|
Peniaga jual teh, roti canai RM1 pada 31 Ogos
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
[email protected]
JABAR ALI menunjukkan roti canai dan teh 'O' yang akan dijual dengan harga RM1
di kedainya dekat Sri Kembangan, Kuala Lumpur sempena Hari Kemerdekaan tahun ini.
--------------------------------------------------------------------------------
SRI KEMBANGAN - Tatkala ramai pihak masih mencari-cari formula bagi memeriahkan kehangatan sambutan bulan kemerdekaan ini, seorang peniaga roti canai, Jabar Ali Kadir, di sini telah memulakan langkah ke arah itu apabila memperkenalkan menu merdeka di gerainya semalam.
Menurut Jabar, 51, menu merdeka tersebut akan menyajikan sekeping roti canai kosong dan segelas teh 'O' panas yang cuma dijual RM1 bermula pada pukul 6 pagi sehingga 12 tengah hari pada 31 Ogos nanti.
Katanya, usaha itu dilakukan ekoran perasaannya yang teruja menanti detik hari dan mengenang tahun bersejarah itu iaitu tahun 1957 yang juga merupakan tahun kelahirannya.
"'Doh' roti canai yang saya buat ini bukan sebarangan, ia telah diuli dengan mencampurkan susu, telur dan gula dahulu hasil adunan sendiri bukan beli dari pembekal.
"Rasanya cukup enak, pelanggan boleh makan terus tanpa perlu mencecah dengan kuah selain saiznya yang besar," katanya kepada Kosmo!, di gerainya di medan selera Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Seri Kembangan, semalam.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... ra&pg=ne_13.htm
|
|
|
|
|
|
|
|
"apa lagi.. kasipecah laaa...!!!"
serbu!! |
|
|
|
|
|
|
|
roti canai , teh o tarik satuuuuuuuuuuuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|