CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6420|Reply: 24

[Merged] Perihal Zakat ASB...dan niat..

[Copy link]
Post time 6-11-2007 12:31 PM | Show all posts |Read mode
Apa2 pun perkara didahului dgn NIAT....

Jadinya...
Jika kita menyimpan di ASB..,dgn erti kata lain, ..
"Kita terdetik/teringin/terniat utk berniaga/melabur tetapi tiada kepahaman ttg
selok belok perniagaan/pelaburan.
Jadinya kita telah menyerahkan duit kita kpd pihak lain dgn tujuan utk menjlnkan
perniagaan  @ pelaburan bagi pihak kita"

Aku telah call PNB dan bertanyakan tentang zakat yg dibayar oleh mereka & ini jawabnya :

"PNB telah pun membayar ZAKAT atas PELABURAN para pelabur...cuma PNB tidak
membayar zakat SIMPANAN..

soklannya..

Jadi tidak perlulah lagi pelabur membayar zakat simpanan atas ASB krn..

1) Niat pelabur adalah utk berniaga cuma pelabur meminta pihak lain (PNB) menjlnkan
    perniagaan bagi pihak pelabur

    dan.....,

2) memandangkan pihak ke3 (PNB) telah membayar ZAKAT PELABURAN/PERNIAGAAN itu..,
    maka tidak perlu lagi pelabur mengeluarkan zakat atas simpanan krn NIAT pelabur
    ialah utk berniaga......

Harap dapat dibincangkan soalan ini..

[ Last edited by  antiQue at 21-8-2008 10:18 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2007 11:49 PM | Show all posts
menarik utk dibincangkan...  kasi up sikit...

[ Last edited by  ibnur at 6-11-2007 11:56 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2007 08:47 AM | Show all posts

Reply #2 ibnur's post

la....takkan ni jer reply nye...?
woi...mai la masuk sini...diskuss sikit...important ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 01:25 PM | Show all posts
Cara saya ialah setiap hendak akhir tahun selalunya bulan November, saya akan ke pusat Zakat Selangor.

Saya akan beritahu mereka yang saya nak bayar zakat.   Saya beri pay slip saya.  Pihak Pusat Zakat akan tanya sama ada saya nak zakat ni dikira dengan cara jumlah semua gaji saya selama setahun tanpa tolak apa-apa atau jumlah pendapatan saya tu yang nak dikenakan zakat setelah ditolak, loan rumah, loan kereta, bagi duit pada ibubapa dan adalah lagi yang boleh dikecualikan.  Jadi saya beritahulah mereka keputusan saya.

Lepas tu saya beritahu simpanan saya (kalau ada), selalunya saving dibank atau tabung haji (Tabung Haji juga membayar zakat untuk kita dengan cara potong duit dari akaun simpanan kita).  Sebab saya tak ada simpanan di ASB.  Saya beritahu apa-apa lagi pendapatan yang saya terima, bonos ker atau apa-apa yang saya rasa nak bayar zakat.  Lepas  tu selepas dicampur semua sekali, pihak Pusat Zakat Selangor akan beritahu saya berapa yang saya kena bayar.

Kalau pada saya, saya akan bayar zakat bila saya ada duit simpanan walau di mana.  Saya ada dengar Pusat Zakat Selangor tidak terima zakat dari duit simpanan di ASB.  (tolong betulkan kalau salah, tapi ini dengar dari mulut orang yang nak bayar zakat tu sendiri) Sebab tu saya tidak menyimpan di ASB.

Macam tu sahaja cara saya.

[ Last edited by  haniman at 7-11-2007 01:32 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 01:34 PM | Show all posts

oooo.. tq

saya tak pernah pun bayar..
terima kasih atas info saudara..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 01:37 PM | Show all posts
Originally posted by j03zul at 7-11-2007 01:34 PM
saya tak pernah pun bayar..
terima kasih atas info saudara..


Sama-sama.  Mudah-mudahan kita dapat pahala  kerana membayar zakat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-11-2007 02:54 PM | Show all posts

Reply #5 haniman's post

pasal zakat ASB tu..

mmg betul Pusat Zakat Selangor tak terima zakat dari ASB tapi..
Pusat Zakat Wilayah Persekutuan terima zakat ASB..

aku dah call 2 pusat zakat ni...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 04:40 PM | Show all posts
Dividen ASB tidak diwajibkan zakat
Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
SOALAN 1
Saya ada mendapat e-mel mengatakan pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah haram kerana ASB ada membuat pelaburan yang tidak berlandaskan syarak.

Pada mulanya, memang saya kurang percaya, takut ia e-mel palsu, tetapi setelah saya semak dengan e-fatwa di website Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ada fatwa yang menyebut tentang pelaburan ASB ini dalam fatwa Hukum Wang Dividen Dan Bonus ASB. Soalan saya:

1. Apakah hukumnya pelaburan saya di dalam ASB tersebut?

2. Sebelum ini, saya ada mengeluarkan zakat simpanan ASB tersebut. Apakah hukum zakat saya itu?

3. Saya hendak berhenti melabur dalam ASB, saya bercadang untuk mengeluarkan jumlah wang yang saya telah simpan sahaja dan melabur di pelaburan lain. Mengenai bonus dan dividen ASB tu, apakah tindakan yang paling sesuai untuk saya ambil? Bolehkah dividen dan bonusnya saya gunakan untuk membayar hutang seperti hutang pinjaman pelajaran? Ataupun, bonus dan dividen itu saya derma atau sedekahkan?

JAWAPAN: Persoalan mengenai ASB mendapat perhatian daripada Jawatan Kuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Selangor, justeru keputusannya adalah seperti berikut;

* Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut:

*.i. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB

Keputusannya: Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syarak.


*.ii. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah.

Keputusannya: Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syarak, maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Maka dapatlah disimpulkan di sini seperti berikut:

Sekiranya sebelum ini kita melabur tanpa mengetahui hukumnya, maka kita dianggap tidak tahu. Namun setelah mengetahui keterlibatan pelaburannya yang tidak syarie, adalah salah dan berdosa untuk terus terlibat dengannya. Seakan-akan kita reda dan bersetuju malah memberi sokongan kepada sesuatu yang tidak dibenarkan syarak.

Zakat simpanan memang perlu dikeluarkan daripada wang simpanan tersebut kerana ia adalah wang kita yang telah mencapai haul dan nisab zakat.

Namun pertambahan yang terhasil daripada simpanan tersebut (dividen, bonus dan lain-lain) tidak perlu dizakat kerana ia terhasil daripada urusniaga yang tidak syarie. Motif zakat adalah menyucikan harta yang halal kerana perkaitannya dengan hak golongan asnaf dan bukan menyucikan harta yang status asalnya memang tidak halal untuk dihalalkan.

Dividen dan bonus yang terhasil masih perlu dikeluarkan supaya ia tidak lagi berkembang (dilupuskan). Melupuskannya melalui pembayaran hutang atau pinjaman pelajaran, bermakna kita masih mengambil manfaat daripada harta yang tidak syarie.

Jadi cara terbaik adalah dengan menyalurkannya kepada pertubuhan awam atau pertubuhan berkaitan khidmat sosial yang memerlukan dana seperti pertubuhan sukarela yang bertindak dalam waktu-waktu kecemasan, bencana alam atau sebagainya (kemaslahatan awam).

Bukan dengan niat sedekah atau amal jariah, sekadar satu bentuk pemberian dan sokongan terhadap khidmat sosial mereka yang menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira status agama, bangsa dan sebagainya.

[ Last edited by  shahx at 7-11-2007 04:44 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2007 10:06 PM | Show all posts

Reply #9 shahx's post

sehubungan dengan itu adalah dimakluman bahawa pelaburan melalui ASB adalah tidak sah dan semua pelabur hendaklah mengeluarkan pelaburan mereka serta merta supaya tidak syubhah. . . . . .

[ Last edited by  ianho at 7-11-2007 10:10 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 12:59 AM | Show all posts
Maka hendaklah para2 pelabur ASB mengeluarkan pelaburan mereka di ASB dan melaburlah di UNIT amanah lain yg banyak terdapat di Malaysia ini yg berlandaskan Syariah, tanpa ada pelaburan di sektor RIBA,JUDI,ARAk dan sebagainya.

Ramai terdapat sedara2 Muslim kita yg telah menjadi egen2 unit amanah ini.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 10:47 AM | Show all posts
Peliknya.. masih ramai lagi yg melabur kat ASB.. Tak kisah ke dosa pahala..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 12:49 PM | Show all posts

Reply #3 koko2's post

tak berani nak komen apa-apa.
ada ulamak kata boleh ada kata tak boleh.  

saya punya ASB dah tinggal saki baki jer.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 03:12 PM | Show all posts

Reply #11 mulberi's post

alahai..dulu beriya2 ade iklan suh melabur kat ASB...last2 haram plak..

sadis sungguh. ASB nih kene lebih telus dan bertangungjawab terhadap pelabur islam la...aku rasa ramai yg tak tau yg asb ni haram
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 08:13 AM | Show all posts

Reply #15 Maxx's post

Ramai gak yg dah tau sbenarnya.. tapi cam takut nak terima kenyataan dek kerana terpesona dgn dividen & bonusnya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 11:14 AM | Show all posts
ianho
setuju dgn kenyataan anda...seorg kawan attend ceramah perbankan secara Islam oleh pihak atasan bank...mereka mengesahkan perkara ini .....ramai tak sedar, PNB sebenarnya tiada badan syariah yg sepatutnya mengawasi/menasihat simpanan/pelaburan dalam institusi tersebut...akhirnya terserahlah kepada individu masing-masing apa patut buat...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2007 10:06 AM | Show all posts

salam

Memang tahu ASB tu syubhah

Tapi I ada gak cadang nak buat pinjaman Maybank rm 100,000 utk labur kat ASB

Bukan aper, ASB ni senang nak masuk n boleh dipercayai tiada penipuan

Ada gak member promosi utk labur rm 23,000... utk jual produk beautiful n air bio aura ... tapi byk risiko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2007 11:54 AM | Show all posts

Reply #10 NTvirus's post

kes ini sama juga denga ASN suatu masa dulu
ASN dilaksanakan tanpa mendapat pandangan ulama' terlebih dulu dan apabila disemak dengan ulama' didapti bercanggah dengan syarak tetapi tidak diisytiharkan dengan alasan maslahah demi kepentingan ekonomi melayuu
boleh ke diterima lasan sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 12:12 PM | Show all posts

Zakat harta - ASB

Assalamualaikum.

Saya minta maaf kalau soalan saya ni pernah dikupas kat sini sebelum ni. Kalau ada, tolong beri saya linknya.

Saya nak tanya, duit yang kita simpan dalam ASB tu macam mana pengiraan zakatnya? Saya lihat dalam www.e-zakat.com.my, ada dua jenis yang saya kira berkaitan, iaitu wang simpanan atau saham. Kalau nak termasuk saham, ASB ni macam mana kita nak kira harga jual dan belinya?

Ish, kalau ada yang boleh jawab, please la jawab ye.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2008 04:46 PM | Show all posts
Tak tau pulak begini kisah ASB ni rupanya.

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2008 05:04 PM | Show all posts
bagusnye ada soklan n info nie...
xtahu pun...hehe...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.287452 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list