. ni dah kira the conflict of interest ni yang... elok kalau bagitau je kat that Company yg you can get it at a cheaper price.. jika mereka nak treat the margin as your commission, then it is safe for you to keep it in your pocket. They should be made known, aware and agree if you want to take the commission into your pocket. Otherwise, just use the actual price. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 mya^ixoRa\ catat
mana mungkin sipemberi tak de kepentingan dalam perkara ni
biasanya boleh je dicatatkan dalam invois apa jua discount dsbnya
atau ada sesuatu yang diselindunginya |
|
|
|
|
|
|
| |
|