View: 3537|Reply: 2
|
Vietnam Dilanda Bencana Terburuk - Ribut Kammuri -
[Copy link]
|
|
Vietnam dilanda bencana terburuk
HANOI - Kira-kira 137 orang terbunuh atau hilang di utara Vietnam semalam selepas hujan lebat yang dibawa oleh ribut tropika Kammuri mengakibatkan banjir dan tanah runtuh.
Beratus-ratus tentera, polis dan perkhidmatan kecemasan dikejarkan ke beberapa bandar yang ditenggelami air di wilayah tersebut untuk mengedarkan air minuman, makanan dan ubat-ubatan kepada orang ramai yang terkandas di bumbung rumah mereka.
Pihak berkuasa berkata, kira-kira 300 rumah musnah dan 3,500 rosak disebabkan banjir yang menenggelamkan 5,000 hektar kawasan tanaman.
"Kami telah menghantar semua anggota termasuk tentera dan polis untuk mengatasi punca banjir.
"Kami cuba mendapatkan mangsa-mangsa banjir, mengebumikan mangsa mati dan memberikan rawatan perubatan kepada yang cedera," kata Ketua Parti Komunis, Bui Quang Vinh.
Pegawai-pegawai kaji cuaca Vietnam turut memberi amaran lebih banyak bencana banjir kilat dan tanah runtuh diramalkan berlaku berikutan Kammuri yang disifatkan sebagai bencana alam terburuk pernah melanda negara itu.
"Kami masih mengira jumlah mayat dan mencari mereka yang hilang tetapi kami menjangkakan angka kematian akan meningkat terutama sekali di perkampungan yang terasing akibat jalan-jalan raya dimusnahkan banjir," kata seorang jurucakap kerajaan.
Beberapa pegawai berkata, kawasan Lao Cai yang terletak berhampiran sempadan China menjadi kawasan paling teruk terjejas dengan 32 orang maut akibat bencana yang bermula pada malam Jumaat lepas dan pagi kelmarin.
Pusat Pencegahan Banjir dan Ribut Vietnam melaporkan setakat semalam bahawa 25 orang disahkan terbunuh di wilayah Yen Bai dan lapan lagi di Quang Ninh, utara Vietnam.
"Kerja-kerja menyelamat berdepan banyak kesukaran apabila jalan-jalan raya di kawasan terjejas ditenggelami air atau dihanyutkan banjir," kata laporan itu.
Seorang saksi memberitahu, kira-kira 300 penumpang ter masuk sekurang-kurangnya 25 pelancong Perancis terkandas. - Agensi
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
baru aje cadang nak visit vietnam end of the year - sebab banyak recommendation
untuk holiday kat sini - dah few years dah dengar develop cow cow vietnam ni -
bila baca tentang bencana yang menimpa kat negara dia - rasa sedih pada penduduk
sana.. - bukan sikit punya disaster... - tu kat north vietnam rasanya - tapi still -
all these disasters -- kebanyakkannya kat asia ... rasa2nya macam tak lama aje
malaysia pulak kena.. macam greg kat sabah dulu... global warming punya effect
memang besar - |
|
|
|
|
|
|
|
August 12, 2008
Floods Claim 100 Lives In Northern Mountainous Provinces
HANOI, Aug 12 (Bernama) -- At least 100 people were dead and 37 went missing while 27 other were wounded in northern mountainous provinces by late August 10 after heavy rains brought by tropical storm Kammuri triggered historic flash floods in decades, Vietnam News Agency (VNA) reported Tuesday.
The floods also damaged tens of thousands of homes, swept away thousands of cattle and submerged thousands of hectares of rice and industrial crops.
The flood levels in the three worst-hit provinces, namely Lao Cai, Yen Bai and Phu Tho, are still rising.
According to the National Centre for Hydro-Meteorological Forecasting, more rains are expected from August 11, increasing the threat of widespread flash floods and landslides in the region.
Minister of Agriculture and Rural Development and Chairman of the Central Steering Board for Flood and Storm Control Cao Duc Phat has been in the flooded areas to monitor anti-flooded efforts.
The Ministry of Public Security and Transport and Communications instructed their agencies to mobilise all forces and resources to cope with the floods.
The border guards from Son La to Quang Ninh provinces have also joined search and rescue activities.
Relief work in Lao Cai province is facing difficulties due to blocked roads.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|