CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4444|Reply: 35

ISO pada digital camera.. amenda tu... guna masa bila...?

[Copy link]
Post time 15-9-2008 12:57 PM | Show all posts |Read mode
hai geng...

huuhu... saja jer aku bukak topik remeh2.. sebab aku mmg tak tau.. aku ada camera digital Canon A580.. masa aku amik gambar biasa2 jer.. aku guna auto jer... tapi yang aku perasan.. ada setting untuk ISO bila aku guna function lain cam portrait ker.. landskap ker... cuba citer sikit kepada mereka yang pakar dan tau kegunaan ISO tuh... kalau dah ada thread kat belakang.. ampunkan jerlah aku ni..

ISO pada camera aku tuh... dari 100 - 1200.. pastu high ISO and Auto..

tang amik gambar ni... terutama serangga ker.. atau bunga.. aku suka guna function macro jer... cam lawa jer gambar aku amik.. muahahhaha


so, tolonglah aku yang mmg tak tau langsung nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2008 01:10 PM | Show all posts
errr takder sapa nak bantu ker... aku g jalan2 dulu lah... lalalalalala
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 01:30 PM | Show all posts

Reply #2 honeysweet's post

ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama.
ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi, bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise dan kehilangan details.
Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah yang memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture.
Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang rendah, anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan noise. Ini kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata berbanding gambar yang terlalu blur.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 02:15 PM | Show all posts
Betul2..... klu setakat amik gambar siang hari tu, x yah guna ISO lain..... biarkan pada kadar 100 jer. Gmbr yg noisy ni kadang2 menyakitkan mata saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2008 03:32 PM | Show all posts
selalunya saya amik gambar...ok.... tapi kadang2 blur dan bintik2... terutama kalau saya zoom.. tensen jap.. terutama bila tengah teruja dengan situasi... hampeh.. igat leh arr simpan wat kenangan.. tiba jadi blur...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 03:32 PM | Show all posts
baca tips kt sini ... untuk beginners la heeheh

http://digital-photography-school.com/blog/digital-photography-tips-for-beginners/


[ Last edited by  mrXYZ at 15-9-2008 03:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2008 04:24 PM | Show all posts

ISO ..

Haa .. pada tuan rumah, meh aku cerita sikit pasal ISO ni dengan bahasa yg kau senang faham.

Aku guna ISO 100 kalau aku ambik gambar pada siang hari, tapi kalau malam hari , aku masih boleh gunakan ISO 100, tapi kamera aku akan ambik masa yg lama untuk tangkap gambar tu, maknanya, mungkin 2,3,4,5 , dan time tu jugak la tangan aku kena kerasss,, tak boleh goyang. Jadi bila tangan aku goyang sikit je, maka gambar aku akan blur dan mungkin terhasil effect gambar pontianak ke polong ke ..

So .. aku gunakanlah ISO yg tinggi, contohnya ISO 800, supaya kamera aku tak ambik masa yg lama untuk tangkap gambar aku, dan tak la letih tangan aku nak maintain tak bagi goyang.

Oleh kerana kamera aku ada Noise Reduction (noise ni bintik bintik yg terhasil kalau guna ISO tinggi), maka aku on kan sambil guna ISO 800 .. kalau tak kejung la tangan aku .. aku pulak jenis malas nak bawak tripod. ISO 800 bukan saje guna untuk malam hari, tapi aku guna untuk ambik gambar dalam bangunan yg tak cukup cahaya, dalam Aquaria, dalam muzium dan juga tempat tempat yg tak dibenarkan guna flash.

Sekian saje .. aku pun baru baru ni je reti guna ISO ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 04:44 PM | Show all posts
pergh...otai2 dh bg lesson..
baguih2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2008 06:33 PM | Show all posts
Originally posted by metalacademic at 15-9-2008 04:24 PM
Haa .. pada tuan rumah, meh aku cerita sikit pasal ISO ni dengan bahasa yg kau senang faham.

Aku guna ISO 100 kalau aku ambik gambar pada siang hari, tapi kalau malam hari , aku masih boleh g ...


Wahai tuan tanah, aku tambah sikit....

Kalau rasanya dah malas sangat nak guna ISO 800 ( nak elakkan noisy ) dlm mode Aperture Priorty,
ko setkan aperture paling besar ( F= paling kecil ) dan pada Exposure Composition, tambahkan +1 atau +2.
Gambar gerenti terang dan x ada noisy.

Sekian dan selamat mencuba.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 08:40 AM | Show all posts
Setiap satu angka pada ISO mewakili setiap satu titik cahaya....
contohnya... ISO 100 mempunyai 100 titik cahaya...

semakin tinggi ISO maka semakin banyak titik cahaya...
contohnya ISO 1000 mempunyai 1000 titik cahaya...

semakin banyak titik cahaya...maka akan wujud tekstur yg dipanggil dengan 'noise'...  


Masuk sekolah ini...http://www.photoskool.net/

[ Last edited by  semerbak at 16-9-2008 08:44 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 10:18 AM | Show all posts
wahhh...kak baru nak tya pasal ISO...dah ada org tya rupanya....emm faham la sikit..nak kena belajar main dgn ISO..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 12:13 PM | Show all posts

Balas #11 mentollica\ catat

testing ISO guna kamera baru ker ni....... belajor  jgn x belajor.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 03:25 PM | Show all posts
baguih2..dh leh bukak sekolah dh para otai2 ni..huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2008 09:57 AM | Show all posts
muahahah.. best2.. baru aku tau... gitu rupanya.. ada tips2 lain.. berilah ek... nanti nak try lah... aperture tuh amenda plak... aku nya camera canon powershot A580 ada fungsi manual cam tu ker.... tu lah dia.. lepas beli.. terus guna... buku manual terus campak dalam almari.....     
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2008 09:59 AM | Show all posts
apa kata otai2 ni buat kursus sehari untuk newbie cam kami.... takyah canggih2 sangat.. yang asas je cukup.. khas untuk forumer cari yang amatur cam aku nih... ok tak idea aku... aku tengok kursus2 ni... mencecah RM 1700 pun ada... itu baru sehari..korang letak RM 150 dah lah... boleh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 11:57 AM | Show all posts
aku pun baru nak belajar pasal ISO... tak paham lagi..

lagi pulak aku tak berapa suka pakai flash, aku suke natural light..

ni satu contoh aku guna ISO tinggi (800 kot).. yang lain aku set normal.. selalu kan yang f tu korang pakai paling kecik berapa ek (untuk keadaan gelap)? yang aperture selalu aku letak dalam 4.0.. maximum kat kamera aku 22..

tapi selalunya kalau keadaan gelap, aku akan tinggikan ISO je, lain2 aku tak usik.. skang nak try normalkan ISO, ubah aperture ngan f tuh plaks...



gambar di atas aku cuma kecilkan saiz je, aku tak edit kaler langsung.. camera guna eos 350d lens ef 50mm 1.8 II...

[ Last edited by  iey_iyda at 17-9-2008 11:59 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2008 02:25 PM | Show all posts

Balas #16 iey_iyda\ catat

Maaf ........... mencelah sedikit.....



Gambar diatas bukan diambil dgn ISO 800..... sila lihat butir2 terperinci ttg gambar anda itu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 02:59 PM | Show all posts

Reply #17 leykelate's post

oh ye ke.. sendiri set sendiri lupa..

sebab sekarang ni aku tengah belajar camner nak amik gambar dalam gelap.. so kira gambar aku tu agak terang sebab shutter speed aku letak 4 kot..  

arituh aku try ISO 1600 gambar terang banyak.. tapi since orang cakap noise tinggi, so nak try the other way..

awak rasa setting saya tu ok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 03:10 PM | Show all posts

Balas #18 iey_iyda\ catat

Klu nak amik dlm suasana gelap ( malam )... mesti guna tripod, speed boleh set ikut jum saat yang dikehendaki ( bergantung pada kegelapan). Mesti guna mode Exposure Priority (S), Elakkan guna manual sepenuhnya.
Klu nak boleh juga.

Ttg gmbr tu ok.... cuma klu nak cantik, biarlah ada subjek matter kat atas tilam tu, sebab x tahu fokus apa , samada tilam atau langsir.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 08:34 PM | Show all posts

Balas #19 leykelate\ catat

mu dasat la leykelate..
buleh jd sifu ni..terer..terer..

betol2..subjek adalah benda paling penting skali dlm fotografi..
dgn subjek + composition la gambo kite akan bercerita..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.055751 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list