View: 12447|Reply: 16
|
Bagaimana mahu menarik semula sumpahan?
[Copy link]
|
|
Nak tanya sapa2 yang arif dalam bidang agama, macammana cara kita nak
menarik semula sumpahan seperti contoh, kawan aku ada cakap Demi Allah, aku
akan pergi jugak majlis itu hujung minggu nie...tapi disebabkan ada beberapa hal
dan masalah yang tak dapat dielakkan, kawan aku x dapat nak hadiri majlis
tersebut. Masalahnya dia dah bersumpah,soalan aku, bagaimana cara nak
menarik semula sumpahan yang dibuat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 elninhamfz's post
kalau sumpahan tu tak menyebabkan kawan kau menjadi batu seperti si tanggang, aku rasa ada jalan penyeelsaian dia. Tapi aku tak tau |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by elninhamfz at 22-8-2008 09:31 AM
Nak tanya sapa2 yang arif dalam bidang agama, macammana cara kita nak
menarik semula sumpahan seperti contoh, kawan aku ada cakap Demi Allah, aku
akan pergi jugak majlis itu hujung minggu nie ...
gunakan Insya Allah nextime bila berckp @ berjanji
dgn izin allah, sekiranya tiada apa aral...
kita telah berusaha untuk pergi dan menunaikan janji
tapi ada pulak aral melintang, yang membuatkan kita
tidak dpt pergi... |
|
|
|
|
|
|
|
kena bayar kifarah yakni suatu denda dengan berpuasa 3 hari, atau memberi makan kepada 10 orang miskin, atau membelikan pakaian untuk mereka.. Tapi ini mungkin denda asasnya saja, kena rujuk pada yang lebih arif.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sumpah dgn menggunakan nama Allah SWT bukanlah sesuatu yg boleh dibuatmain dan diucapkan menurut nafsu pada bila2 masa sahaja. Apabilasesaorang itu bersumpah maka ia terikat dgn sumpahnya namun atas sebab2 tertentu Allah SWt juga membenarkan sesaorang itu bebas dari sumpah yg diucapkannya, spt mana ayat Al-Quran :
Sesungguhnya Allah telah mewajibkankebebasan sumpahmu, sedangkan Allah itu adalah pemimpin kamu, dan DiaMaha Mengetahui lagi Bijaksana.
( Surah At-Tahrim ayat 2 )
Apa yg dimaksudkandgn kebebasan sumpah ini adalah kelonggaran disebabkan sesaorang itu tidak boleh meneruskan sumpahnya. Kelonggaran ini adalah atas sebab2 berikut :
1.) Oleh kerana sumpah yg diucapkannya itu sesuatu yg menyulitkan atausesuatu yg dilarang daripada diteruskan. Misalnya sesaorang ygbersumpah tidak akan makan atau minum selama 3 hari berturut2.
2.) Melanggar sumpah itu dianggap sebagai jalan terbaik kerana sumpahyg diucapkan merupakan dusta. Misalnya bersumpah secara bergurau tidakakan berkahwin selama2nya.
Maka dgn kelonggaran ini sesaorang itu diberi kebebasan dari sumpahnya,namun perbuatan ia bersumpah itu tidak terlepas begitu sahaja. Iniadalah spt mana ayat Al-Quran :
Allah tidak menghukum kamu di atassumpah yg tidak kamu sengaja, tetapi Dia memberati dgn sesuatu yg telahkamu sengaja akan bersumpah, Maka kifarahnya ialah memberi makan kepadafakir miskin dgn makanan yg biasa kamu berikan kepada keluarga kamu,atau memberi pakaian kepada mereka ( fakir miskin ) atau memerdekakanhamba. Sesiapa yg tidak memperolehnya, maka wajiblah puasa 3 hari.Demikianlah kifarat sumpahmu apabila kamu bersumpah, dan berhati2lahmenjaga sumpah kamu itu.
( Surah Al-Ma'idah ayat 89 )
Sebaliknya ia dikenakan kifarah sumpah menurut turutan yg berikut :
1.) Memberi makan kepada 10 orang miskin dgn makanan asasi mereka.
2.) Memberi pakaian utk kegunaan 10 orang miskin.
3.) Memerdekakan hamba
4.) Berpuasa selama 3 hari
* Kifarat sumpah ini juga digunakan utk orang yg tidak menunaikan/melanggar nazar yg dibuat
gunakan Insya Allah nextime bila berckp @ berjanji
dgn izin allah, sekiranya tiada apa aral...
kita telah berusaha untuk pergi dan menunaikan janji
tapi ada pulak aral melintang, yang membuatkan kita
tidak dpt pergi...
Ini adalah cara yg betul, bersumpah dgn sewenang2nya bukan sesuatu yg dipandang ringan dlm agama. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 noriabdullah's post
info berguna tu.......... TQ! |
|
|
|
|
|
|
|
good...tp mcmana pulak dgn sumpah..mcm ni
aku bersumpah aku tak nak jd PTD
cth la kan..
tup2 teringin nak jd PTD tp ntah nape tak gak dpt2, then teringat balik sumpah tu..
agak2 blh tak tarik balik...sbb rs mcm ada kena mengena lak ngn sumpah tu, setiap kali dpt peluang ada2 je halangan, kdg2 dah nak dpt tetiba je cancel sbb2 yg mmg ketara sgt mcm terhalang... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 monterez's post
xde maknanya mon... xkena pe2 kafarah kecuali sumpah yg ada kalimah sumpah yg dibenarkan syara'.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 indah1285's post
ye ke in? ntahla in rs mcm mon terkena sumpahan je sbb till now walaupun ada offer ke tp tak dpt2 gak..then mmg mon mmg sebut nama Allah masa sumpah, sbb ms tu geram sgt, its like YA allah aku bersumpah..bla bla bla... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 monterez's post
try bayar kifarah je..puasa 3 hari.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 cak!'s post
ermmm kalau byr je blh kan? sbb nak puasa tu bkn tak blh..
kalau ada cr lain like byr tu tapi tak tau pulak camne nk bg makan 10 org fakir miskin, blh kut ganti ngn duit kan? tp amount nye pulak mcmana? |
|
|
|
|
|
|
|
ermmm kalau byr je blh kan? sbb nak puasa tu bkn tak blh..
kalau ada cr lain like byr tu tapi tak tau pulak camne nk bg makan 10org fakir miskin, blh kut ganti ngn duit kan? tp amount nye pulakmcmana?
Jika dirujuk kpd buku Fatwa Qardawi, sumpah yg sdr sebutkan ini jatuh di dlm kategori sumpah munaqidah iaitu sumpah utk melakukan/tidak melakukan sesuatu pekara yg harus. Sumpah yg sebegini adalah sah. Manakala cara utk menarik balik semula sumpah adalah dgn karafah iaitu melakukan spt mana yg disebutkan di atas...mengikut turutan kemampuan.
Memberi makan kepada 10 orang fakir miskin menurut huraian ulamak adalah memberi makan dgn kenyang makanan asasi yg menjadi kebiasaan utk diri kita. Jadi dalam hal ini ialah beras ( nasi ). Jika menurut pendapat Ibnu Abbas memberi makanan ini wajib berserta lauk pauk, tetapi bagi mazhab Shafie memadai dgn makanan asasi sahaja, Sementara menurut mazhab Imam Abu Hanifah boleh digantikan pemberian makanan asasi ini dgn wang.
Namun para ulamak lebih suka jika kafarah sumpah ini dibuat dgn jalan yg pertama iaitu dgn memberi makanan asasi kpd 10 orang fakir miskin kerana ia lebih mendekati kpd ayat Al-Quran surah Al-Ma'idah 89 di atas,
* Jalan penyelesaian yg saya syorkan ialah dgn memberi beras yg mana boleh dibuat menerusi mesjid misalnya pada bulan Ramadhan ini kerana pada masa ini juga ramai yg akan membayar fidiyah. Cumanya khabarkan kepada orang di mesjid tersebut tujuan sebenar sdr supaya pemberian itu dpt disampaikan dgn sempurna kpd orang2 yg hak.
Wallahu A'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 noriabdullah's post
thanks babe, tp mon mmg betul2 teringat sumpah ni, sbb sampai skrg mon pelik knp bila dah hampir2 dpt benda tu terleps, bkn skali tp dua tiga kali..
so igt nak tarik blk sumpah tu, sbb dah tersumpah takkan nak keje PTD kan...
skrg ni bknla nak sgt PTD tu cuma if blh nak tarik blk sumpah tu |
|
|
|
|
|
|
|
5# noriabdullah
Nak tahu... tingkatan kifarah tersebut... adakah boleh main pilih2 je.. after all... since the fasting is the easiest way...so? boleh ke ignore yang lain? |
|
|
|
|
|
|
|
salam..
kalau mcm ni plak.. cth nyaa..
aku bernazar kalau aku dapat keje manager ni aku nak bagi rm10K kat surau.. tapi belum pun dapat keje manager tu.. kita dah tarik balik nazar tu..tup tup.. tak lama lepas tu dapat laa pulak keje manager tu.. mcm mana ha?... padahal dah tarik balik nazar tu sebelum dapat keje manager tu.. mcm mana pula kes ini?.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalu nk wat puasa 3 hari utk kifarah sumpah nie, niat puasa nyer camner?.......kalu sumpah lam hati pon kira sama gak le kene byr kifarah gak ek?...... dulu time darjah 6 ev penah sumpah lam hati xnak berat lebih 45kg, tp skrg dh lebih 45kg.....tu kira sah lah ek sumpah tu? |
|
|
|
|
|
|
|
mon, kalau tak mampu nak puasa... nak bayar jer... tu perkara senang. pegi jer kat baitulmal... diorang for sure ada senarai fakir-miskin kat msia ni. berani buat... berani tanggung
lepas tu... maafkan diri sendiri kerana buat keputusan macam tu... bertaubat kerana telah melakukan sumpah keatas sesuatu yang tak dituntut menggunakan nama Allah... berdoa memohon rezeki yang lebih baik... sabar dalam menunggu... dan redha atas ketentuanNya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|