View: 6518|Reply: 22
|
perang: usa vs pakistan!!
[Copy link]
|
|
AS teruskan serangan di Pakistan
AKTIVIS Pakistan di bandar Multan membantah serangan tentera Amerika di sempadan yang menyebabkan 23 penduduk awam maut, baru-baru ini.
| 12 lagi maut akibat serangan pesawat kawalan jauh Predator
MIRANSHAH: Peluru berpandu yang dilancarkan pesawat kawalan jauh Amerika Syarikat semalam membunuh 12 orang di wilayah puak di Pakistan, lokasi sasaran utama tentera asing itu dalam operasinya dari Afghanistan dipercayai kubu militan al-Qaeda.
Akhbar Amerika pula melaporkan, pegawai Washington dan Pakistan menukar taktik dalam memburu pemimpin kumpulan itu, Osama bin Laden, dengan meningkatkan penggunaan pesawat peninjau tanpa juruterbang.
Laporan The Washington Post, kelmarin, memetik pegawai sebagai berkata bilangan bedilan peluru berpandu pesawat Predator tanpa juruterbang di Pakistan meningkat lebih tiga kali ganda sejak tahun lalu. Mereka berkata, pegawai Islamabad melaporkan 11 serangan seumpama itu tahun ini, berbanding cuma tiga serangan pada 2007.
Akhbar berkenaan menyebut, pegawai yang terbabit dalam operasi berkenaan menyifatkan serangan itu sebagai usaha baru untuk melumpuhkan operasi al-Qaeda.
Mereka berkata pegawai mensasarkan anggota kanan pertubuhan itu dengan harapan ia dapat membawa pihak berkuasa kepada Osama.
Serangan terbaru itu terkena rumah di pinggir bandar Miranshah, bandar utama di Waziristan Utara, kata pegawai tempatan.
Ia adalah serangan kelima dalam masa dua minggu yang mensasarkan pejuang Taliban atau al-Qaeda yang bersembunyi di wilayah berkenaan.
"Serangan sebelum subuh itu memusnahkan sebuah rumah dan 12 orang terbunuh," kata pegawai kepada AFP, dengan 10 lagi cedera.
Mangsa dipercayai pejuang, kata penduduk tempatan, sambil menambah rumah yang musnah dalam serangan di daerah Tol Khel itu disewa oleh pertubuhan militan Afghanistan, Al Badar, dan digunakan sebagai pejabat.
Al Badar yang disokong oleh bekas pemimpin gerila, Gulbuddin Hekmatyar, sebelum ini melancarkan operasi ke atas tentera Afghanistan dan antarabangsa yang berpangkalan di seluruh sempadan negara itu, kata penduduk dan pegawai keselamatan.
Serangan yang mensasarkan militan di Pakistan sejak beberapa minggu ini dipersalahkan ke atas pasukan tentera asing diketuai Amerika atau pesawat kawalan jauh Agensi Perisikan Pusat (CIA) berpangkalan di Afghanistan. � AFP
aku ingat mcm acah2 ajer nak serang.. ghopa2nya betul2.. padan aku dengaq radio 3 hari lepas ckp pres bush approved serangan ni... jahat tul amerikana nih... cissssss :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Pakistan bedil helikopter AS
PESHAWAR: Dua helikopter Chinook milik Amerika Syarikat dilaporkan menceroboh Pakistan kelmarin dan terpaksa berpatah balik ke negara jirannya, Afghanistan selepas diserang bertalu-talu oleh tentera Pakistan.
"Dua pesawat Amerika menceroboh pakistan pada jarak 100 hingga 150 meter di Angor Adda. Bagaimanapun, tentera kami tidak membiarkan mereka, melepaskan tembakan dan memaksa ia berpatah balik," kata seorang pegawai keselamatan.
Seorang lagi pegawai berkata, kenderaan perisai Amerika juga dilihat bergerak di sempadan bahagian Afghanistan manakala pesawat juang Amerika berlegar di udara.
Tentera Pakistan dilaporkan membunyikan amaran untuk memberitahu penduduk mengenai ancaman pencerobohan dan penduduk menyertai mereka dalam menyerang helikopter itu.
Akhbar The New York Times minggu lalu melaporkan Presiden George W Bush secara senyap memberi kebenaran kepada tenteranya menjalankan operasi darat di Pakistan tanpa kebenaran Islamabad terlebih dulu.
Pada 3 September lalu, komander Amerika yang ditempatkan di Afghanistan menyeberangi ke Pakistan buat kali pertama dan menyerbu Angor Adda. Sekurang-kurangnya 20 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serbuan itu, yang mencetuskan kemarahan di Pakistan.
Ketua tentera Pakistan, Jeneral Ashfaq Kayani, berkata Pakistan tidak akan membenarkan tentera asing beroperasi di negaranya dan akan mempertahankan kedaulatannya dengan apa cara sekalipun.
Pakistan adalah sekutu kuat Amerika dalam kempen memerangi keganasan dan sokongan Islamabad adalah penting kepada kejayaan tentera Barat untuk cuba menstabilkan Afghanistan.� Agensi
Sementara itu, tentera Pakistan dan Amerika menafikan helikopter Amerika menyeberang ke ruang udara Pakistan dan tentera negara itu melepaskan tembakan ke arahnya.
"Helikopter Amerika berada di sempadan tetapi tidak menceroboh ruang udara Pakistan. Kami mengesahkan terhadap kejadian tembakan ketika helikopter berada di situ tetapi tentera kami tidak terbabit," kata jurucakap tentera Pakistan, Murad Khan.
Jurucakap tentera Amerika di Pangkalan Udara Bagram di utara Kabul, berkata tentera mereka tidak melaporkan kejadian seumpama itu. �Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Pakistan troops ordered to open fire on US raiders
ISLAMABAD, Sept 17 - Pakistan's army said yesterday that its forces have orders to open fire if US troops launch another raid across the Afghan border, raising the stakes in a dispute over how to tackle militant havens in Pakistan's unruly border zone.
Adm Mike Mullen, the US chairman of the joint chiefs of staff, arrived in Pakistan late yesterday amid the increased tensions. Mullen planned to meet with top civilian and military leaders to discuss a range of issues, including ways to improve coordination and cooperation along the Pakistan-Afghan border.
Pakistan's government has faced rising popular anger over a Sept 3 ground attack by US commandos into South Waziristan, a base for Taliban militants. Pakistan says about 15 people were killed, all of them civilians.
The new firing orders were disclosed by Pakistani army spokesman Maj-Gen Athar Abbas in an interview yesterday with The Associated Press.
Abbas said Pakistani field commanders have previously been tolerant about international forces crossing a short way into Pakistan because of the ill-defined and contested nature of the mountainous frontier.
"But after the (Sept 3) incident, the orders are clear," Abbas said. "In case it happens again in this form, that there is a very significant detection, which is very definite, no ambiguity, across the border, on ground or in the air: open fire."
The statement was the strongest since Gen Ashfaq Parvez Kayani, Pakistan's army chief, raised eyebrows last week by vowing to defend Pakistani territory "at all cost." Abbas would not say whether the orders were discussed in advance with US officials.
Rep. Gary Ackerman, Democratic chair of the House of Representatives Foreign Affairs Subcommittee on South Asia, and other lawmakers expressed concern about Abbas' comments at a hearing yesterday to examine a Bush administration request to fund an upgrade of Pakistan's ageing fleet of F-16 fighter planes.
Responding to the concerns, Donald Camp, deputy assistant secretary of state for South Asian affairs, said: "I cannot envision a situation where we would find ourselves in a shooting situation with Pakistan."
"We are partners with Pakistan. We have been close friends for years," he said.
President Asif Ali Zardari, the newly elected successor to US ally Pervez Musharraf, declined to comment on the order to use lethal force on American troops, telling reporters in London: "I don't think there will be any more" cross-border operations by the US.
US military commanders complain Islamabad has been doing too little to prevent the Taliban and other militant groups from recruiting, training and resupplying in Pakistan's lawless tribal belt.
Pakistan acknowledges the presence of al-Qaida fugitives and its difficulties in preventing militants from seeping into Afghanistan. However, it insists it is doing what it can and paying a heavy price, pointing to its deployment of more then 100,000 troops in the increasingly restive northwest and a wave of suicide bombings across the country.
Mullen, who is on his fifth visit to Pakistan since assuming his post, intended to "discuss ongoing operations in the border region" with Prime Minister Yousuf Raza Gilani and army chief Kayani, said Mullen spokesman Lt-Col Gary Tallman.
"He has been focused keenly on working more closely with the Pakistani military to improve coordination and effectiveness in operations against extremist safe havens in the border regions," Tallman said.
American officials have confirmed US forces carried out the Sept 3 raid near the town of Angoor Ada in South Waziristan but have given few details of what happened.
Abbas said that Pakistan's military had asked for an explanation but received only a half-page of "very vague" information that failed to identify the intended target.
He said the dead all appeared to be civilians, adding: "These were truck drivers, local traders and their families."
Abbas said Pakistani officials had to consider public opinion, which is sceptical of American goals in the region and harbours sympathy for militants fighting in the name of Islam.
"lease look at the public reaction to this kind of adventure or incursion," Abbas said. "The army is also an extension of the public, and you can only satisfy the public when you match your words with your actions."
However, some analysts forecast that the consequences of alienating the United States would stay the army's hand.
"If an American soldier were to die because of Pakistani military firing that would damage the Pakistani-American relationship for years to come," said Craig Cohen, an analyst at the Centre for Strategic and International Studies in Washington.
The threat "might stir nationalist sentiment in Pakistan and play well politically, but it's just not realistic," he said.
Pakistan's military has won American praise for a six-week offensive against militants in the Bajur tribal region that Pakistani officials say has killed 700 suspected insurgents and about 40 troops. Troops backed by warplanes killed 15 more alleged militants yesterday, officials said.
In the same timeframe, there has been a surge in missile strikes apparently carried out by unmanned US drones. Such attacks killed at least two senior al-Qaida commanders earlier this year.
All of those strikes have been well to the south of Bajur, in areas where Pakistani authorities have sought peace deals in order to gain respite from militant attacks.
Abbas said that while they were tackling the "mega-sanctuary" in Bajur, they didn't have the forces to fight militants across the tribal belt all at one time. At least two other areas have been earmarked for military operations, he said.
Jalaluddin Haqqani, a formidable Taliban commander whose relatives were reportedly among the dead in one of the recent missile attacks, was definitely in Afghanistan, he added.
Abbas denied the new order had been put into practice before dawn on Monday, when US helicopters reportedly landed near Angoor Ada only to fly away after troops fired warning shots.
Abbas insisted no foreign troops had crossed the border and that "trigger-happy tribesmen" fired the shots. Pakistani troops based nearby fired flares to see what was going on, he said.
The US military in Afghanistan said none of its troops were involved. - AP
yikessssss bila ler nak stop perang nih!!!! :@ |
|
|
|
|
|
|
|
ala ko kan x tau perangai bush tu,kalau boleh semua negara islam dia nak serang.dan kalau boleh semua negara dia nk jajah.sebab tu la rusia ngan china skang ni berhati-hati dan cuba mengekang perluasan kuasa amerika. |
|
|
|
|
|
|
|
Presiden Pakistan beri amaran kepada AS
ISLAMABAD - Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari semalam memberi amaran bahawa negaranya tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang pencabulan kedaulatan di kawasan sempadan.
Amaran yang jelas ditujukan kepada Amerika Syarikat (AS) berikutan anggota tentera AS sering melancarkan serangan untuk menghapuskan pegerakan pengganas tetapi ia turut meragut nyawa orang awam sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam negara.
Duda bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto yang dilantik sebagai presiden pada 9 September lalu turut meminta parlimen mengkaji kuasa-kuasa presiden.
Katanya, parlimen perlu mengehadkan kuasa presiden yang kini boleh membubarkan parlimen serta memecat kerajaan.
"Tidak pernah dalam sejarah negara, presiden meminta kuasanya ditarik balik," kata Asif.
Pelantikan Asif berikutan peletakan jawatan Prevez Musharraf pada 19 Ogos bagi mengelakkan beliau didakwa di parlimen kerana salah guna kuasa.
Asif dijadual bertemu Presiden AS, George W. Bush buat kali pertama pada Selasa depan semasa Perhimpunan Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.
Beliau turut berikrar untuk menangani masalah ekonomi yang kini bergantung kepada bantuan luar. Pasaran saham Pakistan kini hilang sehingga 40 peratus nilainya sejak Januari lalu. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Pakistan tembak jatuh helikopter US!!!
Pakistan tidak akan benarkan wilayah dicabuli – Asif
26/09/2008 3:56pm
NEW YORK 26 Sept. – Presiden Asif Ali Zardari semalam memberi amaran bahawa, Pakistan tidak akan membenarkan wilayahnya dicabuli oleh mana-mana pihak termasuk negara sekutunya.
Asif mengeluarkan amaran itu selepas tentera Pakistan melepaskan tembakan ke arah dua buah helikopter tentera Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai tentera perikatan di Afghanistan.
“Sebagaimana kami tidak membenarkan wilayah Pakistan digunakan oleh pengganas untuk melancarkan serangan ke atas rakyat kami dan negara jiran, kami juga tidak membenarkan wilayah dan kedaulatan kami dicabuli termasuk oleh negara-negara sahabat,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.
Beliau membuat kenyataan itu selepas jurucakap tentera AS berkata, tentera Pakistan dan AS telah berbalas-balas tembakan selama kira-kira lima minit di sempadan Pakistan-Afghanistan selepas dua buah helikopter tentera AS ditembak jatuh oleh tentera Islamabad.
Menurut Laksamana Muda Gregory Smith, tentera Pakistan di sempadan telah melepaskan tembakan ke arah dua helikopter tentera jenis OH-58 yang sedang mengawasi tentera AS dan Afghanistan membuat rondaan di timur wilayah Khost, Afghanistan.
Pegawai tentera Pakistan sebaliknya menjelaskan, pihaknya telah melepaskan tembakan amaran ke atas helikopter itu yang “jelas berada dalam wilayah Pakistan.”
Tembakan amaran itu dikatakan telah dibalas oleh helikopter tentera AS tersebut.
Dakwaan tersebut bagaimanapun dinafikan oleh Smith dan Pentagon dengan mengatakan helikopter itu berada dalam ruang udara Afghanistan. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
tu laa masuk wiliyah orang...tak pasai kena tembak......
kalau malaysia buat macam tu kat jet singopera.....apa akan jadi yer..... |
|
|
|
|
|
|
|
pasni amerika x leh lagi sewenang-wenangnya masuk kawasan negara lain,nanti x pasal2 jet drg kena tembak lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Zardari bantah askar Amerika Syarikat ceroboh wilayah
ISLAMABAD: Pakistan semalam memberi amaran kepada tentera Amerika Syarikat supaya tidak menceroboh wilayahnya, selepas kejadian yang menyaksikan dua sekutu kempen anti keganasan itu saling berbalas tembakan di kawasan sempadan Afghanistan, kelmarin.
Biarpun berlaku selama lima minit, pertempuran yang disifatkan sengit dan pertama seumpamanya dan disahkan tentera Amerika, hanya menegangkan lagi keadaan ketika Washington memperhebatkan operasi ketenteraan merentasi sempadan di kawasan yang didakwanya kubu kumpulan al-Qaeda dan Taliban.
Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari yang berada di New York,menyelar Amerika dalam kejadian yang dicetuskan dakwaan tentera Islamabad menembak jatuh dua helikopter Amerika yang menceroboh ruang udara di sempadan Afghanistan.
Tentera Amerika mendakwa helikopternya berada dalam ruang udara Afghanistan,tetapi disangkal Zardari.
揚akistan tidak akan membenarkan wilayah kami digunakan pengganas bag imenyerang rakyat dan negara jiran. Malah, pada masa sama, kami juga tidak akanmembiarkan negara dan hak kedaulatan kami dicabuli rakan sendiri.
揟indakan bersendirian oleh negara kuasa besar tidak harus memadamkan semangat kerjasama, |
|
|
|
|
|
|
|
20 maut serangan peluru berpandu AS di Pakistan
MIRANSHAH 4 Okt. - Penduduk kampung di Pakistan memungut cebisan anggota badan sekurang-kurangnya 20 orang termasuk beberapa suspek militan Arab yang terbunuh dalam serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) ke atas sebuah rumah di kawasan kabilah barat laut negara ini.
Sebuah pesawat pengintip tanpa juruterbang melancarkan serangan itu malam tadi ke atas kampung Mohammad Khel, 30 kilometer ke barat Miranshah, wilayah Waziristan Utara yang dikenali sebagai tempat persembunyian pejuang Al-Qaeda dan Taliban.
"Kami mengesahkan 20 orang terbunuh termasuk lapan penghuni rumah, lima penduduk tempatan lain dan tujuh warga asing," kata seorang pegawai perisikan hari ini.
Warga asing itu dipercayai bangsa Arab, walaupun kerakyatan mereka belum diketahui, katanya.
Menurut akhbar News, serangan itu dilancarkan berdasarkan maklumat bahawa warga asing berkenaan telah dijemput oleh anggota kabilah pro-Taliban untuk menghadiri jamuan Aidilfitri.
Berdepan dengan kebangkitan pemberontak Taliban di Afghanistan, tentera AS dalam sebulan lalu melancarkan lapan serangan peluru berpandu dengan pesawat tanpa juruterbang dan satu serangan komando ke kawasan sempadan sebelah Pakistan.
Serangan udara itu dan penggunaan tentera darat buat kali pertama telah mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara sekutu itu.
- Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke ni? kenapa serang? gila ke? bukan ke masalah ekonomi kat US tu lagi besr? ni nak alih perhatian rakyat AS ke? sort of like that movie.. Wag the Dog |
|
|
|
|
|
|
|
Dasar luar Pakistan tambah masalah diplomatik
ISLAMABAD-Parti politik dan agama Pakistan terkejut dengan pendirian dasar luar baru yang diumumkan Presiden Asif Ali Zardari mengenai India, Kashmir dan serangan Amerika Syarikat di negara itu.
"Tiada siapa di Pakistan mengambil serius kata-katanya.Kenyataannya tidak akan membantu Pakistan sebaliknya cuma menambah masalah diplomatik," kata pengerusi Liga Muslim Pakistan (PML-N)pimpinan bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif, Raja Zafar-ul-Haq.
Zardari, yang dipilih sebagai presiden ke-12 negara itu pada 6 September lalu, menunjukkan perubahan dramatik daripada dasar yang dipegang Pakistan berdekad lamanya mengenai India dan Kashmir.
Beliau memberitahu akhbar Wall Street Journal bahawa India tidak pernah menjadi ancaman kepada Pakistan dan pejuang Kashmir yang menentang pemerintahan India di wilayah itu adalah 'pengganas.'
"Pejuang Kashmir menjadi subjek kepada jenis keganasan paling teruk. Mereka bukan pengganas, mereka adalah mangsa keganasan. Mereka mempunyai hak berjuang mendapatkan kemerdekaan menurut piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," Zafar-ul-Haq.
Kashmir dibahagikan kepada dua bahagian dan ditadbir oleh India dan Pakistan. |
|
|
|
|
|
|
|
17 korban serangan bunuh diri
i
MANGSA cedera dalam serangan bom di rumah seorang
ahli Parlimen dirawat di Punjab, Pakistan semalam.
ISLAMABAD: Angka kematian akibat serangan bunuh diri di rumah seorang tokoh pembangkang meningkat kepada 17 orang, kata polis semalam, sehari selepas pengebom menggegarkan bandar Bhakkar, di tengah wilayah Punjab.
Penyiasat berkata, mereka menjumpai kepala pengebom, dan berdasarkan penampilan dia kelihatan datang dari kawasan puak berdekatan yang dipenuhi militan.
“Dia berusia sekitar 30-an dan kelihatan seolah-olah etnik Pashtun dari kawasan puak. Kemungkinan dia mempunyai kaitan dengan militan di situ,” kata ketua polis Punjab, Shaukat Javed.
Keganasan memuncak di Pakistan tahun lalu, dan pemberontakan militan merebak ke hampir seluruh wilayah North West Frontier dan wilayah puak yang bersempadan dengan Afghanistan.
Kebimbangan mengenai keselamatan mencapai tahap baru selepas bom trak bunuh diri pada 20 September lalu mengorbankan 55 orang dan memusnahkan hotel Marriott di Islamabad. Diplomat Britain dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diarahkan memindahkan keluarg amereka keluar dari Pakistan. - Reuters
Serangan terbaru mensasarkan ahli Parlimen dari parti pimpinan bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif. Rashid Akbar Khan Nawani, anggota minoriti Syiah Pakistan lantang bersuara di Parlimen mengutuk keganasan mazhab beberapa kali sejak akhir-akhir ini.
Nawani,yang bertemu dengan pengundi di perkarangan rumahnya, adalah antara 22yang cedera dalam serangan itu, walaupun sekadar cedera ringan.
Polis berkata, kemungkinan pelampau agama menjadi dalang serangan.
“Faktor mazhab juga tidak ditolak dan kami sedang menelitinya,” kata Javed.
Khamis lalu, pengebom bunuh diri membunuh dirinya dan tiga lagi di bandar Charsadda dalam serangan yang mensasarkan ahli politik terkemuka yang partinya adalah anggota kerajaan campuran.
Beberapa kumpulan militan seperti Lashkar-e-Jhangvi, yang menganggap Syiah sebagai musuh, turut berkongsi pandangan sama dengan al-Qaeda dan membentuk hubungan dengan pergerakan pimpinan Osama bin Laden itu. -Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by acura at 26-9-2008 09:57 PM
tu laa masuk wiliyah orang...tak pasai kena tembak......
kalau malaysia buat macam tu kat jet singopera.....apa akan jadi yer.....
msia takkan buat. msia perlukan flow of billion Spore dollar to WPI project.
msia cuma akan hantar bantahan jer. sedangkan askar msia yg tersesat masuk Siam pun kena tangkap berhari2 oleh askar siam. tp Msia takkan buat mcm tu kat askar siam mahupun Spore. Msia negara baik. tp ada yg kata Msia negara pondan. yg mana satu betul tak tau ler. tapi bab Spore ni, kita yg sadoqah kat org. Tunku Abd Rahman marah sgt lalu mhukum Spore supaya keluar dari Msia. pandai2 la korang nak hidup sendiri kata Tunku. cerdik sungguh tindakannyer itew. |
|
|
|
|
|
|
|
Peluru berpandu bunuh lima warga Pakistan
Kejadian berlaku apabila rumah dekat kilang mancis meletup
DERAISMAIL KHAN: Serangan peluru berpandu disyaki dilancarkan tentera Amerika Syarikat membunuh lima penduduk puak di sebuah bandar d iPakistan berhampiran sempadan Afghanistan, dalam siri serangan terbaru di wilayah disyaki menjadi tempat bersembunyi pemimpin tertinggi Al-Qaeda.
Kejadian berlaku di bandar Miran Shah di utara Waziristan apabila sebuah peluru berpandu meletupkan sebuah rumah berhampiran kilang mancis di bandar berkenaan lewat kelmarin, kata pegawai risikan.
Laporan awal menyebut sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh tetapi dua lagi mayat ditemui selepas itu dari runtuhan rumah milik Uma rDaraz, seorang penduduk tempatan.
Pegawai risikan berkata tiada laporan membabitkan pembunuhan militan asing dalam serangan terbaru peluru berpandu itu.
Pejuang Al-Qaeda dan Taliban didakwa mewujudkan pangkalan mereka di wilayah Pakistan untuk mereka merancang melakukan serangan terhadap tentera Amerika Syarikat dan Nato di Afghanistan dan juga keganasan di Pakistan.
Di bawah tekanan Amerika Syarikat, Pakistan melancarkan serangan balas tentera terhadap pemberontak. Bagaimanapun sejak beberapa minggu lalu,Amerika Syarikat memberi isyarat bahawa mereka tidak puas hati terhadap usaha Pakistan menentang militan dan melancarkan sendiri lebih banyak serangan melintasi sempadan.
Amerika Syarikat disyaki melakukan sekurang-kurangnya 11 serangan terhadap wilayah Pakistan yang bersempadan dengan Afghanistan sejak pertengahan Ogos lalu dan membunuh sekurang-kurangnya 100 penduduk kebanyakan mereka adalah militan. � AP |
|
|
|
|
|
|
|
Tentera AS gempur suspek Taliban di wilayah Pakistan
KEADAAN balai polis di Mingora, Swat
yang musnah akibat serangan bom berani mati,
semalam. - AP
DERA ISMAIL KHAN, Pakistan 16 Okt. - Pesawat tanpa pemandu Amerika Syarikat (AS) dilapor telah melancarkan serangan peluru berpandu ke wilayah Pakistan yang bersempadan dengan Afghanistan hari ini dan membunuh seorang pemberontak.
Pegawai AS berkata, serangan itu dilakukan ke atas rangkaian Al-Qaeda dan pejuang Taliban beroperasi di barat laut Pakistan.
Kumpulan berkenaan didakwa mengadakan latihan di sana untuk meningkatkan pemberontakan di Afghanistan seterusnya menyebabkan kekacauan di negara itu lebih teruk daripada Iraq.
AS telah meningkatkan serangan di Pakistan sejak awal September laludengan melepaskan tembakan peluru berpandu sebanyak 11 kali ke arah suspek pemberontak.
Serangan peluru berpandu hari ini memusnahkan sebuah rumah d iperkampungan yang terletak di kawasan yang merupakan kubu kepada ketuaTaliban di Pakistan, Baitullah Mehsud.
Sementara itu, empat orang terbunuh dalam satu serangan bom berani mati ke atas sebuah balai polis di Lembah Swat malam tadi.
"Letupan itu amat kuat. Empat anggota polis terbunuh malah bala ipolis tersebut juga musnah," kata ketua polis bandar Mingora, Dilawar Khan Bangash |
|
|
|
|
|
|
|
China bantu Pakistan bina dua loji nuklear
ISLAMABAD 19 Okt. - Menteri Luar Pakistan, Shah Mamood Qureshi berkata, China akan membantu Pakistan membangunkan dua lagi loji kuasa nuklear ketika Islamabad dan Beijing meningkatkan hubungan dua hala.
Kerjasama itu juga dijalin ketika hubungan Islamabad dan Washington dalam kempen memerangi keganasan, semakin tidak menentu.
Beliau berkata, kerjasama nuklear itu merupakan antara berpuluh-puluh kerjasama ekonomi yang dipersetujui antara kedua-dua negara semasa lawatan Presiden Asif Ali Zadari ke Beijing baru-baru ini.
"Pemimpin China mengetahui kehendak Pakistan dan China merupakan antara negara yang sering bersuara lantang menentang diskriminasi pada forum antarabangsa mengenai pakatan India dan Amerika Syarikat (AS),"katanya pada satu sidang media di sini, semalam.
China pada masa ini telah membantu Pakistan membina loji nuklear di Chashma, kira-kira 200 kilometer ke barat daya negara ini.
Kerja-kerja membina loji nuklear kedua yang sedang dijalankan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2011.
"Pembinaan reaktor nuklear Chashma III dan Chashma IV akan membolehkan Pakistan yang sering berdepan dengan krisis bekalan tenaga,mendapat tenaga tambahan sebanyak 680 megawat bagi memenuhi keperluannya," katanya.
Shah Mahmood, bagaimanapun enggan mengulas bila pembinaan reakto rnuklear baru itu akan dimulakan dan bentuk bantuan lanjut yang akan disalurkan oleh Beijing.
Beliau juga tidak menyatakan sebarang pendekatan yang bakal diambi lbagi mengelak kemudahan loji nuklear baru itu tidak disalahgunakan oleh Pakistan untuk memajukan program senjata nuklearnya.
Pakistan yang telah memulakan operasi pertama reaktor nuklearny adengan bantuan syarikat Kanada pada 1972, tidak menandatangan iPerjanjian Pengawalan Senjata Nuklear. |
|
|
|
|
|
|
|
Tentera AS bunuh 32 termasuk anggota Al-Qaeda
ISLAMABAD 1 Nov. - Sekurang-kurangnya 32 penduduk terbunuh, kebanyakannya anggota Al-Qaeda dan Taliban dalam dua serangan peluru berpandu oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di sempadan Pakistan- Afghanistan, semalam.
Serangan pertama di bandar Mir Ali, utara Waziristan mengakibatkan 20 orang dipercayai anggota Taliban terbunuh.
Peluru berpandu berkenaan dikatakan menyasarkan koordinator kewangan Al-Qaeda, Abu Akasa Al-Iraqi dan turut memusnahkan sebuah rumah dan lori pikap.
Bagaimanapun, masih belum terdapat sebarang pengesahan sama ada Abu Akasa merupakan antara mereka yang terbunuh dalam serangan itu.
Serangan kedua dilancarkan di bandar Wana, selatan Waziristan mengorbankan 12 orang yang disyaki anggota pengganas termasuklah anggota mereka yang berasal dari luar Pakistan.
Dilaporkan seorang komander tertinggi Taliban, Mullah Nazir merupakan antara yang cedera dalam serangan tersebut.
"Nazir kini cedera dan telah dikejarkan ke hospital dan kami masih belum pasti tentang kecederaan sebenar yang dialaminya," kata seorang pegawai kanan Taliban yang tidak mahu dikenali.
Serangan ini yang berlaku dalam tempoh beberapa jam pastinya akan menambahkan lagi ketegangan antara Islamabad dan Washington setelah beberapa siri serangan bom dilancarkan AS sebelum ini atas alasan menamatkan kegiatan pengganas.
- AFP |
|
|
|
|
|
|
|
10 maut akibat letupan misil AS di Pakistan
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 10 militan al-Qaeda terbunuh selepas tentera Amerika dikatakan melancarkan misil ke atas kawasan pedalaman di utara Paskitan yang bersempadan dengan Afghanistan, hari ini.
“Beberapa misil yang dilancarkan meletup di utara Waziristan yang di kawasan yang dipercayai dihuni militan al-Qaeda," kata pegawai tertinggi tentera. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
36 lagi maut di Pakistan
ANGGOTA keselamatan dan penduduk melihat kesan kemusnahan akibat serangan bunuh diri di Mingora, bandar utama di Lembah Swat, baru-baru ini.
|
Dua keganasan baru tercetus
ISLAMABAD: Serangan peluru berpandu tentera Amerika Syarikat dan kejadian terbaru penyerang bunuh diri menyebabkan 36 lagi terbunuh di Pakistan, menurut laporan, semalam.
"Di barat laut Pakistan dekat sempadan Afghanistan, 14 orang dipercayai terbunuh dalam satu serangan peluru berpandu disyaki milik tentera Amerika," kata pegawai.
Dalam satu lagi kejadian, seorang penyerang berani mati meletupkan bom ketika pemimpin puak prokerajaan berunding di Batmalai, kira-kira 40 kilometer di timur laut Khar, bandar utama daerah Bajaur.
"Lima orang lagi maut di beberapa hospital menjadikan 22 orang terbunuh," kata pegawai polis, Fazal-i-Rabi.
Seorang lagi pegawai yang enggan namanya didedahkan ketika mengulas serangan dipercayai oleh tentera Amerika berkata: "Beberapa peluru berpandu terkena kawasan disyaki tempat persembunyian anggota al-Qaeda di utara Waziristan dan laporan awal menyatakan kira-kira 14 militan terkorban."
Seorang pegawai agensi perisikan turut mengesahkan jumlah kematian dan menambah, kebanyakan militan yang terbunuh adalah warga asing, merujuk kepada ekstremis al-Qaeda.
Serangan ini adalah yang pertama sejak pelantikan Jeneral David Pertaeus sebagai Panglima Tentera baru Amerika di Iraq dan Afghanistan 31 Oktober lalu.
Beberapa serangan yang disasarkan ke atas kubu persembunyian al-Qaeda dan Taliban di kawasan puak yang bersempadan dengan Afghanistan sebelum ini, menyebabkan hubungan Islamabad dan Washington menjadi tegang.
Sebuah pesawat tanpa pemandu Amerika dipercayai melancarkan sekurang-kurangnya 18 serangan roket di Pakistan sejak Ogos.
Isnin lalu, Presiden Pakistan Asif Ali Zardari memberi amaran kepada Petraeus bahawa serangan yang semakin banyak dilakukan menjejaskan kesejahteraan penduduk di kawasan terbabit.
Beliau turut meminta agar Amerika menghormati hak kedaulatan wilayahnya. � AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|