CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10784|Reply: 47

Belajar solat

[Copy link]
Post time 16-8-2008 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua,

Saya dalam proses nak belajar solat ni..banyak benda yang saya tak faham dan ragu-ragu..kalau boleh nak minta pendapat rakan-rakan kat sini lah tentang solat...harap tolong yerk?

soalan pertama
1. Betul ke kita boleh tak baca ALLAHUAKHBAR KABIROWALHAMDULILLAH selepas takbiratulikhram?Ianya sunatkan? kita boleh kan terus baca alfathihah dan lepas tu rukuk?
betulkan? tapi sebelum baca alfatihah kena mulakan bismillah dulu..betul ke ni?

Soalan kedua
2. Rakaat ke dua dan seterusnya hanya baca alfatihah je.lepas tu rukuk. boleh ke? itu saya buat bila sembahyang.sebab nak cepat. harap confirmkan.

soalan ketiga

3. katakan kita sembahyang berjamaah...ikut imam. kalau imam dah habis tahayyat akhir dia tutup solat..kita belum habis...boleh ke kita tak payah habis baca?...maksudnya kita ikut imam tutup solat..(maaf ye saya tak tau istilah tutup solat tu dlm rukun solat..)kadang2 ada imam yg cepat..tak sempat nak habis baca ayat..saya terus ikut imam..camana tu? ada sesiapa yg leh jelaskan..boleh ke kita tinggalkan ayat tersebut..bila jadi camana ni saya sentiasa terasa was2...sah ke sembahyang aku?

kalau ada rakan-rakan nak tambah sila bagitau dna jelaskan...terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2008 05:37 PM | Show all posts

Balas #1 sham159\ catat

waalaikumsalam, pendapat saya...  tak semestinya jawapan tepat.

1.  Itu doa iftitah.  Sunat sahaja.  tak baca tidak mengapa.  wajib baca bismillah sebelum fatihah.  jangan keliru dengan setengah mazhab yang tak dengar bismillah sebelum fatihah.  dia baca juga tapi secara perlahan.

2.  Bacaan surah dalam rakaat pertama dan kedua selepas fatihah adalah sunat sahaja.

3.  tak pasti apa yang kena baca tu?  bahagian yang wajib ke?  kalau yang wajib tu kena habiskan ler.  kalau bahagian yang sunat tu (lepas salawat kepada Nabi Muhamad iaitu selawat nabi ibrahim) tak mengapa tinggalkan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2008 08:18 PM | Show all posts
Originally posted by sham159 at 16-8-2008 11:38
soalan pertama
1. Betul ke kita boleh tak baca ALLAHUAKHBAR KABIROWALHAMDULILLAH selepas takbiratulikhram?Ianya sunatkan? kita boleh kan terus baca alfathihah dan lepas tu rukuk?
betulkan? tapi sebelum baca alfatihah kena mulakan bismillah dulu..betul ke ni?

Duuh...sayang sekali lah jika tidak di baca. Tahukah antum bahwa sholat yang tidak sesuai sunnah walau di lakukan 1000x tidak bisa di bandingkan dengan sholat yang sesuai sunnah walau hanya 1x sholat . Jadi jangan tinggalkan yang sunnah-sunnah dalam sholat.
And doa iftitah itu memang hukumnya sunnah, tapi rugi jika di tinggalkan. Dan setelah doa iftitah, membaca taawwudz yaitu "A'udzubillahi minasysyaithonir rojim" atau lebih lengkapnya "A'uudzubillahi minasysyaithonir rojim min hamzihi wa nafkhihi wa naftsih".
Setelah itu membaca Alfatihah yang hukumnya wajib. Dan semua harus di lakukan dengan tuma'ninah karena tuma'ninah (Tenang dan tidak terburu-buru) hukumnya wajib.

Soalan kedua
2. Rakaat ke dua dan seterusnya hanya baca alfatihah je.lepas tu rukuk. boleh ke? itu saya buat bila sembahyang.sebab nak cepat. harap confirmkan.


Walau sholat nak cepat, tak ade yang melewatkan surat walau itu surat pendek. Mengapa terburu-buru hanya karena mengejar dunia. antum lakukan sholat itu dengan tenang ataupun terburu-buru tetap saja rezki yang ditentukan buat antum tidak akan bertambah dan tidak akan berkurang. Tidak akan dipercepat ataupun di perlambat. Tidak akan berubah tempat pun. Karena telah di taqdirkan dan tertulis di lauh al mahfudz. Jadi yang paling baik, sholatlah yang sempurna lalu lakukan urusan duniamu setelah itu. Dari 24 jam kau hanya menyisakan sedikit waktu untuk Rabbmu...dan itupun dengan terburu-buru? Pantaskah?


soalan ketiga

3. katakan kita sembahyang berjamaah...ikut imam. kalau imam dah habis tahayyat akhir dia tutup solat..kita belum habis...boleh ke kita tak payah habis baca?...maksudnya kita ikut imam tutup solat..(maaf ye saya tak tau istilah tutup solat tu dlm rukun solat..)kadang2 ada imam yg cepat..tak sempat nak habis baca ayat..saya terus ikut imam..camana tu? ada sesiapa yg leh jelaskan..boleh ke kita tinggalkan ayat tersebut..bila jadi camana ni saya sentiasa terasa was2...sah ke sembahyang aku?


Yeee kadang memang seperti itu imam-imam kita itu. Tetapi karena imam itu di ikuti selama dia taat kepada Allah. Dan karena tuma'ninah itu syarat wajib shalat, maka tuk tahiyat akhir baca ajer sampai lengkap setelah itu salam. Kecuali jika itu ini terjadi sebelum tahiyat akhir, maka walaupun misal ketika berdiri lalu imam dah selesai baca al fatihah dan surat sedangkan kita belum lagi selesai, maka ikut imam ajer. Tetapi jika dirasakan imam amat cepat dan kecepatannya seperti pesawat tempur (hehehe) ahsan pisahkan diri dan sholat sendiri karena sholat tanpa tuma'ninah tidak sah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2008 11:06 PM | Show all posts

Reply #2 ibnur's post

1.  Itu doa iftitah.  Sunat sahaja.  tak baca tidak mengapa.  wajib baca bismillah sebelum fatihah.  jangan keliru dengan setengah mazhab yang tak dengar bismillah sebelum fatihah.  dia baca juga tapi secara perlahan.
--------------------------------------------------------------------------------

OK. TERIMA KASIH. SEKRG SAYA DAH TAHU. KENA BACA BISMILLAH YERK SEBELUM BACA ALFATIHAH.
PATUT LA SAYA SELAMA NI SAYA HAIRAN ADA ORG YG CEPAT SANGAT RUKUKNYA SEDANGKAN SAYA BARU HABIS BACA ALLAHUAKHBAR KABIRO...

2.  Bacaan surah dalam rakaat pertama dan kedua selepas fatihah adalah sunat sahaja.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

OK. FAHAM. TIMA KACIH. CAMANA LAK DENGAN RAKAAT KETIGA DAN KEEMPAT? SAMA JUGA KAN? PLEASE CONFIRM


3.  tak pasti apa yang kena baca tu?  bahagian yang wajib ke?  kalau yang wajib tu kena habiskan ler.  kalau bahagian yang sunat tu (lepas salawat kepada Nabi Muhamad iaitu selawat nabi ibrahim) tak mengapa tinggalkan.
---------------------------------------------------------------------------------------------

MANA-MANA SURAH BILA KITA SOLAT. TAHIYAT AKHIR KE,AWAL KE.
TAHIYAT AKHIR TU SURAH SUNAT KER?TAKPER KE KALAU TAK HABIS BACA KALU IMAM HABIS DULU DAN SELESAI SOLAT?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2008 11:40 PM | Show all posts
Originally posted by sham159 at 16-8-2008 12:38 PM
Assalamualaikum semua,

Saya dalam proses nak belajar solat ni..banyak benda yang saya tak faham dan ragu-ragu..kalau boleh nak minta pendapat rakan-rakan kat sini lah tentang solat...harap  ...

seelok eloknye jgn la tinggalkan iftitah..ikrar ko sebagai muslim tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2008 12:23 AM | Show all posts

Balas #4 sham159\ catat

2.  rakaat ke 3 dan 4 tidak ada bacaan surah selepas fatihah.  kalau baca juga boleh jadi penambahan pada solat sebab tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w.  

3.  tahiyat akhir tu bukan surah.  tapi bacaan tahiyat.  tahiyat awal tu sunnah.  tahiyat akhir wajib.  Bacaan tahiyat adalah dari attahiyatul mubarakah......  sehingga syahadah.  lepas dari tu adalah salawat.  salawat ke atas nabi s.a.w. adalah wajib sekurang-kurangnya allhumma sali ala' saidina muhammad wa ala ali saidina muhammad.  yang sambungannya tu adalah salawat ibrahimiah.

macam saudara-saudara forumer katakan, sebaik-baik solat tu adalah yang lengkap dengan sunat-sunatnya sekali.

[ Last edited by  ibnur at 17-8-2008 12:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-8-2008 12:30 AM | Show all posts
maknanya selepas selawat nabi tu (kat tahiyat akhir)..kalau ditinggalkan takper lah yerk?maksud saya kalau tak sempat klu imam habis dulu..


Originally posted by ibnur at 17-8-2008 12:23 AM
2.  rakaat ke 3 dan 4 tidak ada bacaan surah selepas fatihah.  kalau baca juga boleh jadi penambahan pada solat sebab tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w.  

3.  tahiyat akhir tu bukan surah ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2008 08:34 AM | Show all posts

Balas #7 sham159\ catat

teruskan baca sampai habis, walaupun imam sudah menyelesaikan salamnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2008 09:41 AM | Show all posts

Balas #7 sham159\ catat

memang tak apa, tapi awat nak tertinggal ajer ni?  baca lambat sangat ke?  kalau solat sendirian berhad tak mengapa lambat pun.  kalau masa solat jemaah, ada penyelesaiannya yang mudah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2008 05:36 PM | Show all posts
kadang-kadang tu tertinggal jugak...tapi saya habiskan..kecuali kalau lepas dah selawat nabi..imam habis dulu saya jugak beri salam.

itu sebab saya suka solat sendirian berhad. senang tak yah kelam kabut dan risau ttg nak cepat habis. w/pun pahalanya lebih banyak solat berjemaah tapi saya selesa solat sendiri ni.

Originally posted by ibnur at 17-8-2008 09:41 AM
memang tak apa, tapi awat nak tertinggal ajer ni?  baca lambat sangat ke?  kalau solat sendirian berhad tak mengapa lambat pun.  kalau masa solat jemaah, ada penyelesaiannya yang mudah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 02:10 AM | Show all posts
alhamdulillah....pelan2 jgn malu bertanya jika ingin belajar...lebih baik btanya kepada yg arif..mcm p pejabat agama ke p surau @ masjid yg time ada kuliah agama...islam itu tidak menyukarkan hambanya...cuma sembahyang inilah masanya kita berjumpa Allah s.w.t jadi alangkah ruginya sekiranya kita tak lakukan dgn betul..Lakukan berterusan insyaallah segala2nya akan jd sempurna nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2008 12:42 PM | Show all posts
Originally posted by sham159 at 16-8-2008 12:38 PM
Assalamualaikum semua,

Saya dalam proses nak belajar solat ni..banyak benda yang saya tak faham dan ragu-ragu..kalau boleh nak minta pendapat rakan-rakan kat sini lah tentang solat...harap  ...

nak pegi mana cecepat wehh....lu amik surah yg pendek loo...dpt pahala lebey cikit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2008 02:08 PM | Show all posts
terima kasih..saya mula nak mendekatkan diri dengan tuhan...setelah sekarang ni banyak gangguan /masalah berlaku dlm hidup saya..terutamanya gangguan santau dan sihir ni. sampai saya tertekan snagat...rasa benda kuat sangat sampai saya tak leh lawan dan control..

Originally posted by makiting at 18-8-2008 02:10 AM
alhamdulillah....pelan2 jgn malu bertanya jika ingin belajar...lebih baik btanya kepada yg arif..mcm p pejabat agama ke p surau @ masjid yg time ada kuliah agama...islam itu tidak menyukarkan ham ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2008 11:52 AM | Show all posts
Nasihat saya(yg juga masih lemah dan sentiasa ingin memperbaiki mutu solat) kalau mengizinkan, belilah buku berjudul " FORMULA SOLAT SEMPURNA" oleh Ustaz Zaharuddin.

Ada di jual di MPH.

RM 24-26  je harganya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2008 02:24 PM | Show all posts
Originally posted by sham159 at 18-8-2008 02:08 PM
terima kasih..saya mula nak mendekatkan diri dengan tuhan...setelah sekarang ni banyak gangguan /masalah berlaku dlm hidup saya..terutamanya gangguan santau dan sihir ni. sampai saya tertekan sna ...


semua ni dugaan allah s.w.t...anda patutnya bersyukur sgt2 sbb DIA pilih anda sebagai org yg di kasihi utk diujI....Saya sebelum ni pon mcm2 dugaan yg ditempuh...apa yg paling penting kena sabar, jgn mudah mengalah, sebaiknya bjumpa dgn org yg blh ubat sihir ni (jgn sampai kena tipu)....saya skrg lbh byk zikir ayat LAU AN ZAL NA ...(ayat berapa lupa tp dlm al-quran ada nnt saya cuba selak semula)...

(kalau kat JB setiap isnin maghrib di Mesjid Ngee Heng (sebelah Best World) ada majlis utk zikir Lau AN ZAL Na ni...bagus sangat utk baik pulih diri utk jd lbh baik lg)...wallahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2008 03:06 PM | Show all posts
Perkara ini perlu belajar ditempatnya,

sila belajar dengan ustaz2 di masjid2..

InsyaAllah..

Aku melihat anda seperti seorang yg masih baru dengan solat, betul ke? Baru memeluk islam ye wahai sahabat?

Ini rukun2 solat.. Nak main badminton kena ada reket, shuttle, court, net, dan rakan sekurang2 seorang, complete, so untuk bersolat, semua ni kena ada..

    * Niat
    * Takbiratul ihram
    * Berdiri betul bagi orang yang berupaya
    * Membaca surah Al-Fatihah
    * Rukuk serta tamaqninah
    * Iktidal serta tamaqninah
    * Sujud serta tamaqninah
    * Duduk antara dua sujud
    * Duduk tahiyat akhir
    * Membaca tahiyat akhir
    * Membaca salawat ke atas nabi dalam tahiyat akhir
    * Memberi salam yang pertama
    * Tertib

Jgn lupa wuduk, apa2 yg tidak sempurna yg wajib tanpanya, maka ia juga wajib. Jika air utk berwuduk berada di dalam perigi, maka membuat timba adalah wajib.

Saya sarankan sempurnakan yg ini dulu, lupakan tentang sunat2 tambahan itu UTK KETIKA INI.. Bila dah expert baru ditambah okay..

Rasulullah mengajar solat kepada para sahabat dengan bersabda "Sollu kama roaitumuuni usolli" yakni, bersolatlah kamu seperti mana aku bersolat.

Jadi, dengan rukun2 tadi di dalam ingatan (hafal tau), pergi ke masjid dan ikut bagaimana cara imam melakukannya. Nak rukuk macam mana, sujud macam mana, alfatihah mcm mana dsb.

Yg penting awk kena tahu OBJEKTIF solat itu utk apa, baru anda dpt sesuatu daripadanya.

Solat ialah doa, platform, saluran untuk awk berimiginasi, bersemuka, bertafakkur dengan pencipta awk untuk muhasabah status perkembangan hidup awk so far. berbicaralah dengn Allah, dan lihat balik ke dalam hati awk, masih adakah hasad dengki, iri hati, keegoan, kesilapan2 lepas. dari situ cuba perbaiki diri.

Solat itu seperti sebatang sungai, bila kamu mandi dengannya 5 kali sehari, masihkah ada lagi kekotoran pada badanmu? - (au kama qola Rasulullah) Hadith.

Dari hari ke hari, hati dan pemikiran kita akan dipengaruhi oleh pelbagai pandangan2, falsafah2, emosi2 dan sebagainya, solat memberi anda ruang utk mengosongkan fikiran dan hati, tumpukan pada ketuhanan, spiritual, hakikat seluruh penciptaan dan untuk "wat alignment dan balancing" [mcm tayar tu] pegangan dlm hati kita biar sentiasa updated, betul dan berada di landasan yg sebenar..

Sebaik2 solat ialah solat berjemaah yg hampir2 diwajibkan oleh Rasulullah saw.. [pesanan utk diri sendiri]

I have something to share ---> solat [part 1] [part 2]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2008 05:06 PM | Show all posts
semua ni dugaan allah s.w.t...anda patutnya bersyukur sgt2 sbb DIA pilih anda sebagai org yg di kasihi utk diujI....Saya sebelum ni pon mcm2 dugaan yg ditempuh...apa yg paling penting kena sabar, jgn mudah mengalah, sebaiknya bjumpa dgn org yg blh ubat sihir ni (jgn sampai kena tipu)....saya skrg lbh byk zikir ayat LAU AN ZAL NA ...(ayat berapa lupa tp dlm al-quran ada nnt saya cuba selak semula)...


kalau ayat lau an zal na...Surat Al-Hasyr ayat 21...bermaksud:

21. Kalau sekiranya kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. (QS. 59:21)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2008 11:30 AM | Show all posts
Siapa tahu niat solat terawikh? Klu tahu sila silakanlah kongsi pada mereka yg tak tahu cam saya yerk?
Solat terawikh berapa rakaat? 2 rakaat kan? kita buat setiap 2 rakaat kan? x silap 20 kali


Originally posted by YgTerindah at 19-8-2008 05:06 PM
semua ni dugaan allah s.w.t...anda patutnya bersyukur sgt2 sbb DIA pilih anda sebagai org yg di kasihi utk diujI....Saya sebelum ni pon mcm2 dugaan yg ditempuh...apa yg paling penting kena sabar, ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 04:07 PM | Show all posts

Balas #18 sham159\ catat

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2008 04:44 PM | Show all posts
Tima kacih


Originally posted by ibnur at 30-8-2008 04:07 PM
berkenaan tarawikh ada sini

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=235903
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.089548 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list